Saturday, November 26, 2011

KEBURUKAN MINUM AIS

1) Kanser! Sudah makan sebaiknya minumla air suam@masak sebab air yang sejuk ni membekukan makanan berminyak yang kita duk telan tuh. Nanti tak pasal-pasal menyebabkan kanser sebab makanan tak dapat dihadam dengan betul. 

2) Membuncitkan! Yang ni cikji sendiri pun rasai. Segelas habis terus tahap kebuncitan semakin meninggi. Buruk beno rupenya. Lainla kalau orang yang dah beranak ramai kan. Ni kita yang belum beranak dah buncccc, malu la kan kat makciks tuh,dorang lagi kerengga berbanding kita. Very the ramping uolss

3) Gemuk air! Korang penah dengar tak istilah gemuk air? Dorang makan tak la seberapa tapi asal makan sesuap,minum air seteguk. Memang tak elok. Sesiapa yang kena gemuk air memang parah sebab berat badan susah nak turun. 

4) Badan cepat lesu! Masa bulan puasa kita dielakkan minum ais sebab badan cepat sangat penat. Terutama ahli sukan,kalau kita tengok, dorang duk tenguk air botol jer kat tepi padang tuh.Untuk menjaga stamina, nanti tak pasal-pasal pancit.

5) Terkucil! Haaa,yang ni memang lagi dasyhat. Bagi yang nak jalan jaun-jauh,sediakan la mineral water. Tak perlu nak berais-ais. Nanti tak pasal lambat sampai kat destinasi.

Wednesday, November 23, 2011

MOKTAM GADING





Atau nama saintifiknya rambutan kuning.
Sekian, itu saja pembelajaran kita untuk hari ini.

Friday, November 11, 2011

HADIAH KAWEN.TERIMA KASEH DAUN KELADI

Assalamualaikum..

Betullah kata orang,orang kawin ni murah rezeki. Memang murah rezeki,yang paling obvious sekali,hadiah kawen yang bertingkat-tingkat. Masa duk berbungkus tuh takde la nampak banyak sangat. Tapi bila dah buka,haaaa hambekkk kau. Penuh umah tatau nak simpan kat mana.

Pastu dicampur plak ngan hadiah sebelah my hero,ingatkan pengantin laki xde hadiah sangat tapi sangkaan ku meleset,banyak jugak. Lagipun kami buat majlis kesyukuran means tiada salam salam berisi duit tuh,lebih kepada doa selamat.

Lagipun memang dari dulu lagi impian cikji untuk buat kenduri ksyukuran. Bila salam berisi nih, rasa macam tak berapa best je.kenapa? Korang fikir la sendiri,nanti lau cikji gtau ada plak yang terasa hati.



Hadiah ni,butik pengantin depan kedai cikji yang bagi. Cikji tak ambik servis dengan dorang tapi owner butik ni kawan baik dengan ma mertua cikji. Kak eda iaitu owner kepada Weda Bride,nanti bolehla jenguk-jenguk bridal dia. Cikji letak hiasan ni kat penjuru bilik tido,tetiba rasa cam tido bwh pokok munge besor,ekeke


Ni plak adiah sebelah my hero. Toto yang kaler kelabu tu pun sama jugak. Kat bawah tuh banyak gak gelas pinggan mangkuk semua.


Ni pun kawan my hero jugak yang bagi.Lampu ajaib namanya,sentuh sehingga 3x kali untuk cahaya yang terang. Sentuh je bawah tuh,yang nampak macam kaca kristal gituh. Senang mudah dan cepat,heeee.


Kain-kain ni biasalah makciks pakciks yang bagi, biasalah pengantin baru haruslah berjalan ke rumah sedara mara. 



Yang plak adiah kat umah cikji. Main susun-susun tepi dinding je. Ada separuh kat dalam almari,kain baju kurung,kain sarung, tuala,album, cadar. Ada jugak yang kitorang dah guna.

Orang berbudi kita berbahasa.

Wednesday, November 9, 2011

DIGI vs FAMOUS AMOS







Hari tuh my hero outstation kt KL,bila beliau diterbangkan ke KL,
cikji pun diterbangkan ke kampung halaman.
takut la nak tidur sesorang sebab banyak kali jugak cikji kena
kacau time malam-malam
mood: seraaammm


Dalam beberapa orang dealers digi terpilih program.
Alhamdulillah my hero dinobatkan dealer Digi paling muda bagi negeri Kelantan.
ehemmm muda ke??hahaha lucu la plak bila diingatkan balik.
macam tak sesuai jer sebab muka dia tak macam orang muda pun :P
*mati cikji lau dia baca post nih. takpe,raya puasa nanti cikji mitak ampun*

dapat trofi dan sedabak hamper famous amousss
sampai ke hari ni tak habis-habis lagi
sebab ada yang sedap ada yang tak sedap


pening tengok daging lembu,muak.

Saturday, November 5, 2011

SEGMEN CIK YUYUE FOLLOWER BAWAH 1OOO



Jom tambah kawan-kawan kat sini.

cikji nak tag:  LadyDiana + Nana

Friday, November 4, 2011

SALAM AIDILADHA






Selamat hari raya aidiladha dari cikji dan suami.
Maaf zahir batin kepada semua bloggers lau ada silap bicara.



Kalau kat kelate, raya haji memang meriahhh. Lebih kurang raya puasa cuma takde duit raya saja. Still pakai baju baru lagi tapi biasanya pakai baju yang siap dijahit masa raya puasa lah. Sebab tuh masa raya puasa saja 3 helai baju,ekeke.

Sebelum pergi sembahyang raya,bermaafan peluk-peluk dulu sesama family. Balik dari masjid baru terkam ke arah lembu. Kat kelate, lau lembu pakcik tuh jadi korban, maka rumah dia akan jadi tuan rumahlah.

Macam raya haji dulu, lembu yang dikorbankan adalah lembu kepunyaan ayah cikji. So,kitorang pepagi lagi akan masak lebih sikit, biasanya bihun goreng or mee goreng. Lepas tuh,pakciks or makciks yang terlibat akan datang umah kitorang la.Makan-makan dulu baru pergi tempat lembu sembelih.

Selesai jer sembelih, kitorang akan ambik daging sikit,hati sikit,serba sedikitlah untuk dibuat juadah pada mereka-meraka yang terlibat. Macam kenduri jadinya. Sebab tuh nampak meriah tapi memang meriahhh. Rumah cikji tuh jadi macam kenduri orang kawen dah. Tapi kalau bukan lembu kepunyaan sendiri, biasanya akan wat makan-makan juga tapi untuk family terdekat lah pastu bagi-bagi daging tuh untuk orang kampung. Masuk je waktu petang, terus lena semua,kenyangggg and penattttt.

Masa cikji belajar dulu,selalu jer ada kekawan yang tanya sal raya haji kat kelate. Habis je cite,dorang pun cakap,bestnyaaa meriah. Kat tempat korang plak camne?

Thursday, November 3, 2011

BAUCER FREE SOKMO.. I LIKE !!


Assalamualaikum..
Every month memang cikji akan dapat baucer free RM20..*lau dapat nuffnang rm20 sbulan dh lompat2 tp dpt baucer tak lompat2 plak,napa ek??*Tapi tak boleh kumpul banyak-banyak sebab ada expired. Paling banyak boleh kumpul sampai RM120 sahaja. Dorang just nak jualan handphone untuk 1bulan, model tuh brapa biji, model ni berapa biji.

Tak perlu bagi harga, syarikat dorang just buat research camtu la gamaknya. Bukan setakat kedai handphone, kedai perabot pun dorang tibai wat reseach jugak. Lau time raya cina, siap dapat limau raya sekotak besar lagi. Baik betul bos dorang ^___^



Baucer ni just boleh diguna kat The Store dan Pacific KBmall saja.



Moh ler kita kuar g shopim sayur mayur *sangat makciks-makciks*guna baucer free.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...