Assalamualaikum
Aku suka hari jumaat, boleh duk guling-guling kat umah. Walhal everyday aku berguling. Kekadang naik bosan pun ada. My demok kan busy sekarang ni, dah berabad rasanya aku tak keluar bercinta secara halal.*jika abang baca blog saya,silalah bawa saya keluar cari baju baru sekarang huksss*
Eh, sadis tak tajuk entry aku? huhaha propa ke lebih tuh padahal kelaut sangat. Semalam aku post entry Sup Ayam. Ingatkan dah ok, malam tu kemain panas la plak. Aku tidur sebelah pun turut terasa wap wap panas tuh. Nasib baiklah aku ni jenis antibodi yang agak perkasa la jugak, orang sebelah demam takpe, orang sebelah batuk takpe, orang sebelah selsema pun takpe. Tapi kalau orang sebelah sakit mati, aiollsss takuit okey.

My demok request nak minum Tongkat Ali. Dia cakap nak balik Ketereh sebab kat sini takde Tongkat Ali.*very the ngada* Kalau kat Ketereh kedai aku kan diapit kedai makan, so asal ikut selera, men oder jelah.Aku pun cakap takpe jap ek saya buat.
Sekali bila dah siap, dia tak percaya aku buat tongkat Ali.Sedih aiolls okey T____T. Dia ingat aku kacau air teh, deria rasa dah ilang akibat selsema kan. Aku pun gigih pergi dapur tunjuk paket tongkat ali. Haaa sekarang baru dia percaya, licin dia minum. Maklumlah sebelum ni aku tak pernah pun buat air tongkat ali tuk laki aku, muahaha.