Friday, October 31, 2014

dah ujung bulan

Last entry cerita Raya Haji arituh. Lamanya. Nampak sangat kesibukkan dalam duniawi. Tak sedar masa tu makin berlalu. Lately kije bertingkek-tingkek. Dah macam sutun dah ni kaki tangan. Penat tak dapat dibayangkan, bukan setakat fizikal je, mental pun sama. Nasib baik dapat berfikir dengan waras lagi cuma pelupa je huhu. Takpi takpe, aku dah minum air penawar yang ustaz tu bagi. Kalau aku rajin nanti aku up story kat sini. Mana tahu ada yang tercari-cari ustaz untuk berubat secara islamik kan. Insyaallah dengan izinNya.

Banyak benda nak cerita tapi pics tak transfer lagi kat bloggeroid. Takpe, besok aku up entry versi goyang kaki. Amboi kemain bunyinya. Haha. Yelah, kerja-kerja wajib yang kena hantar every week dah tamat riwayatnya. Yeay!! 

Next week bebudak dah start exam final year. Siannya kecik-kecik dah kena hadap final exam kan? But issokey, sekurang-kurangnya dorang dapat tahu yang hidup ni tak semudah yang disangka. Banyak cabaran yang menanti dihadapan. Chewah!! 

So, lepas exam ni pulok baru membizi kan diri nak key in segala report, lepas tu parents meet lepas tu ihtifal lepas tu kursus pulok. Rasa macam baru je attend kursus haritu. Hukhuk. Yang penting kursus tahun ni kat sini je. Tak perlu ke Shah Alam lagi. So, kita relaks relaks sudah.

Okbai!


Saturday, October 11, 2014

Raya Haji 2014


Raya haji tahun ni rileks je, macam tahun-tahun lepas. Macam biasa, pagi raya baru bertolak balik.Sempat lagi salam dengan jiran sebelah :) Sian dorang laki bini kena beraya di perantauan. Raya puasa haritu pun camtu jugak. Nak wat camne, tuntutan keje kan. Aritu masa salam eh eh pewot dia dah boncit. Peknen rupanya. Patutlah kekadang time subuh selalu je duk dengar orang duk uwek uwek. Ingatkan jiran sebelah sana, rupanya jiran sebelah sini. Hihi.

Okey, so dalam kul 8pagi camtuh kot bertolak balik. Gitulah kalau dekat kan. 


Tema tahun ni hitam hitam si tompok manggis.
Bukan setakat baju je hitam. Ngan tuan empunya badan pun join group manggis jugek.

Baju recycle sudah. Aku kuarkan 2 kaler. Merah or hitam. Laki aku pilih hitam.
Okey, i ikut je.
Okey jugak itam sebab jubah yang ni besar, aku suka. Kalau jubah merah tu kecik nanti aku cepat panas, huhu. Laki aku pakai baju raya puasa masa 3 tahun lepas. elok je lagi. Janji body kena mantain. Kalau ada masalah kegemukkan memang tak dapek lah den nak nolong. Realitinya memang dia mengalami masalah kegemukkan pun haha tapi sekarang makin susut, susut. Kemain hepi berat turun. Aku pulak pakai jubah 2 tahun lepas, aku berat memang takat tu je pun tapi mengalami masalah perut boncit lah pulok T__T

Susahlah nak tinggalkan ais. Walaupun dah cuba tapi tak mampu tengok je, mesti nak teguk jugak. Oh dugaan duniawi sangat.

Eh lupa nak cakap, pic kat atas snap by MIL. Ihiks.

So pagi raya tu beraya kat sebelah laki aku jap je lepas tu terus bedesup balik kampung aku. Laki aku pulok yang lebih-lebih. Eksaited nak balik kampung aku. Huahua

Aku balik ngan tangan kosong je. Takde selera sangat nak membaking. Barang tak berapa nak cukup campur pulak ngan hidung yang soksek soksek. Dah hampir 2 minggu selsema ngan batuk tak tahan-tahan lagi. Batuk time subuh memang lah kuat. Sejuk gamaknya kan. Lepas tu MIL aku bekalkan sedikit ketupat untuk ma aku. Disebabkan balik ngan tangan kosong, aku pun suh laki aku singgah 7e. Aku beli eskrim dalam 9 batang haha. Tak pernah dibuat orang, takpe aku buat dulu. 



Raya yang ke 2 baru balik beraya sebelah sana pulak.
Recycle baju raya puasa haritu.

 Memula umah nenek sebelah MIL aku. Aku tibai ratah sup je. Lepas tu nenek sebelah arwah FIL, aku tibai nasi minyak, dapppp.  Lepas tu singgah umah tuan umah sewa. Depan rumah je pun haha. Yang ni aku makan tapai, sedap tapai dalam daun getah. Feel lain kalau makan yang dalam tupeware tu. Manis dia lain. Eh sedaplah!  . Kemain makan haritu. Sampai sekeping pun takde pics makanan raya.

Ni cerita pulak cerita raya tahun lepas--- > Raya Haji 2013.

Okbai!

Friday, October 10, 2014

Bekpes


Entry kepam jugak ni.
Sabtu sebelum raya.

Aku balik kampung pagi raya. Pagi sabtu tu tingin je nak makan roti canai kosong. Boring jugak asik masak je kan, asik goreng mee je, muka pun berurat macam mee dah aku tengok. Tadi pun laki aku rikues mee goreng lagi. Aku cakap takde mee. Frust dia, kenapa tak cakap awal2, malam tadi boleh beli. Pastu nanti nak bawak bekal apa? Jumaat sabtu memang dia suka bawak bekal bekpes. Tetiba aku feeling isteri solehah. Tapi wiken jelah, weekdays tak. Hahaha. Takpe, jap lagi kita proses nasi goreng. Nasi semalam ada lagi. :)

Eh nak cite pasal roti canai tapi tersasul ke lain lah pulok.





Dapnyaaa roti canai kosong. Kedai dekat rumah ni je pun. Kemain makan. Nak tambah sebiji lagi tapi macam malu sikit lepas tu rushing laki aku nak masuk kije. Apalagi, kita kasi tapau jelah. 

Okbai!

Wednesday, October 8, 2014

Masak simple sudah.


Entry kepam ni.

Hari jumaat haritu beli bayam pepel ni. Aku suka. Pebret. Aku goreng tumis bawang putih je. MIL aku cakap dia tak pernah goreng, biasa sayur lemak je. Haritu goreng separuh je. Harini elok je lagi lam peti ais. Dah seminggu nasib baik elok lagi. Maybe sebab duk berbalut lam plastik kot. Dapnya lepas tu lawan pulak ngan ikan goreng panas-panas,nyumss






Hari cuti macam biasalah, buat bekpes wajib! Haritu demok aku rikues nak nasi goreng. Aku sebenarnya tak berapa reti goreng nasi maybe sebab aku tak berapa suka nasik goreng kot. Lebih-lebih lagi nasi goreng yang letak kicap tu, lagilah tak boleh. Huhu. So aku main tibai je. Aku ingat lagi ma aku pesan, kita kalau nak masak apa-apa letak bawang banyak, jangan kedekut. Baru masakkan sedap. So aku tumis bawang putih 2biji ngan bawang merah  sebiji je pun. Masukkan ayam, nasi, sayur, garam , Maggi secukup rasa ker apa ntah. Goreng kasi lama sikit. Tu pun ma aku yang ajar. Walhal dah bertahun ma aku cakap, tapi aku still ingat walaupun nampak macam aku tak berapa nak dengar. Sebabnya aku adalah pendengar yang setia haha.



Aku pun try eh sedaplah pulok haha. Laki aku pun cakap sedap haha. Laki aku ni sangat telus orangnya, kalau tak sedap dia cakap tak sedap. Kalau sedap dia cakap sedap lepas tu lenkali mesti rikues lagi. Bila dia cakap tak sedap aku okey je, nasib baik boleh bini jiwa kental. Kalau dapat bini hati tisu parah. 

Okbai!



Friday, October 3, 2014

Mak mak sangat #agefactor


Aku rasa sekarang ni minat aku more to makmak. Haritu pergi pasar pagi, kat sana segala benda ada. Kain baju pun ada kan. Aku terus terpandang comforter tu kemain cantik. Wahhhh cantiknya! Kawan aku cakap bagusnya, orang lain nampak baju cantik dulu tapi aku nampak comforter dulu. Huhu. 

Tapi aku suka dengan perubahan diri aku yang macam tu, sekurang-kurangnya aku sedar yang umur aku makin meningkat. Huhahuha jugak tapi ada batasnya. Ada minat yang tersendiri jugak tapi kena pikir panjang, berbaloi ker beli? Membazir tak? Kalau dulu nak apa-apa ikut je. Asal ada duit beli. Lepas tu guna kejap je, tak nak guna let go, tak laku simpan lam kotak. Last-last rosak kat situh. Yang ketara sekarang, aku punya kasut, selipar, sandal semua. Fuh nasib baik mampu kawal napsu ke arah itu. Raya haritu tingin je nak beli heels tapi pikir punya pikir tak nak jadi macam tahun-tahun lepas. Tak pakai sangat. Nak masuk raya tahun yang lain tu pun elok lagi. Last-last bersusun aku punya heels, wedges, kt rumah kat lam bilik tu hah. Kat umah sewa tak boleh simpan, takde space.

Lastly aku beli flat. Takpe lah tak bergojes dipagi syawal pun. Pikir nanti boleh bawak pergi keje. So sekarang pegi keje memang pakai kasut flat tu jelah. Selipar merendek aku tibai Flipflop made in Bangkok. Abang aku belikan masa dia pergi sana haritu. Best gak pakai sebab dia tinggi, time lalu jalan becak okey je redah. Lepas tu ada satu selipar jepun, guna time nak membasuh depan rumah ni hah. Lepas tu aku ada 1 lagi selipar flat yang Bata punya. Tu beli time terdesak masa gi kursus haritu sebab tak selesa pakai sneakers.




Taraaa, senduk kayu.
Dah lama mencari tapi sekarang baru jumpa. Aku beli kat kedai RM2 untuk 3ketul tu. Murahkan? Heheh. Aku suka senduk kayu sebab nanti takde lah panas-panas sangat time nak mengoreng, nak wat kacau adunan kek pun boleh jugak ni, nak kacau adunan agar-agar pun boleh, buat kacau nasi goreng, eh semua boleh lah dikatakan. Hikhokk

Okbai!

Thursday, October 2, 2014

Tq Nuffnang omey omey. #bodeksangatni

Ekceli aku sedang menanti jugak 1st cek dari Nuffnang. Tapi dorang kan dah bilang, dalam masa sebulan jugak ambik masa. Maybe next week lah kot dapat. Padahal dah banyak hari blog ku dilupakan. Den tak sempat nak menaip-naip kat sini. Tapi time tu lah jugak CPUV datang, terkezut titewww, banyak pulak tu.. Masheh Nuffnang, ekeekek. Camtu lah, time ada adalah. Time takde, keep calm and lets read my blog.




Rege minyak naik duaposen. Semalam baru aku tahu. Tu pun dah ujung-ujung. Hmmm tak reti nak cakap apa. Dekat pesbuk memacam pesen status yang diupdate. 

Pihak A cakap ala duaposen je pun.
Pihak B cakap duaposen tu cukup bermakna bagi kami.

Tapi bila minyak naik, biasanya semua benda akan naik rege. Itu efek yang orang ramai pungpang

Tapi nasik baik sekarang ni aku laki bini dah beli moto. Banyak merempit lah. Guna kete pun time waktu tertentu jer. Gi balik keje merempit. Lagipun tempat keje dekat jer pun ngan rumah, 10mins. Tapi memula ni boleh tahan jugak lenguh betis aku. Yelah, dah lama wei tak naik moto. Kiranya kat situ kitorang dah boleh save bajet. Alhamdulillah. 

Eh, nak cite pasal Nuffnang tapi melerek sampai minyak lah pulok hahaha.
Okbai nak layan korea. Sekarang ni aku mabuk korea.
Takde ubat mabuk ni.

Okbai!

Wednesday, October 1, 2014

Banyak cerita sebenarnya

Dah lama tak update blog. Mood menulis pun ada hujung-hujung tanduk je. Lagipun asik terkejar-kejar jer ngan duniawi, choi sangat. Sebenarnya kerja bertimbun, tak sempat nak menaip tapi yang penting hari-hari sempat je buka blog tapi baca blog orang, ngeh ngeh.

Takpe, jumaat sabtu ni kita menaip sampai lenguh tangan. Nampak gian sangat nak berblog ken. Lagipun kerja pun hampir setel. Kalau cakap setel tipu pulak sebab kerja ni sampai bila takkan habis. T_T

Mood beraya tak berapa nak feeling sangat. Tahun ni turn sebelah laki dulu. Mak okey jer. Balik kampung aku lewat pun takpe, tak payah nak siang siang daging bagai. Dasar sangat hahaha. Umah nenek sebelah arwah FIL aku tu lagi lah, jenis pesen mengoder je, nasi minyaklah, satey lah, tu aku kalau pergi raya sana siap boleh tertido lagi laki bini. Nak wat camne, kekenyangan kihkih. Dahtu takde orang sangat. Lagipun anak-anak dia banyak beraya kat sebelah luar, nasib baik ada cucu yang besar kat sini. 

Tapi nenek yang sebelah MIL dengar cerita ambik bahagian tahun ni. Tapi aku tetap selamat dari siang daging sebab mesti laki aku nak beraya kat sebelah arwah ayah dia dulu. Nak pergi melawat kubur dulu pepagi tu kan. Mesti dah tenghari baru gerak gi sana. Ker raya ke2? Ker camne? Yang tu kita diskas later. Chewah.

So, kesimpulannya bukan kita taknak siang daging tapi keadaan yang tak mengizinkan. :P
Sebenarnya aku tak berapa siang daging ni, kejap kan lintang urat lah apa. Boleh tapi take time lah sikit. 

Okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...