Tuesday, July 31, 2012

hepi dengan Happy

Duk kemas kemas bilik sambil lipat kain baju
pastu termenung kat rak kain
bila tengok lelama rupanya baju laki aku lagi banyak dari baju aku
ohmaigod

bila tengok rupanya banyak baju free
aku suka barang free ni,hewhew
sapa tak suka memang laaaa...

bukan setakat baju je,barang lelain pun banyak jugak free
dahla bilik aku kecik,pepaham la rumah kedai kan
patutla bilik semakin mengecil sebab barang semakin bertambah
tu pun aku dah sumbat menda yang takmo dalam 2 bekas besar




ni beg from Happy
banyak gak aku dapat, dalam 5ketul camtuh, pastu mula kakak2 aku berkenan
aku pun bagi2 la cikit sorang.Beg ni hari hari aku bawa g keje
tahan lasak,bawa mende berat pun takpe, kena air pun takpe,boleh masuk mesin





ni lak keychain from Digi
my hero dapat masa g melawat office Digi kat KL
time tuh baru je kawen,terus kena tggal sobs
ngada! padahal 2hari 1malam je pun



amboi tergantung je gambo dia
kitorang tak guna pun keychain ni
tersimpan rapi kat dalam bilik



yang ijo tuh yang lama
yang pink tuh yang design baru


yang ni laki aku je muat pakai
sebab besar sangat



yang ni plak laki aku dapat masa trip Umrah 2010
pink kaler uolss


antara baju from Digi/Happy
dah lama aku tak beli t-shirt
recycle pakai yang ni je kuikui





yang paling best dapat simcard Broadband free 


next time bagi la ek :)

nak petua kulit santek? jom terjah ----> SINI



Monday, July 30, 2012

Rangnok Restaurant mai komen blog aku?

terkejut jap,duk view comment pastuh ternampak komen from Rangnok Restaurant
nasib dalam ENTRY NI aku takde cakap menda yang bukan bukan
banyak puji melambung je kuikui
dah betul sedap aku cakaplah sedap.
dekat tepi blog aku tu pun ramai yang search sal restaurant tuh
dats why duk tangga ke 2 teratas
haihhh ni membuatkan aku teringin nak berbuka kat sana ni
tapi tunggu la ujung2 ramadhan nanti

aku teringin jugak nak pergi oversea
kalau oversea aku teringin nak pergi SINI hahaha
tapi tunggu la duit aku melimpah ruah dalam bank dulu
ntah bila tatau haha tapi takpe kekadang angan angan tuh perluu



Saturday, July 28, 2012

Resepi: Puding Roti Karamel

Hari ni aku nak share simple resepi je
dessert ni memang simple habis, aku kan seorang yang pemalas
so, of coz la aku akan bagi resepi yang mudah mudah je haha
resepi ni lebih kurang je dengan puding gula hangus tuh
campak campak blenderkan aje.
so,sangat sesuai nak buat berbuka puasa nanti



3 sudu besar gula 
(panaskan teruskan dalam loyang dengan api kecik dan masukkan 1sudu besar air,jangan terlalu lama nanti karamel ni jadi pahit)

4 keping roti 
4 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecik esen vanila

1. blenderkan saja bahan-bahan ni,sekejap saja tapi make sure hancur 
2. siap blender terus curah ke dalam loyang yang berisi karamel tadi
3. kukus selama 35minit dengan api sederhana besar tapi sebelum tu pastikan air betul betul gelegak
4. lepas siap terbalikkan letak dalam pinggan dan letak dalam peti ais, waktu berbuka terus boleh
    makan :)



Nak support ahli sukan Malaysia kat Olympics klik
SINI
Register your churpchurp HERE

 



Friday, July 27, 2012

Rasa mak mak je bila pakai t-shirt suami

Hari ni berbuka planning ngan SIL nak masak tomyam campur .malas beli kat luar sebab rasa macam sedikit membazir bila makanan tak habis. Aku sekarang kan duk kg, 2hari cuti 2hari la aku duk sini. Nanti lewat lewat malam esok baru suruh laki aku datang ambik.

Hari ni aku rasa mak mak sangat bila aku pakai t-shirt suami haha. Sesapa yang dah kawen comfirm penah buat punya haha. Tadi pas mandi aku godek godek laci tapi takde baju yang sesuai, baju tidur ada lah. Takkan pas bangun tido nak pakai baju tidur plak kot. Tak pepasal kena perli ngan ayah aku.

Nak g ambil baju kat bilik sebelah tak boleh sebab kat luar ada orang mai.So aku pun bedal jelah t-shirt laki aku. Nasib dia takde, kalau tak mesti dia cakap "haaa burokkkk sikuuuu"

Tapi tak kira kot burok siku tu sebab baju tuh aku jugak yang beli kat dia time cinta cintun dedulu kihkih. Alhamdulillah sampai ke jinjang pelamin jugak. Ada orang cakap masa bercinta tak leh bagi yang berjahit jahit nih tak kekal lama lah, memacam sungguh pantang larangya. tapi aku memang tak percaya  benda macam tuh..Kalau dah tertulis dia jodoh kita maka dia lah jodoh kita.

Kalau duk kg selalu je tengok makcik makcik bukan setakat pakai baju suami tapi kain sarung suami pun dia bedal jugak. haaa,camne tuh ?? Harap harap takde la sampai ke tahap itu ye.


panas panas camnih duk terbayang bayang air sunquick la
petang nanti berbuka nak buat sunquick la



dari mata jatuh ke bantal

Assalamualaikum
Happy Friday

tak pernah pernah aku buat entry pepagi buta camni. well, biasanyalah. hari ni kan cuti so haruslah meluangkan masa untuk bersosial di alam maya sekejap semalam aku balik berbuka kat kampung. sumpah! heaven sungguh rasanya boleh balik kampung nih. jauh dari hiruk pikuk kota. cehhh ayat, tapi memang betul pun, bila balik kg takde lagi dengar hon hon semua ni, takde dengar treler besor lalu sampai bergegar gegar aku rasa. yang dengar hanyalah kicauan burung burung di hening pagi. 

Dah lama sebenarnya aku tak balik padahal Ketereh - Machang dalam 25minit je pun. Bukan tak nak balik tapi sedikit sibuk lagipun FIL aku tak sehat. Duk keluar masuk ward lagi. Aku balik ni pun my hero takde sekali, dia balik buka puasa pastu dekat Isya' terus balik Ketereh. 


Eh, mata ni kan mentang mentang hari ni tak keje terus tak nak lelap. Tapi kalau hari keje Masyallah punya tak leh nak buka ibarat melekat lekat dengan gam Cap Gajah je pastu kepala pun sama melekat kat bantal. Ker sebab perut aku kenyang, masa sahur pun boleh tambah tambah nasi lagi. Omaigoddd aku pun tak percaya aku makan banyak time sahur hihi.Time berbuka pun aku hentam tambah jugak tadi. Alhamdulillah ada selera.



# Pepatah Jumaat :

ORANG TAMAK SELALU RUGI
so, time membeli juadah kat bazar tak perlu lah nak rakus sangat dengan makanan. Last tak habis jugak pastu duit pun turut sama membazir. bersederhana sajalah. Tak rugi pun besederhana malah Allah lagi suka.





Wednesday, July 25, 2012

Rezeki Ramadhan 4


puasa puasa ni aku tatau nak buat entry apa
so,layankan gambo jelah yang mampu
lagipun aku suka sangat layan blog yang ada entry pasal makanan ni, 
huihh yummy sungguh!
cuci mata pun jadilah kan.



ayam percik  RM 4 sahajaaa
murah x murah x?
terkejut gak aku kenapa murah sangat.
maybe dia bisness ayam daging kottt hihi
lau besar ni harga biasa yang aku duk beli dalam 5 6 hengget jugak
rasanya hmmm bolehla, not bad



RM 4 (2biji)
murtabak ni sebelum puasa dulu aku dah selalu beli
so, memang tidak mengecewakan, sedap dan yang penting inti banyak dan lembut





ni beli sendiri, goreng sendiri
beli yang mentah ni RM 6 je seekor
kalau aku makan kat wakaf che yeh mau sampai 20 hengget la goreng camni je
goreng harus letak bawang, barulah sodappp



Ikan kembung bakar RM 4
bagi aku tak sedap tapi mertua aku cakap sedap
sebab sos ikan tuh rasa manis macam ikan masak merah la plak
nak kata ikan pedas tak boleh sebab langsung tak pedas



kerabu perut RM 2
semalam kerabu pauh, harini bertukar selera sikit
tapi rasanya aku dah jatuh hati dengan kerabu pauh lagi
so, tak mustahil aku akan beli harihari
suami aku tak makan pun, aku ngan mertua je makan



daging bakar RM 5
memang sedap, tak buka pun pencicah dia tuh
makan dengan nasi camtuh je, rasa dia memang meresap sampai ke anak tekak



kepek idung atau bahasa bandaran Puteri Mandi, betul ke?
RM 1 sahaja
aku sorang je yang makan
pastuh makan 4 ketul, selebihnya membazir la.
esok takmo beli dah kuih muih ni sebab macam membazir je

aku baru perasan yang puasa kali ni aku makan nasi banyak
asyik tambah je, harap harap sampai ke penghujung Ramadhan la selera aku camnih
sekurang kurangnya bertambah kilo aku
ni tak, duk maintan sejak dedulu lagi

Selamat Berpuasa semua bloggers 

Tuesday, July 24, 2012

menu berbuka Ramadhan 3


Assalamualaikum
sambil nak tunggu berbuka sempat lagi aku update sekejap



ayam percik 
RM 5




kari ayam mertua aku yang buat




ikan keli goreng berlada
RM 4.50



kerabu pauh/mangga
RM 2

sumpah yang ni paling memikat selera aku sampai tambah nasi 



ulaman haruslah ada
kata mengayakan cara hidup yang sihat



kuih jala emas dengan tahi itik
sangat fofulor di kelate

ni 1st time aku makan, tapi tak tertelan sebab manis sangat
tapi aku try jala emas je, tahi itik aku cium je,boleh? haha
rasanya kuih kelate yang aku suka maybe akok
tu pun aku pilih pilih jugak lagipun susah nak jumpa akok yang sodappp
kuih ni kawan mertua aku yang bagi




kurma ni student aku yang bagi
tq Haiqal, nanti lepas puasa teacher belanja cokelat seketul okey.

Alhamdulillah rezeki 
Selamat berbuka semua.

Sunday, July 22, 2012

petang sebelum Ramadhan


Jumaat sebelum Ramadhan
sebenarnya malam tuh planning pepagi lagi nak bangun nak pekena nasi kerabu Kadok
namun apakan daya terbabas, sebab kitorang nak makan ayam bakar, datang lewat daging je ada
so, tunggu pas raya jelah jawabnya

So, petang tuh haruslah keluar merendek, rugi tak keluar haha
aku biasalah, jiwa simple angin sepoi bahasa
"kita g makan ABC kat uncle tu jelah ek?"
Laki aku terus on

"ABC kat Suntwo best jugak tapi kalau makan situh 
mesti balik nanti tak makan nasi dah"

eh rugi rugi tak makan ulam ulaman yang ma aku kirim tadi
So aku decided makan ABC kat uncle tu jelah




ABC special sodappp
sebenarnya aku nak makan cendol tapi habis dah padahal awal lagi tuh



keropok putih je aku panggil tapi rasanya orang panggil keropok udang ek?, 
sodap jugak.cukuplah kami laki bini, 
siap boleh sambung makan dalam keta lagi




sesape yang duk area KB mesti tahu ni kat mana
gerai kecik je tapi orang ramaiiii

 nway berbuka dengan apa hari ni?
aku macam biasalah,lauk tunjuk tunjuk je 
tapi ikan sumbat haruslah ada, my favourite okeh

Friday, July 20, 2012

Happy Fasting !














BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H





Jelaskan korang mereka patut pilih blog aku  ?

Kerana aku menulis bukan kerana nama.

jom tukar tukar link

I likeeeee uols!

nak masak apa?

Assalamualaikum
Happy Friday Everyone




bahan bahan yang simple saja
ladies fingers, potato,onion and garlic



kasi potong
agak agak nak goreng ker nak sayur air?




jeng





jeng





jeng








aku wat art and craft ngan my students lah
buat print vegetables
lagipun theme for this month vegetables
so,haruslah followwww the theme




biasalah bebudak
ada yang buat comel ada jugak yang buat comot hihi
tapi aku tetap cakap "waaaa so niceeee"
barulah dorang enjoy nak buat art and craft nih



ni lah hasil keje aku
even aku ni kidal tapi aku bukanlah jenis kretip sangat
buat apa yang terlintas di kepala je
janji aku rasa kerja aku tuh kemas dan aku berpuas hati dengan kerja sendiri



Wednesday, July 18, 2012

alamak, kantoi!

Petang tadi pas balik kerja kua pergi cari barang dapur jap ngan my hero
tetiba terkeluar kata kata dari mulut dia

"wat pe lama dalam toilet?"

"sakit perut"

ALAMAK!

macam aku kenal je dialog tuh
aku pun pandang lah laki aku tuh, pastuh dia ketawa hahaha

"bukan tak nak bagitau my hero tapi takut dia kecewa untuk kali ke 2"

"Oooo tipu ye..tak baik tau tipu suami"
"aku pun cakap dalam hati,tipu sunat takpe"

hahaha manalah aku tahu laki aku baca aku punya blog
memangla aku selalu post entry kat pesbuk
aku tatau la plak dia rajin klik klik kat situh
biasanya kalau dia online pun dia layan game je
kihkih

ni gara gara entry pregnancy test arituh.

nasib aku takde kata bebukan kat suami aku kat lam blog ni hihi
*eh ngata kat suami DOSA,kalau kata dedepan dimaafkan kot hiks*

semua ayat puji dia lambung lambung jer 
*ehemmm bulan depan jangan lupa bagi duit belanja lebih sikit ek hakhak*





Tuesday, July 17, 2012

bebudak zaman sekarang


Kat class tadi sedang aku duk buat pre reading kat students
tetiba terdengar perbualan students aku

"Semalam kita tengok big shark kat dalam Ipad mama"

"Hah, Ipad?"

"Awak ada Ipad?"

"Takde, mama saya ada Iphone je,mahal mama kita beli, 900"

"Kita selalu dengar lagu Selena Gomez dalam Iphone mama"


Membuatkan aku terpikir pikir masa aku umur 5 tahun dulu
apa benda ntah yang aku duk buat

rasanya duk main masak masak, duk mandi kat sungai
lagu omputih semua tuh mana la aku tahu
yang aku tahu lagu enjit enjit semut,lagu nenek si bongkok 3 adalah

tapi zaman sekarang takde dah bebudak camtuh
dorang pun dengar jugak lagu rakyat tapi dengan youtube lah
yelah masing masing duk hadap gadget je.











Friday, July 13, 2012

cukuplah 2x guna pregnancy test

Dengar tajuk macam serik semacam je. Lebih dari orang bersalin la plak. 
Tapi memang itulah kenyataannya yang aku alami. Aku dah kawen 1tahun 1bulan lebih. 
Sejak dari jaman anak dara lagi memang period aku tak teratur, tapi nasib baik aku nih tak segugut, setakat sakit perut manja manja sekejap je.

Sesuka hati dia jer nak kuar bila. Kekadang sebulan tuh tak datang datang pun. 
Tapi takde la sepanjang tahun aku macam tuh. Ada la sebulan dua camtuh pastuh yang bulan lelain okey je walau kekadang kitaran hari terlebih terkurang sikit.

So, bila dah kawen nih asal period lambat sikit terus bajet peknen.
Dalam bulan 10 2011 aku duk tunggu tunggu la aku pun period
tak datang datang pun. pastuh mula berbisik bisik kat hati kecik nih
"peknen ker aku nih"

lagipun masa tuh dah masuk hari ke 40, so macam excited la jugak aku
pastuh mula la duk cakap cakap ngan my hero sambil usap usap perut
"kalau peknen kan, saya kan nak camnih camnih"
my hero lagilah, niat nak puasa 7hari. Sejuk bak air batu kejap hati  bini dia nih hikss


pergilah aku laki bini kat farmasi cari pregnancy test
malam tuh dah cakap kat my hero, lau saya tak peknen tak payah la rasa down sangat
ada hikmah la disebalik semua tuh. keesokannya, pepagi lagih aku bangun and test 

Google


ingatkan keluar garis garis tapi keluar garis sahaja.
down tapi s.a.b.a.r

Dalam bulan 12 2011 camtuh, sekali lagi lambat dekat 10 hari. Hati dah berbelah bagi, nak check ker tak nak sebab duk teringat lagi yang kecewa bulan 10 arituh. Lagipun masa tuh aku baru start keje, risau jugak andai kata peknen tapi aku tak jaga diri sangat, nanti jadi apa apa kang. So aku ambik keputusan untuk check.

Yang ni memang aku langsung tak bagitahu my hero. Pergi beli pun sensorang je, pastu mula la sorok sorok takut dia perasan. Aku bukan apa tak nak bagitahu dia, cuma aku takut dia lagi rasa kecewa untuk kali ke 2.
So, kecewa tuh biar aku sorang jelah yang rasa. Bangun esok pagi terus check tapi takde rezeki jugak. Masuk je bilik, terus dia tanya, "wat pe dalam toilet lama" Terkejut gak aku,camne ntah dia boleh sedar, aku pun cakap "sakit perut"

So, masuk tahun 2012 aku tak guna pregnancy test lagi setakat nih. Lagipun tahun ni smooth je, setakat lewat sehari dua camtuh je. Aku pun dah selalu pesan kat my hero, 

"pasnih kalau period saya lewat, saya takmo check dah, kalau dah pening muntah yelah tuh kot"

pastuh my hero pun cakap"kalau lewat sebulan??"  Aku pun hurmm.."check kot hihi"

Setakat ni aku just telan asid folic saja. 
Kalau takde rezeki jugak, hujung tahun ni rasa macam nak g berurut sikit.
Aku ikhtiar setakat mana yang mampu, selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui.

*Harini terbaca gosip, Haiza penyanyi dangdut tuh 5tahun kahwin, sekarang sedang peknen 7bulan dah. Akhirnya kesabaran dia berhasil jugak :)



meggi ketam Kutan

Assalamualaikum
happy friday everyone.

lately tekak ni terasa nak pekena maggi ketam je
duk terbayang bayang je depan mata
so pujuk pujuk la my hero untuk pekena meggi ketam tuh
katanya, pergi malam khamis sebab nanti takde la ngantuk sangat sebab friday kan cuti
kalau pergi hari bekerja nanti aku yang banyak songeh plak huuu

ajat di hati nak pekena kat cabang 3 Tok Bali
tapi jauh sangat, pastu dah lewat malam sebab kitorang tutup kedai semalam dah 12.15am
kompem balik nanti aku tertidur macam hari tuh haha.
pastu pergi yang dekat jelah, ajak sekali mak mertua dengan adik ipar





scary tak tengok alatan dia? kalau bawak budak abis la duk menukul sana sini

sampai je oder, dia ada 3 size, kecik sederhana besar
kitorang ambik yang sederhana punya pastuh oder 3 sahaja 
sebab aku share ngan my hero 
pastu aku ceduk plak meggi mak mertua sebab dia tak habis hehe
dalam 30minit jugak kitorang tunggu, nampak tak jam kat hp, kul 12.43am
sampai umah semalam dah berembun dah, kul 2am 





ni lah rupa meggi ketam kat sini
memang rasa perencah kari pastu kat dalam tuh ada sutun,udang,fishball,telur and lala
ketam dia memang besar,padahal kitorang ambik yang sederhana je,kalau ambik yang size besar tak tahu la
isi memang banyak sangat 




bersepah abis meja, kejap ketuk, kejap kepit
memang ngam ngam oder 3 pinggan untuk 4 orang.
tu pun kira tak habis nasib ada adik ipar aku perhabiskan hihi


dia punya bil, ketam harga ikut gram

3pinggan saiz sederhana
tongkat ali, horlicks panas,milo panas ngan barli suam
RM 88.30

kali ni turn aku yang belanja tapi aku payung RM50 jer
selebihnya laki aku yang topupkan hihi




ni picture time makan kat Tok Bali hari tuh

tapi kalau tanya aku antara Tok Bali ngan Kutan yang mana sedap?
jawapan aku yang Tok Bali sebab megi dia macam meggi sup
sedap sangat sangat megi dia. ketam dia memang la kecik 
dats why dia letak banyak ekor
tapi lain orang lain seleranya.



Thursday, July 12, 2012

yang sering bertanya adalah yang cerdik


 suatu petang yang damai
aku duk menyandar kat tepi dinding sambil
sambil kaler worksheet fruits sambil tunggu suami datang ambik
*banyak sungguh sambilnya





pastu datang la kanak-kanak comel dekat teacher comel *eh tershashul plak*
dorang memang, asal tengok teacher dorang wat something mesti datang tengok
padahal hari hari dorang colouring

dorang pun tengok la aku kaler pastu "teacher,nak kaler jugak boleh?"
"tak boleh,nanti kaler kat class esok ek"

aku tak bagi dorang kaler sebab yang ni aku nak letak dalam lesson plan.


"teacher,ada ke apple colour green?"
"nanti balik kat umah,tanya mama,mama mama,ada tak apple kaler green?"

pastu yang sorang lagi tu pun cakap

"kita dah tanya papa kita,ada apple colour green"


aku bukanlah sorang yang kretip kaler kaler ni
asalkan colour inside sudah haha
yang tu lah aku duk pesan kat students
colour slowly and colour inside

mungkin bagi orang yang tak paham,mesti cakap ala setakat kaler je pun
tapi bermula dari kaler kaler la bebudak tuh akan dapat pegang pensel dengan betul untuk menulis
atau dengan erti kata lain,handling technique.




budak mata bulat ni dan werk werknya tak dapat dilepaskan
tapi sekarang ni dah kureng dah sikit sebab aku selalu
cakap nanti gigi jadi tak santek,gigi jadi rongak
tifu tifu untuk kebaikan takpe hiksss

semua kanak kanak suka bertanya sebenarnya
kalau yang tidak bertanya  mungkin dorang itu sedikit pendiam
students class aku, tok sah duk cerita la.semua suka bertanya tak henti henti
kekadang tanya benda yang takde kaitan pun,

contoh soalan "teacher teacher,teacher naik kete apa?"
"teacher naik kete api"

pastuh mula la aku ketawa terbahak bahak ngan dorang hahaha


Monday, July 9, 2012

tahan,sikit je lagi




jam sekarang 7.20pm
dalam 10minit lagi nak berbuka
yeayyy! *dasar muka tak malu ganti puasa dipenghujung*

Alhamdulillah puasa hari ni sangat bertenaga
biasanya lembik macam nasi air

maybe sebab semalam makan nasi 2x
petang dan malam,biasanya sekali je sehari.

saya suka PULUT DURIAN





Sunday, July 8, 2012

small suprise from my hero

Assalamualaikum
haritu balik keje
pastu tetiba berlakunya adegan ala ala tak berapa romantik

"try bukak ada apa dalam tu" kata suami yang baik hati walhal kekadang selalu buli aku hukkk
aku pun cam pelik

nak kata ada bunga, tak penah penah dia bagi aku bunga
nak kata dia bagi aku handphone, mesti tak sebab dia tahu bini dia ni cerewat sangat
nak kata ada kunci kete honda jazz *kete idaman kalbu kekabu aku*
tak mungkin sebab aku ni ada je lesen tapi takut nak drive! dasar dot dot sungguh kan





jeng




jeng




jeng





rupanya ada mini popia


hahaha sebab dia tahu bini dia ni suka makan

dia cakap dia beli 8 plastik
tapi tinggal 6 jer sebab dia dah ngap, pastu bila aku makan dia mintak lagiiii
aku baru makan seketul,dia dah 3 ketul
see, suka sangat buli aku kan.

 Happy Birthday My Roomate
Sweet 26

Everyday I Love U


Saturday, July 7, 2012

air tangan isteri dihujung minggu

assalamualaikum

happy Saturday peeps!
time ujung minggu jelah ada masa nak masak untuk laki
nak wat camner, harihari saya kerja ,weekend je cuti. so takde masa nak masak
*alasan orang femalas*





kek gula hangus masih fanas fanas lagi ni
mengebuuuu jer dia



ni lah hasilnya
berselera bersungguh laki aku makan
macam ni lah jadinya bila isteri jarang jarang masak kihkih

                                                               nak resepi?
                                                   boleh godek godek sini okey.
                                                          selamat mencuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...