Saturday, January 18, 2014

Napsuuu


Entry selingan sambil menyiapkan lesson plan yang bertingkek tingkek.
hikhik.




Dari bulan lepas lagi ni duk hunting kasut ni, sumpah cun!
Brand Nose, aku suka :)







Hok ni pulok dah lamaaaaa bekenan pastu harini terbukak pesbuk sekali pap mata terpandang hok ni
Hoih dugaan dugaan walhal azam tahun dah nekad nak saving! nak saving!


Kita ni memacam pesen kan, ada yang cakap wat pe beli kasut memahal, duk kat kaki jugek.
Kalau bagi aku takpe mahal janji selesa lepas tu yang penting hehari boleh pakai.


Takde orang pun akan tegur, eeeee hehari pakai kasut tu.
Tapi kalau baju sama, tudung sama?
Eeee hehari pakai tudung sama, takde tudung lain ke?
Sempat kering ke? Haaa giteww ler manusia ni kan.


Tapi tang beg tu pulok bukannya selalu, kalau aku maybe sekali seumur hidup je kot haha. Orang cakap rewards untuk diri sendiri. Penat lelah kita keje, tak salah pun. Kalau korang gaji mahal beli lah setakat mana yang korang mampu. Kalau gaji tak berapa nak banyak beli lah setakat mana yang korang mampu. Ikut kemampuan, jangan duk ikut orang. Lastly orang makan nasi, korang telan kangkung eh air liur je.


Okey, sekian tazkirah untuk hari ini.

Selamat mencuci mata lah kita yer,
Bak kata laki aku, pakai jelah hok mano ado.

okbai!





Friday, January 17, 2014

Entry sensitip di pagi jumaat


Salam jumaat semua.




Aku ni sebenarnya bukannya jenis sensitip sangat kalau orang bercakap pasal anak ke, tanya pasal anak ke, jenis telan je. Malas nak pikir sangat. Tapi kekadang ada juga hati tercuit, terusik sikit. Walhal takde orang tanya pun tapi sebab duk online pesbuk. 

Yang sorang tu kawan aku bunting pelamin
Yang sorang lagi kawen tahun lepas, wife dia peknen, walhal dia PJJ.
 Laut memisahkan mereka.

Tapi aku still wish kat dorang, Alhamdulillah rezeki :)

Aku pun tumpang gembira jugak walaupun hati macam terusik sikit,sikit je huhu. 
Tapi aku tetap percaya yang rezeki Allah itu luas.
Ada hikmah disebalik semua tu.
Malas nak fikir apa-apa dah yang penting kita dah berusaha setakat yang mampu.

*Kat atas tu anak sedara aku, tetiba masuk bilik aku lepas tu tengok je gambar kawen aku, amboiii hakim, umur baru cukup setahun jagung dah gedik nak kawen ekkk?*

okbai!

Friday, January 10, 2014

Seminggu lebih dengan ESP


Salam jumaat everyone. Kali ni straight to the point ek sebab masa itu emas. Padahal banyak giler nak cerita kat blog tapi takde masa. Blog ni sampingan je, kerja tu yang utama, chewahhhh ekekeke.

Seminggu lebih aku consume ESP Shaklee. Alhamdulillah memang nampak perubahan. Betul orang cakap, kita kalau nak berbisnes, jangan main hentam je menjual mempromote bagai nak rak tapi diri sendiri pun tak makan pun, tak telan pun tak pakai pun. At least kita sendiri kena cuba satu dua produk tuh.

Back to tajuk entry  Seminggu lebih dengan ESP




Ramai gak yang tanya ESP ni camne?

ESP ni berserbuk dengan bahasa mudah macam kacang soya yang diblender halus lepas tu dicampur pulak dengan susu tepung. Macam tu lah tekstur dia, macam tu lah rasa dia. Ala ala nestum baby pun yer jugak, sedap hihi. 1bekas tu tahan hampir 2bulan. Berbaloi dengan rege dia.







Aku ni spesis pepagi kompem kena ambik bekpes. Roti canai sekarang asik 2bijik je tapi kosong punya lah. No telo no pisang lah. Sebab sekarang aku dah jarang makan malam. 
     



Kekadang nasi lemak. Nasi kerabu biru lah. Kata orang jenis heavy bekpes.

Seminggu lebih aku consume yang paling nampak sekali lebih energy, kalau dulu asal masuk tengahari dah lembik dah walhal pagi tadi dah bedal nasi kerabu lah, nasi lemaklah tapi sekarang rasa kelainan. Pepaham jelah orang kurus ni kan takde zat, takde lemak sangat, cepat letih tu adalah masalah utama. Rasa penat tu still ada tapi tak longlai macam dulu dah :)

Yang kedua ada perubahan dari segi keselesaan perut and badan rasa ringan je. Sejak consume ESP memang aku jenis sendawa. Sampai ke petang pun still sendawa lagi. Hebak hebak. Even lambat makan pun perut tu tak masuk angin. Sesapa ada masalah banyak angin dalam badan memang baguslah. Aku rasa bulan puasa nanti ESP memang akan jadi pebret aku lah tiap kali sahur.


So, hari ni cuti aku pun try minum ESP dulu. Kalau hari bekerja aku ambik bekpes dulu baru minum hihi. Tapi pagi tadi lepas abis je minum dalam 5minit terus sendawa. Sangat sesuai bagi sesapa yang jenis tak boleh bekpes. Macam kawan aku tu pun sama, dia jenis tak bekpes pagi, kalau bekpes sakit perut lah apalah. Sejak consume ESP dia cakap perut dia takde masalah. Kenyang pulok tu.

Kenyang minum ESP ni kenyang lain yer. Bukan macam kenyang bedal nasi 2 pinggan ye.
Kenyang dengan kuantiti yang sedikit tapi berpanjangan. Haa gitewww

Dari segi muka pulok aku perasan white head aku berkurangan, Alhamdulillah. Nanti tak perlu nak belek-belek muka nak tarik white head tu lagi ekekeke. Kulit yang mengelupas tu nampak macam dah okey sikit.


Aku sebenarnya nak ambik testimoni bertulis ngan kawan sekerja aku tapi tak sempat weh. Bunyi je rakan sekerja tapi nak berbual-bual panjang pun tak sempat. Berbual pendek je sempat.

Haritu 2 orang kawan sekerja aku consume GLA, period pain dah berkurangan lepas tu yang sorang tu pulok dia punya masalah keputihan pun semakin berkurangan. Sabtu lepas gi ambik stock kat branch lepas tu terus cod ngan Blogger CIKNA. Dia oder GLA jugak. Nanti ujung-ujung bulan ni nak tanya dia pulok okey tak. 

Tapi aku selalu pesan kat customer aku, make sure makan, telan no skip skip naaa.

Kalau nak tanya apa-apa jangan malu segan yer uollsss.

Wassap/sms terus 019 986 4684

ID: 998302

BTW jemput baca2 ketul my entry kat bawah ni pasal Shaklee


okbai! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...