Saturday, October 20, 2012

chim chum sekejap

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pagi ni cuaca cerah je. nasib tak hujan, kalau tak pepasal meroyan nak makan mekdi lagi #Eh. malam ni final TRW vs ATM. aku tengok kat atas jalan ni tak berapa nak banyak sangat ketenya, ramai sungguh yang dah menghala ke sana gamaknya. nasib laki aku jenis tak terjebak nak pergi stadium. dia pun gila bola jugak, tapi dia lebih suka tengok kat tb je, lagi selesa tengok kat umah sambil makan kuaci kihkih.

kalau lawan kat sini, tiap kali perlawanan memang kitorang akan dapat tiket free 2 keping, sponser dari Happy/Digi. so memang adik ipar akulah yang rembatnya. adik ipar aku 2 orang tuh memang gila bola sungguh, semalam lepas jumaat terus naik KL. Huuu semangat sungguh.bagus bagus.


     marilah kita berchim chum sekejap



layan diri je
ambikla takat mana korang nak ambik
makan jangan tak makan tapi janganla membazir, amalan syaitonnnn


masak jangan tak masak
bakar jangan tak bakar



my laki sorang je yang laki kat situ
sebenarnya dia macam tak nak join, dia cakap nak hantar aku kat situ je
aku pun pujuk suh dia join sekali, lagipun dorang semua kawan2 aku masa kerja dulu




aku semestinya layan sup,
bermangkuk mangkuk jugaklah aku tibai



tiap kali datang sini, aku tak pernah buat ABC. tingin jugak tapi selera mengatasi segalanya. sebab ada lagi yang lebih sedap dari ABC. lagipun aku malas nak mesin mesin ais tuh



biasa aku tibai jugak laksam semangkuk tapi hari tu tak makan
kenapa ek? aku pun tak tahu sebab apa hahaha




aku suka makan kat Food Village kat Cherang berbanding dengan Pengkalan Chepa. aku rasa sini lagi best, kat sana orang ramai sebab tempat dia lagi besar dari sini. layanan pun best kat sini, kita duk leka makan dia mai tambahkan sup, tuangkan sup. baik hati sungguh lah. pekerja pun mesra pelanggan. takde masam masam mencuka. i loikeeee.



okey dorang ni semua kawan sekerja aku kat tadika dulu. sebelum benti kerja lagi aku cakap nak belanja. so baru sekarang aku dapat tunaikan. biar lambat asalkan tepati janji.  iolsss kan membizi sedikit sekarang ni. hari tu dari Machang, so aku tutup kedai kat Machang awal la sikit, dalam pukul 5. balik kedai Ketereh pulak, mendobi sekejap.

 Lepas maghrib terus gerakkkk. aku ingatkan aku yang lambat, tapi rupanya dorang yang lambat,. boleh pulak Tecer Is  kita tertinggal lesen. Kesian, so kena patah balik ambik kat rumah.

Chim Chum tu apa?

hidangan seperti stimbot, ada sup dan jugak grill. yang specialnya dia tak guna dapur gas yang kecik tuh tapi guna arang. aromanya menusuk-nusuk habis.ada pencicah pedas dan jugak manis.


Harga Berapa?

RM19.90/orang, 
buffet okey. dulu tak sekali dengan air, rasanya dulu price dia RM18 or RM17 camtu lah. lagi syok sekali dengan air, brapa gelas ko nak minum, minum jelah sampai terkucil. 

lagi entry chimchim kat ---->  SINI



8 comments:

  1. terima kasih ticer suzi belanja kami.hihi

    ReplyDelete
  2. semua org cakap sedap. tp kita tak pernah lg makan sini. huhu..

    ReplyDelete
  3. jaa xrajin gi lahi cherang ni, pc rajin doh...nk try jugokk laa nati...

    ReplyDelete
  4. bestnye mknn kt situu! seyes terliur. hihi

    btw klate meng.. haha

    ReplyDelete
  5. bestnye mknn kt situu! seyes terliur. hihi

    btw klate meng.. haha

    ReplyDelete
  6. murh rezeki blanja kwn2 makan...:)

    ReplyDelete
  7. bestnya makan ramai2 camtu.. sambil borak2, gelak2 hehehhe

    ReplyDelete
  8. wah...best nyer ber chimchum.....steamboat lagi..... sedap3....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...