Tuesday, April 30, 2013

English cotton paisley,murah murah.


SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY


Yang lain semua available kecuali white out of stock.

  1pcs Rm75 free postage sem.
  3pcs Rm 60 free postage sem
   5 pcs Rm 55 free postage sem.

*sabah sarawak + Rm5/pcs....019 986 4684 (whatssap or sms only)

Monday, April 22, 2013

usaha untuk pregnant #4 -aku dah agak pun

Assalamualaikum

Sila baca link dibawah untuk pemahaman yang lebih jitu,hamboiii kikiki

usaha untuk pregant #1
usaha untuk pregant #2
usaha untuk pregant #3


Okey,kita sambung lagi ek. Alkisahnya bulan 3 aku langsung tak periodddd. Nak kata tertunggu tu tak lah jugak. Dengan erti kata lain aku wat bodoh je.

Hanya orang yang pernah frust je paham perasaan ni semua. UPT tu semua malas dah aku nak fikir, aku pernah cakap kat laki aku, kalau sampai masa saya muntah pening loya, maybe petanda lah tu. Kalau sekadar lewat, hmmm tak payah mengharap lah bang.

Kebetulan awal April hari tu laki i admitt kan. 3malam aku kat sana, aku ada terpikir jugak, pregnant ker aku ni. Tak pernah sampai skip sebelum ni. Pastu aku buatlah perhitungan sendiri, Kalau peknen dah sebulan lebih TAPI aku langsung tak rasa petanda apa-apa pun. Memang sedikit penat, tapi masa tu kan aku stay kat hospital jer, korang paham-paham jelah jaga orang sakit nih.

Lepas laki i discharge, esok lusanya aku pun period. Okey, tak sedih pun sebab sebelum ni dah pernah merasai kesedihan yang lagi sedih dari itu! Tapi period kali nih, hoih..punyalah mengancam. Sakit perut mengalahkan apa. Masa maghrib aku rasa sakit sakit, aku sapu minyak panas kat perut, just sapu je, takde urut apa pun. Lastly aku boleh lenaaaa.

Takpe, sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Insyallah cukup 2tahun (bulan6 nanti), aku akan berusaha cara hospital pulak. Rasa macam tak sedap hati lah, risau takut penyakit singgah. Sekarang ni penyakit macam-macam. Yang utama adalah cyst. Takpe, yang pastinya aku dah bersedia mental fizikal untuk hadapi semua tu. Insyaallah.

okbai.

Sunday, April 21, 2013

Usaha untuk pregnant #3


Assalamualaikum

Boleh refer link kat bawah dulu,

Usaha untuk pregnant #1
Usaha untuk pregnant #2


15.januari.2013

Okey, aku sambung la pergi berurut untuk kali ke 2 plak. Bila pergi, biji yang ada dalam perut aku sebelah kanan semakin mengecil, memang aku sendiri dapat rasa. Lepas tu rupanya ada lagi sebelah kiri, aku dah lama tahu, tapi aku ingatkan tu salur najis kita ker apa sebab bila lepas berak dah tak rasa dah, kalau beberapa hari tak berak memang akan rasa lagipun bentuk biji tu memanjang gituh. Aku memang risau lah kan, dia pun cakap nak urut betis aku, *dont worry,laki aku ada sebelah* 

Kat betis aku memang macam ada urat bersimpul,sikit je.Bila aku lenguh-lenguh, aku urut sendiri memang rasa lah urat tuh. Dia cakap kebiasaanya kalau ada biji dalam perut memang akan ada urat bersimpul kat betis. So, dia urut untuk ilangkan simpul-simpul tu semua.

Okey, bulan 2 aku datang period. Tapi bulan 3 aku langsung tak datang period! Before ni aku memang takde camnih, biasanya sekadar lewat je, takde la sampai tak datang langsung. Amboi period, dah tak sudi ker?? Ko mampu bertahan tanpa guna pregnancy test walaupun hati tengah meledak dah.

Tapi aku mampu, kenapa?? korang baca sini ek --> HERE



To be continue, okbai

Friday, April 19, 2013

Jerawat tumbuh dengan meriahnya


Assalamualaikum

Fuh, sekarang jerawat tumbah dengan suburnya. Bak kata pepatah, umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Haa,giteww ler.

Aku ni ada resdung la jugak tatpi tidoklah keterlaluan sampai meleleh air hidung. Kalau balik umah ma aku, suka sangat makan budu. Lepas tu muka terasa gatal-gatal, maka naiklah jerawat seketul. Gitu lah ceritanya.

Kalau makan sambal belacan pun sama jugak. Ni penangan sambal belacan yang mertua aku beli lah. Sedap sangat aihhh. Boleh katakan  7hari turut-turut aku makan. Sudahnya berketul, eh so scary lah pulok guna perkataan ketul. Guna perkataan biji la ek.


Adalah dalam 4 biji. Antara kening sebijik, Atas hidung sebijik, kat pipi sebijik, bawah bibir sebijik. Curlasss uolls, orang lain tanam tebu tepi bibir tapi aku tanam jerawat.

Sekarang kena stop dulu, nanti kang makin parah. Kalau aku balik umah ma aku,kompem potpet potpet tanya bakpo muka aku naik jerawat situ sini. - -"

okbai

usaha untuk pregnant #2

Jumaat 11.jan.2013

Usaha untuk pregnant #1

Okey sepanjang aku berkahwin, ni lah kali pertama aku berusaha dengan cara kg.

My laki dah lama suh pergi ngurut dengan Abe Seman, yer dia laki dan seorang laki yang tersangatlah tua. Dia merupakan sedara sebelah family husband aku. Tok sedara ker apa aku pun xsure. Memula tu aku macam taknak,yelah dia laki lepas tu kita pempuan. Maluwww okey.

Tapi Abe Seman tu antara tukang urut dan bomoh yang pemes jugak. Dia asalnya tok bomoh ular. Laki aku masa kecik penah kena patuk ular pun g bomoh dengan dia. Laki aku cakap sebab dia tu sedara kitorang sebab tu laki aku suh aku ngurut ngan dia. Kalau dia tu kitorang tak kenal.memang kitorang takkan pergilah. Lagipun sekarang macam-macam berlaku kan. bomoh cabul lah,rogol lah,takuiiit kan.

Masa pergi tu MIL ngan nenek sebelah laki aku pun ikut sekali. Dekat je ngan umah nenek kitorang,jalan kaki pun boleh tapi tetap nak pergi dengan kereta. Dia punya anak yang dalam pantang pun ada, sambil2 tengok baby sekali.hihi

Memula Abe Seman tu tanya aku segugut tak? Aku cakap takde la sakit sangat, biasa je. Bukan tahap kritikal sampai migrain guling-guling. Lepas tu aku kena baring. Dia baca ayat apa ntah. Dia urut aku punya perut and dapat rasa ada macam ada biji dalam perut aku.

Yes,aku sendiri pun perasan benda tu. Bila urut rasa sakit, dan aku juga ada gastrik. Memula dia urut untuk segugut dulu and then baru urut untuk hilangakn segugut. Lepas tu dia bagi daun apa ntah, campur sekali dengan beras, kena tumbuk sapu dekat perut. Dia jugak ada bagi air untuk buat mandi. Lepas urut aku rasa perut aku ringan giler! Best je rasa.

to be continue, bye



Thursday, April 18, 2013

Morning Keek keekers ker?


Assalamualaikum

Hoihh gini lah arus pemodenan ni.
Lepas ni tatau la apa plak yang keluar

Aku install jugak, suka benda ni hihi
Time boring-boring boleh layan
Lepas ti kikikiki sesorang kalau ada tengok yg funny2




Tapi laki aku lagi over, dia kan spesis tido lewat,
lepas habis bola,naik pukul 3pagi lah kot

Lepas tu aku terdengar bising2, rupanya duk layan keek sebelah aku!
keek retis-retis le, chaca maembong la, yana shamsudin la
yang tak leh blah, esoknya boleh continue lg

"Yang2,smlm abg tgk keek yana samsuddin tapi xdae habis, tolong cari"

dah tu,dio bukannya reti search pun,main klik je yang keluar kat atas tuh kan
lepas tu sibuk suh aku record keek dia la pulokkk,time makan ayam pun nak tayang,
aku buat tp aku saved,hahaha. Nanti lah, bila rasa nak mengedik aku publish haha

Eh,sabo jelah kan - -"





nampaknya aku lg obses dengan bloggers berbanding retis


Yang paling best,layan keek kak filla, dak ani tuh, hamboiii grrr geram sungguh aku
comel tahap pitam okeh!.

okbai

Wednesday, April 17, 2013

Kenangan jugak ni


Assalamualaikum

Ni paper hari ni punya.
ohmaigoddd, ni tempat tinggal aku selama 3 tahun dulu
bilik sempit berkongsi 3 orang.
inilah dia, kolej kediaman zaa'ba @ kk7
universiti malaya

fuhhhh memnag beribu lemon la kenangan kat sini
sumpah kekadang rindu giler ngan zaman ni
kalau lah masa boleh diundur kembali kan


kat kediaman aku lah dorang ditempatkan



Dorang dibawa kenal-kenal jalan dulu.

Masa kat sini aku boleh tengok macam mana dorang berinteraksi sesama dorang
Berinteraksi dengan yang normal.
Dorang sangatlah friendly, tersenyum je

Ucapkan kesyukuran kerana sehingga hari ini Tuhan masih
kurniakan anggota badan yang sempurna untuk kita semua.

Alhamdulillah.

okbai

Tuesday, April 16, 2013

Yang mana satu?


Assalamualaikum

On monday haritu teman my laki appointment ngan doc.
Sejam lebih jugaklah tunggu, tapi takpe. Kitorang relaks je, layan game candy crush haha

Lepas siap tu terus belasah nasi kat cafe hospital

Agak-agak korang, yang belah kanan or kiri aku punya nasi???


sape bagi jawapan betul kira dia hebak arrr hihi

okbai

Sunday, April 14, 2013

Kekadang dapat suprise best jugak kan kan kan kan?

Assalamualaikum

Ni cerita tahun lepas lagi.
Godek-godek folder lama terjumpa lah pic ni



sape yang tak suka suprise?
habak mai habak mai.
bila dapat suprise tetiba rasa diri ini dihargai, disayangi, dikasihi, chewahhhh!

eh, weekend camnih blog sunyi je kan?

okbai

Saturday, April 13, 2013

marilah makan asam bersama


Assalamualaikum

Kena tiup angin mana ntah aku hari ni, 2 entry la plak sehari
hamboiii curlass!

ni namanya bila keboringan melanda, sumpah boring terperap je.
Tak sabar nak tunggu laki i sihat walafiat.


asam ni kitorang pack untuk majlis kenduri kawen hari tu.
dap dap, masam masam sikit je.
so, kira okeylah. Lepas makan gula-gula yang manis, makan yang masam pulak.



resepi: pucuk paku goreng belacan


Assalamualaikum,
fuhhh lama giler aku tak publish resepi kat sini.
giteww lah kalau bangsa masak setahun sekali je,kihkhih

okey,simple resepi.
pucuk paku ni macam-macam cara kita boleh makan dia.
masak lemak boleh,celur buat ulam cicah budu pun boleh, kerabu pun sodap!


3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (suka pedas boleh tambah lagi)
belacan sebesar ibu jari (suka belacan boleh tambah lagi)

korang tumbuk je bahan kat atas tu, tumbuk lumat
tumiskan seketika sampai naik bau,pastu korang duk bersin-bersin
bagus. lepastu masukkan pucuk paku tadi. Garam secukup rasa. Gaul-gaul kejap je.

tadaa, siap.
sumpah sedap, makan nasi berlaukkan kembung goreng panas-panas pulak.
hoih, boleh kasi tambah.

okbai

Thursday, April 11, 2013

bawal plain bersulam,simple but nice!


Assalamualaikum
Ni yang latest punya. Sekarang ramai sangat yang fall in love ngan bawal plain kan?
So, design ni amatlah sesuai untuk pengemar bawal plain

bersulamkan jari hantu dan dikelilingi manik
bahagian belakang ada manik tabur


Rm 25 exc postage
postage rm7 sem/ rm9 sbh sarawak
bidang 45'

sms/whatssap 0199864684

Wednesday, April 10, 2013

tudung bawal 2 muka (dah takde nama lain ke???)


Assalamualaikum

Baca elok-elok yer. Bukan talam 2 muka,haha.
Actually tudung bawal ni dinamakan camtu sebab boleh dipakai mana-mana bahagian.
Means bahagian dalam@luar. Of coz la takde masalah benang terbalik. Kainnya tersangatlah selesa.
Latest punya ni. 






Yang kat bawah ni full view.
Bidang 45'

RM 17 exc postage

sem: rm7
sbh srwk: rm9


Berminat boleh terjah kat fb yang dah ada kt side bar.
insta pun ada, boleh follow bawal suzi.

okbai

Tuesday, April 9, 2013

Aku bangga menjadi surirumah separuh masa #2


Assalamualaikum

Aku bangga menjadi surirumah separuh masa #1

Okey sambungan dari part 1. Masa tu pukul 12 lebih. Hospital memang sedikit sunyi. Aku ambik keputusan nak tunggu dekat ward lah. Bilik OT tingkat 1, ward laki aku tingkat 2. Aku dah duk depan lif dah masa tu tapi aku rasa macam tak sedap hati, takut sebenarnya. Terus fikir bukan-bukan. Aku pun turun guna tangga ke ground floor. Hajat dihati nak ambik angin kat bawah tapi aku tengok jantans je semua. aku pun memberanikan diri naik lif ke tingkat 2 dan tunggu suami aku kat ward.

pukul 2.20 pagi macam tu laki aku siap operate, alhamdulillah.



Masa ni belum operate lg, geng doktor datang. Hamboooi doktor semua sempoi-sempoi., suka aku tengok, yang bawa beg tu pun doktor jugak.

to be continue...

# Nak bersiap nak gi ambik stock tudung dengan mertua,kihkih.
Nasib baik ada mertua yang baik hati kihkih.
Ntah bila laki aku boleh drive, cepat-cepatlah sembuh, aminnnn

Sunday, April 7, 2013

Aku bangga menjadi surirumah separuh masa #1


Assalamualaikum

Masa berhenti kerja dulu, terasa jugak boringnya duk kat rumah. Lepas tu terus aktif berniaga kat pesbuk. Alhamdulillah, hilang boringnya, pendapatan pun masyuk sikit. Tak perlu tadah tangan hari-hari ngan laki semata-mata nak beli eskrim solero, haha.

Okey, sebenarnya haritu kitorang berkampung selama 4hari kat hospital. Laki aku tak berapa nak sihat and kena operate. Bila dia sakit, baru aku tahu tanggungjawab kita sebagai isteri. Masa laki sihat tanggungjawab bini tak nampak sangat, bila laki sakit, hah hambik kau. Baru terkapai-kapai. Ketawa bersama, menangis bersama. Yup,laki aku nangis sebab sakit tak tertahan, dan aku jugak nangis sekali T__T


Masa ni nak g operate and masa ni pukul 11.20 malam. Lepas dapat tahu Dr dah panggil, Alhamdulillah perkataan pertama yang kami ungkapkan sebab tak mampu lagi menahan kesakitan.  Masa ni aku sorang je, lepas laki aku masuk je, dia punya sepupu sepupu pun sampai. Tapi dorang duk kejap je, lepas tu blah sbb dorang esoknya bekerja, takkan nak stay sampai pukul 2pg kan.

So, korang leh bayangkan aku duk sorang-sorang depan OT, dalam pukul 12 lebih. Sebelah OT tu ICU, depan tu tempat menunggu, aku intai, ramai sangat duk berkampung dalam tu. Siap bawak toto bagai lah. Aku pun ambik keputusan untuk tunggu kat ward je. Aku takut sebenarnya. Takut dengan manusia betul dengan manusia jadian huhu.

to be continue.....

Rahsia awet muda 

Thursday, April 4, 2013

Cerita cuti sekolah haritu


Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah berkampung 4hari kat sepital, laki aku dah boleh balik yuhuuu.
semalam dah boleh tidur lena kat umah sendiri. Takpe, pasal sakitlah, naik ambulance lah, operate lah, semua tuh aku cite lain kali yer.

Aku memang ketinggalan, cuti sekolah dah lama habis, aku baru nak update pasal cerita cuti sekolah haritu. 



Katanya tema biru lautannnn pasifik. Aku hentam je pakai baju yang dah ada. Memula tu memang plan nak beli baju baru, lepas tu fikir2 macam mebazir la plak. Hihi
Pakai je yang mana ada, Laki aku laki ler, pakai baju kedai je, curlasss uolsss. Sabar jelah ken. Dah la lari tema, putih hahaha.

Ni lah pengantinnya. Yang kawin tu pak sedara kepada laki aku. Bertemu jodoh dengan orang Kampung Laut Tumpat. 

Lepas tu terus terbayang  serunding daging, sedap wehhh makan dengan nasi. Masa majlis hantar menantu tuh, pihak perempuan bawak serunding daging, esok malamnya aku laki bini try makan ngan nasi, sedap rupanya. Sebelum ni aku xpernah makan ngan nasi, selalu makan karipap kecik tuh kan.



Ni plak majlis kawin sepupu aku. Ya Allah serius aku suka giler ngan pelamin dia.
Cantik!



Muda lagi rasanya sepupu aku ni. Takpe, kawin muda bagus untuk kesihatan, ngeh ngeh ngeh.
Mak dia kalau datang umah aku sokmo duk kato muka aku mirip anak dia,hihi. Tang mana sama aku pun tak tahu, kalau tang kurus tu memang sama lah.

Katanya mak dia, sama-sama jie. Maksudnya anak dia pun nama ji jugak, aku pun ji, haaa gitulah.

okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...