Saturday, May 31, 2014

char koay teow cawangan Taman Bendahara

Aku rasa char koay teow Taman Bendahara ni agak pemes lah jugak. Ramai yang kata sedap. No wonder lah kalau pergi kena tunggu turn kusi meja. Aku pernah makan sekali je yang kat epot tu, yang kat Taman Bendahara punya. Lepas tu aku jugak pernah makan yang cawangan dia kat dekat spital Kota Bharu. Tapi aku tak sure sekarang ada lagi ker tak. 

Walaupun orang berbeza yang duk menggoreng tapi rasanya lebih kureng je sebab dorang guna perencah sos yang sama. Yang ni cawangan kat jln Pekeliling punyer. Adik ngan akak aku selalu makan kat sini. Dorang cakap sedap.




Masa kitorang sampai ni ujan still rintik-rintik. Nak duk luar tak boleh, maka duk kat dalam lah kita. Adik aku cakap kat sini memang orang ramai. Tempat pun luas. Takde lah nak tunggu turn macam kat epot tu. 




Adik aku kemain lagi,

suziii, nanti mu edit gambar aku eh, gelap gilo.

Tu lah, sape suh gi pulau tak tunggu aku sangat. 
Kan dah kena sumpah jadi dayang senandung.




Kastemer semakin ramai.




Goreng jangan tak goreng. Api tu kasi tinggi  tinggi yer.




Aku oder yang biasa je. Adik aku tibai kuey tiow lebih. Patutlah dia order ktiow lebih sebab ktiow dio so so je, tak banyak sangat. Rasa dia sedak jugak, tak muak. Yang aku suka sebab dia guna ktiow kecik. Baru ada feel makan charktiow. 

Tapi aku lebih suka charktiow kat Angah Charktiow lagi.

Dulu aku pernah jugak tulis entry sal Kuetiow Taman Bendahara

Okbai.


Tuesday, May 27, 2014

celebrate besday anak


Acara wajib ujung bulan, birthday celebration. Kalau awal tahun dulu eksaited lah jugok, kejap kang rasa kek tu lah, ni lah. Dah nak masuk tengah tahun ni dah macam hmmm dah hihi. Bebudak pun macam tu jugok. Semalam aku makan 1 slice je. Yang lelain aku tengok je, memang tak mampu nak telan dah. Aku rasa semalam dalam 8 orang camtuh kot yang lahir on May.

Lagipun semalam sekali harung celebrate teacher's day. Ramai jugak parents yang bagi kek. Terima kasih parents, semoga murah rezeki kalian :)





Untuk bulan May ni, 3 ketul anak aku celebrate birthday. 2 gegirl sorang boboi. Kek tokelat, teacher pun suka jugak heee. Yang boy tu nama nya Abdul Hakim, kalau depan teacher pijak semut pun  tak mati. Tapi kalau belakang teacher, noty ni tau. Eii teacher babap kanggg hehe.




Teacher doakan agar korang semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Penyejuk dimata semua. Jangan sejuk dimata mak ayah je tau. Bebudak ni banyak pesen tau, ada yang pesen depan mak ayah kemain soleh solehah, tapi kalau belakang mak ayah, amboiiii. Hihi


Well dah nama pun bebudak kan, kita yang besar gedabak ni lah yang kena bagi tunjuk ajar.


Tapi teacher pasti anak-anak teacher bukan camtu, semua baik-baik belaka. Macam teacher dia jugak, haha matiklah masuk bakul angkat sendiri.

Moga bila dewasa nanti jadi insan yang berguna :)





Tapi takleh lawan yang last month punya, 12 bijik kek. Muka pun dah macam kek dah sensorang. Bulat macam kek. Petak macam kek. Belengaih pun macam kek. 

Okbai!

Monday, May 26, 2014

terjumpa game yang best lah pulok

Nampak tak atas header aku tu ada iklan yang kaler pink?
Itu sebenarnya iklan lactacyd iaitu pembersih miss V  :)

So haritu aku duk bukak blog, sekali tengok iklan yang kaler pink duk menari-nari.
Iklan menda lah ni yer, dah lah kaler pink memang menguji keimanan tau.
So, terus klik. Lepas tu barulah tahu iklan itu rupanya.




Bila klik kat situ, nanti kita kena isi form.
Dorang akan hantar sample free kat kita.
Nanti dah sampai, aku update yer.

So, aku godek-godeklah.
Sekali ada game weh.
Terus layan game.




Boleh tahan best jugok game ni, hihi
Semalam dah main, malam ni main lagi.

Lagi best best sebab ada ranking
Sekarang aku yang ke 21, jauh ketinggalan
Takpe, jangan mudah menyerah kalah, gitewww
Malaysia Boleh! *Semangat kesukanan lah sangat*






Laki aku kata aku main game MARIO hahaha
Sebab memang pesen ala mario pun, dia automatik run tau
Lepas tu kena lalu atas air, kena duk atas kura-kura.
Kena lari dari ikan jawsss.
Lepas tu naik atas awan, memang ala-ala mario lah hihi.


Kita kena kontrol untuk jump ngan break je
Pungut je yang mana sempat.
Aku kemain lagi main, terhuyung hayang badan weh.
Laki aku pun geleng kepala hahaha.

okbai!
Nak sambung layan game.


Sunday, May 25, 2014

Bersukan ke kite?


Ni semalam punya event.
Kul 5.30 lagi dah bangun. Malam tu tak berapa nak lena lah pulok.
Nebes lah jugok takut tak tersedar ker apa kan.




Aku rasa mata aku still bengkak tak cukup tido tapi
 nasib baik terlindung disebalik spek.
Masa tu baru pukul  7pagi tapi dah nampak cerah kan :)



We are from Octopus group !!

La Viva Octopus!
Gitteww tapi constume lupa nak pakai sebab semua dah angkut hari jumaat, 
so hari sabtu kita melenggang saje.

Masa sport day tu takde nak snap sana sini, takde nya nak pegang tepon.
Maka terpaksalah bersabar menunggu pic dari photographer.
Harap-harap semua pic okey. Aminnn

Event start around 9am lah kot, aku pun tak sure sangat.
Agak penat, boleh tahan lelahnya. Huhu


Dalam 11lebih gitu dah setel semua, fuh lega!
Masa ni dah setel semua, masa ni lah baru boleh posing sakan.
Tapi takde nya nak posing, penat weii.




Lepas tu our big boss belanja Nasi Ulam Cikgu kat Pengkalan Chepa.
Kemain sensorang makan, agar kebulur lah jugok kihkih.
Laparrr tapi aku tak mampu nak bernasi tambah sebab minum air banyak giler kot.
Air bandung, memang bertambahlah kebuncitan T__T



Okey makan jangan tak makan.
Tambah jangan tak tambah :)




1/2 dari kami.
1/2 lagi tak sempat nak masuk korum.

Nanti dapat pic dari OP barulah aku up entry lain pulok ye.
Ni entry penuh ngan pic teachers je, kikiki
Entry ngan bebudak next lah yer.

Okbai!

Monday, May 19, 2014

sebenarnya..

Sebenarnya banyak menda nak tulis ni,
Sebenarnya banyak menda nak kena pikir
Sebenarnya banyak benda nak kena buat
Sebenarnya banyak menda yang tak buat-buat lagi

yang paling penting,

Sebenarnya aku malas ngeh ngeh ngeh.

Esok selasa, rabu, kamis, jemaat, sabetu SPORT DAY!

Lepas tu boleh la bersenang lenang kejap.

Hoorey!

Sebelum tugasan yang lebih berat menanti.

Okbai!



Friday, May 16, 2014

hari jumaat


Selamat bekerja pada yang bekerja hari ni.
Pada yang tak bekerja, marilah kita bersenang lenang di rumah, cheewaah!

Semalam boleh pulok pengsan awal.
Tengok cerita Romi Cinta Julia pun tak sempat habis.
Terlelap depan telibesen. 
Kitorang kalau tengok telebisen memalam memang tutup lampu luar
Pastu sorang terguling kat sana, sorang kat sini.
Camne tak terlelap awal.

Ma mertua : Suzi nak tengok lagi ko cite ni?
Aku : Tak say doh ma
Ma mertua : Ma nok tengok mohabatein
Akuu : Ooo

*Terhoyong hayang aku masuk bilik

Pagi tadi nasib baik laki aku set alarm, kul 6.30 dah berkokok alarm aku.
So aku macam biasa, hari cuti mendobi je kerja aku.
Itu point utama, ekeke



Goreng kuetiow sebungkus.
Sos cili habis, tuang sos tiram lebih sikit.








Mendobi 1st round, dah siap sidai.
Round kedua petang2 sikit.
Aku rasa lapang dada betul kalau tengok bakul baju kotor kosong.
Semakin bertimbun semakin serabut, walhal dia bukannya kacau kita pun kan hihi.
Tapi tu lah, dah nama pompuan cenggitu lah kot.
Benda takde apa-apa pun tapi stress yang melebih-lebih hahaha.







Dah alang-alang semua belum bangun, ma mertua aku pun pergi pasar.
Aku pun mengemop kejap.
Mop aku beli tu RM2 je kot kat Mydin, kejap-kejap kang longgar
Tu lah, dah rege pun Rm2 kan, kualiti pun cenggitu lah.
Aritu beli kemain rushing, main sebat je, baldi ngemop pun tak beli.
Tak pasal-pasal kena perah secara manual
Merah tangan gegirl tawww hikhokhikhok *pingsedasss*






Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru.
Kerana Dirimu Begitu Berharga

Okbai

Sunday, May 11, 2014

Bekalan hari ini


Bekalan aku untuk hari ni. Plain water ngan shaklee. 
Balik keje kompem dedua bekas ni licin.
Plain water tu tak berapa nak cukup, biasa angkut mineral yang  besar terus.
Tapi dah kehabisan stock.

Harus keluar mencari bekas air yang lebih besar.
Dahlah sekarang ni musim kemarau berpanjangan, ujan jenjarang je.
Alhamdulillah still ujan daripada langsung takde ujan kan?



Moga-moga lepas ni aku terus istiqomah untuk bangun lebih awal dengan mebawa bekal yang lebih mengenyangkan ekekeke.

Bihun goreng ke, mee goreng ke, mudah-mudahan begitulah hendaknya hihi.

Okbai

Friday, May 9, 2014

semalam punya cerita #terobek


Semalam ada trip. Takde lah penat sangat tapi agak penatlah jugok. Petang tu sampai terseliuh peha aku, kremmm weh. Bebudak kemain hepi melompat-lompat. Tecer tecer pn 2x5 jugok hahaha. 

Pics beratus ratus tapiiiii tak larat nak transfer masuk lagi. Nanti mood rajin datang yer.




Ni pic masa pagi lagi, otw pergi. Kemain fresh lagi. Masa balik dah macam belacan budu dah semuo. Ngan berpanas berpeluh. Huuu lemau semua. 


okbai!

Wednesday, May 7, 2014

sempena musim panas

Nah ambik segelen sunquick, kitew belanja hikhikkk.

Banyaklah hikhikkk peng sedas baru tau. Tapi tulah, musim panas ni, kejap kejap kang nak minum air. Air masak, kejap air manis, air batu, semua telan. Camno nak ganti puasa nih *alasan*. Sesape yang belum menggantikan puasa, marilah kita berpuasa together-gether. Gittewww. Aku tunggu cuti skolah lah kot, sekarang tak leh, nanti pengsan ditengah jalan.





Time duk mengemas umah terjumpa pin besar gedabak nih. Aku pun tak tahu laki aku beli kat mana. Katanya tu time jaman muda mudi dulu. Jaman rock and roll lah sangat. 




Berurat giler tangan aku macam tangan orang tuo. Tapi memang dah tuo pun. Sookey sookey , yang penting jiwa muda hahaha.





Amboi kemain cahaya menembusi ai waktu ai minum air tebu. Bestnya air tebu pokcik tu. Kalau dulu time balik keje selalu gak menyinggah, tapi sekarang balik keje dah guna jalan lain, maka susohlah sikit nak membelinya.




Okbaiii ~

Monday, May 5, 2014

lama tak nampak

Memalam buta baru ada mood nak hapdate blog. Heaven giler cuti kamis jumaat sabtu ahad. 4hari weh! Besok senin maka back to basic lah yer. Huuu 

Sekarang musim panas berdenting. Ke kat tempat aku je camtu? Ya Allah, memalam pun membahang jugok panasnya. Semalam dah membuta depan telebisen dah aku laki bini. Memula tu bajet nak tido jap je sambil layan cite. Sekali terlelap weh, tersedar je aku terus aku masuk bilik. Tinggal laki aku sensorang membuta kat luar, ekekeke.

Malas nak kejut, kalau kejut pun bukannya dia nak bangun pun. Lam bilik lagi membahang walaupun kipas dah depan muka. Kat luar okeylah sikit. Takde lah rasa lemas sangat.



Panas-panas ni tekak ni asik nak minum air sejuk je. Jap jap minum air batu, memang bertambahlah keboncitan perut iolsss. Kat atas tu air tebu, fuh memang manis melenting ting ting. Time bulan pose memang jadi pebret aku lah. Original manis, takde campur air gula amenda. Cukup rasa! Dahla murah, sebekas tu singgit je weh. Sekarang ni mana nak cari air tebu original singgit. Kat pasar maybe ada tapiiii dah dicampur air gula senduk dua.




Disebabkan kamis tu cuti, malam tu aku ajak laki aku lepak kat luar. Ambik angin luar sejuk sikit. Makan ABC bertambah sejuk tapi takde lah sejuk sangat pun. But its okeylah dari terperap kat lam umah. 




Close up sikittt. Nyumsss sodap lah pulok.
Memalam buta pun layan lagi ABC ni.

Okey, sekian cerita pendek.
Nak masuk tidur.
Besok bekhojelah kitewww.

okbai!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...