Saturday, April 19, 2014

Makan apa tu??

Makan apa uolsss harini? Kepochi giler kan hekhek
Sekarang macam dah jadi habit, sebelum makan snap pic makanan dulu
Lepas tu baru ngap ngeh ngeh


Ni bekpes aku. Boleh dikatakan memang bihunnnn je memanjang. Aku memang pengemar bihun goreng tapi kuetiow still berada ditempat pertama dihati aku, chewahhhh

Ni aku panggil bihun pokok pauh sebab kedai dia bawah pokok pauh, mahal sikitlah kalau nak compare ngan kedai lain TAPI TAPI rasa dia sedap! 

Masa jugak, nasi berlauk kedai dia pun mahal jugak dalam rm3.50 or rm4 camtu tp kastemer tetap ramai sebab sedapppp!

Tapi aku jarang sikit hadap nasi berlauk pepagi, kecuali lapar tahap singa betina hekhek



Bihun pokok pauh jugok, RM3 sebab taruk paprik, giler best paprik dia!
Nyummssss



Nasi goreng pebret aku, nasi goreng ikan masin
Makan kat Satay Malaysia, ada entry aku tulis tapi malas nak cari link
Siyesly aku ni bukan penggemar nasi goreng sangat, tapi nasi goreng dia mmg aku boleh telan.



Jeruk pauh, sekarang kan musim pauh ringan ni, kalau kat sebelah luar orang panggil apa ntah, lupo den
Mangga ape tak tahu





Ni pulok kat UMI SUA RASA. 
Pebret pun biasalah, tomyammm



Ni nasi dagang, hari 1st beli sodap,
hari kedua beli hoih kuah cair macam campur air, kennot telan.
Aku memang tak boleh, surrender awal-awal sebelum perut aku berona




Ni masa kelik kampung haritu, makan reramai memang berselera.
Ulam budu memang perghhh!


Lepas ni aku menjalani kehidupan baru, so azam jugok baru. hikhik
Lepas ni moga-moga aku akan merajinkan tangan untuk memasak, mana tahu bekal pagi lepas ni pun aku masak, hekhek. 

Mudah-mudahan macam tu hendaknya.

okbai!

Sunday, April 13, 2014

Kurung prelove

Mood menjual barang prelove sudah sampai. Sebenarnya banyak je baju prelove tapi takde masa sangat nak upload. Ikutkan hati nak je buat car booth sale, gantung je kat batang besi tu. suploh hengget sepasang, mari beli murah murah. Haaa gitteww ala ala pokcik mokcik pasar malam dah.

Kat bawah ni ada beberapa helai baju aku yang dah lama aku tak pakai. Tergulung elok je lam kotak. Dengan keadaan sekarang yang membahang, aku lebih suka pakai cotton walaupun mengeliat berpuluh kali jugaklah nak bangun iron baju pepagi. So, kat bawah ni memang stock kain licin lah.



RM10 sahaja
+ RM7 POSLAJU




RM10 sahaja
+ RM7 POSLAJU





RM10 sahaja
+ RM7 POSLAJU






RM10 sahaja
+ RM7 POSLAJU

Ni antara baju yang aku sayang. Suka ngan corak dia separuh pudar macam tu.
Tapi apakan daya, malas nak pakai yang pesen licin-licin ni, rimasss.
Berpeluh ketiak nanti kang. 




RM15
+ RM7 POSLAJU.

Yang ni mahal sikit sebab kain sarung/batik.



Masa rajin dulu publish jugak kat group letgo pesbuk tu, ramai yang berkenan tapi tak muat. Nak wat camne, aku ni cekeding je orangnya. So, kalau sesape nak boleh terus wassap aku ek 019 986 4684.
Beli lebih dari satu nanti aku bagi diskaun ye, hihi. Okbai!

Saturday, April 12, 2014

biskut oat yang digilai ramai dan harijadi saya.

Yuhuuu mood berblogging sudah sampai. Agak termegah megah aku harini. Pepagi lagi dah keluar KB cari barang ngan ma mertua. Berpusing-pusing ma mertua aku cari parking. Yelah sabtu sedikit jem. Lastly tuan kedai tu cakap suruh je ma awok parking sini, saya jaga. Kalau mari polis saya oyak. Pandai tuan kedai tu ambik hati kastemer, hekhek.

Setel semua, tengahari baru balik, singgah beli Nasi Abe Mie dulu. Kasi bungkus je, kita makan kat rumah. Aku terlupa nak cakap nak nasi separuh, fuh melimpah ruah. Tak habis. Astagfirullah, membazirnya aku. 
Tuhan ampunkan saya
T__T

 Next time memang kena cakap nasi separuh dah.

Eh, nak cite menda lain tapi tercerita menda lain lah pulok. Giteww lah bila jejariku menari mengikut gerakan hati, chewaahhh ayat puitis nak mampus, hahaha. Gitulah budak sastera kan. Puitis muitis metafora hiperbola tak boleh dipisahkan, hekhek.




Aku beli yang ni RM10 seplastik.
Tak sure lah pulok ado berapo ketul kat dalam.

Sekarang ni sekut oat ni pemes kan? Aku pernah tengok kawan aku makan, masa tu tak try lagi. So tengok sekilas pandang jelah. Dia ada cakap sekut tu sedap, bila makan kenyang. Kebetulan haritu rejeki aku, ada mak student bagi kat aku as a hamper kecik. 1 bekas berbotol berbalut pembalut hamper bagai, ado reben plak tu. To: Teacher Suzi.

Bila tengok barulah terlintas yang macam sekut kawan aku makan. Balik rumah try, alamak bestnya! Mamertua aku, laki aku, adik ipar aku pun makan, katanya sedap! Bila habis tu try cari kat pemborong tapi takde, pemborong tu kata takde stock sekarang ni. Kengkawan aku kata kat Wakaf Cheyeh banyak. Apo lagi, moh ler kita ke sana.

Masa aku duk round tu ada dalam 3 jenis kalau tak silap. Sejenis lagi lupa nak snap pic. Tapi rege dia berbeza-beza lah. 


Yang no cokelat punya, berbelas rasanya tapi lupo dah berapa belas, dalam 11, 12 camtu je kot. Kat pesbuk pun ramai jual. Kat KL dorang cakap mahal. Ada sampai Rm14. Raya nanti boleh dihidangkan sebagai juadah ni. Hihi


Harijadi saya lah sangat.
Hampir sebulan lebih berlalu.
Birthday before skul holiday lagi tapi masa skul holiday baru buat makan-makan.
Time cuti banyak waktu free, tapi keje tetap bertimbun ye, kihkih


Tempah ngan mak sedara kawan aku, sedapppp!





Bertambah tambah kawan kawan aku makan.
Banyak juga tak habis sebab aku tempah banyak.
Tapi tehtap licin sebab dorang semua tapau.
Aku tak tapau sebab aku tahu, kat rumah tu dorang bukannya jenis makan sangat.
So, daripada membazir baik kita jangan tapau awal-awal.

Eh, bila cakap pasal laksa, tingin lah pulok.
Hoih tak agak-agak sungguh napsu makan aku ni.
Okbai!

Friday, April 11, 2014

Mee kari sedap

Dah lama giler tak hapdate blog. Lately macam takde selera sangat nak berblog berpesbuk ni. Rasa macam jemu je ngan dunia tanpa sempadan ni. Kena sampuk ngan hantu internet ke apa aku ni. Ngehngehngeh

Tapi wechat ngan wassap masih berjalan seperti biasa hikhik. Wechat ngan group adik beradik, gitulah kalau 9 beradik khen. Tu pun ada 2 ketul lagi tak masuk group. Wechat pun ngan geng geng tempat kerja. Memalam duk wechat lastly terbengkalai segala kerja, haha matiklah.

Aku rasa sebab aku banyak fikir kot, fikir itu, fikir ini. Apa yang aku fikir aku pun tak tahu, haha.
But its okey, semua blogger tahu yang berblog ni jugak kena ada mood.
takde mood xleh nak berblog. Mampu baca entry orang je, kekadang tengok tajuk entry pun jadiklah.

Mee kari ni dah lama aku peram kat lam draft. Tapi tak terusik. Kalau peram ikan pekasam kompem dah boleh goreng lepas tu makan nasik panas panas, dapnyaaa.


Terliur lah pulok tengok. Dapnyaaaa, slurpssss!
Fisbol dia memang fresh fresh lagi, rasa lagi manis manis ikan.boleh imagine tak?

cer pejamkan mata, imagine macam mana rasa manisnya isi isi ikan segar, sedapkan? memang sedap!!
fisbol tu memang dia buat sendiri, dats why rasa dia tu kekal fresh.

Kiranya dia upah makcik-makcik untuk relaikan isi ikan, lepas tu gentel-gentel jadik bentuk bulat.
Ada cara yang tersendiri, lepas tu keluar kok celah ibu jari. Aku nak cerita pun tak reti step dia. Tapi aku pernah nampaklah dorang buat. 







Tengkiyu demok sebab bagi green light makan kat sini. Biasanya tak bagi sebab dia kata tu kedai cina. Memang owner dia cina tapi pekerja dia melayu. Tapi haritu dia tak makan pun. minum je. 




Licin aku makan hari tu. Memang puas hati!

okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...