Wednesday, October 31, 2012

rajinkah aku?


 Assalamualaikum

barang-barang dah beli tapi tak tahu kerajinan tu akan datang atau tak. kalau aku rajin, petang petang nanti aku proses la. kalau aku malas, aku golek-golek depan tv sambil tunggu #Julia la gamaknya.


nanti kalau jadi buat aku share hasilnya kat sini ek. aku tak pernah buat tapi selalu duk usha resepi kat tenet. lagipun ni pebret aku, kalau raya yang ni je aku hadap. make sure, jangan manis n jangan ditabur apa-apa atasnya. selera la aku menelan.





lagipun aku nak memanfaatkan hadiah yang aku dapat ni





semalam aku dah rasmi wat bakar daging, sedappp dan cepat pulak tuh. tengs Tecer IsTecer Ikah, Tecer emi, tecer yuni and tecer zirah. dorang bagi ni masa aku nak benti keje aritu. dorang ni so suwittt like gulagula kapas sungguh :)


okbai.


Tuesday, October 30, 2012

aidil adha # 2

Assalamualaikum

raya haji pun entry berbakul kuikui. itu makna nya raya haji aku sedikit membuzy la jugak. sebenarnya masa raya haji aritu period aku lewat 10 hari. kalau sesapa pernah baca entry aku sebelum ni mesti dah tahu apa langkah aku seterusnya kan.

jawapannya aku wat bodoh je. pagi raya haji tuh aku pun angkat la bendera merah. nasib baik aku ni bukan jenis membajet sangat kan, kalau tak pepesal frust.

ok, lupakan pasal itu. sila cuba di lain kali #Eh




berpolka dot di raya ke 2. dh lama beli kain tapi baru jahit. tu pun aku pos kat akak aku kat gombak. semua baju aku dia yang jahit, best okeh bila akak sendiri jahit, boleh demand sikit pastu upah pun murah.kikiki 



mylaki cakap santek aku pakai baju ni, ntah angin apa datang tetiba puji aku. kalau tak, haremmm dia nak puji bini dia, punya lah susah. 

kekadang aku yang hover tanya dia "bang, cantik tak saya hari ni?"  "bang, santek tak tudung saya" haha dasar punya isteri kan. So, bila dia puji aku boleh noted dalam diari weh. hewhew




majlis bertunang pak sedara sebelah mylaki. yang berbaju biru berkilat kilat iteww calonnya.




suka gubahan simple pastu kaler pink peach, santek





jalam jem gils, aku duk belakang, yang berdarah manis duk depan. aku laki bini apa lagi, snap la pictures. dah takde keje kan.


okbai

Sunday, October 28, 2012

aidil adha # 1

 Assalamualaikum

yuhuuu, camne dengan raya korang, ok? banyak makan daging? aku rasa sejak raya ni banyak la plak aku makan nasi, selera gamaknya. daging goreng kunyit dengan ulaman dengan budu, selera bertambah! aku kalau daging sup ni kureng sikit, tak berapa. tahun ni raya haji kat kampung mertua dulu. pukul 8malam baru aku sampai kampung aku, sobsss padahal bukannya jauh pun , dekat je tapi nak buat camne, banyak agenda masa raya pertama. 



orang lain ambik gambar 8pagi, aku laki bini 8malam. nasib muka aku penuh keayuaan lagi.





ramai yang tegur jubah aku cantik, padahal dah lama aku beli, dah bape kali pakai pun. aku beli masa g kursus tadika kat Shah Alam arituh. kalau dekat2, aku pergi rembat satu lagi.




selamat bekerja pada yang bekerja besok
bagi yang tak bekerja selamat menjadi surirumah tangga
bagi suri rumah tangga yang takde anak lagi, selamat menjaga suami #Eh!


Wednesday, October 24, 2012

padan muka

Assalamualaikum

ini entry sebab tak tahu nak berblog pasal apa. lepas tu macam entry yang tengah malam tapi tak lena nak tidur. nasib ada belog yang kudus ini. boleh jugak aku taip-taip kat sini. kalau jaman muda mudi dulu asal tak lena tidur terus text boipren "tak leh tidur la :("  padahal cari helah nak suh boipren call. kuang kuang kuang.

tapi sekarang ni kalau tak lena nak tidur, kena manfaatkan diri dengan gadjet yang ada ni. Masa memula buka kedai kat Machang tu, aku tak balik sangat Ketereh sebab aku penat. so, aku tidurlah kat umah ma ayah aku kat Machang ni. Maka tidur la kami laki bini asing-asing. aku tidur di sini, dia tidur di sana *rentak muzik Ainan Tasneem sikit* 

bangun pagi tu takde suami kat sebelah nak ngadu. So, aku ngadu la kat Simsimi nih. haha tergelak sensorang aku kejap. poyo gils, cakap nasi lemak mak dia lagi sedap.



lastly kena jugak ngan aku. haha. Kartun dalam ni pun reti ngata-ngata orang kan. apatah lagi manusia yang kat luar ni. So marilah kita sama-sama jaga mulut masing-masing. sebelum nak cakap apa-apa kita berfikir la dulu. biar apa yang kita cakap tu rasional, betul dan yang penting tak sakitkan hati orang. aku jugak turut berpesan kat diri sendiri.

okbai



Tuesday, October 23, 2012

dah nak raya

Assalamualaikum

bangun je tidur tadi "abg, kita dah nak raya, kita raya kat mana?" soklan stendek bagi yang berumah tangga. laki aku pun cakap, "tahun ni raya haji kat umah Cik (nenek sebelah my hubs)"

aku dah lupa tahun lepas kitorang raya kat mana dulu. raya kat umah aku kot, dats why laki aku beria nak beraya kg dia pulak. masa aku belajar dulu, kitorang selalu jugak duk bercerita tentang raya aidiladha kat kampung masing-masing. bila aku cerita, dorang cakap waaa meriahnya raya haji kat sana. meriah ke?? meriah la jugak. lebih-lebih lagi kalau lembu yang dikorbankan tu adalah lembu mak bapak korang.



raya puasa yang lepas


 so, kiranya rumah tuan empunya lembu tu lah yang akan jadi tuan rumah, bergulai bermasak berkenduri kat sana la kejap untuk siapkan makanan kepada pakciks makciks yang melibatkan diri dalam aktiviti korban tu. sambil-sambil menunggu proses pengagihan daging tu. tapi siyes penat okeh jadi tuan rumah. lebih-lebih lagi kalau bangsa pemalas macam aku ni huahua. 


sediakan breakfast untuk dorang semua okeh lagi, tang tenghari tuh dah start pemalas dah, korang paham-paham je lah lembu ni memacam baunya. terutama sekali bau perut dia tuh huuuu sabar jelah. perut bulat ada, perut leper ada, aku ikut time jugak, kekadang boleh telan, kekadang kennot gooo maaa.



my anak sedara yg moody dipagi raya
mak sedara yang sentiasa hover kihkih


ayah aku lagi teruk, selepas selesai semua terguling la dia. darah tinggi macam tu lah. rehat-rehat tidur kejap, lepas tu baru ok sikit. so far, family memang ambil port tiap kali raya, kekadang 1 bahagian, kekadang 2, tapi tahun ni ma aku cakap 3 bahagian. alamak, pengsan aku dengar. kejap lagi melimpah ruah la daging kat dalam peti ais, silap haribulan sampai ke lantaiiiii.



selamat hari raya semua
maaf andai kata tersilap kata terkasar bahasa

Monday, October 22, 2012

aku pernah gemuk

Assalamualaikum

tragis tak dengar tajuk entry macam tu? sesiapa yang jumpa aku mesti cakap KURUSnyaaaa sekarang. ok faingggg. memang aku kurus tapi aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku pernah GEMUK dan pernah rasa macam mana peha aku menjadi besar, perut aku berlipat-lipat huahua. dipendekkan cerita memang family aku bergenetik kurus. so,apo nok dikato kan.

sebelum aku masuk UM 2007, memang aku kurus giler.aku pun tak sanggup tengok gambar sendiri *kejams*. selepas itu maka bermulalah kisah kegemukkan aku....



1st year 07/08
memang masa ni berat aku mendadak dengan cepatla jugak. tak pernah hayat pipi aku membulat macam tu weh. ni macam bola dah aku tengok. bila fikir fikir mungkin sebab aku makan nasi banyak kot masa tuh. pagi memang breakfast, kalau tak lapar la dalam class. ok, waktu lunch balik kolej untuk lunch. fac aku dekat je dengan kolej, haruslah rugi kalau tak balik makan kan. 

around 6pm macam tu beratur lagi untuk makan malam, nasi lagi. dah la selalu makan ayam, ayam besar gedabak plak tu. malam-malam turun lagi makan kat cafe, tapi aku layan ktiow oreng, tomyam macam tu je.



ni pun picture masa 1st year jugak, siap makan petang lepak bawah jap. gossip kejap lepas tu sedapsedap gossip monyet mesti datang, lari lintang pukang la semua. kolej 7 UM memang monyet banyak yer.dahla selalu curi makanan orang, tak paham sungguh aku dengan attitude monyet kan sini.haha




2nd year 08/09
ni picture masa cuti sem. sebenarnya kalau cuti sem berat tak tentu, kekadang naik kekadang kurus.masa ni jugak aku telan ubat gemuk hokeh! orang lain obses nak kurus, aku obses nak gemuk. ubat tu macam pil jamu yang cina punya, memang bau herba la. aku telan beberapa biji je sebab ma aku tak bagi. takut rosak yang dalaman je, terutama buah pinggang.

 So, sebagai anak yang solehah aku pun stop telan ubat ni. masa aku telan takde efek apa pun, sihat walafiat tapi selera makan macam jin, makan je setiap masa. so, memang  berkesan, berat aku 43 kg, catat sejarah kejap seumur hidup baru dapat berat macam tu. hewhew. bila naik sem baru ramaila kawan aku tegur yang aku makin berisi.happy aku masa tuh. haha




 3rd year 09/10
masa ni berat aku makin menurun. masa tahun akhir aku tak makan sangat kat kolej.breakfast ntah ke mana, tapi kalau roti canai dengan nasi lemak aku memang layan habis, sedap! dah 3 tahun kat sini terasa la jugak jemu menu kolej. memang aku banyak makan kat cafe. bila habis class tapau kat cafe fac lepas tu balik makan kat bilik.

tengah malam mula la lapar carik makan sebab petang tak ambik nasi. lepas tu badan sedikit penat, kejar. class. sekejap kat sana, kejap kat sini, kejap tahan bus, kejap jalan kaki. masa tahun akhir class memang tak banyak tapi banyak subject yang classnya jauh-jauh. kena habiskan EL dan jugak KO-K eh namanya? aku pun dah lupa kihkih.

dan masa tahun akhir jugaklah aku banyak berjalan sana sini haha. yelah, pas abih study dah tak boleh pergi makan tomyam tepi Mydin masjid Jamek, dah tak boleh beli Nose kat Mid, beli baju kat Sogo, kat Times, apepun tak boleyyy. belum balik kelate lagi aku dah request ngan bf *sekarang dh jadi my laki* nak makan itu ini. sampai je airport mesti aku akan senyum sampai telinga dulu, lambai-lambai tangan dan sokmo dia akan bawak aku g makan nasi ulam dulu. yang paling puas hati dapat makan kuetiow sup kat Kak Mah nasi Sup atas Pasar Siti Khadijah. yuhuuu



 okbai




Sunday, October 21, 2012

resepi : kangkung goreng belacan

Assalamualaikum

resepi paling simple di abad ini

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili api
1 sudu belacan


1. panaskan minyak dan tumbuk manja bahan dia atas.
2. nampak garing masukkan kangkung.
3. kacau sekejap dan masukkan sedikit udang kering.
4. kacau rata dan siap.

#tak perlu masukkan garam sebab udang kering tu dah masin.
tapi kalau korang jenis pemasin, boleh je tambah garam secubit.




tumbuk tumbuk manja je



rendam dulu kangkung, buang segala kekotoran

siap, makan dengan nasi berlaukkan ikan kembung goreng fanas fanas.
selera kampung sungguh, mesti tambah nasi punya

sori, aku lupa nak snap picturesnya yang dah siap masak. 



Saturday, October 20, 2012

chim chum sekejap

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pagi ni cuaca cerah je. nasib tak hujan, kalau tak pepasal meroyan nak makan mekdi lagi #Eh. malam ni final TRW vs ATM. aku tengok kat atas jalan ni tak berapa nak banyak sangat ketenya, ramai sungguh yang dah menghala ke sana gamaknya. nasib laki aku jenis tak terjebak nak pergi stadium. dia pun gila bola jugak, tapi dia lebih suka tengok kat tb je, lagi selesa tengok kat umah sambil makan kuaci kihkih.

kalau lawan kat sini, tiap kali perlawanan memang kitorang akan dapat tiket free 2 keping, sponser dari Happy/Digi. so memang adik ipar akulah yang rembatnya. adik ipar aku 2 orang tuh memang gila bola sungguh, semalam lepas jumaat terus naik KL. Huuu semangat sungguh.bagus bagus.


     marilah kita berchim chum sekejap



layan diri je
ambikla takat mana korang nak ambik
makan jangan tak makan tapi janganla membazir, amalan syaitonnnn


masak jangan tak masak
bakar jangan tak bakar



my laki sorang je yang laki kat situ
sebenarnya dia macam tak nak join, dia cakap nak hantar aku kat situ je
aku pun pujuk suh dia join sekali, lagipun dorang semua kawan2 aku masa kerja dulu




aku semestinya layan sup,
bermangkuk mangkuk jugaklah aku tibai



tiap kali datang sini, aku tak pernah buat ABC. tingin jugak tapi selera mengatasi segalanya. sebab ada lagi yang lebih sedap dari ABC. lagipun aku malas nak mesin mesin ais tuh



biasa aku tibai jugak laksam semangkuk tapi hari tu tak makan
kenapa ek? aku pun tak tahu sebab apa hahaha




aku suka makan kat Food Village kat Cherang berbanding dengan Pengkalan Chepa. aku rasa sini lagi best, kat sana orang ramai sebab tempat dia lagi besar dari sini. layanan pun best kat sini, kita duk leka makan dia mai tambahkan sup, tuangkan sup. baik hati sungguh lah. pekerja pun mesra pelanggan. takde masam masam mencuka. i loikeeee.



okey dorang ni semua kawan sekerja aku kat tadika dulu. sebelum benti kerja lagi aku cakap nak belanja. so baru sekarang aku dapat tunaikan. biar lambat asalkan tepati janji.  iolsss kan membizi sedikit sekarang ni. hari tu dari Machang, so aku tutup kedai kat Machang awal la sikit, dalam pukul 5. balik kedai Ketereh pulak, mendobi sekejap.

 Lepas maghrib terus gerakkkk. aku ingatkan aku yang lambat, tapi rupanya dorang yang lambat,. boleh pulak Tecer Is  kita tertinggal lesen. Kesian, so kena patah balik ambik kat rumah.

Chim Chum tu apa?

hidangan seperti stimbot, ada sup dan jugak grill. yang specialnya dia tak guna dapur gas yang kecik tuh tapi guna arang. aromanya menusuk-nusuk habis.ada pencicah pedas dan jugak manis.


Harga Berapa?

RM19.90/orang, 
buffet okey. dulu tak sekali dengan air, rasanya dulu price dia RM18 or RM17 camtu lah. lagi syok sekali dengan air, brapa gelas ko nak minum, minum jelah sampai terkucil. 

lagi entry chimchim kat ---->  SINI



Friday, October 19, 2012

kerana hujan


Assalamualaikum


musim tengkujuh dan tiba, lately asyik hujan je kan, menggigil-gigil tulang temulang aku ni. camni la kehidupan si kurus T_T . pagi tadi bangun ujan tak benti-benti lg. so, bangun je terus terbayang mekdi. nak kejut my laki tak tergamak sebab tengok dia syok je duk tidur. tapi selera mengatasi segala-galanya hahaha


abg,bangunla..jom kita g mekdi *sambil buat muka comel kelipkelip mata*

okey, g lah mandi dulu.

homaigoddd, selera terlaksana jua kikiki. cepat-cepat aku mandi.
 sampai mekdi pukul 12 lebih sikit je. mcvalue lunch terus




happy friday    ^__^


semalam aku mimpi mengarut lagi, aku cite la kat laki aku yang aku mimpi orang yang dah mati dalam kubur tu keluar balik.berjalan sana sini. laki aku cakap, hantu tu datang nak mengusik  aku :(  huuuu ok fainggg. nasib baik takde sampai sesak napas macam hari tu, kalau tak dia jugak yang susah. 



habis mciken sebiji, tibai fries pulak




kita minum duluuuuu




minum milo anda jadi sihat dan kuattttt




pagi tu aku post kat pesbuk rasa nak makan mekdi ujan-ujan ni.
aku ingatkan aku jenis spesis kelaparan tak kira masa. rupanya ada jugak yang kelaparan time kehujanan.
adik aku pun sama tapi tak g beli sebab alasan dia hujan, padahal berapa jengkal je mekdi dari tempat kerja dia. hmmm ish ish ish dasar sungguh. *kepada Nik Sara, kalau baca entry ni, silalah tabahahaha*


pepatah ada cakap

sediakan payung sebelum hujan.

so, sila beli stock payung 1 lori.

okbai.





Thursday, October 18, 2012

penyakit bagi yang baru berkahwin

Assalamualaikum

Sebenarnya hidup ini terlalu indah dan teramat indah. so, gunakan peluang yang Allah kurniakan dengan sebaik-baik mungkin. setiap nafas yang kita hirup itu adalah milik Allah. kalau Dia nak tarik, sesaat je boleh. Alhamdulillah atas kurnianNya.

Okeh, hari ni aku nak cakap-cakap pasal kahwin. amboiiii suka lettewww! yang tak kahwin lagi pun boleh je. lai lai laiiii.

BAJET PREGNANT

bila selera bertambah terus bajet pregnant
badan rasa tak sihat terus bajet pregnnt
period lewat sesaat terus bajet pregnant
moody tak tentu pasl terus bajet pregnant

dah bape lama awak kahwin cijki? 1 tahun lebih. 
ada orang cakap itu dah lama & ada orang cakap ooo baru je.

so kalau siapa-siapa yang baru kahwin tu tak perlu la nak over xpose sangat
kalau Allah dah bagi rezeki, Insyaallah 

ni tak, sikit-sikit post kat pesbuk, kat twitter, macam tu la macam ni la. membulu jugaklah bulu mata  aku yang sedia berbulu ni. kalau dia pregnant takpe la jugak, sekurangnya aku boleh like status tu n say Alhamdulillah. ni kalau sekadar nak tarik perhatian orang, rasanya itu bukan cara bagi seseorang yang dah bergelar isteri. lagipun inai dijari pun tak habis lagi kottt

aku pun pernah rasai pengalaman tu semua, tapi kalau setakat badan lesu, selera bertambah, aku tak layan sangat. kalau setakat period lewat sehari dua aku tak layan lagi, tapi kalau dah 2 minggu lewat, kenalah bertindak. bukan apa, kalau kita tahu kita pregnant, at least kita boleh jaga diri
tak boleh lasak-lasak. ye dok??

dalam berblog hati aku sangat tertarik dengan blog I'M YOURSSS

dekat 7 tahun dia menanti cahaya mata. Alhamdulillah dia pregnant tapi Allah tetap mahu menguji dia. sekejap saja dia dapat merasai nikmat itu, dia keguguran. tabah sungguh hati wanita ini. aku memang tersangat-sangat kagum dengan dia. aku yang setahun lebih ni pun kekadang hukhek hukhek jugak, apatah lagi dia yang dekat 7 tahun. hebatkan dia? sabar, tabah, redha dan jugak usaha.



gambar takde kaitan dengan entry. 
aku cuma nak cakap lotion ni tersangatlah best!
wangi & cepat kering. 


okbai

tak sibuk pun

Assalamualaikum


Fuhhh, ni baru ada masa nak menjenguk blog. Eh, sebelum ni pun ada masa jugak tapi takde masa nak tulis entry je. aku buka blog, aku baca je entry korang, tapi baca je, tak sempat nak mengkomen. ada jugak yang aku baca tajuk entry je tapi tak baca isi hewhew. itu bermakna aku memang betul-betul sibuk. rindu seyh nak blogwalking. siyes!

Eh, busy apalah sangat. padahal baru je benti kerja?? bekerja sendiri memerlukan komitmen yang lagi tinggi. sampaikan aku tak de masa nak berkasih sayang dengan suami tersayang # Eh..Before this sibuk duk kemas kedai baru, berpeluh jugak ketiak aku. penat la jugak. semalam baru buka dengan rasminya. tapi dalam pukul 9 malam dah tutup sebab aku betul-betul rasa lemau, mata mengantuk. dah la pc kat situ kena virus, tak boleh nak online. netbook lupa nak bawak. online dengan note tak puas sangat, main game memang puas hati.



laki aku muka kena paksa, tapi aku macam biasa hover sangat haha


Lepas tutup kedai terus balik kedai Ketereh plak. sampai sana okey je mata aku, layan Vokal Bukan Sekadar rupa kejap sambil tibai kuetiow tomyam. online kejap lepas tu naik mandi terus tidur. sumpah penat. tidur semalam boleh plak mengigau sampai sesak napas ahkak. aku selalu ngigau pelik-pelik. lepas tu laki aku pun buka surah Yassin. so, semalam tidur bertemankan alunan Yassin, lena sangat.


hari tu aku ada post kat pesbuk "see you tomorrow"
nampak sangat weoolsss takde masa macam dulu. aku ni hangin berjalan tak sangat tapi hangin makan sana sini memang aku lah. dalam duk sibuk tu sempat lagi aku menyelit




 "dah lama kita tak makan kat situ...
"dah lama tak makan ..
"bestnya kalau boleh makan..


tapi nasib aku jenis memahami *walaupun kekadang meroyan la jugak huahua*
nak merengek biarlah bertempat. kan kan kan? *isteri solehah*
tak lama lagi dah nak raya haji. kat Kelantan raya haji tersangatla meriah uolls. mulut aku dah kecur air liur duk terbayang daging goreng kunyit yang fresh ittewww.




Tuesday, October 16, 2012

rindu comel

Assalamualaikum

semalam masa online pesbuk, tetiba nampak tecer iqah post entry sayu hati ini
kesian kat wekwek

kalau kat tadika dia kira anak kesayangan aku lah hikhik
dia takde perangai pun, diam je, bawak diri je
baik hati, comel plak tu

pastu aku kan memang suka gegirl, so dia la yang aku duk peluk cium hari-hari
everyday ok aku cium dia, nampak gils aku obses ngan baby girl kan?
dia jarang sangat nangis, pastu aku pernah gak usik dia sampai dia nangis hakhak
*jahat punya teacher*
lepas aku berhenti kerja haritu, dia tak nak datang skol
dia cakap kat daddy dia tecer suzi takde
alolololooo comel tak, comel tak?
so sweet like gula gula kapas sungguh wekwek ni

lepas benti kerja, 2x jugak aku mimpi dia
hukhuk rindu macam mana sekalipun
tu anak orang, so redho jelah ek









aku selalu cakap, ilebiuuuu

pastu aku tanya dia, kena cakap apa??

dia pun cakap ilebiuuuu jugak
ok. faingggg  = ="

Monday, October 15, 2012

Langkawi

Assalamualaikum

before this dh 2x plan nak pergi berholiday tapi terpaksa cancel
cancel pun atas sebab yang tak boleh dielakkan

sekarang aku dah jadi suri rumah separuh masa
so, on time je boleh pergi, janji bujet adoooo
sukooo ^__^, kalu takdo bujet, xsukoooo :(

my hero selalu ajak pergi Langkawi
almaklumlah, kawan dia ramai kat sana

tapi aku tak nak pergi sana, aku nak pergi tempat lain
ke mana? adalah, rahsiaaaa :)




Langkawi tak nak pergi, tapi selalu merengek nak makan cekelat Daim
dah cekelat Daim tu sedap sangat *alasan kukuh*

okbai




Sunday, October 14, 2012

resepi : sotong titik serai

Assalamualaikum

dah lama rasanya aku tak share resepi kat sini
bukan aku takde masa tapi aku jarang-jarang masak kuikui
aku rasa satu kepuasan bila aku share resepi kat sini
tiap hari ada je orang views resepi aku, walhal aku rasa resepi aku tu biasa-biasa je


agar-agar santan yang paling pemes sekali orang duk search kat sini
kat live traffic feed kat bawah tu pun memanjang orang duk search resepi je
tetiba rasa macam blog masakan la plak hahaha *hover ok!*

thankssss kepada mereka yang sering menjenguk + mencuba resepi aku ittewww
sama-samalah kita memajukan diri dalam bidang masakan #Eh



 
ok ini semalam punya air tangan

titik bermakna ketuk atau dalam bahasa kelate, katok
tapi dalam bahasa kelate jugak, katok bermaksud pukul
tapi dalam masakan kita panggil titik, terserlah kesopanan

kat entry pun aku tulis titik jugak sebab nanti senang nak cari
aku mesti share resepi senang-senang saja
sangat sesuai untuk orang yang perajin pemalas seperti aku
kuang kuang kuang



BAHAN-BAHAN

1/2 kg sotong
cuci bersih, ada orang yang tak buang dia punya dakwat tu,
kalau aku memang aku buang, nanti tak tertelan.

4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 batang serai
1 keping asam 
garam secukup rasa
lada besar
bawang besar


CARA-CARA

mudah saja caranya. kita campakkan ajer semua bahan tu

1. masukkan sotong ke dalam periuk bersama sedikit air
jangan bagi sotong tenggelam sebab nanti sotong akan keluarkan air jgk

2. tumbuk bawang merah + putih dan titikkan serai

3. masukkan semua bahan diatas bersama sekeping asam
hiris bersama lada besar dan sedikit bawang besar

4. panaskan api, bila nampak kuah mula gelegak, baru masukkan sedikit garam
tunggu gelegak sekejap, boleh tutup api
sotong tak boleh masak lama-lama nanti liat


#aku kalau masak memang tak letak pak aji
tudung bawal Kelantan..Jom cucimata di Suzi Shop





Thursday, October 11, 2012

bawal crown sulam RM 33 sahaja

Assalamualaikum

bawal crown sulam yang cantik-cantik dari kelate
bawal tones warna yang menarik
ada sulam bunga besar, ada sulam bunga kecik-kecik

hanya RM 33 sehelai

kain lembut, selesa dipakai 

jom like Suzi Shop untuk pilihan yang menarik

nak borong pun boleh, just contact me 014 605 1234 (suzi)











happy shopping ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...