Saturday, August 30, 2014

bekpes yang nak masuk tengahari



Haritu tuan umah sewa ada bagi pisang.
Aku tak reti nak tengok pisang jenis apakah itu
Tak berapa sure boleh direbus ke, dibuat jeput ke, 
Pastu terus tanya wassap adik beradik aku.
Kakak aku kata boleh dibuat jeput.

Apa lagi terus proses lah,
pisang pun dah nak nyawa-nyawa ikan dah.
Nanti kalau buruk, membazirlah pulok.
Kalau sira tak berapa sangat, rebus pun sama.
Kalau wat jeput pas sebijik-sebijik sambil tengok telebisen habislah.

Adalah dalam dekat 10bijik, aku buh gandum dekat 2 cawan je.
Letak gula 2sudu, garam sikit, letak baking sikit.
Kemain rasa pisang 200%.
Dappppp. 
Itu petang semalam punya projek. 




So ada lebih lagi, aku tambah gandum sikit, buat goreng pagi tadi.




Goreng bihun togel je,goreng separuh je
 Ada kobis je, letak telo sebijik.
Aku pun goreng sosej jadi lauk.
Kalau ada naget dap jugak.
Lepas tu pekena teh O.
Mak mertua aku balik pasar terus boleh makan.
Menantu mithali sangat pagi tadi hahaha.


Okbai!



Tq nuffnang walaupun mood kelaut

Baik hati betul nuffnang.
Tu lah,time takde cakap nuffnang kedekut.
Bila ada tak terupdate lah pulok blog.
Sebenarnya nak update tapi otak bercelaru.
Hati tak keruan.
Macam-macam benda bermain lam pikiran.
Cuti 3hari macam 3saat je.
Hamboooiii kemain over yer. Ihiksss

Asalnya minat jer tulis2 ni.
Ujung2 dapat duit lah pulok.
Dah lama xdapat sponser post.
Klau dpt yang tu. Kemain masyukkkk. Hihi





Okbai!

posted from Bloggeroid

Friday, August 22, 2014

Lorong Cek Mek Molek



Biarkan gambar berbicara.
Ni kat Mache Kelate. Dekat je ngan umah aku.
Alang2 nak belik, singgah sini jap.

Dulu selalu berangan, bila lah nak sampai Penang.
Nak posing kat beskal tu lah, aku suka art tuh.
Sekali kat tempat aku pun ada, walaupun takde beskal
iollss okey je. Janji boleh snap pic :)


















Random pics.
Masa ni around 3pm gitu kot.
Lepas tu aku gi makan-makan jap.
Lam pukul 5 tu kemain ramai eh.
Cuaca pun redup kan.

Okbai

Saturday, August 16, 2014

raya bersama anak-anak


Introduce my lovely sons and doters.
11 orang semuanya tapi masa celebrate raya haritu sorang tak datang.


Gambar raya tahun lepas pun ada lagi lam simpanan aku.
Bila duk belek-belek tetiba berbisik lam hati 'cepatnya dorang membesar'
Tapi aku tak besar-besar jugekkk takpe yang penting hati besar ngehngeh.

Semua dah cerdik pandai, mulut pun boleh tahan cerdiknya.
Stress aku, kekadang rasa nak nanges je kat bucu kusi.
Potpet sangat, ikut sapa lah gamaknyer. Ker ikut aku ??
T___T



Kemain sensorang melawa, baju berlace, beropol ropol, berlabuci, 
amboiii kalah tecer tau.

Dekat 2 tahun dorang ngan aku, next year dah masuk darjah 1.
Selamat melayari alam persekolah lah yer. 

Okey semua buat peace, smileeeee
Sempoi je anak-anak murid aku, sama macam aku jugak hahaha.



Comel tak we olsss? Hakhak





Haa, masa ni dah start nak huhahuha dah.
Aku yang jadik mangsa. Guru dibuli oleh students jarang kita dengar, tapi aku selalu jer kena.
Dah nak tumbang dah masa ni. Macam ada ribut topan lah pulok




Amboi yang baju grey tu kemain melentik.
Lepas tu duk himpit-himpit aku yang sekeping ni



Sekali bedebuk jatuh!
Ngan aku pun nak jatuh sekali  -_-"
Nasib ada yang jadi menteri pertahanan kat situ.
Tq selamatkan tecer hikhokk




Lagi sekali peace yawwww



Btw selamat hari raya maaf zahir batin dari cikji dan anak-anak :)

#ilovemyjob
#theyremyhappiness

Dalam bekerja ciptalah ladang pahala. Bekerja dengan ikhlas dan jujur. Maka ada nanti pahala untuk kita. Tipulah kalau tak pernah merungut, as a housewife pun merungut even jaga anak sendiri, jaga makan minum suami sendiri. Apatah lagi kita yang bekerja dengan orang, jaga anak orang. Betul tak?

Tak kira lah bos kita tu india ke cina ke bangla sekalipun. Bekerja tetap kerja. Ingat kalau kita tipu non muslim kita tak berdosa ke? Tak bayar hutang non muslim kita tak berdosa ke? 

Tapi tu lah, dah nama pun manusia kan. Kalau tak merungut tak sah gamaknya. Aku pun camtu gak hahaha. Malas, letih, perkataan tu dah sebati dengan hidup. Tapi tangan tetap bergerak jugak buat kerja. Nanti kang semua kerja tak jalan. Bila duk pikir-pikir merungut buat apa, tak pepasal aura negatif makin banyak. Tapi tu lah mulut tu gatal jugak nak bercakap kan. Mulut oh mulut!  

Lepas tu aku ada terbaca dan dengar Prof Muhaya cakap, kalau nak berjaya, bahagia dalam hidup ni, sentiasalah bersama orang yang positif. Means berkawan dengan mereka yang berfikiran positif, bercakap yang positif je, kalau korang rasa ada fren pesbuk korang yang japjap up status negetip, japjap up status cacimaki orang, japjap up status orang lain semua salah, dia je betullll. Maka kasi hide status je. Nak ufren macam tak tergamak kan, kalau kasi block kejam giler lah pulok.

Hablumminnnas, jaga hubungan sesama manusia.
Itu bos aku yang pesan.

Tq bos ingatkan kami yang kekadang alpa dengan kehebatan duniawi.

Okbai!

Friday, August 15, 2014

#throwbackraya lakibini


Masih dalam mood raya lagi?? Raya kan sebulan. Tapi kalau kat sebelah luar memang sana sini mood rumah terbuka lah sekarang ni.  Tapi kat Kelate ni kureng sikitlah. Lain lah masa raya ke2,3,4,5 arituh.
Yelah setiap negeri tu ada pesen-pesen dia yang tersendiri. 

Sedar tak sedar dah 4kali we olls sambut raya together gether, gitteww.
Cepatnya masa berlalu. Raya kali ni macam biasalah, soklan berulang tu tehtap ada

takdok anok lagi ko?
berapo tahun doh nikoh?

Nasib baik aku ni jenis malas nak pikir, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. setel!

Buat apa kita nak pikir pasal orang yang duk bercakap pasal kita.
Mulut manusia ni sentiasa berbunyik. Kita takde power pun nak tutup mulut orang.


Tapi
Tapi
:
:
:


Kekadang kita kena ambik kisah jugak. Bila jumpa orang tu duk cakap --- eh gemoknya sekarang
Jumpa orang ni pun cakap camtu jugok --- eh gemoknya sekarang
Jumpa dekat 10 orang duk cakap benda sama, memang sahih lah tu kita memang gemok!
Hahaha sian laki den. Aku pulak orang cakap semakin kurus. 
Walhal berat aku menten je. Hikhokk








Raya aku tahun ni macam tahun-tahun lepas jugak.
Okey jer raya berdua. Takde masalah pun.
Sebab aku tahu Allah itu perancang yang paling baik.



OKbai!











Saturday, August 9, 2014

Raya 1 versi santai lantai


Bersambunglah kita pasal cerita raya. Sebenarnya aku pagi raya baru bertolak balik. Kemain kabus pagi tu. Memula drop mertua ngan dik ipar aku dulu. Raya jap ngan nenek sebelah my demok
peluk cium jap pastu berdesup balik kampungku kampungmu jua hiksss.

Dalam 35 mins gitu perjalanan.
Maka sampailah kami dengan selamat. Jalan pun clear je.  
Balik tu tolong dorang pasang langsir jap. Langsir macam biasalah import from KL. Akak aku yang sulung yang jahit. Kain langsir share 8 beradik, untung gak adik beradik ramai ni hikhiks. Akak aku yang sulung tak masuk korum sebab dia dah jahit kan. Tapi aku dah cakap awal-awal raya tahun depan dah la tukar langsir weh. Tiap tahun bertukar, stress mak nyah!

Tahun ni kan raya versi santai, relaks. I like it!
Tahun ni tema emerald, memula tu gold lepas tu diskas punya diskas lam group wasap adik beradik maka terhasillah kaler emerald. Aku sebenarnya jenis kaler seangkatan kuning oren gold ni kurengggg sikit. 




Allah Allah adik beradik sape lah ni.
Nasib baik masa ni aku takde lam perkhidmatan :p
Akak aku boleh pulak tak ambik monopod,
kilik shutter je.shutter pun boleyh.




Lepas semua balik sembahyang raya maka bermulalah acara salam menyalam. Harus beratur ikut turn yer. Yang sulung kat depan, yang bongsu kat belakang. Tahun ni kita bersalam kat luar jelah yer. Kat dalam gelap sebenarnya. Lepas renovate rumah ni, kitorang banyak duk kat luar sebenarnya. Tetamu datang beraya pun duk luar jugak. Selamat, tak perlu nak kemas-kemas rumah sangat hahah! 

Duk dalam bila nak tengok telebisen je.
Dah tu segala tingkap yang ada sebelum ni ditutupi bilik.
Agak gelap dan lemas lah jugak.
Buka sliding door pun sama jugek. Huhuk.



Hoi hoi beratur! Jangan berani nak potong Q ek.






Peluk cium ma ayoh adik beradik semua.
Kami 9 beradik semuanya tapi abang aku not in service.
Turn umah mertua dia tahun ni.
Maka berlapan beradiklah kami pada haritu.







Bersila kat lantai. Dah macam ada tazkirah pun ada duk membulat camnih hihi.
Alhamdulillah murah rejeki aku tahun ni, dapat duit raya gak. Hee :)






Our family.
Makin berkembang dari tahun ke tahun.
Aku jugek yang tak kembang kembang, asik kuncup je.
Acaner tuh?



Maaf zahir batin dari kami berdua, bertiga, berempat, berlima,
bebebeberapa ??

okbai!

Friday, August 8, 2014

Raya bertingkek tingkek


Blog bersawang. Selalu je buka blog tapi takde mood nak menulis. Jiwa kacau gamaknya.
Raya tahun ni boleh tahan duk hadap buah je, biskut raya kita jeling-jeling je, ekeke

Tahun ni kita raya versi santai-santai je uollsss.
Nasib baik umah depan hutan, kalau depan pantai kemain feeling santainya.

Gambar raya kemain penuh lam tepon. Jem jap den punyo phone.





Laki bini duk layan candycrush di pagi syawal.
Kata raya versi santai   ^ ____^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...