Saturday, August 22, 2015

Agar-agar Jelly Berkastard.


Sumpah sedap giler. Rasa lemak susu cair lepas tu wangi kastard lagi. Bau esen vanilla lagi.
Perghhh sodap bang ang!



BAHAN-BAHAN:

agar-agar 20g
3 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1/3 cawan susu pekat
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu kecik esen vanilla
sumi/jelly

CARA-CARA:
1. Panaskan air hingga gelegak, masukkan agar-agar hingga hancur dan masukkan
 gula + susu cair + susu pekat.
2. Bancuhkan tepung kastard dengan air hingga adunan menjadi cair.
3. Bila gelegak masukkan kastard + esen vanilla.
4. Kacau adunan dan masukkan dalam bekas acuan.
4. last sekali baru masukkan sumi/jelly.



Selamat mencuba.
Okbai!

Friday, August 21, 2015

Agar-agar santan gula melaka


Kalau pergi bazar Ramadhan selalu je aku tengok agar-agar ni. Kekadang MIL aku ada beli. Boleh tahan jugak sedapnya. So haritu try lah buat. Tu pun sebab ada lebihan santan dari makan pulut durian. Hihi. 



BAHAN-BAHAN:

agar-agar 25g
5 1/2 cawan air
1 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan gula
sekeping gula melaka
1 biji telur

CARA-CARA:
1. Panaskan air hingga gelegak dan masukkan agar-agar hingga hancur.
2. Santan dipukul bersama dengan telur.
3. Masukkan adunan santan + gula + gula melaka dan kacau hingga mendidih.
4. Tuangkan dalam aduanan. Siap!

Selamat mencuba.
Okbai!


Meroti canai.


Rutin hari Jumaat macam biasa. Bangun pagi mendobi jelah. Biasanya 1 bukit jer tapi minggu ni 2 bukit baju kotor. Lepas tu ajak laki den pi makan rati canai kosonggggg. 


Pebret dulu kini dan selamanya.
Teh ais satuuuu.

Kalau overdose minum mula rasa macam tak sedap badan.
Hangin je rasa. Hangin dalam pewot yer.
Bukan hangin makin hamun orang. Huhu

Sebab tu kekadang skip jugak sehari. Tahan napsu. Esok minum lagi. Lusa minum lagi. Tulat tu skip. Lepas tu minum lagi. I kennot tahan. 




Jemput minum ^___^


Yang kuah campur den punya.
Kuah dal laki den punya.



Abe Mat Kedai Kopi. 
Port ujung minggu aku laki bini. Dekat je ngan umah aku. Merempit 5mins je.



Total : RM5

Roti canai kosong - 2
Teh o ais - 1
Teh ais - 1

Okbai. Happy Friday !

Tuesday, August 11, 2015

Raya kan sebulan

Assalamualaikum.

Setelah 2bulan menyepi im back! Lama giler aku tak blogging. Nak buek camno keadaan tak mengizinkan. Bulan puasa haritu lagilah takde masa. Aku sebenarnya tak puas lagi beraya. Raya haritu macam sekejap je. Tak tahu sebab kita raya hari jumaat ker. Masa jadi singkat kan. Tahun ni kita #teamrayakampungsuami.

Tahun ni aku macam lebih cool down je. Takde nak rushing balik kampung aku. Relaks je. Faktor usia gamaknya haha. Pagi tu balik kampung laki aku. Beraya dalam 2 buah rumah. Lepas jumaat dah sampai Machang. Gitulah kalau dekat kan. 



Tahun ni theme grey. Sebenarnya ada cerita sedih disebalik baju raya aku. Tapi malaslah nak cerita kat sini. Aku pakai je pagi raya tu. Nasib baik sedap pakai. Baju tu pun dapat 2hari sebelum raya.



6 jenis je biskut raya kat umah ma aku. Yang kalerful tu semua berisi dengan kudapan. Kekacang, popia, kerepek dan sewaktu dengannya. Coco crunch pun ada tau, hihi. Walhal banyak lagi jenis balang tapi aku sengaja ambik yang ma aku baru beli kihkih. Lagipun tu bekas plastik. Kalau terjatuh dek bebudak pun takpe.



Uniform raya ke 2. Aku laki bini sarung baju tahun 2012 rasanya.
Sedang elok je muatnya. Aku jarang baju raya berpasang2. Biasanya 2 pasang je. Tahun ni sepasang je. Busy punya pasal. Selipar raya pun pergi cari sehari sebelum raya. Nasib ada yang berkenan tapi yang tinggal pun sample punya. Aku rembat gak sebab bekenan punya pasalkan. Huhu.


Moh ler kita pergi beraya. Aku adik beradiks. Aku terlindung di sebalik watermark. Muka macam mak lampir. Kasi katup jelah haha.



Rumah pertama. Mache - Tanah Merah hampir sejam. Kebulur sensorang. Mengadap nasi dagang.
Rumah ke2 katup. Mak sedara aku pergi rumah anaknya.
Rumah ke3 lupa nak snap gambar. Rakus makan satey haha.



Tahun ni busy carik duit lebih. Macam tahun lepas aku jual biskut. Alhamdulillah tahun ni capai target yang aku nak. Aku bukan buat sendiri tapi aku jadi agent je yer.  



Lepas tu tahun ni up satu produk baru. Popia nestum hihi. Tahun lepas buat untuk makan je. Tahun ni adik aku pun tak kije. Aku pun ajak dia mengulung popia. Alhamdulillah sampai sekarang pun ada lagi yang order. 

Btw selamat hari raya.
Maaf zahir batin.

Okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...