Sunday, July 13, 2014

Tak rancang pun



Dah 15 Ramadhan dah harini kan. Cepatnya masa berlalu. Ni cerita yang hari jemahat haritu. Sebenarnya dalam kul3 macam tu nak keluar pergi beli lauk je pun. Laki aku dah bising, suh cepat cepat sebelum dia terlelap matik aku nak kejutkan dia satu hal pulak kan.

So nak sembahyang zohor, lepas tu terus datang idea, pap!

Aku : Jommm kito kelik buko mache nok?

Bila pujuk memujuk ni harus lemak bkrim sikit suaranya yer, kihkih.

Lepas tu laki aku gelak HAHAHA!

Kalu nok ajok kelik kampung dio gak kemain mujuk.

Tenkiu tuami kerana memahami hikhik







Sedapnya laukkk tapi banyak beli. Aku just buat udang sambal petai lepas tu ma aku tumis kerang. Ayah aku beli daging bakar. Yang selebihnya adik ngan abang aku yang beli. Gulai nangka, rebung, bawal 3rasa, kerutuk serati. Semua aku tak sentuh awal-awal. Makanan kat bazar ni bukannya boleh percaya sangat. Lagipun aku ni jenis perut lokek, nak nak lagi yang bersantan bagai, huiiii lebih baik mencegah dari mengubati.






Sampai je umah terus disambut budak cinonet ni. 
Sabar jelah, kemain lasak, mulut pun potpetpotpet -_-"




Sebelum tu kita singgah beli air teu pokcik lejen ni. Ayah aku pun kata air tebu dia sedap. Memang sedap!

Dah tu je nak cite, harus melipat kain, mendobi lagi.
 Esok keje, selasa rabu cotiii! khamis keje, jumaat sabtu cotiii!
Amboi kemain hitung coti, keje tak setel-setel jugek hekhek.

Okbai!

Friday, July 11, 2014

Bukan tak nak pergi bazar tapi..


Kejap jer kan masa berlalu. Harini dah 13 Ramadhan. Semalam pergi merendek Wakaf Cheyeh. Gi skodeng baju raya tapi macam tak berapa nak ada  choice je kaler yang aku nak, lagipun aku tak meround semua, meround kat tepi-tepi gitu je. Semalam pergi dah nak dekat pukul 1. Last skli kita pekena mee celup jelah. Habis cerita ngeh ngeh ngeh.









Takpe malam ni kalau rajin sikit kita pergi uptown pulok. Hoih merendek je keje tapi keje sekolah tak siap-siap lagi, Huhu. Harini tak tahu dah nak makan apa. Aku semalam tak makan nasik pun, aku sendiri pun tak sedar yang aku tk bernasik hari tu. Berbuka ngan ktiow goreng je, aku goreng cukup-cukup untuk aku je. Nanti membazir pulok kan kalau banyak-banyak.

Lepas tu bangun sahur minum milo suam tu pun share ngan laki lepas tu makan mentimun susu. Bangun sahur semalam giler ngantuk, Yelah balik dari Wakaf Chyeh dah dekat pukul 2. Bangun sahur 4.30. Mana tak ngantuk. Laki aku macam biasa, bernasik masa sahur. Elok gak, nanti takde lah membazir sangat. Sekarang pun aku tanak nasik pun cukup-cukup je.

Buka ni tak tahu lagi nak makan apa. Laki aku cakap beli kat bazar pun takpe sebab semalam sampai umah lewat, dekat-dekat nak buka baru siap masak. Bukannya masak apa pun, daging kunyit ngan ktiow goreng je pun. 

Aku cakap malas lah, takde selera tengok laukkkk. Kita masak jelah. Makan berdua je pun. Kalau diikutkan memang baik beli tapi mulut aku macam tak berapa nak masuk sangat ngan lauk bazar tahun ni. Setakat puasa ni baru sekali kitorang pergi bazar, tu pun beli lauk ayam percik. Harap-harap sampai penghujung ramadhan lah kitorang pulun masak. Ngeh ngeh ngeh.

Lepas tu murtabak baru sekali, haritu aku beli 2 ketul murtabak. Tu pun kemain nak habiskan, nasib baik adik ipar aku ada, dia yang habiskan. Beli akok haritu pun sama, 2hari nak habiskan. Haritu kitorang tapau nasi kerabu, aku rasa membazir je, laki aku habis tapi aku separuh pun tak xdapek nak habiskan. Lastly ke tong sampah jugak. Lepas tu rasa bersalah terus menyelubungi diri T__T

Kalau diikutkan tahun lepas memang hari-hari gi bazar. Ayam golek, ikan bakar, sup. Hoih memang banyak ar kitorang beli. Air tebu, air keladi, jagung. Tahun ni dah takde dah macam tu. Aku rasa sebabnya kitorang dah pindah. Dari rumah kedai ke rumah sewa. Dia punya feel tu lain. Banyak sangat bezanya. Tahun lepas memasing bizi, penat. Tahun ni pun semua penat bekerja tapi dia punya suasana tu berbeza ngan tahun lepas.

Jap lagi nak keluar, nak cari sutun ngan udang. Ayam dah takde lam list, muakkk. Tu pun ada dalam 2 ketul gituh lam peti aih. Daging pun ada lagi sikit, sekali goreng. Nak masak apa nanti nanti kita diskas ngan sheben. Lepas tu macam nak buat agar-agar sirap je tapi tak reti lah pulok nok anggar kemanisan gula di bulan puasa ni. Maka marilah kita gugel resepi agar-agar sirap. Hihihi

Okbai!


Saturday, July 5, 2014

Menu #Ramadhan6


Dikala tengahari camnilah perut sedikit krik krik krik. Lepas tu okeylah. Yelah before ni asal tengahari je lunch nasik sepinggan. Sekarang dah bulan puasa nasi sepinggan dalam mimpi jelah yer. Tengahari semalam sambil hantar MIL keje, aku pun keluar sekali ngan sheben. Keluar carik santan, daun pandan ngan ulam je pun. Benda lain semua dah ada. 1/2 pokok pandan = RM1. Murah dah tu kan. Kiranya pokok pandan tu dia belah dua. Gitulah duk kat bandar ni semua benda beli. Kalau cakap kat maa aku ni kompom membebel 1 saat. Hihi. Oloh pokok pandan tu tanam jelah belakang umah tu. Yer maa nanti orang tanam -_-"

Tapi tak rugi pun beli pandan sebab nanti boleh letak lam peti ais. Wangi je peti tu :)





Semalam kul 3 dah start masuk dapur sebab buat agar-agar santan. Lepas tu kul 5 pulak baru masuk dapur. Masak biasa-biasa jer pun. Huhu






Semalam punya menu. Ayam pedas, lemak kunyit, sayur tiram, ulam, tembikai ngan agar-agar.

Harini plak plan nak goreng talapia lepas tu goreng sekali ngan bawang besar, tabur atas tu, perghhh sedapnyaaaa!!. Lepas tu daging ada lagi sikit, buat daging + ayam kunyit jelah.. Aku kalau takde kuah boleh je telan nasi sebab minyak2 goreng kunyit tu dah ada kan tapi laki aku tak boleh, kena ada kuah jugak. So, kita buat sayur air jelah. 

Dessert harini plak plan nak buat bubur pulut hitam. Aku suka kacang ijau lagi tapi sheben aku suka pulut hitam. Takpe lah demi suami, isterimu ini mengalah. Esok suami pulak mengalah, isteri menang sokmo-sokmo deh. Kehkehkeh.


Semalam bandung cincau, harini rasa nak buat air sirap je kot. Lagipun bubur tu dah berlemak manis, so kita minum air yang simple-simple jelah.




Jap lagi nak kuar cari ikan talapia. Entah ada ke tidok. Orang lain pepagi lagi dah ke pasar. Aku laki bini matahari atas kepala baru nak merayap ke pasar. Sabar jelah :)

Okbai!

Friday, July 4, 2014

masak apa tu?

Harini wiken. So apa lagi menjadi bibiklah kita di hari ini. Rutin pagi macam biasa mendobi, sapu rumah, mop umah setel. Lepas tu terbaring kejap ngeh ngeh ngeh. Harini tak tahu lagi nak masak apa. MIL dah cakap perencah tomyam ada tu, pekakas sup pun ada. Buatlah kuah apa-apa pun. Huhu

Nampak gayanya macam berbuka berdua ngan suami je. Tapi yang penting dessert kena ada, curlasss uollss hihi. Harini plan nak buat agar-agar bersantan yang pandan punya. Pebret aku tuh, dapnyaaaa menjejes air liur jap.

Semua bahan dah ada. Janji ada kerajinan ngan kekuatan je. Bulan-bulan pose ni semua lemau. Aku memang lah lagipun jenis sahur tak hadap nasi sangat. Harini dah 6 hari puasa. Baru semalam jejakkan kaki ke Bazar. Tu pun sebab beli solok lada ngan martabak je. Azam tahun ni kurangkan Bazar, banyakkan memasak chewaaahhh hahaha. Ye lah tu kan. 

Sebelum ni balik keje MIL aku dah kat dapur, aku tolong yang mana pandai je hikhik. Harini MIL dah start keje maksudnya aku kena buat semua, yang tak pandai pun kena buat pandailah hekhek. Nasib berbuka ngan suami je, adik ipar aku yang sorang tu kekadang buka kat rumah, kekadang kat tempat keje. So, sedap tak sedap kita telan jelah eh bang? Kihkihkih.

Bagi sesapa yang nak resepi agar-agar bersantan boleh refer sini

AGAR-AGAR ERSANTAN

oKbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...