Thursday, February 28, 2013

Hai orang-orang yang sejuk


Assalamualaikum

Lately musim ujan kan? kalau kat Kelate memang dah macam musim banjir. Eh, bukan macam tapi memang dah banjir. Kat kampung aku memang dilanda banjir 2 hari berturut-turut.
Tapi hari ni okey, tengahari je ujan sekejap. Hari selasa hari tu, aku nak g pos parcel, sekali aku tengok pejabat pos Ketereh naik airrrrrr. Tak kuasa aku nak redah jer, bukan apa, air  kotor weh, eiiii yeks.


Dah janji yang customer, tak tergamak la plak nak cancel kan. So, mintak tolong laki aku pegi pejabat pos yang kedepan sikit, hewhew.

okey,besok aku nak start bloglist 2013. Tunggu yer,tunggu yer

okbai.






Kain cotton sulam free postage!!


Assalamualaikum

Rm75 sem/ Rm80 sbh srwk
Ready stock, berminat boleh terus msg 014 605 1234.



KP 1 : available



KP 2: SOLD OUT
KP 3: SOLD OUT

KP 4: SOLD OUT
KP 5: AVAILABLE

Wednesday, February 27, 2013

I love you. Muah!

Setelah hampir 5 bulan aku tinggalkan dia. Semalam bila jumpa aku tanya

"Ya, anak sape?"

"Anak tecer suzi"



Omg!! Dia ingat lg kat aku. Dah masuk 5tahun tp still like a baby. Beranak bulan duabelas kennn. Tak berapa nk cukup umur lg.kihkih

posted from Bloggeroid

Sunday, February 24, 2013

Bulan 3 bulan yang baik hati

Assalamualaikum

Tak lama lagi bulan 3 bakal menjelma, i likeeeee bulan 3. Sebenarnya dari hari tu lagi aku nak buat bloglist baru, nak kenal kawan-kawan baru *chewahhh peramah sangat bunyi nya,hihi*
Tapi bloglist yang aku nak buat ni takde rumit rumit yer. Sape yang kenal aku kompem tahu aku ni simple dari semua segi maka bloglist aku nanti pun akan buat cara yang paling mudah je.

 So, korang just tinggal link blog korang je kat ruangan komen je. Takde copy header bagai ni, no no no. Nanti aku informkan satu tarikh yang sesuai yer. Yang pastinya bukan sekarang tapi bulan 3 nanti yer.

okbai.





Thursday, February 21, 2013

Orang kita memang camtu ek?

Assalamualaikum

Tetiba hari ni nak jadi minah kepochi sikit. Bukan mengumpat yer kawan-kawan. Just peringatan sesama kita.

Aku banyak follow retis kat insta, follow just nak tengok gambar, pastu like. Komen pic retis memang tak pernah, tapi komen pic bloggers yer, like pun yer. Anyway, congrats kat Filla sebab dah lahirkan kasih yang ke 3. comelll bulat macam matomato jugak,hihihi.

Okey,buka cerita lain pulak yer. Bila dah follow insta retis, yang paling aku tak suka bila ada segelintir yang suka komen ntah apa-apa. Tak salah nak menegur TAPI TAPI TAPI sila la tegur dengan baik dan yang paling penting cermin diri sendiri dulu.

Contoh, ada sorang retis ni dia peknen lepas tu dia pergi bercuti. So, tempat dia bercuti tu macam ada show, bukanlah tarian bogel pun, still pakai baju. Biasalah negara luar, seksi meksi tu kan. So, sorang perempuan tu datang komen lebih kurang macam ni lah

'orang peknen tak boleh tengok benda macam tu nanti meresap kat baby"

Okey niat dia bagus untuk menegur tapi ayat dia tak berapa nak betul. Apa salahnya tegur dengan cara yang lebih sopan,

"dear,tak berapa elok tengok tarian macam ni masa peknen,nway hepi holiday yer,take care!"

Kan, sweet sweet sikit bunyik nya. Yang menegur tu perempuan, jika di izinkan Tuhan, dia pun akan peknen jugak. Membuatkan aku terfikir, mampu ker dia untuk jaga mata dia dari lihat sesuatu yang seksi/sesuatu yang berdosa. Seksi tak semestinya perempuan joget-joget je. Yang tak berjoget pun berlambak kat depan mata ni hah, seksi jugak.

Bersama-sama lah kita ke arah yang lebih baik. Insyaallah.



Rm 55 free post sem.
Promosi chiffon 2 layer sulam kawkaw lebat


Siyesly gorjess!!
 Dah nak ujung bulan ni boleh la beli. Bagi hadiah dekat mak.
Rezeki ni kena kongi dengan parents tau, baru lah makin berkat, chewahhh hikhik.

okbai.

Wednesday, February 20, 2013

Sibuk sikit je


Assalamualaikum

Tetiba rasa lama gils tak menaip kat sini. Tapi sebenarnya hari-hari aku buka blog okey, lepas tu baca blog korang, komen korang pun aku baca, macam mana tak baca, keting keting bunyi komen naik kat email phone kan.

Nak membalasnya yang memakan masa sikit. kihkih. Tapi, kejap lagi aku terjah eh.

Lately macam sibuk sangat tu takde la, tapi sibuk sikit-sikit je. Hover, tak bekerja tapi bajet sibuk duopuluhpat jam. Huhuhu

Banyak benda yang aku duk fikir dalam kepala nih, duit Brim nak beli itu ini, walhal duit Brim dah tinggal separuh dah,hahaha. Korang dah dapat ke? Aku dapat Rm350, laki aku Rm150. Dah tu kata sayang bini kan,kihkih.



Minumlah susu Low Fat untuk menguatkan tulang tulang anda.

okbai,


#Kalau nak membeli bawal plain Rm7 sehelai, jemputlah la terjah pesbuk bisnes aku tuh. Berjenis kaler ada, juling kejap mata aku @__@



Saturday, February 16, 2013

Gergasi sangat

Assalamualaikum

Pestaim jumpa pensil gedabak macam nih. Besar gils. Kalau guna pencil ni time exam penulisan,keluar je exam kompen retak seribu tanganku.



Okbai.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 13, 2013

Sepetang bersama mek bungo


Assalamualaikum

Petang-petang camni memang mengantuk kan? Terutama yang keje office, rasa nak lekat-lekat je muko kat meja kan? Yang tak keje office pun sama jugak, apatah lagi yang tak bekerja.

Aku dah pakai roses yang aku beli hari tu. Terus bajet ayu -_-'

Senang je, dari jauh dah nampak rose mekar setaman.


Sweet 17, hahahaha
okbai.

Monday, February 11, 2013

Hobi baru yang mencomelkan


Assalamualaikum

Lately ada hobi baru plak. Sejak bila tak tahu aku ni suka beli brooch yang penuh dengan kecomelan ni. Hari tu merayap kat Wakaf Che Yeh, padahal masa tu dah pukul 1pagi tapi mata masih elok lagi means tak mengantuk lah.

Tetiba terpandang brooch yang comel. Lepas tu terus cakap kat laki aku
"bang, nok sepuluh inggit, nok beli bungo comel tu"
Aku kan jenis spesis keluar malam membawa diri je, haha.




3 ketul kat atas tu lah yang aku beli, 3ketul Rm10.
Aku pun tak tahu mahal ker murah.
Yang sebelah kiri kat bawah tu, student aku bagi, 
yang sebelah kanan aku beli kat mana ntah, lupa.

Tak pelik kalau lepas ni koleksi brooch bertambah, hewhew
Bila ntah aku nak pakai, takpe takpe nanti pakai aku tayang kat sini yer,kihkih

okbai.

Bawal plain Rm 6 sahaja !!!


Bawal plain bidang 45'

Rm 6 sahaja !!!
postage Rm7 sem/ Rm9 sbh srwk.


jangan malu segan nak msg 014 605 1234.
*aku dapat murah,aku jual murah. kita sama2 merasa okey :)

Thursday, February 7, 2013

Pelupa


Assalamualaikum

Hari ni dah khamis ek, cepatnya masa berlalu kan? Aku tahun ni baru masuk umur 26 tahun tapi spesis pelupa yang amat macam orang umur 50 tahun gamaknya!

"tok pelik kalu g shopping mall tengok-tengok kelik sore, anok tok tahu mano"

Amboiii, abang sedap mengata saya yer, laki aku macam tu lah. Tapi masalahnya memang aku jenis pelupa pun,haha.

Kejadian 1.
Kami laki bini pergi Mydin lepas tu banyak jugakla barang yang beli, aku ambik la t-shirt putih kosong yang macam orang cina suka pakai tu kan. Laki aku suka pakai baju tu sebab kain jenis tak panas.  Beli 1set dalam tu ada dalam 3pcs macam tu rasanya. Memang aku ingat aku bayar tapi bila balik rumah, selongkar balik apa yang dah dibeli tapi sampai kesudah aku tak tahu kat mana aku letak, puas dah aku fikir.

Kejadian 2.
Aku hilang kad atm. Fuhhh yang ni memang kes berat sungguh. Kitorang kan suka keluar lewat malam, aku jenis keluar memang bawa diri je, ic pun tak bawa *kalau kena saman dengan polis matik aku* Kalau nak pergi bank malam buta memang aku bawa card atm seketul jelah. Seingat aku lepas pergi atm malam tu card atm aku terus hilang, memula tu ingatkan ada kat celah-celah kete. Seminggu lepas tu gelebah cari, tapi tak jumpa. Dekat sebulan baru sempat pergi buat yang baru. Nasib baik jumlah duit tak berkurangan,fuhh selamat.



Sementara tunggu turn di bank, kita breakfast dulu.

Bila aku fikir balik, aku pelupa sebab aku pandang remeh pada hal-hal tersebut. Kiranya malas nak letakkan bebetul lam otak ni, lau letak pun, letak sipi-sipi je. Haa lebih kurang camtu lah. Bab letak barang lagi lah, memang pelupa. Maa aku selalu membebel,kihkih. Aku rasa aku harus berubah untuk menjadi tidak pelupa lagi.

Orang cakap kita pelupa sebab suka makam kepala ikan kan? Boleh percaya ke? Tapi memang aku suka makan kepala ikan talapia goreng, sedap hangat!

okbai.

Wednesday, February 6, 2013

Selera blog berubah selepas kawin

Assalamualaikum

Eh, jap jap. Bukan nak cerita pasal selera makan ni tapi pasal selera blog. Blog juga mempunyai selera tersendiri, sesiapa yang ada blog je memahami bagaimanakah selera blog itewww.

Aku sebelum kawin dulu tak layan sangat blog makmak ni, layan blog anak anak dara je, bajet hot sangat kan layan blog anak-anak dara,hihi. Tapi kalau blog anak teruna dengan blog bapak budak aku payah sikit nak terpikat, kalau aku layan maka adalah cerita yang menarik disebalik tu. Baru aku perasan kat side bar aku ada seketul je blog laki, hahaha *lambai-lambai tangan kat Remy Ishak sikit.*

*bloglist masakan pun ada jugak yg bapak budak punya, tapi yang tu kita cerita lain kali yer*


Macam mana aku tak layan, blog dia tu penuh dengan makanan je, asyik-asyik entry yummy, selang 2mins yummy yummy lagi *okey,selang 2mins tu aku tipu* Bila dia cerita sal makanan yang  kat atas flight, aku pun berangan duk atas flight jugak, eh sabar jelah kan -_-'

Okey,berbalik kepada cerita asal. Lepas kawen ni aku banyak layan blog makmak. Kat side bar aku " I Read Them" majoriti yang dah beranak pinak, lepas tu hotmummy sangat! Aku suka baca blog camtuh, sedikit sebanyak memberi aku ilmu dalam mengharungi rumahtangga dan membesarkan anak-anak. Hooiihh, susah wei nak membesarkan anak-anak. Korang ingat senang ker? Lepas tu terus berfikir, macam mana la ma kau boleh jaga kami 9beradik ni, hebak hebak!

Eh, yang blog anak dara pun aku layan jugak. Bila baca mesti teringat memori masa mudamuda dulu,hikhik. Tapi..  tapi ..tapi..bila baca mesti bajet nak kembali ke zaman dulu-dulu pulok doh. Haaa camne tuh?

okbai


Tuesday, February 5, 2013

Baju baby memang homey-homey


Assalamualaikum

Semalam pergi shopping membeli baju baby untuk kami hadiahkan kepada anak sedara yang ke7. Yang ke7 ni boboi. Jawabnya nayli seorang lah anak sedara gegirl kami.

Semalam kitorang adik beradik pergi Anakku. Memula nak beli hamper yang dorang dah siap packing lepas tu pekerja dia cakap boleh je nak pilih barang-barang and diorang akan packing.

So, kitorang pilih barang sendiri. Lagi jimat, lagi puas hati :)
Rambang mata tengok baju baby gegirl grrrrr
sabar jelah ek.




Kemain kitorang 5 beradik semalam.
Lepas tu beli hamper share la 5 beradik, hahaha jimatttt
itulah keuntungan bila adik beradik ramai, jimattt sangat kihkih



Gewam hangat!

Ni anak sedara yang duduk paling dekat sekali, My akak ipar cuti 3bulan je. lepas tu kena kembali bertugas ke Penang. So, mak dia yang akan jaga. Dekat je ngan umah kitorang, nanti bolehla cikji gi culik hakim sokmo yer hikhik


Nik Muhammad Hakim.

OKbai
Suka boleh like :)

Saturday, February 2, 2013

Blog yang best dibaca?

Assalamualaikum

Bila boring menjelma camnih la kan. Korang boleh suggest tak blog yang best dibaca, bila baca tak jemu, bila baca sekali rasa nak baco sokmooo sokmoo, haaa gitu lah.

Selain dari blog yang aku kat side bar aku nih. Tetiba rasa nak tambah. Semalam aku baru jumpa blog best,eh sebenarnya dah dekat seminggu jumpa tapi semalam baru letak kat side bar iaitu blog nameeroslan. Aku pernah tengok nama blog tu, aku ingatkan blog laki. Sekali aku baca, rupanya blog pempuan. Terus letak kat side bar, hewhew

Mekaseh.
Okbai



Allah tarik nikmat sekejap


Assalamualaikum

Sekarang ulser berkeliaran dalam mulut aku. Tapi 2 ketul je pun. Biasanya naik celah celah pipi tapi sekarang hoverr sungguh ulser ni, kat atas lidah pun dia naik. Seketul kat celah pipi, seketul kat atas lidah, terbaikkkkk.

Seksa sangat bila tang lidah, siyes,sakit! Aku sapu bonjela, lepas sapu aku baring lepas tu lidah aku harus terjelir lah kan. Time tu jugak laki aku nak tanya aku itu ini.

"Yang, kain pelikat abang duk mano?"
"Yang, asar pukul berapo?"

Eh, eh eh..sabar jelah kan. So, sekarang selera makan aku stop untuk seketika. Kekadang sampai perut aku berbunyi kelaparan. Nak makan pun fikir banyak kali. Bila fikir-fikir elok juga aku sakit. Sekurang-kurangnya sistem perut aku ni boleh rehat kejap. Ni asyik mengunyah je 24jam, kesian perut dapat tuan macam aku -_-'


Agak terliur jugak.


Ni lagi terliur sebab ada charktiow :(



Sekarang aku makan jelly ni je. Hancurkan sikit-sikit, 
lepas tu sumbat dekat area kerongkong, telan!

okbai.

Friday, February 1, 2013

Semalam yang warna warni


Assalamualaikum

Semalam sempat curi masa keluar membeli barang-barang kejap. Memula masuk dah nampak twister, niat di hati memang nak beli lepas tu promoter tu cakap kalau beli 1set twister yang 2botol, nanti dapat hadiah misteri, just cabut angpau yang duk bergoyang kat pokok limau tu.

'Oooo ingat kae bulih pokok limau nih"

Laki aku pun cabutlah, dapat lah seketul adiah. Lepas tu dia rasa fun ke apa leh cabut-cabut angpau misteri tu, terus rembat lagi satu set. Dapat lagi seketul hadiah yang tak berapa nak misteri tu.



Dapat seketul tupperware twister dengan pencil case lepas tu kat dalam tu ada stationery twister jugak. Eraser, pencil dengan ruler. Eh, comel la plak sebab ada cop buah orange twister tu kan. Terus rasa nak simpan untuk anak sulung aku nanti. Hewhewhew.


Sape nak pergilah beli twister ni kt pacific Kbmall, aku tak sure kat tempat lain promotion ni ada ke tidok. 2 botol twister tu dalam Rm7 hengget lebih-lebih. Senang-senang dalam Rm4 la sebotol.

Masa nak bayar dak laki yang jadi cashier, lepas sekolah agaknya budak tu. Siap boleh nyanyi-nyanyi lagi. Terbeliak bijik mata laki aku tengok dia sebab aku sendiri pun tak pernah jumpa cashier yang boleh nyanyi sambil scan barang, hahaha.

Lepas tu dia cakap resit aku panjang, maybe dia baru kerja gamaknya. Sebulan lebihhhh baru keluar membeli, memang camnih la jadinya. Lepas tu semalam aku tak ambik sangat makanan yang kecik-kecik tu sebab mulut penuh ulser. So, selera makan stop kejap huhu.


Kuning hangat casing ni. Dah lama cari tapi kalau cari mesti takde choice sangat. Pergi kedai ni, ni je yang pengakhiran yang ada. Memula berlagak tak nak ambik, konon nak survey tempat lain dulu.  Pergi survey semua yang jenis kosong je, kalau ada yang kartun pun, jenis kartun ntah apa-apa. Lastly ambik yang ni jugak.  Rm15 je.

okbai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...