Sunday, September 30, 2012

kisah menumpang 1 malam

Assalamualaikum

asal malam je mula la nak berblog
siang hari aku tersangat busy

ni bukan cerita momok ok, ni cerita yang dugaan hidup
hari jumaat haritu seperti biasa kami laki bini buka kedai
MIL takde, pergi ke KL melihat sepupu baru kami

petang macam tu my laki cakap my FIL sakit teruk
before this memang dia dah sakit, berbulan-bulan takleh bangun

seminggu sebelum tuh dia dah boleh bangun guna tongkat bagai
kitorang pun terus bedesuppp balik, nasib dekat je dalam 15 minit macam tu

sampai je terus tengok FIL kena strok dengan tiba-tiba
tengkuk terus jadi teleng, kaki kiri ngan tangan kiri terus sejuk
tapi kami laki bini dah tahu, bila kena tb tulang, strok akan menyusul
terus call ambulance bawak g hospital

my laki follow tapi aku mintak dia letak aku kat umah kak aku
sebab tak sure pukul berapa proses nak masuk wad tuh siap




makan seorang tanpa ditemani suami pun masih berselera




licin satu mangkuk aku makan




pukul 2 pagi my laki datang ambik
singgah makan sebab dia lapar, so malam tu turn my adik ipar dulu jaga FIL
adik beradik just 2 orang, so pusing pusing jaga la yang mana ada
*kalu boleh beranak, beranak la ramai, kalau tak boleh,beranak la setakat mana yang boleh*

pastu my adik ipar call cakap FIL duk meracau-racau even dah kena cucuk ubat tidur
pastu my laki hantar diriku ini ke rumah neneknya
bedesuppp dia ke hospital balik

daku pun menidurkan diri di sana dan subuh pagi my laki datang ambik
dan balik ke kedai kami.

tadi aku pergi, huuu nasib tak gugur airmata aku bila dengar dengar my husband cakap

"ayah, ayah mengucap dalam hati ek"

actually dah bergenang tapi aku cover, iolss hati tisu uolls


kalau pergi hospital mula la datang perangai aku
jenis sedih tak kira tempat, tengok orang tuh terlantar mula la "kesiannya dia..
tengok orang tuh berbalut "eeeii sakitnya dia..
tengok orang bernafas pakai oksigen "sedihnya..

sekarang semakin tenat, darah beku ada dalam kepala
dah tak sedarkan diri dan mengharap pada oksigen
doktor cakap dah takde harapan. kami hanya berdoa kepadaNya 

masa sakit FIL sempat bertanya "bilo wan nok ado anok?"

wan merujuk kepada nama panggilan my husband.

Sorry ayah, bukan kami tak nak bagi ayah cucu yang pertama tapi masih takde rezeki
tapi Insyallah.


Saturday, September 29, 2012

bawal leopard tone RM 14

Assalamualaikum

bawal tone leopard hanya RM 14 sahaja

postage sem. msia + RM6
sabah/ sarawak + RM9



ada 10 colour semuanya








jom like our page Suzi Shop untuk pilihan warna yang menarik
do pm/contact 014 605 1234
happy shopping ^__^

Friday, September 28, 2012

anda gila nombor?

Assalamualaikum

hari jumaat yang indah lagi cantik penghulu segala hari

ada tak kat sini yang jenis gila nombor macam aku?
nombor telefon okeh! bukan nombor haram, huuu

aku pun jenis obses jugak dengan nombor-nombor telefon ni
lebih lebih lagi nombor yang tersusun kemas gituh
tapi lain orang lain seleranya kan.

ada orang tu nak nombor telefon sama dengan nombor kereta la, motor la. 
kebanyakkan customer yang datang kat kedai aku macam tu lah
tapi ada juga jenis tak kisah, janji telefon berfungsi, well i noe

jom usha usha simpack kat bawah
mana tahu kalau ada yang berkenan di hati



016 9374 600
016 9843 400


017 9039 500
017 9737 900

                                                                       



ni plak couple numbers phewitt phewitts

014 847 4343
014 830 4343

014 847 4224
014 830 4224


                014 847 3232 SOLD OUT
014 830 4545
014 847 4141
 

Korang jangan risau if tak nak pakai maxis ke, celcom ke, digi ke, 
korang boleh je tukar kepada line yang korang berkenan tu
just pergi kat center memasing.

banyak lagi nombor tersusun rapi, korang boleh like my page Suzi Shop
pastu boleh pm or contact aku terus 014 605 1234

pastu korang cakapla "saya ni follower blog kamu"  huu comfirm aku bagi diskaun :)



Thursday, September 27, 2012

Thanks Digi

Assalamualaikum

macam tabiat la plak, asal malam je update blog, what should do
keinginan berblog datang masa ni. tapi keinginan nak makan ada sokmo -_-'




okey abaikan muka gedik aku, tapi gedik dengan suami okey apa, dapat pahala ,hikss
gedik dengan boyfren dapat dosa huuu, so sape yang rasa mampu kahwin tu
kahwin la cepat-cepat ek, pastu jangan lupa ajak aku sekali



aku laki bini every year dapat kuih bulan from Digi, aku rasa baru je aku dapat hari tu, padahal tahun lepas lagi aku dapat weh, lupa punya pasal. aku suka dengan Digi, something yang dia bagi mesti unik, 2 tahun sebelum tuh bekas macam ala-ala peti harta karun, tahun lepas macam bentuk almari. tahun ni plak bentuk simple macam ni tapi atasnya ada hiasan bunga sakura.


eh, bila sebut sakura teringat yang burger Samurai kat Mcd, korang dah try ke?burger samurai, air sakura yang rasanya macam air ribena. haritu my laki makan, katanya burger ngan air sedap tapi aku tak try minum pun sebab nampak macam tak best je, burger dia sos hitam macam prosperty, lagi la aku takde selera. aku lau mcd duk hadap mchicken je, yang lelain kennot go maaaa.




 paper bag yang very the kitar semula



4 ketul kuih bulan, yang kaler gelap tuh perisa keladi



semenjak dua menjak ni suka la plak dengan air vitagen ni
kawan aku pernah cakap, kalau korang ada masalah sembelit, boleh cuba minum vitagen ni
mana tahu masalah sembelit korang boleh pulih, terDokter la plak



ikutkan hati aku nak pilih yang orange je semua sebab yang lain-lain aku tak leh telan
tapi disebabkan aku mempunyai sifat bertolak ansur dengan suami, chewahh
maka aku pun pilih yang campur punya, tapi orange banyak la haha

pastu aku letak dalam kereta okeh, sebab pepagi nak pergi kerja haruslah minum dulu
kalau letak dalam peti ais, pagi pagi mesti kalut, mesti lupa
yelah, pukul 8 masuk, pukul 7.30 baru gerak
fuhhh sabar jelah.



Tuesday, September 25, 2012

asal usul nasi lemak

Assalamualaikum

hari tu aku beli nasi lemak
selalu la jugak beli nasi lemak kat sini
biasanya beli nasi lemak telur mata, takpun ayam goreng
aku suka bila sambal letak suku dengan ikan bilis halus goreng rangup
sangat sedak ok. 




yang kat atas ni RM 2 je

yang aku terkejut, kenapa dia bagi telur macam tu?
tak paham sungguh aku, 
terkejut kejap aku, tapi dalam masa yang sama
 tergelak gelak jugak ngan laki aku.

sangat tidak best ok, kita lapar nasi lemak tapi telur kena kupas sendiri
pastu tak pasal-pasal laki aku cakap aku tak pandai kupas telur
padahal tahap kelaparan aku melebihi tahap kepakaran aku chewahhh hihi

pada zaman dulu ada sebuah rumah dihujung kampung
yang didiami oleh mail bersama emaknya.

so, pada satu petang emaknya balik dari menoreh getah
pastu emaknya pun tanyalah

"mail, ko masak apa kat dapur tu?"
"masak nasi la mak"

"haa, ko masak apa?"
"masak nasi la makk"

"ko masak pe? mak tak berapa nak dengar ni."
"masak nasi la makkkkkk!!!"

lebih kurang macam tu lah ceritanya
aku cedok cerita tuh dari majalah ujang yang aku bca masa kecik-kecik dulu
lebih kurang macam tuh la ceritanya.

dalam majalah ujang dulu ada satu page tu cerita pasal asal usul juga
ada asal usul lempang la, asal usul apa lagi ntah, aku pun dah lupa kuikui

eh,ada lagi ker orang baca majalah humor macam tu sekarang?
yelah, sekarang ni kan semuanya internet je kan.





Monday, September 24, 2012

lagi 10 orang

Assalamualaikum

Segmen BEST ini memang bikin lebam sungguh
mata lebam, tangan lebam kuikui

tapi best ok dapat jumpa kawan kawan baru di alam maya ini

chewahhh..pastu ada juga follower dari segmen ni yang sudi like page niaga aku tu Suzi Shop
so, kalau nak beli tudung bawal 2 layer yang santek-santek
moh like page aku yang kat side bar itu

numbers celcom yang santek tersusun pun ada jugak dijual disitu

okeh, aku nak bagitahu lagi 10 orang nak mencukupkan 100 orang kenalan aku dari segmen BEST ini
masa memula join followers aku ada 374 sahaja
masa entry ini ditulis ada followers seramai 464
so,  464 + 10 = 474 followers *tetiba jadi cikgu maths la plak*

nak sambung membalas jejak korang semua
okbai





Sunday, September 23, 2012

bila kahwin muda

Assalamualaikum

malam hari baru ada hati nak update blog
sejak blog bertukar wajah ni, aku jadi malas nak update
tapi aku still buka blog dan membalas jejak korang,thanks yang sudi berkunjung

eh aku kahwin muda ke?aku kahwin tahun lepas
masa kahwim umur 24, kira ok la bagi orang perempuan
masa jaman muda remaja dulu, aku bajet nak kahwin umur 25
kira pertengahan la tapi nak buat macam mana jodoh dah sampai




ooo kawen muda, patutla takde anak, tak nak anak lagi rupanya

hellooo mengata lettewww..takde sebab pun aku tak nak anak ok.
lain la kalau sekarang ni aku tengah study ke, mesti aku tak nak anak lagi
sebab aku tak pandai nak bahagi masa antara dua benda yang penting 
lepas tu masa pregnant tuh kena berjauhan dengan suami huuu aku tak leh bayang
terpengsan termuntah termabuk terdemam seorang diri OMG tak sanggup aku


nasib aku kahwin lepas grad dah.


masa aku belajar dulu, ada kawan aku yang kahwin masa belajar
ada yang tu memang merancang, ada yang tak,ikut kata sepakat suami isteri la

so,aku selalu terdengar dia duk termuntah muntah kat toilet
kesiann sangat, nasib dia mempunyai roomate yang sentiasa disisi
roomate dia la yang selalu tolong dia. pergi class dengan perut memboyot 
tapi sangat comel ok bila tengok dia grad bersama suami dan baby di atas dukung hihi


so, hujung minggu kami laki bini yang takde anak ni dihabiskan dengan makan-makan
sangat boring ok duduk kat rumah, nasib ada laptop
laki aku dengan laptop dia, aku dengan laptop aku
sampaikan ajak keluar makan pun melalui pesbuk 
huuu sabar jelah dunia dihujung jari



aku memang pencinta ulam-ulaman bersama budu dan sambal belacan
adik beradik aku 9 orang semua jenis suka ulam
tersangatla ikut perangai ma aku
segala pucuk kayu makan



ada orang tanya aku, tak boring ker makan benda yang sama?
tak, sebab itu wujudnya perkataan makanan kegemaran
okbai.

Thursday, September 20, 2012

pening sebab blog berubah

Assalamualaikum

Buka blog tetiba "eh kenapa berubah ni?"
"eh pening la"
"eh tak syok la"
"eh kenapa aku banyak songeh ni?"

masa hari tu dah bertukar tapi boleh tukar kepada yang lama balik
tapi yang ni boleh ke bertukar kepada yang lama?




Wednesday, September 19, 2012

muka macam kuetiow

Assalamualaikum


siapa kat sini penggemar kuetiow macam aku?
aku kalau pergi makan kat mana-mana
memang kuetiow la yang aku order, mee bolehla jarang-jarang
kalau bihun aku suka bihun goreng je, pastu letak sayur banyak-banyak, sedapppp!



muka baru balik kerja dengan jambu RM2 di tangan
banyak sungguh jambu dia, kenyang kejap aku
dah la baru makan kuetiow sup sepinggan huuu



my hero said, rasanya langsung tak berubah
padahal dari jaman sekolah lagi dia makan kat sini
patutla customer tak lari, sedap rupanya.

padahal sehari sebelum tu aku dah makan kat sini, esoknya makan lagi 



berkenan dengan tudung bawal 2 layer yang aku pakai?
jom terjah Suzi Shop untuk pilihan warna yang best-best belaka



malam tu pulak aku tibai charkuetiow pulak
dah lama planning nak makan sini
akak dengan adik aku duk cakap kat sini best
husband aku pun sama
tapi aku lagi suka dekat Angah Charktiow lagi
well, selera memasing kan.


agak-agak kalau makan kuetiow sokmo ada efek tak??
risau jugak aku, aku sokmo makan kuetiow, nak buat macam mana,
 kedai charkuetiow tuh 5 minit je dari kedai aku, 

haritu aku ada baca kat tenet, macam bahaya la jugak
dia cakap kalau ahad kita dah makan, isnin tak boleh, 
kena tunggu selasa baru boleh makan
lebih kurang macam tu lah.

aku dah ingat-ingat lupa, aku cari kat tenet tapi dah tak jumpa la plak
nanti la, kalau jumpa aku link kat sini.

Tuesday, September 18, 2012

kini semua dah berubah

Assalamualaikum

hari tu masuk mini market jap,
hajatnya nak beli roti, biskut untuk ma aku 
orang-orang tua kan suka minum air cicah biskut roti ni
sungguh comel kan, masa kecik-kecik dulu pun aku macam tu jugak
sejak dah tua ni kureng sikit sbb gigi dah tumbuh semua hihi

lepas tu cari maggi tomyam my pebret forever
tiba tiba terpandang mamee yang ni
dulu muka ayam togel je kat depan
tapi sekarang muka jejaka jejaka ini fulaksss
hamboiii curlasss uollsss



so, alang-alang dah ternampak tuh
aku rembat la, aku suka gak makan megi ni
kekadang aku masak kekadang aku tak masak
sebab dia rangup rangup kriok kriok giteww
kekadang aku laki bini makan mentah macam tuh je!
eee buruk sungguh perangai, nasib aku nak kat dia, nasib dia nak kat aku jugak haha


masam kecik-kecik dulu kan, bila makan mentah macam tu je
bila ada lagi saki baki sikit
aku akan cicah dengan dengan buah jambu
sedap sangat, rasa masam masin pedas

ada jugak kawan-kawan aku yang suka cicah dengan buah mangga yang kecik tu
kat kelate kitorang panggil pauh ringan
tapi aku dari kecik lagi memang kureng layan buah yang masam ni
tak tertelan noks

tapi tak tahu la bila aku pregnant nanti kan?
^___^



Monday, September 17, 2012

Nak copy paste pun biarlah berhemah!

Assalamualaikum

Semalam aku ada join segmen Best ini
semalam tak lena nak tidur, dah pukul 12 lebih
duk blogwalking pastu terjumpa segmen best tuh
Ok, aku join

Dah siap publish bagai, dalam 15minit macam tu aku godek-godek dashboard
Aikkk macam kenal je ayat ayat nih semua?

kerut-kerut jap dahi aku tengok
pastu aku buka blog aku, aku buka blog dia
sebijik sejibon dia tiru ayat aku
takkan la ayat untuk segmen tu pun ko nak copy paste

dah la ayat tuh pendek je
aku tak marah pun tapi
paling-paling malas pun, tukarlah perkataan ITU kepada INI ke
itu pun dah cukup.

^___^


iklan jap, korang peminat tudung bawal?
Jom like my page kat sebelah ---> Suzi Shop

Continue membalas jejak-jejak Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam


Sunday, September 16, 2012

jom beli bawal 2layer 2tone

Assalamualaikum







Boleh add Bawal Suzishop di sidebar untuk pilihan
selagi stok masih ada !!

jom tingkatkan followers sampai lebam


jom jom jommmm



klik SINI untuk menjoinkan diri

syaratnya pun mudah je

Followers sekarang : 374

Saturday, September 15, 2012

Anda peminat tudung bawal? nantikan!

Assalamualaikum

happy saturday everyone
anda peminat tudung bawal seperti saya?

coming soon saya akan upload tudung bawal 2 layer dari kelate
harga yang murah dan tone warna yang menarik









hanya di Bawal Suzishop.

Friday, September 14, 2012

rezeki sungguh, tq my students!


Assalamualaikum

rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
aku rasa sejak akhir-akhir ini , tiap-tiap hari 
dapat something dari anak-anak
Alhamdulillah, rezeki.





handsome boy ni namanya Haiqal
kat dalam class punyala tak reti duk diam
kaki tangan dengan mulut seiring duk bergerak tapi bijak orangnya

Aritu dia pergi melancong ke Beijing maka dibaginya 
aku satu beg yang comel ini.




Qrysha Najwa

new students in my class
"teacher, nanti kita nak bagi adiah kat teacher"
"hadiah apa?"
"hadiah makanan"
okey,hadiah makanan pun volehhh hihi
dibaginya aku biskut bersama coklat dan juga jelly


Dhiya sofea

"teacher, nanti esok papa kita nak beli nasi kat teacher, nasi kerabu"

alamak,macam tahu-tahu je aku ni tiap pagi breakfast dengan nasi kerabu.
"nape nak beli nasi untuk teacher?"
"sebab teacher rajin potong kuku kita"

hihi comel sungguh bunyinya, aku kalau nak tunggu 5.30 dah takde buat apa-apa.
lepas tu students dah ramai balik, memang aku suka potong kuku bebudak nih.
rimas sungguh  aku nengok kuku panjang nih

esok paginya di bawa 4 bungkus nasi kerabu
kenyang kami teachers makan :)
*naseb aku suka potong kuku my laki, kalau tak, nanges dia baca entry ni hiks*

Dhiya' Damia

terkejut gak aku, ibunya bagi dekat 10 bungkus nasi gorang kampung
ibunya memang suka memasak nih, pastu memang ambik tempahan
dan selalu jugak  bagi makanan kat kitorang
tenkiu parents, kalau aku xsempat jumpa mak ayah dorang untuk cakap tq
aku msg je, janji ucapan terima kasih itu ada
zaman sekarang kan dunia dihujung jari chewahhh :)



my name is werk werk
okbai


dari Pasir Tumboh ke Pasir Mas

Assalamualaikum

happy friday everyone..yahuuu on sunday ni cuti
seronok seyhh cuti 3 hari berturut-turut

dari Pasir Tumboh ke Pasir Mas
jauh perjalanan luas pengalaman kenyang perut.

 sebelum 5.30 lagi aku dah text my hero

lapa lah,nanti awal sikit ek :)
harus ada emoticon smile kat belakang, bodek okeh bodek hihi


                                        

suka cuci mata tengok-tengok menu padahal dah tahu nak makan tomyam.
hajat di hati nak singgah Rangnok tapi tak buka lagi pastu nampak macam
dia renovate sikit dia punya kedai.

curlasss ko Rangnok, padahal dah cukup besar apa kedai dia.
Aku dah terbayang-bayang dia punya tomyam *meleleh air luir jap*




muka sendiri haruslah ada 



Tomyam dia not bad, sedap pastu pedas. Aku suka, pasnih kompem aku mai lagi. Kailam goreng dia pun banyak. Licin nasi sepinggan aku makan, lapar punya pasal. 

kami laki bini makan kat sini lah. Kalau pergi Pasir Mas selalu je lalu sini sebab dia punya kedai tepi jalan je tapi ni 1st time singgah.


Tuesday, September 11, 2012

senyum itu sedekah


Assalamualaikum

kejap lagi dah nak maghrib tapi nyempat lagi nak nulis
selama berbuka kepada yang berpuasa enam.


sebenarnya banyak menda yang nak cerita tapi masa tak mengizinkan
pastu gambo tak transfer lagi
aku kalu berblog takde gambo, rasa macam suram je
lain orang lain caranya , iye dak?
lagipun sekarang ni banyak sungguh benda yang nak difikir
perancangan itu dan ini, Insyaallah coming soon :)



ni gambo semalam, keluar makan malam dengan adik beradiks
next entry aku story okeh

tetiba aku rasa aku sedikit gemuk disitu
tapi malangya gambo ini tersangatlah hipokrit



puan isteri + encik suami



kekadang bila time boring, time jalan jem
mula la meroyan nak ambik gambo bebukan
terpejam la, berjelir la, termasam la, tersenyum pekat manis la

zaman sekarang ni tersangattttt la ramai duk kontrol buat duck face
alaaaa yang mulut duk termuncung sana sinih tuh
tak paham aku

bagi aku senyuman tuh bukan sesuatu yang perlu dibuat-buat
tapi mesti lahir dari hati yang ikhlas
macam mana korang senyum masa kecik, macam tu jugaklah senyuman korang sekarang

aku ni jenis suka senyum nampak habis sebaris gigi
adik aku selalu komplem "mu takdo caro lain doh ko nok sengeh?"
"tak reti aku senyum buat-buat nih" *merujuk kepada senyum mulut itik*



tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


aku laki bini pandai buat mulut ikan

 heeee




ini namanya  #puahduksajo


Saturday, September 8, 2012

Raya bersama anak-anak

Assalamualaikum

senja maghrib camnih baru ada mood nak nulis entry
baru je siap bw n menfollow segmen by Miss Z 

ni story last week punya
tapi biasalah, aku kan selalu wat bizi dengan diri sendiri ngeh ngeh
aritu celebrate merdeka raya dengan my students
suka aku nengok bebudak sambut raya
dorang sangat la terujaaa

lebih-lebih la bila my principal bagi duit taya
terujaaa kuasa dua jadinya

ramai orang cakap, bukan mudah jadi cikgu tadika nih
tapi bagi aku sebenarnya mudah je kerjaya nih
janji dalam diri korang ada sifat sukakan bebudak pastu yang penting S.A.B.A.R
biasalah,nama pun bebudak pastu pepaham la camne pangai dorang

tapi percayalah cakap aku,
bila dorang wat pangai, 5minit je kita akan geram dengan dorang
pastu 5 minit kemudian mesti kita boleh gelak guling guling dengan dorang hihi





diskusi kejap



antara cakes yang parents bagi



biskut raya,uihhh meriah sungguh



simple decoration from us

Insyaallah, next entry aku akan masukkan lagi gambar-gambar students plak, apa yang dorang buat time celebrate merdeka raya. Takleh nak upload sebab aku lupa nak save semua tuh dalam pendrive huhuu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...