Friday, November 29, 2013

Ringankan tangan



Kalau korang buka acc NUFFNANG kalau akan nampak seketul iklan untuk Typhoon Haiyan Relief. Kalau korang rasa terdetik hati nak derma untuk mangsa taufan Haiyan tu, korang boleh klik situ. Seketul yang bulat tu ker, yang patsegi ker, memana pun boleh.

 Orang cakap, kalau kita terlintas nak buat perkara baik, kita kena buat terus, jangan tangguh-tangguh. Aku lebih percaya kalau derma direct dari Nuffnang camnih dari bapak indon, bakap pakistan, tak pun bapak melayu yang berserban yang berkopiah bagai. 

Aku jenis susah sikit nak percaya, bukan kedekut tapi sebab kebanyakkan tipu je. Kalau yang jenis tak cukup sifat tu lain lah, dah terang-terang dorang tak sempurna seperti kita, haruslah kita tolong setakat mana yang mampu. Kekadang sebak jugak hati ni tengok penderitaan dorang T___T





Just isikan nama dengan amount korang.

 Kalau dalam acc Nuffnang ada secoet, dermalah secoet, kalau ada  2 3 4 coet, dermalah 2 3 4 coet. 

Lepas klik donate, nanti akan terpampang Thank you... yang tulisan paling atas sekali, yang berwarna hijau tu. Haaa, mudahkan?
Kalau macam aku, duit tu ditolak dari duit sponser post. Kalau masa tu korang dah cashout duit dari sponser post, dorang akan tolak duit dari CPUV. .

Okbai, selamat menderma.

Pagi yang hening

Hamboi heninglah sangat, yelah pagi tadi kan ujan renyai-renyai. Tang ujan renyai je aku sedar, ujan lebat aku tengan syok membuta. Nasib baik pagi tadi tersedar awal untuk solat subuh. 6.20 dah sedar alhamdulillah. 

Lepas subuh, sambung tidur jap. Tapi tak lena, so wake up untuk siapkan mendobi semalam. Sempat terlelap jap nak tunggu mendobi siap. Lepas siap punggah letak lam bakul, sambung tido seminit dua *pemalas betul ekekek* 

Bangun tido baru sambung sidai, hihi

Okbai, nak cerita tu je.


Wednesday, November 27, 2013

Bekpes



Korang dah bekpes ke? Pagi tadi aku pekena teh tarik
Dah cakap kat pakcik tu kurang manisssss. Tapi manis jugek,
 aku pun tambah air masak, still manis lagi huhu.
Lastly minum tak sampai separuh pun.

Okey ni baru mukadimah je, nasi tak telan lagi.
Jap jap lagi kita telan nasi lomak yer.



Okbai.

Tuesday, November 26, 2013

Alhamdulillah rejeki, tq Nuffnang!


Semalam duk men tenet lepas tu ketingggg inbox masuk. Terus check email. Rasa macam tak percaya je dapat peluang untuk buat Sponser Post ni. Lepas baca baca lagi walaupun omputih tak berapa nak cerah kekeke.

Haritu kan aku ada submit untuk Resipi tu kan Karamel Beryogurt, walhal  dia bukan nak resepi tapi just nak link blog kita je, nanti kalau terpilih baru dia akan email kita balik. Tapi disebabkan tak berapa paham bahasa omputih plus malas nak gugel + baca tak habis, gitulah jadinya. Tapi takpe, bukan aku jer yang submit resepi tapi ramai lagi blogger lain kan kan kan. Baik ngaku cepat hihi.

So lepas submit resepi tu, Nuffnang cakap kalau terpilih dia akan inform paling awal 19hb Nov. So, aku bajet memang aku tak dapatlah kot. 

Tapi alhamdulillah aku terpilih untuk run sponser post ni. Bayaran dia boleh tahan jugak ek $$$ hihi.






Okbai. Masih terpikir-pikir lagi nak create resepi apa yer? Hmmm

Friday, November 22, 2013

dapat CPUV ke-5



Hujan hujan ni boring lah pulok. Moh ler kita berblogwalkinggg. Hari ni nak citer pasal CPUV lah sikit. Dah dapat pun sikit, cerita pun sikit lah. Kalau dapat banyak. baru kita cerita banyak ek.hihi.

Selama berblog nak masuk 3 tahun, ni baru merasa CPUV yang sebetulnya. Before ni duk baca je kat blog orang. Dah 5 CPUV yang aku dapat., tapi yang menjadik 2 ketul tu je. Yang 3 lagi  tu dapat 1sen je untuk 1 ads. kihkihkih.






 Lama gak ads INTI tu duk menebeng kat blog aku. Memula tu aku tengok dapat dalam sen sen je lepas tu jadi 2hengget lebih. Memang agak slow sikit, tapi takpe lah sebab sudi gak dia datang kat blog cincai aku nih. Hehehe

Kalau sesape yang belum register NUFFNANG, better korang register cepat cepat. Mana tahu dapat rejeki terpijak lepas ni. Tapiiiii korang jangan niat nak berblog semata-mata nak duit ek. NO NO NO!. Menulis la secara ikhlas hati. Nanti ada lah rejekinya.
Okbai


Wednesday, November 20, 2013

Sembang petang bersama mee kari


Sekarang ni musim tengkujuh dah tiba. Hujannn sejukkkk laparrrr ngantukkkk. Hoih ginilah kalau pesen pemalas khen ekekeke. Tadi on the way datang kerja aku tengok macam dah separa banjir dah. Kalau hujan still tak benti lagi aku rasa balik nanti kompem banjir. 


Bawa kete pun kena slow slow, tapi ada jugak jenis tak sayang nyawa, time ujan lebat tu lah nak potong potong bagai. Lastly bertemu jugak kat trafik light. Amboiii  kemain emo, padahal laki aku yang drive kot, haha. Gittew ler jadi pompuan ni, emo tak kira masa :)

Hujan hujan ni terus teringat kat mee kari, makan panas berasap, fuhhhh. Sedapnyaaaa! 



Nyumsss!





Inilah rupa mee kari nya. Mende-mende yang kat dalam tu semua licin, fishball bagai, tinggal mee je yang aku tak mampu nak habiskan. 

Tadi on the datang kerja.


Laki: Hujan-hujan ni kalu kito gi makey meggi ketey sedak jugok.
Bini: Mano?
Laki: Kok Lanas lah.
Bini: Ooo ok bereh!
Laki: Bereh sokmo, tengok-tengok kul 9 jenero doh.
Bini: Hahahah doh nok wat gano sayo ngatuk. Tapi rasanya malam ni saya tok ngatuk kot. Kihkih


Aku pun tak tahu lately aku sokmo tertidur awal. Time tidur tu kalau ikutkan perut aku kemain lapar. Lepas tu aku duk pikir, nak makan ker nak tido, nak makan ker nak tido. Lastly aku pun tertido hahahaha. Sabar jelah.

Okbai




Monday, November 18, 2013

Nama dah cun tapi...


Hari ni kecoh pasal berapa orang ntah yang ilang kat Villa Nabilla. Aku memula dengar macam ek ek ek ek? Sekarang ni banyak berita palsu berbanding cerita benar. Gitulah pulok kalau line tenet laju sangat, main kopipes, taip-taip enter. 

 Lepas tu bila sedar yang cerita tu palsu baru terkehel bahu. Sama macam kes Nasi Vanggey, tak pepasal pompuan tu kena mohon maaf secara terbuka sebab sebarkan cerita yang Restoren Nasi Vanggey tu simpan najis manusia dalam peti ais. Walhal dia main kopipes je, tapi orang print screen part dia punya, so tak pepesal lah dia dapat nahas.

Yang pasal Villa Nabilla ni aku pernah baca pasal cerita ni kat tenet. Macam-macam versi ada. Tapi yang aku ingat dorang cakap asalnya tuan empunya rumah tu omputih yang kawen dengan orang sini. Dapat anak, anak meninggal. Dorang memang sedih and dorang tak pergi memana pun, just habiskan sisa hidup dalam rumah tu je. Thats y rumah tu berhantoooo. Lebih kurang macam tu lah. Villa tu besar giler, sayang giler terbiar camtu jer kan. Gitulah pulok kalau kaya sangat, ekekekek.

Yang pasal budak ilang kat Villa tu tak tahu lah sejauh mana kesahihannya. Kalau andai kata tu cerita benar, kita doakan yang bebaik jelah ek. Mintak-mintak dijauhkan perkara yang bebukan.

Tapi cun lak pulok nama tempat tu, Villa Nabilla. Bila orang cakap tempat tu berhantu, terus aku terbayang mesti hantu yang cun-cun duk lepak kat situ. Pontianak awal-awal lagi kene rejek, penanggal apatah lagi, hantu gwiyomi maybe. Ok larikkkkkkk.


Sunday, November 17, 2013

Borak-borak petang


Takde point sangat nak cerita petang ni, santai-santai sudah. Sebenarnya boring, tak tahu nak buat apa. Kat bawah tu bihun goreng pagi tadi, taruk ayam bakar, keropok sikit. Time pagi makan lepas tu tengahari sambung makan plak. Tak mampu ai nak perabiskan dalam satu masa. Banyak sangat kot, ker tangki aku yang kecik?



Nampak macam tak best je, tak best je?
Realitinya  best, memang licin aku bedal, hikhokhikhok.

Okbai.

Saturday, November 16, 2013

Puding Karamel Beryogurt


Yuhuuu selamat malam, harini aku nak share simple resepi. Buat karamel tapi hari ni kita taruk yogurt yer untuk membangkitkan lagi rasa puding karamel ni agar lemak berkrimmmm, nyumsss!

Ni memang laki aku punya pebretlah. Nak nak lagi time bulan puasa, sokmo rikues suh aku buat. 

 Sebenarnya yogurt ni banyak diguna dalam masakan India terutamanya, dalam kari, dalam tandoori tapi aku macam biasalah, mana reti nak buat tu semua. Dessert jelah yang aku mampu, lets cikidauttt!



bahan-bahan:

8 biji telur
1/2 tin susu cair

1/2 tin susu pekat
2 sudu esen vanila
3 sudu besar Natural Set Yogurt
Air secawan.
(bahan diatas di blender sekaligus)



cara-cara:

1. cairkan 7sudu gula dlm loyang.kacau dengan api perlahan,bila nampak perang-perang, tutup api.
2. masukkan semua bahan yang diblender tadi ke dalam loyang
3. kukus dengan api sederhana lebih kurang 30minit.
4. bila dah masak, telengkupkan puding ni panas-panas ke dalam pinggan besar
5. letak lam peti ais kejap pastu boleh dimakan begitu saja.



 Kat atas ni adalah contoh Natural Set Yogurt. Untuk resepi ni aku just taruk 3 sudu besar untuk membangkitkan lagi rasa berkrim lagipun susu cair ngan susu pekat dah ada kan. Lagipun takleh taruk banyak sangat, nanti tak pepasal masam korang punya puding karamel. 


Btw, untuk info lanjut pasal Nestle, korang leh refer link INI, dalam tu ada pelbagai resepi yang berasakan yogurt. Esok korang cotiiii, nanti bolehlah masak untuk suami tercinta, auwwww.


okbai.


Friday, November 15, 2013

Jadi orang


Dengan rasminya semalam last day bebudak sekolah. Amboiii suka letteww. Tapi aku masa sekolah dedulu pun suka gak bila sampai time cuti panjang camnih. Tak yah gi sekolah, tak payah nak bangun pagi, tak payah nak buat keje sekolah. Pendek kata semua tak payah buat lah. Dasar pemalas cam ginih lah, ekekeke

Tapi time cuti sekolah duk rumah je, bukan cam bebudak zaman sekarang. Asal cuti jer terbang sana sini bercuti. Hebak! Hebak! 

Zaman kekecik dulu time cuti sekolah duk umah main congkak tapi tak guna lubang congkak yang dah siap tu tapi korek sendiri lubang tu kat tanah. Gigih tak gigih. Dah lah guna sudu ma aku, membebel kejap ma aku. Bila dah siap main, biarkan je lubang congkak tu kat situ, nanti besok nak main lagi. Sekali hujan turun, lenyap sudah congkak tu semua, kena gali balik. T___T


Kenangan semua tu, kalau aku kutip semua permainan zaman kecik, sampai besok tak habis lagi. Main guli, main getah, main buoh getah, mandi sungai, mandi tali air, hoih banyak giler. 




Walaupun masa kecik aku lasak, kekadang macam jantan pun ado. Yelah asik duk ikut abang ngan adik aku, dengan rambut pendek, suar pendek, nasib baik bila besar jadi orang jugak, hahaha. 

Masa kecik-kecik kalau kitorang malas malas mesti ayah aku akan cakap

"Nok jadi ore (orang) ko gapo??"

Bila aku besar, baru aku tahu apa itu maksud orang, bukan someone tapi biarlah jadi manusia yang berguna, yang cerdik pandai ilmu dunia ilmu agama, yang hidup dia boleh meyenangkan orang lain jugek, bukannya menyusahkan orang lain, haaa gitttewwww


okbai!

Monday, November 11, 2013

Aktiviti cuti #Senin


Hamboiii mentang-mentang asik cuti jer, entry pun pasal aktiviti masa cuti? Aku sebenarnya takde menda sangat nak buat, berblog lah salah satu cara aku nak ilangkan boring dan aku rasa satu kepuasan bila berblog. 

Sekarang aku kat Mache, balik lagipun kalau cuti boring kot asik duk kat kedai je. Bila balik kampung boleh ler ambik angin kampung sikit. Hari ni dah plan ngan akak aku nak gi Pasar Sena, nak gi beli baju. Dah lama rasanya aku tak membeli baju ekekkee.

Aku rembat kemeja 3 lai, Rm70 hengget jer uollsss. Murah giler!






Kesian kat dak Hakim ni kena tinggal eekekek,
Hmmm macam poyo je muka anak sedara aku lam pic ni, poke sebijik baru tahu, hihihi!





Petang tadi ada orang mai jual eskrim pulok doh. Ape lagi, terus beli eskrim roti, vanilla + keladi. 
Nyumssss, menjadik sungguh time panas-panas pulok kan.


Okbai

Sunday, November 10, 2013

Aktiviti cuti #Ahad

Assalamualaikum

Minggu lepas cuti derek jugak ahad senin selasa, rabu baru masuk kerje. Minggu ni pun camtu jugek ekekeke. Harini cuti peristiwa sebab semalam ihtifal, besok ngan lusa cuti keputeraan Sultan Kelate. Bajet semalam lagi nak balik Mache, abang aku sampai semalam dalam pukul 11 lebih, laki aku naik kejut tanya nak balik ker tak, takde maknanya aku nak bangun, ngantukkkk huhu.

So pagi ni kemain lagi siap awal-awal. Semalam laki aku dah cakap nak gi bekpes nasi kerabu. Jomlah kita ke Su Warong Nasi Kerabu. Kalau sesape yang duk Kelate comfirm tahu tentang pemesnya nasi kerabu ni. Aku panggil nasi kerabu Kadok je. Dekat je ngan kedai aku. Tak sampai 10minit dah sampai. 






Dalam 10 lebih kitorang pergi, nasib baik tak ramai orang sangat sebab hari bekerja kan. Harap-harap ayam bakar still ada sebab kalau pergi wiken mesti ayam bakar asik habis jewwww. Kalau pergi wiken memang penuhhhh orang. Kekadang kena tunggu turn meja. Tapi sekarang aku tengok dorang macam dalam process nak renovate kedai, nak perbesarkan. Eloklah tu, nanti takde lah nak tunggu lelama sangat nak makan.





Nasib baik ayam bakar still ada.
Ayam bakar + solok lada aku punya. Yang kat sebelah sana laki den punyo.





Tengok ada pauh lemok, even takde colek pun takpe sebab kat Mache ada colek buah yan aku beli kat kawan aku still tak bukak-bukak lagi. Balik lepas ni boleh cicah ngan colek tuh, nyummmssss.

Okbai


Saturday, November 9, 2013

Dah boleh bernafas

Alhamdulillah, usai sudah majlis ihtifal anak-anak petang td. Lega weh, lega gilerrrrr! Next week parents meet  lepas tu awal bulan 12 kursus lagi. Balik dari kursus boleh la tarik napas lega sebelum bermulanya sesi 2014. Nasib baik aku akan mengajar students aku untuk tahun ni jugak . So, takde la nebes sangat nak handle dorang, kalau dapat students baru susah jugak nak jangka kan. 

Aku ni sebenarnya penat, nak makan takde selera, nak tido tak lena, nak taip panjang2 laki pulok ada sebelah, sibukkkkk je nak baca apa aku tulis, very the kacau daunnnn ekekekeke

Okbai!

Friday, November 8, 2013

Jumaat dah




Pejam celik pejam celik, hari ni dah jumaat, esok SABTU dupdapdupdap. 
Nebes giler, yang tu aku cerita next entry yer. 

Godek-godek hp tadi, ada la beberapa gambar yang aku snap, so terus upload via bloggeroid kita karang buat entry. Aku macam biasa, pic makanan jelah ada, kata #foodlover sangat kan, haahaha.


Yang ni nasi kerabu, sepinggan ni RM4. Ayam bakar dia best, tumis best, tapi tang kerabu aku kureng sikit sebab banyak sangat spesis dedaun. Aku kalau ulam dedaun cicah budu on jer tapi kalau yang dihiris2 dalam nasi kerabu ni rasa kureng lah pulok. 

Bekpes aku pepagi kalau bukan nasi kerabu, bihun goreng, tak pun nasi lemak hingus meleleh (pedas giler)




Yang ni pulok duku, sekilo3hengget, murah giler, sedap pulok tu, manis!! Padahal malam tu laki aku dah beli kat Wakaf Che Yeh tapi masam. Lastly habis yang ni dulu. Aku rembat cukupakn 10 hengget terus. Pastu aku siap rikues lagi 

Bini- 'Abang bowok keto slow slow deh, sy nok makey duku dalam keto'
Laki- 'Takpolah, kito kelik kok guo musey lah gitu gak'
Bini -  T_______T



Macam biasa, laksa telo tapi aku memang awal-awal takmo telo.
 Kennot telan telo ngan laksam kelate.
Sepinggan ni 3 hengget saje, sedap, banyak, puas hati !
Seperti biasa, sambal lebih baru mabeles!





Balik Mache haritu tengok pauh kemain lebat depan umah, terus suh laki aku kait nanti boleh jeruk. Padahal pokok tu aku tengok macam hidup segan, mati takmo dah tapi buah amboiii kemain lebat, bergugus gugusss


Ganding bahu ngan kak ipar aku



Rendam air garam 1 malam, esok hari baru kita letak air gula. 




Okbaiiii

Tuesday, November 5, 2013

Nustan Tamil Keling semua kita sapu



Salam Maal Hijrah semua. Camne? Best ker uolssss cuti? Aku rasa ni cuti paling best sebab derek 5hari, kalah cuti tahunannnn kikikiki. Start dari jemahat lagi lah, lepas tu sabtu ahad senin selasa. Maka besok rabu masuk keje balik dah. 

Tapi pagi aku ke tadika, siapkan props. Lupa nak snap pic props tu semua. Sabtu ni dah ihtifal, huwaa ketar lutut dah aku nih. Mintak semuanya berjalan ngan lancar, aminnnnn.

Aku ni sebenarnya peminat citer nustan tapi cite keling/tamil lagi syiokkk. Kalau cite yang jenis dramatik sampai nangis-nangis aku layan. Part yang paling menyayat hati macam biasalah bila hero ngan heroin terpaksa berpisah kerana cinta tak direstui family. Pastu yang pompuan kena kurung pulak dah, dramatik sungguh!



Pyaar? Pyaar? Nustan kul 1pagi, tengok kejap je, ngantuk.





Yang ni cite keling, best! 

Friday, November 1, 2013

makan-makan lagi



Aku sebenarnya rindu giler nak blogging tapi apakan daya takde masa  T___T
Asik buzy jer. Huhuk. Kekadang malam sebelum tido baru ada masa nak bersosial. Untung korang yang time keje boleh berpesbuk, boleh berblogging. boleh sopim online, boleh keluar sopim bagai pun ado. Hamboi curlass uollsss. Bersyukurlah korang. 

Gitulah hidup kita ni kan, kalau kita bernasib baik dari segi tu, maybe kita tak bernasib baik dari segi lain. Allah tu kan maha adil. Dia takkan bagi kita susah sokmo, melainkan kita sendiri yang pergi cari susah. Hekhek.

Banyak nak citer tapi sebagai warming up, kita layan pic makanan jelah ek.





Megi campak-campak. Laki aku kalau nak makan megi msti rikues suh tumis dulu. So, memang aku tumis lah. Alaaa setakat hiris-hiris bawang besar apalah sangat, sambil pejam mata pun boleh buat. Wahhh gitulah, sat gi terpotong jari buruk padahnya. 





Balik keje sokmo kami singgah makan laksam telo tapi aku tak makan lah telo tu. Macam pelik je, makan laksam letak telo. Kalau laksa penang tu on lah jugakkan. So, awal-awal lagi aku dah pesan kat makcik tu,
 'tok say telo deh'. Sebungkus tu Rm3, banyak giler. Sedak pulok tu. Memang puas hati.




Semalam balik keje aku singgah makan laksa penang. Cili potong tuh memang berasap wei. Telo over lah pulok sampai 2bijik. Tapi aku makan sebijik jer. Laki aku takmo, pinggan aku jugak jadi mangsa. Huhu.
Kuah nampak macam sedikit cari tapi sebenarnya pekat sangat tapi sebab aku tak kacau lagi khen. 



Ni aku panggil nasi lemak hingus meleleh. Rm1.50 sebungkus. Dia punya sambal memang perghhh! Pedas, meleleh leleh hingus. Memang laku habis, asal lewat sikit dah habis. Pepagi sebelum pergi kerje wajib singgah kedai akak ni. Kekadang dah bungkus nasi kerabu tapi atill ambik lagi nasi lemak, sedap punya pasal. Aku rasa hepi giler sebab jemahat sabetu ahad snin slasa aku cuti yahoooo! Rabu kita masuk kerja okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...