Friday, July 20, 2018

Menu Ramadhan 2018



Antara menu haritu. 
Balik kerja zasss ke dapur terus.
Masak simple-simple saja.
Beli pun ada jugek.





Tomyam - pekat kedadak tu beli, sedap giler.
Balik rumah panaskan, campur air panas sikit.
Pastu buh sayur bebanyakkk.
Daging pedas - aku memang suka letak daun limau purut dalam masakan.







Daging kicap - buat
Ayam kurma tapau dari tadika





Yang ni semua masak.






Yang ni pun semua masak jugek.






Bilis garing - masak
Ayam madu - bazar
makaroni goreng - tapau dari tadika, balik modified kan. 
Percik- ofkos beli.


\


Yang semua buat jugak.


Aku hujung-hujung Ramadhan tu memang takde selera nak makan nasi. Selalu goreng ketiow, meggi goreng. Memang takleh telan nasi rasanya. Tapi laki hantu nasi, kena masak jugek kan. 

Thursday, July 5, 2018

Aidilfitri 2018




Raya kan sebulan. Tahun ni team raya kampung sendiri. Aku macam biasa tetiap tahun gilir walaupun jarak hanya 1jam gitu je perjalanan. Malam raya tu tidur around 4 am. Takde letrik pulok doh. Start pukul 8 lebih blackout. 12 lebih baru ada. Sabar jelah. 


Family potrait 2018.

Geng duduk semua anak-anak. Aku sorang je terpelanting ke belakang, Sobss. 
Geng berdiri di belakang abang kakak aku tu laki bini dorang.
Yang takde pasangan kat belakang tu maknanya single lagi ler krik krik
Berdiri tinggi lampai 2 ketul tu anak sedara aku.

Tak cukup ahli ni. Yang bongsu laki pompuan takde. Raya ke 2 baru sampai. Adik aku ngan bini dia team beraya kampung bini. Abang aku, bini dan anak2 dia takde jugak. Anak yang sulung je ada dalam ni. Total semua takde dalam gambar, 8 orang ahli.  Nak kata family aku besar, hmm biasa je. 9 beradik. Aku tengok family orang lain lagi ramaiiii. 


Baju melayu last minit cari. Nasib terjah kat kedai 1st terus jumpa.
Ni baju yang kedua, beli yang pertama haritu, kaler tak berapa nak matching.
Biasalah, bini jenis xpuas hati kan. 
Kena cari gak sampai matching.


Pagi raya dan jadik bibik. Lupa nak snap pic menu.
Pagi raya salam2, breakfast, terus pergi rumah nenek aku. Sebelah rumah je pun. Melayan tetamu beraya. Lepas zohor terus aku membuta weh. Mana taknya, malam tu pukul 4 baru tidur. Tetamu datang penuh rumah pun aku tak sedar. Masalahnya, laki aku yang cukup tidur pun tidur jugek. Sabar jelah, dah tu macam mana tak gems. Tidur aje huhu.


RAYA 2 SYAWAL

Pagi raya ke 2, sorang ke hulu, sorang ke hilir. Laki aku dah balik sebabnya raya ke 3 dia dah kerja. Dia nak pergi beraya rumah nenek dia. Aku tak ikut. Kalau turn raya kampung aku, memang camni. Lepas cuti raya baru aku pergi beraya rumah nenek-nenek  sebelah laki aku.



Pergi serbu rumah pak sedara kat Tanah Merah. Dekat saje. Plan asalnya nak pergi dalam 3 biji rumah lagi tapi ayah aku tak berapa sihat. Gout dia datang menyerang. So, sebijik rumah ni jelah kitorang pergi, terus balik. Singgah pasaraya jap, beli barang2. Kawan-kawan adik aku nak datang beraya. Masak spagehtti saje.



Adik - adik aku.
Yang ke 7,8,6,9



Dah bersardin dalam kereta ni. Yang tudung pink tu adik ipar aku. Sabar jelah dia dapat ipar duai yang ting tong cenggini ekeke.

Sekian cerita raya aku yang simple sangat. Pergi beraya 2 biji rumah je hehe. Tapi raya yang paling bermakna sebab aku cuti lama sangat berbanding dengan sebelum ni. 11 hari. Alhamdulillah. Moga-moga tahun depan boleh cuti lama lagi ekeke.

Saturday, March 24, 2018

Dugaan dan cabaran 2017




Assalamualaikum.

Walaupun 2017 dah lama berlalu tapi aku masih mahu coretkan sedikit kenangan di sini. 2017 merupakan dugaan yang aku kena tempuhi bila suami aku keluar masuk wad kerana Batu Karang di dalam Hempedu. 

Aku akan cerita dari awal hingga operate ye. Maaf kalau cerita ni panjang. Tapi mana tahu boleh jadi rujukan kawan-kawan yang lain.

APRIL 2017 - WARDED
MAY 2017 - WARDED

JUNE - TAK MASUK WARDED SEBAB BULAN PUASA 
(hempedu berehat secukupnya, patutlah islam mengalakkan kita berpuasa)

JULY - WARDED
AUGUST - OPERATE


SIMPTOM-SIMPTOM AWAL:

Awal tahun JAN 2017, suami aku selalu mengadu lenguh-lenguh belakang. Asal bangun tidur selalu merungut, lenguh belakang. Lepas tu selalu salahkan tilam. Aku pun cakaplah, awak tu berat sangat, saya okey je. Tidur tilam sama jugak. Haha nasiblah dapat bini yang langsung tak supportive.

Dalam masa yang sama jugak, asal malam je mesti perut dia rasa tak selesa. Selalu terjadi bila tengah malam. Aku ni jenis bangsa tidur awal. Suami aku tidur lewat, duk ruang tamu main game. So, aku tak tahu sangat dia sakit perut tu. Dia ada mengadu kat mertua aku yang asal malam je mesti perut rasa semacam. Untuk pengetahuan semua, laki aku ni jenis pemakan jugak orangnya. Memang makan malam, makan nasi pulak tu. Nasi ayam gulai memang favourite dia lah. Berbeza dengan aku yang paling tak suka menu tu.

Kemudian masuk bulan seterusnya lagi ketara bila asal malam je, perut tak selesa, memulas sekali dengan muntah-muntah. Ingatkan salah makan ker apa. Kekadang memulas macam nak berak tapi tak berak pun. Aku pun macam dah fikir lain dah. Bukan sakit perut biasa dah ni. Tapi hold je, tak pergi hospital pun.



APRIL 2017

Masa ni kita orang pergi bercuti kat Cameron. Bertolak pagi lagi dari sini, sampai sana tu aku pergi jalan/makan semua. Petang tu nak check in, masa tu dia dah mengadu sakit perut dah. Haaa sudah! Aku dah terbayang kena warded kat Hospital Cameron dah ni. Malam tu memang duk sakit-sakit perut. Muntah habis segala cadar apartment tu. Malam tu baru je planning nak pergi pasar malam. Aku tak keluar terpkasa jaga suami yang kesakitan. Tak tidur aku malam tu. Feeling isteri solehah sangat, ekeke

Bangun esoknya Alhamdulillah sihat. So, tak jadi nak checkout. Tambah lagi 1 malam kat Cameron, ganti yang semalam tak boleh nak berjalan-jalan. Balik je dari Cameron, sampai rumah tu petang. Malam tu sakit dia datang lagi. Memang dahsyat muntah berkali-kali. Tuhan je yang tahu. Berguling habis. Aku rasa dalam pukul 3pagi kot kitorang ke HUSM. Terus masuk emergency. Doc tanya itu ini. Dia memang dah tak boleh cakap, aku yang tolak jawabkan. X-ray, scan semua. Memula tu ingatkan apendiks dah pecah dah. Bla bla bla kena masuk warded. Bla bla bla scan ada batu karang dalam hempedu. 


MAY 2017

Masa ni berat laki aku memang merosot lah. Doc suruh jaga makan, tak boleh makan benda berminyak sebab hempedu tu tempat proses minyak lemak semua. Bila terlalu banyak benda berlemak, hempedu tak sempat nak proses, dia terkumpul sikit-sikit dan akan terbentuk batu karang. Macam tu lah yang aku paham. Correct me if i'm wrong. 

Bulan ni lagi sekali admit warded. Macam biasa, dalam 2 pagi macam tu kami ke emergency room HUSM. Sekali masuk ward paling kejap 3 hari, paling lama seminggu. Tuhan je yang tahu. Letihnya aku. Malam jaga suami kat wad, bangun pagi balik rumah, siap-siap pergi kerja. Balik kerja awal, pergi dekat hospital pulak. Macam tu lah rutin aku. Masa tu jerawat memang naik sana sini lah. Pepaham je lah jaga orang sakit ni, makan minum kita entah ke mana.

Doc cakap dalam bulan puasa nanti operate. Tapi sebelum tu kena datang check up. 1 Ramadhan je laki aku sakit, muntah bagai tapi tak pergi hospital pun. Telan ubat doc bagi, ok. Kiranya rekod bulan puasa tu bersih. Cancel operate, dahulukan orang lain dulu. 

JULY 2017.

Masa ni syawal ye. Laki aku boleh dikatakan seminggu sekali mesti sakit dia datang. Aku kalau balik kerja, tudung tak letak dalam bakul kotor lagi. Get ready, kalau sakit malam nanti, sarung tudung tu je terus. Masa tu jugak aku rasa macam jaga anak kecik yang sakit malam-malam. Tidur tak lena. Bila dia tak tahan sangat baru kitaorang ke HUSM. 

Aku ingat lagi, ada satu malam tu dia sakit dia datang, telan ubat. tapi still tak tertahan. Dia siap request suruh call ambulance lagi. Dalam dia duk sakit-sakit tu tiba-tiba badan tangan dia jadi keras. Aku tiba-tiba jadi blank. Macam dia kena strok! Terus aku fikir, betul ker ni aku muda-muda lagi tapi terpaksa menjaga suami yang stroke. Aku pun terus kejut mertua aku. Ambik air, renjis-renjis kat muka dia. Rupanya kesan ubat tu buatkan dia jadi hanyut sekejap untuk kurangkan kesakitan. Tapi tak tahu lah sampai macam orang kena strok cam tu, macam tak sedarkan diri pun ya jugak huhu.

Terus ke hospital, macam biasa. Masuk ward lagi. Sampai nurses pun dah kenal. Lepas tu jumpa orang yang sama je dalam warded tu. Sama macam laki aku, keluar masuk ward jugak. Masa ni memang rikues ngan doc untuk percepatkan operate. Memula tu doc cakap bulan 10 tapi nasib baik ada kosong. Bulan 8 operate. 

Operate tu doc tebuk 3 lubang kat perut. Masa operate tu ada problem sikit, batu karang tu tak boleh nak ambil. Tersekat dekat salur hempedu, terpaksa panggil doc yang lagi besar untuk settle. Bila ambil, batu tu jatuh dan terkena hempedu. Hempedu tu luka. Doc risau kena jangkitan kuman. Lepas operate tu ada wayar dalam sejengkal lebih kat dalam perut dia, aku rasa kesan dari hempedu tu luka kot. Kiranya tempat buang sisa-sisa lebihan operate tu.

Laki aku pernah tanya, kalau saya nak buang batu saja boleh ke?
Doc pun cakap, boleh. Tapi kalau ada batu lagi dalam tu, awak nak operate pulak ke?
Laki aku macam-macam. Buang hempedu habis cerita.

Lepas operate tu dalam seminggu jugak duk kat ward. Doc cakap kena kentut, kencing, berak dulu baru boleh keluar.  


MARCH 2018
Ini pic latest. memang mendadak naik badan laki aku lepas operate. Semua orang tegur. Kesan lepas operate ni, perut banyak meragam. Lepas makan mesti nak membuang. Terutama makan benda yang berminyak/bersantan. Memang itu lah yang doc bagitahu dulu.

Dalam sakit-sakit dulu ada jugak orang cadangkan makan ubat tradisional tapi aku larang. Pergi jumpa peramal peubatan pun ada tapi sekadar minum air akar kayu/bacaan ayat sahaja. Untuk makan benda mengarut memang aku halang ye. Bukan apa, aku takut lagi teruk. Aku yang bersengkang mata jaga dia masa sakit. Mereka takkkan paham. Ada jugak minum air mahkota dewa yang buat sendiri tapi takde kesan apa-apa pun. Aku bukan tak percaya tapi kita kena pilih-pilih. Dalam sesuatu penyakit tu memang hospital penyudahnya. Kalau seliuh, patah tu boleh lah minum air tawar mereka tapi sekadar minum jelah, jangan pergi tadah untuk urut bagai nanti makin teruk pulak.


Lebih kurang macam ni lah ceritanya. Yang menyedihkan, meletihkan sangat-sangat tu malas lah nak cerita. Satu pic pun dah takde dalam hp aku. Haritu siap post kt ig lagi tapi aku delete. Aku ni jenis tak suka nak simpan sesuatu yang menyedihkan, bila tengok tu terus datang perasaan sayu ke apa. Malas nak simpan. Cukuplah tersimpan dalam memori ingatan aku.

Btw, tq dekat staff HUSM, Nurses 2 Intan, doc kecik, doc besar, doc pelatih. Alhamdulillah semua baik-baik belaka. Makcik cleaner, pakcik cleaner, semua Allah hadirkan orang yang baik-baik. Alhamdulillah. Hanya Allah yang mampu membalas jasa korang. Sapa yang cakap misi bekeng tu mitos! Kalau kita permudahkan kerja orang, Insyallah Allah permudahkan kerja kita jugakkan. 

Bila difikirkan balik, aku pun rasa macam tak percaya aku mampu hadapi semua ni. Kuat semangat jugak aku ni ek, hehe. Cuti tahunan pun habis melayang tahun lepas. Nak buat camne, dugaan hidup. 

Jaga makan,
Jaga mulut,
Jaga hati.

Bye-bye

Wednesday, February 7, 2018

cepatnya masa berlalu


Pejam celik dah bulan 2. Dah lah bulan ni 28 hari je. Cepatlah dapat gaji nanti hehe. Gaji pun kaya sehari, pagi masuk gaji, ptg dah tinggal ciput buat bayar itu ini. Yang wajib bulanan hingga bertahun lamanya  adalah PTPTN dan jugak kereta. Bila dah start bayar hutang PTPTN rasa macam lega sikit. Nyesal tak start dari dulu. Maybe next year nak keluarkan KWSP lagi untuk hutang tu. Camni lah hidup zaman sekarang. Kena bijak berbelanja dan juga bijak mengatur kewangan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...