Monday, September 8, 2014

Resepi agar-agar sumi lintang pukang


Tajuk entri pun dah haru biru. Apatah lagi resultnya kehkeh. Btw bawa bertenang, keep calm and lets read my entry, chewah! Omputih lah pulok.

Bahan-bahan simple saje.


Agar-agar tali 30gram
1 tin susu cair.
Sepeket sumi.
1 1/2 cawan gula.
10 cawan air.




Perasa laici ngan rose.
Perisa papepun takpe. Hentam saja yang mana ada.




Memula susun sumi macam pic kat atas tu yer.
Nak susun camne pun takpe, ikut kreativiti korang. Lepas tu masukkan lam freezer biar sumi tu keras.



Then panaskan air ikut sukatan, bila gelegak masukkan agar-agar ngan gula.
Gelegak then masukkan susu cair. Kasi kacau.




Agar-agar ni jenis berlapis. So aku masukkan dalam jug terus baru masukkan sirap secukup kaler.
Tapis dan tuang dalam loyang. Kena tuang slow-slow biar make sure sumi korang tu tak terapung. Make sure sumi tadi betul-betul beku baru lah cun melecun!

Lepas tu masukkan lam freezer, yang lebihan agar-agar tadi biarkan di atas dapur dengan api yang kecik. Agak-agak yang lam loyang tadi dah keras, tuangkan lebihan agar-agar tadi. Slow-slow yer. 
Aku punya out, habis lintang pukang aku punya sumi sebabnya tak cukup keras.




Amboiii kemain sumi aku berenang merata tempat. Its okey. Practise make perfect. Len kali kalau nak buat, aku nak bekukan sumi tu semalaman, pagi esok baru buat. Biar kejung sumi kat lam loyang tu. Huhu



Taraaa ini hasilnya.
 Dengan 30gram agar-agar tu aku dapat 2 bekas.
1 loyang bulat, 1 bekas tuppeware. Banyak! 

Okbai!

Sekian dari cikji yang moodnya sekarang pun lintang pukang jugek.

2 comments:

  1. Lintang pukang gak nak baca entry cikji ni heehe...pape pun hasilnya nampak menarik rasa nya ape lgi mesti sedap kan...

    ReplyDelete
  2. pernah cuba gak resepi ni,yg kelakarnya semua sumi kak ana cair last2 tinggal agar2 biasa tu je..hehe..memang lintang pukang lah..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...