Wednesday, January 30, 2013

Dah lama tak keluar merendek


Assalamualaikum

Aku sekarang dah takde masa nak merendek, nak kata takde masa, masa banyak je. Masalahnya sekarang tak berani nak tinggal kedai bagi adik ipar ngan MIL aku jaga. Tak berani sebab orang jahat merata-rata. Dalam minggu lepas, kedai Celcom sebelah kena curi broadband 2 ketul.

Sempat aku tengok dalam utube, selamba badak je dia curi, pekerja dia pun tak perasan. Jahat sungguh kan. Lepas tu semalam keta laki aku kena dikopeknya kunci pintu keta tu, sempat pencuri tu masuk, nasib sempat ambik pepium ambir pur je kat seat belakang. Dah alarm keta berbunyi, lepas tu MIL aku dengar orang buka pintu keta, terus MIL aku buka pintu, pencuri tu terus lari. Dalam pukul 8pagi plak tu buat kerja macam tu, sorang diri plak tu. Memang cari nahas sungguh.


Aku rasa dia ambik ambir pur sebab elok je benda tu berbungkus dalam plastik,maybe dia ingat barang berharga lah kot. Aku cakap kat laki aku, kita niat sedekah jelah kat pencuri tu, moga-moga dia dibuka kan pintu hati untuk berubah.

Kalau ikutkan hati, memang sakit hati.



aku memang giler kentang goreng twister.
burger burger aku tak layan sangat.
nak habiskan sebiji pun tak mampu.

So, sekarang kalau nak merendek, lepas tutup kedai lah. Kekadang dalam pukul 1pagi baru keluar makan, paling awal 12lebih. Aku dah biasa keluar makan nasi ulam cicah budu sambal tempoyak dalam pukul 12.30malam ni. Tak kisah, janji sedap, perut kenyang.

Dari haritu lagi nak keluar beli sabun dynamo shower ubat gigi semua tuh. Plan asyik pending je, agak-agak dah takde dynamo nak membasuh baru aku ngan laki aku keluar merendek kot.

okbai.

Tuesday, January 29, 2013

Pesbuk bukan medan hamparan hal rumahtangga


Assalamualaikum

Lately aku macam jarang je blogwalking huhu. Kalau dah bw,malas tinggal komen pulak tu. Bukan sombong bukan malas tapi banyak benda duk main lari lari dalam kepala ni hah. So,bila baca, baca je, bila tengok gambar, tengok je. Tak konsisten sungguh

Dalam blog aku jarang bercakap pasal perkara yang berkaitan dengan rumahtangga laki bini nih. Kalau pasal makan bercuti merendek dengan suami memang aku la aku cerita, maksud aku kat sini macam asam garam dalam berumahtangga. Walaupun muka aku nampak macam budak belasan tahun tapi jiwa aku, jiwa bini orang beb, jiwa mak budak beb, budak je yang takde lagi -_-'

Entry ni aku tulis untuk peringatan diri aku jugak, sesape yang tak kawin pun boleh je nak baca, persiapan mental fizikal tu penting sebelum kahwin. Semua orang yang dah kawin kena lalui asam garam berumahtangga, aku sebelum kawen dulu pun dah set dalam kepala siap-siap. Nanti lepas kahwin mesti macam tu macam ni. Bukan berfikiran negatif tapi nak kuatkan semangat dalam mengharungi alam rumahtangga. Korang ingat kawen ni senang je ke? Korang kenalah kawen dulu, baru boleh tahu. Perkahwinan ni tersangatlah indah, teramat indah sangat-sangat *wink wink*

Aku cuma nak cakap pasal status pesbuk orang yang dah kahwin. Biasanya bini lah, laki jarang update status, layan game kat pesbuk rajin *laki aku lah tu* Kalau tengok frens kat pesbuk personal aku tak ramai pun, dalam 400 lebih je,aku tak berani nak accept request yang orang aku tak kenal.

Okey, lets go to our topic ek. Aku cuma nak cakap, buat sang isteri jagalah patah patah perkataan korang kat pesbuk. Kat pesbuk tuh beribu mata melihat, beribu fikiran mentafsir. Bila isteri post something yang bukan-bukan, mesti ada yang duk cakap bukan-bukan jugak.

Contoh 1
"Bodoh giler orang jual sayur nih, aku mintak sayur lain tapi bagi sayur lain"

Fikiran 1 - Kesian kat orang jual sayur tu, no body perfect lah!
Fikiran 2 - Eh, mesti ngan laki ngan anak dia pun guna bahasa camni jugak
Fikiran 3 - Pasal salah bagi sayur pun nak update kat pesbuk, macam budak-budak je
Fikiran 4 - Laki dia tak marah ke guna bahasa camtuh?

Contoh 2
"Aku tak suka pempuan yang kacau laki orang"

Fikiran 1 - Bajet laki dia hot letteww
Fikiran 2 - Diskus jelah ngan laki ko, kecoh kat pesbuk pehal??
Fikiran 3 - Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi
Fikiran 4 - Ntah ntah laki ko yang kacau pempuan tu

Jagalah tutur kata kita sebagai seorang isteri, seorang perempuan. Terlajah perahu boleh diundur, tersilap post status di pesbuk boleh delete, hewhew.



si kuwus dan si demok




okbai.

Kenapa ramai search Arianna bvlgarigirl??

Assalamualaikum

Dari minggu lepas aku dh perasan entry aku beli beg dengan Arianna macam naik je, so aku fikir dah hujung-hujung bulan korang nak usha beg baru lettewww.

Tapi dari hari ke hari macam pelik la pulak, ramai sangattttt yang duk godek entry tuh, aku pun macam pelik lah jugak. Aku ada jugak usha dia punya blog sebelum beli beg, risau jugak nak beli online ni kena selidik betul betul nanti tak pepasal kena tipu ke apa kan. Aku ada jugak baca kisah cinta dia dengan non muslim tuh. Tapi takde la follow up sangat sebab aku lagi suka tengok dia punya recepi, terliur kejap, susah jenis yang suka makan nih kannn??

Sekarang blog dia dah takde, tak tahu la private ke, apa. Dats why la entry aku beli beg baru dengan Arianna pun kena tempias jugak. Susah-susah je korang search, last-last nampak gambar aku tayang beg baru je,hikhik. Eh, dah lama tak bawak beg tuh, besok keluar merendek nak bawa beg tu lah.






Dalam sehari mau nya beratus orang yang duk gugel, huhu.

# Sentiasa la berfikiran positif, bersangka baik, cakap benda yang baik-baik, agar perkara yang kita buat hari-hari tu berfaedah dan memberi faedah kepada orang lain.

okbai.

Monday, January 28, 2013

Baju kurung baby



Assalamualaikum

Aku tak tahu nak tulis apa cuma nak cakap kalau korang nak cari baju kurung baby,barut baby, jemputlah terjah bisnes online aku kat side bar tu ek.




Baju kurung baby setakat ni baru 2 corak yang dah siap. Yang lelain coming soon. 
Baju kurung baby tak semestinya pakai masa hari raya je, time kenduri kawen, majlis aqiqah pun boleh. lai lai lai.

okbai.

Friday, January 25, 2013

Upgrade sikit kihkih

Assalamualaikum

Aku ni kalau nak tahu tersangatla buta laptop tapi tak buta it,hewhew camne tuh. Aku tak reti nak shorcut bagai ni. Tekan control lepas tekan itu ini tersangatlah fail. Microsoft bagai tu lagi lah aku meraba raba dalam cerah. 

Masa study dulu pandai word je, tu pun tak berapa nak expert lagi. Nak cari button nak letak foot note pun kena tanya orang lepas tu salin tepek kat meja study.Sebab tu haritu aku pergi kerja sehari je. Yang kerja sehari tu kita story lain kali ek.

Kat bawah entry tu dah ada button like pesbuk,kihkih. Dah lama nak buat tapi takde masa.


okbai.

Thursday, January 24, 2013

Jujurlah padaku



Assalamualaikum

Haritu anak buah aku ada balik kampung kan. 
Aku main lah teka teka dengan anak sedara aku yang umur 2tahun lebih tuh.


KEJUJURAN 1:

Fareez Fareez, ni sape?

"ATUK"

ohoooii pulak plak laki aku dia cakap atuk hahaha
tapi bila sekali tengok memang macam ayah aku pun haha





KEJUJURAN KE 2:

Fareez fareez, ni apa?

"eggiiiii"

Meggi katanya walhal kuetiow tomyam.Mungkin mirip-mirip kepada meggi kari kot,hikhik

see,budak-budak memang jujurkan?
apa yang nampak, itulah yang dia cakap.




okbai.

Tuesday, January 22, 2013

Setahun lebih baru nak berusaha?


Assalamualaikum



Dah masuk setahun lebih aku kawen, bulan 6 ni cukup 2 tahun
cepatkan masa berlalu?

Ni antara ubat kampung yang aku dapat, kena sapu kat perut. Tapi sempat sapu sekali je sebab pergi holiday haritu tak bawak dalam 4hari jugak tinggal. Balik haritu dah berkulat, sobss sobss. Antara ramuan yang paling jelas ada dalam tu adalah kunyit muda.

Apa yang bidan tu cakap kat aku semuanya betul. Sakit tang situ, sakit tang sini. Nanti la aku full story sal berurut semua ni di entry yang lain ek.

okbai

Monday, January 21, 2013

3hari 2mlm di Gambang Waterpark


Assalamualaikum

Percutian yang tak dirancang. Percutian last minit. Memula nak g Awana Kijal tapi dah fully booked. So beralih ke Gambang. Tengok hotel macam mahal la plak lagipun datang 2biji kereta. Aku pun gugel homestay. Masa tu dah pukul 12malam lebih-lebih plak tu. Esok pagi dah nak bertolak, matiklah takde tempat berteduh lagi. Kol homestay yang pertama tak jawab. Kol homestay yang kedua nasib baik jawab.

3hari 2mlm untuk homestay Rm350. 3bilik,2bilik air.Astro,peti ais,dapur,aircond kat master room je.Bagi aku dah selesa,towel, kain semayang semua dah ada. Walaupun peti ais dia dah buruk tp still berfungsi. Dapur buruk pun still boleh masak meggi. Kira okey lah tu.

Depan nak masuk Gambang Waterpark, penuh perumahan dan majoriti semua duk buat homestay. So, kitorang stay kat situ lah. Dalam 5mins je dapat sampai kat waterpark tuh. Kalau kira ada lagi yang murah dari aku sewa tu,dah last minute sangat kan,gitu lah jadinya.



Heaven sungguh berholiday time weekdays. 
Seperti Gambang ni aku yang punya huahuha.
Kalau dikira masa tuh dah pukul 12tghari.



Aku memula tu taknak mandi, risau bila naik ke darat demam plak, dah lama tak main air walhal zaman kecik dulu duk berendam dalam sungai, dalam tali air okey je. Haha. Lepas tu bila sampai sana hmmm rasanya nak mandi, rasa macam terliur la jugak. Pikir-pikir balik tak payahla. Risau demam menggigil nanti.



Dekat 6jam jugak perjalanan dari Ketereh ke Gambang. Hampir-hampir nak mabuk darat dah aku ni, nasib baik cepat-cepat boleh cool. Lagipun jalan yang kitorang lalu ni lebih kurang sama je ngan jalan yang masa pergi ke Vistana Hotel Teluk Cempedak.


Angkut sekali nenek ngan pak sedara sebelah laki aku. Lepas mandi tu masing-masing sakit urat habis, tidur kemain lena. Yelah penat. Aku yang tak mandi ni pun penat jugak. Penat duk atas kete, huahuah.

Tiket nak masuk Rm23/person. Haritu kitorang ambik E-Value Rm200 tapi tak habis pun, dont worry duit balance tu dapat balik yer. Beli pelampung 2biji Rm40. Beli air kat dalam tu lebih kurang Rm2.80 segelas, dah la tak sedap. Nescafe ais macam hape ntah. Kalau nak selamat korang beli lah coke ke, orange ke. 

Nak masuk dalam tu takleh bawa food, lau air mineral dia lepas je. Tapi kalau bawak food aku rasa dia bukannya perasan sangat, melainkan korang bawak durian, haha berbau okeh! Guard yang bawa beg pun check gitu-gitu je.

Kalau korang nak duk homestay better korang beli siap-siap maggie ker, air mineral ker, coke besar ke,cekedis bagai, panadol ker sebab aku rasa kedai runcit kat depan Gambang tu agak mencekik darah jugaklah. Lagipun tak banyak kedai runcit kat depan tu. Lepas tu kedai dia pulak betul2 depan Gambang, tempat strategik, memang main harga lah kan.

Kalau restoren kat area tu bagi aku harga dia okey je, standard price. Makanan pun sedap.

okbai.

Sunday, January 20, 2013

Aku masih disini

Assalamualaikum

Happy sunday semua. Lama giler tak berblog. Blogwalking lagi lah. Nak kata sibuk tu takde la sibuk sangat tapi banyak benda yang nak kena dahulukan. chewahh dahulukan tuh. kuangkuangkuang.
Nanti la aku up entry Gambang dengan entry pergi mengurut dengan bidan.
okbai.

Saturday, January 19, 2013

Bawal polkadot design baru



Yg ni untuk borong saja.boleh inbox 014 605 1234. Yg ni tak rmai lg yg jual.sangat cantik n gojes yer. min 10helai,boleh pakat ngan kwn2 korang klu rs 10psc tu byk sgt.hewhew.yg pnting free postageee sem yuhuuu

Thursday, January 17, 2013

jom beli tudung



Bawal jari hantu RM 28 exclude postage
sulam atas bawah.

bawal 2 layer labuh
RM19 exclude postage

postage RM7 sem/ RM9 sbh srwk
014 605 1234.

Monday, January 14, 2013

Sila tuntut hadiah anda

Assalamualaikum

Hari tu aku ada buat Give Away kan. 3 orang PEMENANG yang terima hadiah dari aku dah pun terima hadiah tu. Minggu lepas lagi aku pos. Ker ada yang tak dapat lagi ?

Masalahnya PEMENANG yang dapat hadiah sponser dari JAAkechik tak contact-contact lagi dia. Kesian dia, selalu update, cikji baru sorang send details, cikji baru 2 orang hantar details. So, untuk PEMENANG sila tuntut hadiah anda bermula 3 hari dari sekarang. Lebih dari tu tak dapatlah den nak nolong eh. Lagipun dah dekat 2 minggu aku publish.

Korang ni, orang nak bagi hadiah free pun takmo eh? Rugi tau. Kalau aku, mensti jadi orang 1st yang send details. Hikhik

okbai.

Sunday, January 13, 2013

Bawal leopard tones RM10 sahaja!!







RM 1O Sahaja !!!
ada 9 kaler aku upload yg ni je. bekenan boleh terus msg yer 014 605 1234.
leopard ni macam 2 tones,bawah kaler pekat,atasnya xberapa nak terang
cantik gojes!!

postage Rm7 sem/ Rm9 sbh srwk

Saturday, January 12, 2013

Menggiurkan


Assalamualaikum


dah lama buat sambal pauh ni. Pic tersimpan je lam hp. 
bila scroll down nampak,bila nampak menelan air liur
aihhh sedap sangat. makan nasi panas-panas dengan ikan goreng

okbai

Wednesday, January 9, 2013

sama-sama

Assalamualaikum

Semalam aku dah pos semua hadiah kepada 3 pemenang bertuah. Setiap orang mendapat hadiah yang berbeza. Yang dapat simpack special tuh adalah orang pertama yg inbox dia punya add semua. Tadi ada yang inbox cakap thanks,ada lagi yang xdapat sabar ek, sebab sarawak kan seberang laut,lambatlah sikit nak sampai,hihi

Harini 1st day aku kerja. Ya Allah aku rasa punyalah lemau, dah tu dah lama tak kerja kan. Dekat 10x aku menguap, dekat 5x jugak aku g toilet. Sejuk ujan lebat + aircond. Pastu blurrr jugak harus ada. Aku pun masih terkial-kial yang teramat sangat. Tapi nasib baik yang nak benti tu last bulan ni,harap-harap dapatlah aku ceduk ilmu sebanyak mungkin. Aku pun tak confident sebenarnya, mampu ker aku?

Tapi biasalah, memula memang kekok, lelama okey lah kan? Bab hadap kerja depan pc okeylah, slow slow boleh belajar. Tapi bab tepon bedering mak nebes noksss. Nak kena tadah telinga bila customer tanya itu ini okey lagi, nak jawab tu tak berapa reti sebab ilmu tak cukup lagi. Yelah aku kan baru keje sehari, nanti aku kerja 10hari aku pandailah sikit-sikit. *pujuk diri sendiri*


tadi bos aku tanya "camne suzi harini?"

"hmmm,masih samar samar lagi"


haha jujurkan aku?

okbai

Tuesday, January 8, 2013

Bukan tolak rezeki tapi...

Assalamualaikum

Masa kecik dulu, aku bercita-cita nak jadi wartawan. Nak sangat tapi kalau ada cikgu baru masuk, mesti akan ada sesi kenalan kan. Sorang-sorang kena bangun perkenalkan diri. Nama apa, duk kat mana,cita-cita apa. Tapi aku mesti cakap nak jadi cikgu. Tapi cikgu pun ada dalam list aku jugak,tapi yang kedua lah. Masa sekolah rendah dulu aku masuk Puteri Islam. Setiap orang kena beli buku log, muka surat depan sekali kena tulis biodata diri.

CITA-CITA : WARTAWAN

Hamboiii kemain kan aku. Nasib baik masa tuh aku tak kenal lagi Karam Singh Walia, kalau tak mesti akan ku jadikan dia sumber inspirasiku. Kampung terbakar nampak asap tapi hati terbakar siapa yang tahu *tangan bergerak-gerak jangan lupa yer*

 So, lepas keluar result STPM, aku apply U. Aku punyalah jatuh hati ngan course kewartawanan ni, kalau tak silap aku dekat USM. Tapi ma aku tak bagi. Mungkin ma aku duk bayang wartawan ni asyik kejar retisss je kot. So, aku redhooo dan cuba menjadi anak yang taat kepada kedua ibubapa *ehemmm*. Aku letak la UM 1st choice, tapi aku still jugak letak course idaman aku tuh,  tapi yang list bawah-bawah la. Tapi Tuhan dah tentukan nasib aku di UM. Maka belajarlah engkau disitu.

2010. Lepas habis belajar terus apply kerja. Aku pun apply kerja kat Karangkraf. Sebagai wartawan Sinar Harian area Kelantan. Kemain aku kejar cita-cita aku kan. Dari kecik sampai besar.*gigih tak aku, gigih tak?* So, aku dipanggil untuk interbiu. Hati punyalah lompat tinggi-tinggi. Hover sungguh padahal baru panggil intebiu je pongggg. Tapi keadaan tak mengizinkan, aku tak pergi. Intebiu tuh dekat pejabat Karangkraf kat Shah Alam. Kalau area Kota Bharu ni kompem aku pergi! Bukan sekali aku dipanggil tapi 2x, minggu depan tu dia panggil lagi !! Huuu sabar-sabar.

2013. Dalam minggu lepas aku ada apply beberapa jawatan kosong. Ada sama macam sebelum ni tapi ni untuk area utara. Aku isi borang, hantar resume lepas tu kena jawab beberapa soalan macam "Apakah bidang tugas wartawan", "Bagaimanakah cara anda menghadapi masalah dalam membuat liputan" Lebih kurang camtu lah gayanya. Masa aku apply dulu takde pun macam tu.


Aku pun sesaje lah gatal tangan apply kan, beberapa hari lepas tu dipanggil  interbiu lagi ditempat yang sama, hari khamis ni interbiunya. Aku tak pergi, walaupun aku tak pergi sekurang-kurangnya resume aku tu antara yang terpilih jugaklah. Aku ingatkan dah tak dipandang lagi. Yelah, umur dah semakin tua. Bila berumur, company pun dah tak nak ambik bekerja tau.

Setelah 3 bulan duk goyang kaki, duk berkepit ngan laki *tapi tak mengandung-ngandung jugak haha* Tahun baru, tanggungjawab baru. Insyaallah besok aku akan start bekerja dengan bidang tugas yang lain pulok. Kerja tadika lagi ker cikji?? Tak.

Esok aku di panggil untuk lapor diri dan terus mula bekerja. Alhamdulillah, aku suka bidang yang ke arah islamik nih walaupun aku takde la islamik sangat sangat pongggg. Tapi setiap orang mesti ada keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Aku pun macam tu jugak. Amin

okbai.

# panjangnya entry aku, sape yang baca sampai habis memang korang hebak ar!

Sunday, January 6, 2013

Bawal crown ranting


Assalamualaikum

Sesiapa yang berminat dengan bawal crown ranting, jemput ke SOFEA house.
Harga sangat berpatutan.





Okey, sesiapa nak borong bawal plain bidang 45' pun boleh. Min order 10helai. Lagi banyak beli lagi murah. Kalau berminat boleh ke SOFEA house. Jemput like, mekasehhh :)


okbai

Saturday, January 5, 2013

Dulu aku benci hari sabtu

Assalamualaikum

Boring malam ni. So, marilah kita mengimbau zaman dulu kala. Aku masa dedulu tersangatlah benci hari sabtu. Masa sekolah dulu, aku kan duk asrama. Kat Kelantan kitorang cuti Jumaat Sabtu. Asrama kan boleh balik setiap 2 minggu tapi aku tiap minggu balik kihkih


Minggu outing mesti aku balik. Dahtu umah aku dengan sekolah tak sampai 10minit je pun. Masa duk asrama tu aku form 3. Well, nak PMR katakan huhu. Outing setiap Sabtu, pepagi lagi aku dah keluar dari asrama, jalan kaki menuju ke jalan besar lepas tu tahan taxi terus balik umah, heavan sangat!

Masa upper 6 pun aku duk asrama jugak. Tapi dah tak stay kat skol masa f3, dah tukar. Sama jugak perangainya. Pepagi lagi time outing gate takde orang rasmi lagi, tapi aku dah rasmi.

Malu kat juniors tau, eh apa aku pedulik janji dapat sampai umah. Keluar je gate terus tahan taxi, singgah bandar beli nasi lemak lepas tu balik breakfast kat umah. Ko mampu? hahaha giler sungguh perangainya.

Balik jer umah selalu mendobi lepas tu tengok tv lepas tu tidur. Tapi mampu tidur kejap jelah huhu. Bergayut pun telinga tak sempat panas tau, mencik! Dah kena kembali ke pangkal jalan. Punyalah liat nak balik asrama. Tapi sabar jelah.

Aku jenis malas nak nyusahkan ayah aku untuk hantar ambik. Kalau mampu buat sendiri, aku berdikari je. Lagipun dekat je pun. Eh, masa upper 6 aku kekadang je bawa hp. Mak takut nokss. Lagipun ada hp kat tepi tak leh nak fokus study.

Dalam malas terpaksa semua tuh, Alhamdulillah sekarang ni aku jadi orang jugak. Hikhik

Okbai

Friday, January 4, 2013

I like peplum


Assalamualaikum

Aku ni bukannya jenis uptodate sangat. Asal sedap pakai sudah. Kata orang jangan jadi sengsara untuk nampak cantik. Betul tak? Dari haritu lagi duk berkenan dengan peplum ni. Tapi macam asyik membizi je nak keluar lagipun malas nak bersesak ngan orang ramai. So, bila sekolah bermula moh ler kita keluar merendek.

Aku pun pergilah rembat selai, RM40 je. Aku suka pakai yang labuh camni. Next week nak gi rembat pulak, hikhik. Aku nak cite tuh je,okbai


Thursday, January 3, 2013

Aktiviti hujung minggu laki bini


Assalamualaikum

Ni entry pekasam namanya.

Yeayyy school dah bermula. Aku hepi sebab nanti tak perlu nak bersesak-sesak, lebih-lebih lagi kalau nak masuk mall. Huuu sabar jelah. Laki aku dah berkali ajak nak pergi Kbmall nak cari baju la, seluar lah. Aku cakapla, sabar sikit je lagiiiiii.

Tetiba haritu meroyan apa ntah ajak aku pergi Mydin, biasanya bini yang ajak tapi kali ni laki yang ajak. Macam pelik lah jugak kan. Katanya nak cari selipar.

Kasut dah bertimbun, selipar kat Mydin jugak yang dia nak cari, tak paham sungguh aku ngan si demok nih.


Keluar dah petang, maghrib baru boleh masuk, jem + parking

Bila masuk Mydin rasa bersalah la plak, orang lain sibuk duk pilih baju sekolah, beg sekolah, semua pasal sekolah lah. Aku laki bini selamba badak je wat sibuk kat dalam tu jugak -_-'

Bab nak membayar plak 1 hal, punyalah beratur kemain panjanggggg. Korang nak tahu, bila turn kita lambat sampai, secara tak langsung tangan akan gatal nak ambik tu, nak ambik nih lagi. Asal duk tepi roti, ambik roti, asal duk tepi cekelat ambik cekelat, asal duk tepi cekedis ambik cekedis.



Memula ni je barang yang beli. Dahtu lambat sangat nak sampai turn. Eh, selipar yang kaler putih tu lah yang demok aku nak sangat beli. Aku siap gaduh kejap ngan dia, selipar macam tu pun nak. Dahla jenis span lembik camtu, pakai musim ujan ujan ni kompem pasni rosak. Aku suh ambik yang jenis getah semua toksey. Huuu sabar jelah. 





Lastly bertambah sampai camni sekali. 
Total RM 230 something. Aku pun tak tahu apa yang aku laki bini beli. haha

# Aku dah publish nama pemenang 1st GA by cikji. Sesapa yang terlepas, sila rujuk ---> SINI

OKbai

Wednesday, January 2, 2013

Pemenang bagi 1st GA by cikji

Assalamualaikum

Kita tengok sape yang bertuah tuah tuah!
Yang kat bawah ni akan dapat hadiah dari aku.

http://www.geeazielove4eva.my/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
http://ohthrillers.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
http://nurulnadhirahnorsalim.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html

*sila pm name,add,contact,url blog ke SOFEA house
*pengeposan akan dilakukan next week.


Yang ni sponser dari JAA kechik

Topup RM 5
http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
http://pink-simerahjambu.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
*sila ke blog JAAkechik, add fb beliau dan pm no contact.


Sepasang contact lense
http://zhura-territory.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html

http://impianakumemetikbintang.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html

*sila ke blog JAAkechik, add fb beliau and pm name,add,contact dan url blog.



* Pada yang tak bertuah, dont worry. Insyaallah aku akan buat 2nd GA plak,amboiii suka letteww.

Tuesday, January 1, 2013

Segmen tamat!!

Assalamualaikum.

Dengan rasminya aku nak cakap yang SEGMEN 1st GIVE AWAY BY CIKJI dah pun tamat!



Boleh tahan jugak sambutannya ek, tak sesia aku duk promote kat Kelab Blogger yang under Ben Ashaari. Sesiapa yang belum join kelab tuh, better korang join, lebih-lebih lagi kalau korang newbie. Banyak faedahnya.


Kalau korang nak tahu, hadiah untuk GA nih, dari minggu lepas lagi aku dah siap balut semua, tunggu nak buh address pemenang je. Bukan apa. senang settel awal-awal nih. nanti takde la kalut semacam kan.

Ada 3 pemenang semua. Setiap orang dapat hadiah yang berbeza.

1. Tudung bawal, simpack special number Celcom 013 9xx3883, baju Happy, coin purse
2. Tudung bawal. baju Umobile, pen Umobile, coin purse
3. Tudung bawal, coin purse

Yang adiah sponser dari JAAkechik plak :

Topup RM5 x 2
Contact Lense x 2


Kat bawah ni adalah antara peserta yang dah join:

BESOK aku akan umumkan pemenangnya okey
Excited tak, excited tak??Hehehe
 Thanks pada yang sudi join.



1.http://celotehsibudakcomot.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-from-cikji_9.html
2.http://pear-n-apple.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
3.http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
4.http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
5.http://wanieysqaliefsuka-ga-contest.blogspot.com/2012/12/1st-give-
   away-by-cikji.html
6.http://saiafera.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
7.http://cerita-aremira.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
8.http://shahida-mysweetlife.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html#
9.http://dtgirl93.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
10.http://nurulnamasaya.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
11.http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
12.http://ohthrillers.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
13.http://bulatitucomell.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
14.http://ajit171.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
15.http://syiffaroxy.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
16.http://diadynn.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
17.http://lalaexola.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
18.http://sayanuranis.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
19.http://amad-jalanan.blogspot.com/2012/12/segmen-1st-give-away-by-cikji.html
20.http://impianakumemetikbintang.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
21.http://seneoritabaharin.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
22.http://schazlynnfluvery.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
23.http://myysara.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
24.http://shima-chintaanugerah.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
25.http://muslimahsejati96.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
26.http://hanyadihatiku.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
27.http://inameowmew.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
28.http://diarionlinenurul.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
29.http://anakenciksalamat.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
30.http://liyaabloggies.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
31.http://cheentaatie.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
32.http://sweetsour93.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
33.http://ainnadia2.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
34.http://faralalalala.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
35.http://music-syasya95.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
36.http://eizza-lee-arish.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
37.http://justforcontest.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
38.http://faryna-lovestory.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
39.http://semekarartie.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
40.http://nurizzati0920.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
41.http://leyacasandra.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
42.http://supergirlshortstory.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
43.http://www.syuhadasalleh.my/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
44.http://akulahe-rapasha.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
45.http://ceritahatikuh.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
46.http://kitekenasenyumwalausedih.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
47.http://mymatatajam.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
48.http://ieta-myblog.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
49.http://cempakakuningku.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
50.http://feeraakira.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
51.http://eyqaloving.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
52.http://diyanasilah.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
53.http://infatihahhh.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
54.http://www.kisahemasputih.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html 
55http://nurulnadhirahnorsalim.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
56http://emoafina99.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
57.http://kissyourhotlips.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
58.http://inasazali.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
59.http://nurulazieyan.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
60.http://sayahannan.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
61.http://www.mujadafewa.my/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
62.http://orangeshoney.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
63.http://wanfarahnaimah.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
64.http://aisyaieyka.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
65.http://qasehuteq.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
66.http://muhammadshahril97.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
67.http://contestblog79.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
68.http://rawkkstylo.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
69.http://unspokeneverdreams.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
70.http://zhura-territory.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
71.http://www.sheeraya.my/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
72.http://myrahthesamurai.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
73.http://loveyoucontest.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
74.http://sitifaizahraini.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
75.http://hanisarahim.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
76.http://annurgiveaway.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
77.http://bakulsejahtera.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
78.http://anyssemotions.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
79.http://www.mamakaybee.my/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
80.http://nurfara-hani.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
81.http://watasin.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
82.http://vaneelea.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
83http://syafikaatilialadyboss.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
84.http://rabiasensei.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
85.http://budakshumort.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
86.http://softness-self.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
87.http://myqueridanina.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
88.http://ieraassyiera.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
89.http://faralaaa.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
90.http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
91.http://norazah-contest.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
92.http://unsecretostories.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
93.http://arisyahjahirah.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
94.http://studentkecik.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
95.http://jehanlifestory.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
96.http://kemalijahhcomel.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
97.http://diarybudaktinggi.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-cikji.html
98.http://monstaaeiyra.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
99.http://www.geeazielove4eva.my/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
100.http://pink-simerahjambu.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
101.http://lurun-niaraf.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
102.http://ceritasyarafina.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html
103.http://akudanhatidia.blogspot.com/2012/12/1st-give-away-by-cikji.html

Suka duka 2012



   Assalamualaikum


2012 dah meninggalkan kita, 
2013 pulak duk melambai-lambai mai mai

zaman bertukar, musim berganti.


Kalau diikutkan hati aku malas nak mengimbau data-data 2012 nih. Bunyi macam kecewa la plak, biasalah hidup, suka duka tu silih berganti.


Kehidupan mesti diteruskan. 2012 betul-betul menguji kesabaran aku sebagai seorang isteri, seorang anak, seorang kakak, seorang adik, seorang majikan, seorang menantu, seorang kakak ipar, seorang kawan dan juga sebagai seorang hamba Allah yang kadang-kadang masih lalai dengan kehidupan sendiri. Subhanallah. Atau dengan erti kata lain tanggungjawab yang harus dilaksanakan atas amanah yang telah ditetapkan.

Apa yang penting kita harus matang. Aku tak sabar untuk menghadap 2013.

Insyaallah segalanya akan berada dalam keadaan baik bila disertakan dengan usaha dan juga doa. Tapi tidak semua, kita dah berusaha dan berdoa namun apa yang kita nak tetap tak dapat.

Itu sebenarnya Allah nak menguji kita tentang kesabaran, dan mungkin jugak ada cacat celanya yang kita sendiri tak perasan. So,marilah kita semua berubah ke arah yang lebih baik dan terus lebih baik lagi dari sebelum ni.

***************************

SEGMEN aku dah pun tamat  (31.12.12 ) dan 103 PESERTA dah join!
Esok aku akan tulis entry sal segmen ek,tungguuuu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...