Tuesday, December 27, 2011

hari cuti = hari merendek

yeayyy! akhirnya berjaya memujuk my hero
pi num floattttttt


konfius jap
bila encik suami lagi excited dari puan isteri
* 0,0*



kesimpulannya,minumlah ais banyak banyak
nanti batuk padan muka
hukhuk.




Sunday, December 25, 2011

nasi ulam lagi best

sejak terdedah kepada dunia pekerjaan *skema*
menyebabkan cikji takde masa sangat nak merendek bersama suami berchenta
tapi kitorang bukanya merendek ke mana sangat
tak lain tak bukan
ke kedai makan laaaaaa.


hari tuh rasa tingin nak makan nasi ulam
susah benar bila perut orang kampung nih kan






perghhh terangkat habis budu tempoyak sambal belacan diaaaa!
tapi sayangnya encik suami tak makan benda best camtuh!
so cikji sorang jelah yang bedal hihi.
ulam tuh semua cikji yang punya
kecuali salad tuh suami yang punya


yang atas salad tuh pucuk gajus atau ore kelate panggil
pucuk tereh
iaitu singkatan kepada ketereh.
lau mari kelate,ada satu daerah yang dipanggil ketereh
kat situ ada replika buah gajus yang besar
haaaa itulah tempatnya KETEREH.


ulam yang ala ala daun bunga tahi ayam tuh
namanya ulam raja,sodapppp!




encik suami bersama udang celup tepung
perghhh sodappppp!





hari tuh kitorang order:
udang celup tepung
siakap 3rasa
sotong berempah
ulam ulaman
budu dan seangkatan dengannya.

before ni cikji dah penah tulis entry psl makan kat sini
tempat nih memang pebret kitorang.
hati cikji pasti melompat lebih tinggi
bila tengok ada ikan talapia kat situ



Wednesday, December 7, 2011

tips untuk peniaga kedai makan




                                               
                                                Nama Air : Bandung Cincau Kacau Sendiri

* jimat masa terutama masa customer ramai
* para pekerja tak memerlukan tenaga mental fizikal yang kuat untuk kacau air
*secara tak lansung customer melakukan excersice gerakan tangan yang padu

memang pebret cikji air bandung kacau sendiri kat kedai nih,sodappppp!

Sunday, December 4, 2011

pengantin baru is comingggg



sekarang nih memang musim orang berkahwin kan?
Ni menyebabkan cikji jelessss nih!
sebab dorang berinai sakan tp inai kat jari cikji dah takde,hukkkk
tapi cikji still bajet pengantin baru lg.*pengsan*





encik suami : eh syg,tengokla pokkey atah pokok tuh,besar molek!
puan isteri : wei hoh,kalu jual pokkey tuh,blh untung juto 6 nih.



encik suami : syg wat gapo namo celup bungo tuh dale air?
puan isteri : tak leh makey mee celup, celup bungo dale air pun jadi lah.




encik suami : bakpo ado ore ambik gambar kito nih? abe malu lah.
puan isteri : kito kan #retissssss hari nih,muahahahha larikkkkkk


p/s: very the kelatenese,yer ambo make budu!


Friday, December 2, 2011

cinta si pohon kurma

Assalamualaikum.





My hero bergambar sakan kat bawah pohon kurma time g umrah tahun lepas.
*masa ni kitorang sedang bercintaaaaa*

Kalau dah kawen, kompen cikji pergi sekali kat Tanah Suci nih.
Insyallah satu hari nanti kami suami isteri akan ke sana,aminnnn.






Disebabkan mempunyai sifat kecemburuan yang melampau,
maka cikji pun snap jugakla pic bawah pohon kurma
pohon kurma tiputipu pun jadiklah T_T
dalam shopingg mall plak tuh.

Masa ni bulan Ramadhan arituh,
dats why tumbuhnya pohon kurma itu.

Saturday, November 26, 2011

KEBURUKAN MINUM AIS

1) Kanser! Sudah makan sebaiknya minumla air suam@masak sebab air yang sejuk ni membekukan makanan berminyak yang kita duk telan tuh. Nanti tak pasal-pasal menyebabkan kanser sebab makanan tak dapat dihadam dengan betul. 

2) Membuncitkan! Yang ni cikji sendiri pun rasai. Segelas habis terus tahap kebuncitan semakin meninggi. Buruk beno rupenya. Lainla kalau orang yang dah beranak ramai kan. Ni kita yang belum beranak dah buncccc, malu la kan kat makciks tuh,dorang lagi kerengga berbanding kita. Very the ramping uolss

3) Gemuk air! Korang penah dengar tak istilah gemuk air? Dorang makan tak la seberapa tapi asal makan sesuap,minum air seteguk. Memang tak elok. Sesiapa yang kena gemuk air memang parah sebab berat badan susah nak turun. 

4) Badan cepat lesu! Masa bulan puasa kita dielakkan minum ais sebab badan cepat sangat penat. Terutama ahli sukan,kalau kita tengok, dorang duk tenguk air botol jer kat tepi padang tuh.Untuk menjaga stamina, nanti tak pasal-pasal pancit.

5) Terkucil! Haaa,yang ni memang lagi dasyhat. Bagi yang nak jalan jaun-jauh,sediakan la mineral water. Tak perlu nak berais-ais. Nanti tak pasal lambat sampai kat destinasi.

Wednesday, November 23, 2011

MOKTAM GADING





Atau nama saintifiknya rambutan kuning.
Sekian, itu saja pembelajaran kita untuk hari ini.

Friday, November 11, 2011

HADIAH KAWEN.TERIMA KASEH DAUN KELADI

Assalamualaikum..

Betullah kata orang,orang kawin ni murah rezeki. Memang murah rezeki,yang paling obvious sekali,hadiah kawen yang bertingkat-tingkat. Masa duk berbungkus tuh takde la nampak banyak sangat. Tapi bila dah buka,haaaa hambekkk kau. Penuh umah tatau nak simpan kat mana.

Pastu dicampur plak ngan hadiah sebelah my hero,ingatkan pengantin laki xde hadiah sangat tapi sangkaan ku meleset,banyak jugak. Lagipun kami buat majlis kesyukuran means tiada salam salam berisi duit tuh,lebih kepada doa selamat.

Lagipun memang dari dulu lagi impian cikji untuk buat kenduri ksyukuran. Bila salam berisi nih, rasa macam tak berapa best je.kenapa? Korang fikir la sendiri,nanti lau cikji gtau ada plak yang terasa hati.



Hadiah ni,butik pengantin depan kedai cikji yang bagi. Cikji tak ambik servis dengan dorang tapi owner butik ni kawan baik dengan ma mertua cikji. Kak eda iaitu owner kepada Weda Bride,nanti bolehla jenguk-jenguk bridal dia. Cikji letak hiasan ni kat penjuru bilik tido,tetiba rasa cam tido bwh pokok munge besor,ekeke


Ni plak adiah sebelah my hero. Toto yang kaler kelabu tu pun sama jugak. Kat bawah tuh banyak gak gelas pinggan mangkuk semua.


Ni pun kawan my hero jugak yang bagi.Lampu ajaib namanya,sentuh sehingga 3x kali untuk cahaya yang terang. Sentuh je bawah tuh,yang nampak macam kaca kristal gituh. Senang mudah dan cepat,heeee.


Kain-kain ni biasalah makciks pakciks yang bagi, biasalah pengantin baru haruslah berjalan ke rumah sedara mara. 



Yang plak adiah kat umah cikji. Main susun-susun tepi dinding je. Ada separuh kat dalam almari,kain baju kurung,kain sarung, tuala,album, cadar. Ada jugak yang kitorang dah guna.

Orang berbudi kita berbahasa.

Wednesday, November 9, 2011

DIGI vs FAMOUS AMOS







Hari tuh my hero outstation kt KL,bila beliau diterbangkan ke KL,
cikji pun diterbangkan ke kampung halaman.
takut la nak tidur sesorang sebab banyak kali jugak cikji kena
kacau time malam-malam
mood: seraaammm


Dalam beberapa orang dealers digi terpilih program.
Alhamdulillah my hero dinobatkan dealer Digi paling muda bagi negeri Kelantan.
ehemmm muda ke??hahaha lucu la plak bila diingatkan balik.
macam tak sesuai jer sebab muka dia tak macam orang muda pun :P
*mati cikji lau dia baca post nih. takpe,raya puasa nanti cikji mitak ampun*

dapat trofi dan sedabak hamper famous amousss
sampai ke hari ni tak habis-habis lagi
sebab ada yang sedap ada yang tak sedap


pening tengok daging lembu,muak.

Friday, November 4, 2011

SALAM AIDILADHA






Selamat hari raya aidiladha dari cikji dan suami.
Maaf zahir batin kepada semua bloggers lau ada silap bicara.



Kalau kat kelate, raya haji memang meriahhh. Lebih kurang raya puasa cuma takde duit raya saja. Still pakai baju baru lagi tapi biasanya pakai baju yang siap dijahit masa raya puasa lah. Sebab tuh masa raya puasa saja 3 helai baju,ekeke.

Sebelum pergi sembahyang raya,bermaafan peluk-peluk dulu sesama family. Balik dari masjid baru terkam ke arah lembu. Kat kelate, lau lembu pakcik tuh jadi korban, maka rumah dia akan jadi tuan rumahlah.

Macam raya haji dulu, lembu yang dikorbankan adalah lembu kepunyaan ayah cikji. So,kitorang pepagi lagi akan masak lebih sikit, biasanya bihun goreng or mee goreng. Lepas tuh,pakciks or makciks yang terlibat akan datang umah kitorang la.Makan-makan dulu baru pergi tempat lembu sembelih.

Selesai jer sembelih, kitorang akan ambik daging sikit,hati sikit,serba sedikitlah untuk dibuat juadah pada mereka-meraka yang terlibat. Macam kenduri jadinya. Sebab tuh nampak meriah tapi memang meriahhh. Rumah cikji tuh jadi macam kenduri orang kawen dah. Tapi kalau bukan lembu kepunyaan sendiri, biasanya akan wat makan-makan juga tapi untuk family terdekat lah pastu bagi-bagi daging tuh untuk orang kampung. Masuk je waktu petang, terus lena semua,kenyangggg and penattttt.

Masa cikji belajar dulu,selalu jer ada kekawan yang tanya sal raya haji kat kelate. Habis je cite,dorang pun cakap,bestnyaaa meriah. Kat tempat korang plak camne?

Thursday, November 3, 2011

BAUCER FREE SOKMO.. I LIKE !!


Assalamualaikum..
Every month memang cikji akan dapat baucer free RM20..*lau dapat nuffnang rm20 sbulan dh lompat2 tp dpt baucer tak lompat2 plak,napa ek??*Tapi tak boleh kumpul banyak-banyak sebab ada expired. Paling banyak boleh kumpul sampai RM120 sahaja. Dorang just nak jualan handphone untuk 1bulan, model tuh brapa biji, model ni berapa biji.

Tak perlu bagi harga, syarikat dorang just buat research camtu la gamaknya. Bukan setakat kedai handphone, kedai perabot pun dorang tibai wat reseach jugak. Lau time raya cina, siap dapat limau raya sekotak besar lagi. Baik betul bos dorang ^___^



Baucer ni just boleh diguna kat The Store dan Pacific KBmall saja.



Moh ler kita kuar g shopim sayur mayur *sangat makciks-makciks*guna baucer free.


Monday, October 31, 2011

PINK PANTHERS or BLACK PANTHERS ???




Lokasi: traffic light
Waktu: Malam dikala bulan mengambang

Cikji tak paham apa motif dia letak pink panther kat bawah tuh,langsunggg tak paham.
Agaknya dia nak mengubah pink panther jadi black panther gamaknya,hurmmm

Banyak udang
Banyak garam
Banyak orang
Banyak ragam

Eh,terpantun la pulekkk

Sunday, October 30, 2011

Thanks Digi/Happy



Suatu hari, dapat call dari runner Digi/Happy. Cikji pun ikut sekali sambil-sambil nak ambik barang. Dapat 1 paper bag yang ado orang kuning gemok-gemok tuh *maskot Digi*




Terus buka dengan rakusnyaaaa! Waaa dapat almari uolssss. Curlass Digi, siap bagi almari lagi kat dorang punya dealer. Waa siap ada 4 gobok lagi. 3 gobok ada kuih bulan and gobok yang last, kuih bulan dengan topup RM30 tapi my hero dah cop awal2 yang tu dia punya. So, sebagai isteri solehah, saya bagi jelah kat dia. ^__^




Ni diaaaa, kuih bulan berperisa Digi, nampak tak kat atas tuh ada cop Digi. Memang tiap tahun Digi akan bagi, tahun lepas punya sebiji besor bulat-bulat. Tahun ni 4 ketul besor-besor jugak. Kitorang ambik seketul jer, 3 ketul lagi bagi kat orang. Yelah, orang berbudi kita berbahasa.

Bersamamuuuu walau kemana juaaa.

Saturday, October 29, 2011

HOLIDAY PART ll


Assalamualaikum,
Masa cikji duk nulis post ni,hujan renyai serenyai nyaaa *nampak gayanya tak keringla pakaian* tapi takpe,hujan rahmat. Ok, lets to the main topic. Hari tu cikji and my hero ke Cameron Highlands kejap, kejap jer pasal 2hari 1malam je. Masa pergi, cuaca memang tak berapa elok,mendung saja selang seli dengan hujan. Ambik masa dekat 4jam jugakla pasal hujan, my hero tak leh nak drift sangat *drift? kelas kau Jahhh!* jalan memang bersimpang siur habisla. Ikut laluan gua musang, kuala betis gituh.

So, before that memang kitorang dah google bagaila untuk hotel, laluan, tempat yang best. Nanti sampai sana takde lah sesat sangatla. In the end, decided untuk stay kat Hotel Titiwangsa, cikji call tanya apa yang patut. Sampai sana terus check in,solat semua terus keluar jenjalan cari makan.














                             




* Kalau korang jenis suka strwbery,korang belilah yang kat kedai tepi2 jalan tuh, jauh lebih murah berbanding dengan petik sendiri sebab lau petik sendiri 1kg = RM40..mahallll. Tepi jalan tuh RM40 korang leh dapat dekat 2kg dah tau.

* Bestnya hotel tittiwangsa tuh, dapat kupon untuk stimboat dinner. Kita bagi jer kupon, dorang terus hidang, sayur + bihun saja boleh tambah free. Kalau nak tambah lauk-lauk lain, kena cas lain.

* Dapat breakfast free jugak, bihun, mee, nasi goreng, banyakla jugak. Puas hati makan.

* Jagung kat sana best sangat,manis! Cupcorn kat sana, just letak butter jer, tapi tetap manis macam letak susu. Tak heranla lau kita tengok ramai orang duk tertumpu kat stall jagung.

* Hari kitorang pergi tuh,hujannnn. Sejuk sangat! Thats why selubung jer, camnilah lau dah kurus, lemak takde, tahap kesejukkan pun tinggi. Rasa tak selesa lah nak membeli belah sebab hujan tapi tetap kental tunggu hujan reda sebab kat sana hujan kejap-kejap.

* Kos semua untuk 2hari 1malam, dekat RM500. Banyak ke?? Hotel, minyak kereta, makan minum, beli itu ini. Haaa yang beli itu ini yang banyak sebenarnya :)

* Best ker pergi Cameron?? Bestla jugakkk tp tak nak pergi dah, nak pergi bercuti tempat lain pulak,hihihi






Tuesday, October 25, 2011

holiday part 1



intro dulu,entry seterusnya cikji akan story mory okey :)
ce teka ce teka cikji ke mana???

cikmek = kecil molek

assalamualaikum dan selamat malam,
waaa rindu tahap dewa kt blog sesawang nih
hari ni xnak cakap banyak,juast nak memperkenalkan kuih kelantan
1st time cikji buat,alhamdulillah menjadi :)


mempersembahkannnnnnnn




cikmek molek


ni yang baru siap dibentuk,belum digoreng lagi.
cikji buat siap2,goreng separuh and letak lam peti ais separuh
bila goreng keesokan paginya,air gula keluar sedikit,
kelazatan sedikit berkurangan berbanding dengan petang sebelumnya.
the moral of the story,bila siap2 bentuk,terus goreng.jangan simpan-simpan.

happy tuesday everyoneeee!

Monday, October 17, 2011

semakin lama semakin mengecil

orang lain,makin lama kawen makin gemuk tapi saya makin lama makin mengurus,tak tahu lah pulak kenapa. dh  2hari tak makan nasi.takde selera langsung.korang ada tak tips nak suh cepat gemuk,berisi sikit ker,lambat takper asal berisi cara sihat.



padahal dah 24 tahun saya makan,hihi.
hmmm nak cakap saya peknen lah tu..hmm jwpnnya xpeknen,xde rezeki lg.
tapi kami selalu mendoakan untuk itu.

Monday, October 3, 2011

satu bulan lebih

salam semua..

bukan satu bulan lebih saya peknen tp satu bulan lebih tak update blog!
kenapa kenapa kenapa???
bukan sebab boring tp busyyyyy.
kekangan masa,cewahhh kekangan tuh beb,hihi.


sebenarnya banyak menda yang saya nak stori mory tp nex entry ok,kumpul gamar banyak2 dulu,karang banyak2 baru boleh publish.

happy monday everyone,yuhuuuu

Monday, August 29, 2011

salam lebaran

selamat hari raya aidilfitri untuk rakan bloggers
andai ada tersalah tulis
tersalah faham,
makan di hari ry nt berpada pada lah,
jangan lupa pada yang tiada.

Thursday, August 18, 2011

Oh,kidal rupanya!

2011 baru aku tahu rupanya 13 0gos merupakan Hari Kidal Sedunia. Aku tak pasti sama ada hari kidal ini baru wujud atau dah lama wujud atau mungkin juga aku yang tak menyedari kewujudan hari tersebut.

Secara kasar 15% penduduk dunia adalah orang kidal. Kelemahan orang kidal adalah cenderung berasa malu dan rendah diri terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukan dan diperkatakan oleh mereka.
Mengikut kajian, mereka yang kidal hidup kurang 7-9 tahun dari manusia biasa. Apapun, ajal maut ditangan Tuhan. Info ni aku ceduk dari Pesbuk Orang-Orang Kidal. 

Kat situ dia tulis yang orang kidal ni hidup kurang 7-9 tahun dari manusia biasa. Kiranya orang kidal ni manusia luar biasa la ek? hmm camne tuh, cer jawab cer jawab.

Dalam 9 orang adik beradik, kiranya aku seorang sahaja yang mewarisi kekidalan daripada ayah aku. Best ker jadi kidal? Bagi aku, biasa saja tapi pada pandangan mata orang mungkin kidal ni pelik. Time zaman sekolah dulu, bila duduk dalam kelas, mesti aku duduk di sebelah kiri, yelah masa sekolah dulu, meja dua biji dua biji macam tuh. Kalau aku duduk sebelah kanan, kompen siku aku kena kawan kat sebelah. Tapi meja kat unibesiti lagilah..meja memang khas untuk orang menulis tangan kanan jer. Memang aku akui sedikit tidak selesa tapi lama kelamaan dah jadi terbiasa dah.


Tengok, ada seorang gadis kidal yang terpaksa menyerongkan badannya lebih daripada orang lain. Tapi gadis itu bukan aku, Inilah adalah gambar perhiasan semata-mata. Credit to google.



Tapi, best jugak jadi kidal ni. Aku ingat lagi masa kat sekolah rendah, time waktu rehat, tangan kiri duk menulis, tangan kanan pegang keropok lekor. Duk bertungkus lumus siapkan homework yang tak siap,hihi.. Lau tak siap tak pasal kena berdiri dalam kelas. Oh sungguh memalukan. Masa kat dewan kuliah plak, tangan kanan duk makan biskut,tangan kiri duk ligat salin nota kat depan,  kelas pagi tak sempat nak breakfast. Ada jugak kawan-kawan aku yang tengok aku kidal, dorang akan kata,

Oh, kidal rupanya.
Boleh tulis guna tangan kanan?
Try tulis.

Aku pun tulis, dorang pun tulis jugak tapi pakai tangan kiri. Pastu kitorang pun compare pastu gelak-gelak sebab tulis buruk sangat, hehe. Tapi kidal aku tidaklah teruk sangat sebab aku just guna tangan kiri untuk menulis dan sewaktu denganya sahaja. Yang lain semua guna tangan kanan, pakai jam,bawa beg,dukung baby,pegang senduk, pakai cincin, pakai gelang kaki, sepak bola, boleh dikatakan 90% guna tangan kanan kot. Sekarang pun dah habis belajar, ada jugak orang aku kidal. Bila customer mai topup, aku akan tulis balance kat buku, pastu mesti aku akan sengetkan buku tuh, ramai jer customer dari golongan pakciks akan cakap oh ngiri ruponyo. Kat Kelantan kidal digelar ngiri maybe singkatan dari perkataan kiri. Ramai orang akan cakap orang kidal ni pelik tapi bagi aku, kitorang ni normal saja, tapi ada jugak tabiat pelik aku iaitu suka baca paper dari belakang, aku akan jumpa info sukan dulu berbanding berita utama padahal aku bukannya minat sukan pun.


Kalau ada bloggers kat sini yang kidal jugak, jom pakat like Pesbuk Orang-Orang Kidal nih. Pakat berkumpul kat sana memeriahkan wall left-handed :).


Kidal ke,kanan ke,kita tetap orang Malaysia~

Wednesday, August 17, 2011

What We Call "Megi Campak-Campak"

satu untuk dia, satu untuk saya..sama tapi tak serupa.


Tuang minyak,tak leh campak,bahaya!
Campak bawang putih + bawang besar
Tuang air, tak leh campak bahaya!
Campak kari
Campak udang
Campak megi extra pedasss
Banyak sangat aktiviti campak disitu,
thats why digelar megi campak-campak :)

Oh! sungguh berasap pedas!


SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"



Nama panggilan Blogger        ~ cikji
Tarikh mula berblog               ~ 10/4/2011
Rakan blogger terkini             ~ 209 orang
Target tambah rakan blogger ~ 30 orang (lagi ramai lagi bagus!)




klik banner untuk join!
credit untuk belog cik rosS lagi :)





Saya nak join bloglist Lily



klik banner untuk join,
credit to blog cik rosS.


Monday, August 15, 2011

MENCARI BLOGGER KREATIF


Klik banner untuk join :)

Nananana Ganu Kite

Ni adalah entri sebelum puasa arituh lagi. Takde masa nk publish post yang ni sebab malas nak transfer gambo, ngeh ngeh ngeh. Hari tu pergi ikut my hero ke Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, lokasi berdekatan dengan Pulau Duyong rasanya. Biasalah tiap tahun Digi/Happy akan buat makan-makan untuk dealers dorang. Tahun lepas buat kat kuantan, hotel apa ntah lupa tapi tak ikut sebab masa tuh tak kawin lagi, nanti tak pasal-pasal kena ketuk pintu hotel dengan pakcik yang pakai kopiah putih! Tahun ni Digi just buat lunch sahaja sempena meraikan dealers dorang yang baru dapat tahap gold.. No check in, just makang-makang saja maaaa.


Dah kata event Digi, airnya pun mesti kuning. Tapi air dia tak sedaplah! Air kuning ni bukan air yang bersih tu yer. Saya tak minum pun, bek g ceduk air mata kucing, lagi sedappp. Makanan memang banyak giler. Kambing pun ado, tapi saya ceduk mee goreng saja sebab mee gorengnya sedap pastu buh lauk ayam lah, sotong, udang, ohh sedap! Dessert dia berlambak memacam jenis kuih tradisional moden pun ado. Gambo makanan takde dalam perkhidmatan sebab sebab sebab perut lapar sangat, tak sempat nak snap.





Stage dorang pun biasa-biasa saja. Ada la beberapa bijik hamper dengan sijil untuk yang baru capai tahap gold dealers, kitorang yang dah dapat gold dealer just tepuk-tepuk jelah sebagai tanda sokongan untuk dorang. Sebenarnya untuk pantai timur sahaja tapi just Kelantan and Ganu je, Pahang xda. Maybe dorang buat  event kat tempat dorang kot. Mostly dealers Digi adalah chinese, ciput saja orang melayu, dorang punya runner lagi la ramaiiii chinese. Runner melayu boleh bilang.

Sesiapa yang maintain gold dealer sebanyak 10x = 5tahun turut-turut akan dapat ikan emas sebanyak 8ekor. Bukan ikan emas dalam air tuh tapi replika ikan emas yang diperbuat daripada EMAS! So haritu ada dalam 3 orang yang dapat, 2chinese 1malay. sekor ikan tuh berharga 1k. So kira la, 8ekor ikan emas = 8k. Harap-harap my hero dapat maintan gold dealer untuk 4tahun lagi, dapatla merasa ikan emas duk lam frame tuh,aminnnn.


Habis jer event terus kuar snap pic. Ri-Yaz Heritage ni adalah tempat untuk Monsoon Cup. Memang besar jugakla tempat nih, banyak je kapal layar duk kat tepi air tuh walaupun aktiviti belayar dah lama abis.



Kitorang balik ikut pantai, masa pergi pun ikut laluan ni jugak. Malas nak lalu jem kat jalan atas. Pastu singgah tepi pantai jap, walau dah makan tetap nak makan lagi.  Sebelah kiri sotong, sebelah kanan udang. Best sebab colek dia best. Next time boleh singgah lagi.



16 Ramadhan
Lagu raya dah keriangan di radio.

Sunday, August 14, 2011

“SEGMEN : GUA KIDAL KE GUA KANAN KE, GUA PUNYER SUKA LAH"



CIKJI SEORANG YANG KIDAL.






p/s: nak join? klik saja dekat blog nad yang cumil ini.

berat yang tak pernah berat

Ramai orang selalu tanya saya, bakpo kurus sangat nih? Kekadang naik muak pun ada nak jawab soalan tuh. Lepas kahwin pun ramai yang tanya, aikkk dah kahwin tapi tak gemuk-gemuk jugak? Hmm apa kaitan kahwin dengan gemuk ek??? Lau si suami yang gemuk ada jugak sebabnya...sebabnya dah ada isteri yang jaga makan minum, so no wonder la kalau berat terus naik dan naik.



 Nih gambar masa umur 19 tahun, ohhh so budak-budak kan. Sekarang pun terasa macam budak-budak lagi,hahaha. Masa ni tengah partime, baru habis STPM. Kat tempat kerja ni jugaklah cinta saya dan encik suami berputik. Ehem ehem lari topik plak! Okey kembali kepada topik asal, masa ni berat saya hanyalah 38kg sahaja! yer,sila percaya. Memang kurus gila, lau pakai jeans memang lagi nampak lagi kekurusannya.

Nak kata saya tak makan, saya memang suka makan tapi saya tak suka makan nasi. Lebih kepada ktw goreng, tomyam, mee celup, yang berkuah camtuh memang pebret habis lah. Kalau makan kat luar, memang saya jaranggg amik nasi.

Masa duk kat UM dulu, pada tahun pertama memang  makan kat dewan makan. Pagi, tengahari, petang memang akan makan kat kolej. Asyik makan ayam jer, masa tuh berat naik lam 40 kg, balik kg mesti dorang cakap saya makin gemuk, ohh happy sangat rasa!  Fakulti dengan kolej kediaman dekat saja, 5minit pun sampai dah. So,balik je makan pastuh pergi kelas balik. Tapi masuk tahun ke2, dah mula muak dengan makanan kolej,hihi..Banyak makan kat fakulti, malam plak beli kat luar saja. Masuk tahun akhir lagi lah malas nak g dewan makan. Time lauk sedap jer pergi turun tapau, pastu makan luar, megi, milo. Selera makan ntah pape ntah.

 Masa ni saya sangat gemuk,sebabnya saya makan ubat untuk tambah selera makan. Macam sejenis pil gituh, bau herba dan orang cina yang buat. Memang selera membuak-buak lah. Pepagi lagi dah lapar, tengahari nasi, malam nasi pastu KFC pastu burger tepi jalan plak. Berat saya pun jadi 42kg, memang berat paling berat selama saya hidup 24 tahun ni. Saya telan kejap je sebab ma saya marah katanya takut efek kat buah pinggang. So saya benti dah start minum weightgain, habis 1tin tapi tak menjadi jugak. Orang tanya saya best ker susu weightgain, saya cakap besttt. Saya memang jenis suka minum susu, so on sajalah.



Dan ni adalah berat sekarang. Lau kira BMI memang underweight. Lagipun sekarang bulan puasa, memang turun mendadak habislah. Buka puasa still makan nasi even tak berselera sangat tapi kekadang tambah jugak haha. Sahur memang tak makan nasi just munim milo, kurma, roti, biskut camtu je. Just tengok je dorang makan nasi tapi takde selera lah kat nasi. Tapi sahur tahun ni memang baguslah berbanding tahun-tahun lepas sebab sebelum ni memang jenis tak bangun sahur! Tapi tahun ni bangun dan mungkin bangun sahur ni juga termasuk dalam salah satu hikmat perkahwinan saya. Lau tak kahwin kompensaya  tak bangun. Tak kisah la gemuk ker, kurus ker, janji kita dikurniakan kesihatan yang baik olehNya, aminnn.

14 Ramadhan dah, tak lama lagi nak raya.
Mood: baju raya tak beli lagi  :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...