Wednesday, July 31, 2013

BAJU KURUNG BABY

SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

ADA 10 PILIHAN CORAK
HARGA BERBEZA MENGIKUT MATERIAL DAN SAIZ.
INI SEMUA READY STOCK.



BOLEH KLIK SINI UNTUK DETAILS PILIHAN
BERMINAT BOLEH TERUS WASSAP 019 986 4684 (suzi/cikji)

kalau dah suko

Assalamualaikum

Lately ni teringin nak makan buah je. sebab dah jemu tengok makanan kat bazar. Semalam aku beli buah mata kucen ni sekilo Rm6, harini beli lagi hihi. Tapi yang hari ni tak semanis yang semalam lah.



Yang semalam sekali hadap je aku laki bini. Tu pun duk berebut lagi sebab laki aku makan banyak,hukhuk. Mertua aku memang tak makan.


Balik Machang haritu sempat lah buat caramel nih. Laki aku dah berkali duk sindir aku hewhew. Aku kalau duk umah mertua memang malas nak buat-buat dessert ni semua. Lagipun bahan tak cukup *alasan*

Okey,bagi sesape yang tingin nak beraya bersama pejal tahir, boleh klik sini mencuba nasib. Curlasss uolls raya ngan retis gitewww. Aku jugek yang kempunan,hukhuk.

okbai


Monday, July 29, 2013

simple tapi sedap


Assalamualaikum

Nak up entry buah mata kucing tapi gambar tak lepas-lepas. Takpe lah, kita up entry masak-masak jelah. Janji entry sal makanan.

Sebenarnya kalau difikir balik, masakan yang simple yang main campak tu lah yang menyengat. Sama jugak ngan sutun ketuk serai ni. Korang jangan memain, apek leuniey pun suko jugak ngan sutun ni. Pebret dia pulok tu. Nasib bini dia pandai masak, cantik pulok tu, ok dah melalut sal retis dah ni.



Nampak main campak je tapi rasa dia umphhh. Aku rasalah kan, ni mesti sebab aura serai yang menbangkitkan selera. Aku rasa jelah, kihkih

Sepanjang aku duk membeli kat param, takde rasanya orang jual sutun ketuk serai nih. Takpe takpe, tahun depan aku nak try niaga lah. Mana tahu sebab jual sutun ketuk serai dapat bayar depo rumah sebijik, oktipu!

btw, sesape nak maklumat lanjut salam Param, boleh usha kat sini yer.

okbai. Selamat berpuasa. Selamat bersoppink. Selamat menghitung duit raya. okbai


Sunday, July 28, 2013

kena bebel sebab taknak makan


Assalamualaikum

Selamat berpuasa korang. Lately jejarang je haapdate blog. Tidoklah busy sangat tapi malas hihi. Aku bila dah penghujung ramadhan ni memang selera makan out terus. Now aku cuti, nasi makan 1x sehari. Kekadang 2x sebab menyibuk jugek time orang berbuka hewhew.

Tapi paling over mesti telan air tebu 2gelas. Bila rasa perut muncit, insaf kejap. Lepas tu telan lagik. Sabo jelah kan. Makan nasi senduk je, secoet je. 



Hari jumaat balik kg, ma aku membebel sebab aku tak makan. Duk kurus kering camtuh je.

"Yer ma, orang tahu orang kurus"
T_______T

Balik sini pulok, laki aku pulok membebel, Oh dunia ini penuh kepalsuan bla bla bla..

Before ni pun aku bukan jenis suka nasi snagat pun. So, macam dah terbiasa lah, tak makan nasi pun takpe. Tapi kalau time sahur aku paksa jugak telan nasi, takut nanti petang batery aku low. Sahur menu wajib telur mata letak kicap. 





Udang goreng kunyit camnih pun pebret jugak. Dapnya, letak bunga kobis bebanyak. Kruk krak kruk krak je. Dapnyaaa

Aku still berangan nak beraya dengan retis idaman aku ni walaupun aku tahu itu hanyalah mimpi di siang hari. kihkihkih. Lepas nuar jen, dia lah penyanyi lelaki pebret aku. Eh matiklah aku kalau laki aku baca entry ni, aku asik duk puji pejal tahir jer manjang. Jap lagi kang kuo lah ayat dia " syg g nikoh ngan dio aaa, nikoh ngan diooo * sambil tolak-tolak aku* hahaha okbai.h

Kalau nak makeover rumah dengan sepantas kilat, korang boleh Klik sini yer.

Tuesday, July 23, 2013

cerita random jelah

Assalamualaikum

Alhamdulillah puasa kita dah hampir ke pertengahan bulan. Korang camne puasa? Dah ada tertinggal ke? Ekekeke. Nanti ganti jangan tak ganti yer uollsss.

Tadi duk belek folder lama. Sekali keluar ler gambo yang lepas-lepas. 



Tetiba terasa macam lama lah pulak tak melantak mekdi siang hari, Takpe, lepas raya nanti tetiap malam kita lepak mekdi yer. Aku sebenarnya tak berapa milo panas mekdi. Tak ngam beger ngan milo panas. Tapi aku dengan yakinnya masa ni hujan, sejuk, sebab tu aku oder milo panaih tu.


Bila ntah nak sampai Langkawi nih. Bila sebut Langkawi, duk nampak cekelat Daim je. Tapi kalau sebut Penang, aku terbayang charktiow, cendol, laksa Penang, Jeruk buah, hoihhh semua pasal makanan lah. Takde maknanya nak terbayang Bukit Bendera Batu Feringgi. Tak koser aku nak makan angin gituh. Melantak lagi best kot.ekekeke

Selain Daim, aku jugak suka pepel ni, ala yang iklan belon kat coridor tuh. Hok tu pun best jugak, tapi make sure kena letak lam petiais dulu lah. Baru mabeles time makan.



Sape suka bihun bodoh camni? Pebret aku nih. Hoih tambah sambal belacan sikit, lepas tu letak ayam bakar. Kenyang smapai ke tengahari kalau bekpes gituh.
Dah nak dekat pukul 11. Lewat la plak mata aku nak terkatup malam ni. Biasanya 9 lebih dah tumbang. Aku kalau bulan puasa memang parah.
okbai.

Saturday, July 20, 2013

Kurang asam punya penjual air tebu

Assalamualaikum
Semalam aku balik buka puasa kat Machang. Aku dah sesiap kol adik aku 2 orang tu jangan beli air sebab aku nak beli air tebu paling sedap atas doniaaaaa. Turun semalam dah 5lebih, tengok-tengok pokcik tu tak niaga lah pulok. Hoih frust den. Sumpah air tebu pokcik tu sedap giler. Terasa lagi manis melekat kat tekak. Okey, yang pasal pokcik ni aku continue len kali ek.
Yang aku nak cite, bila dah tutup aku pergilah beli kat lain. Aku singgah tepi jalan tu, aku tengok air tebu dia kaler tak berapa nak kick. So, aku beli satu jelah RM2. 

Aku suh laki aku kedepan sikit, ada sorang pakcik tua ni. Masa tu dia tengah mesin tebu. Kiranya stock dah habis ler sebab baru je ada orang beli.

Aku cakaplah kat makcik ni, aku nak 3hengget 3hengget. Kemain berkobar-kobar nih nak minum air tebu.Lepas tu makcik tu cakap ambik yang ni lah, nanti kesian awak kena tunggu lama. Aku pun ambiklah 2plastik tuh. Memang dah siap2 bungkus. Masa dalam kete aku dah tengok nape semacam je. Takkan yang semalam kot?

Nak cepat punya pasal terus blah. Bila minum time berbuka, hoih air tebu tu masam okey! Hangin betul aku. Yang 1 plastik lagi tu pun tak best jugak. Last-last ke tanah jua. Buat kali pertamanya aku teguk air masak time berbuka.

Aku pun cakap kat adik aku, takpe takpe. Kalau kedai pokcik tu buka, nanti aku kirimkan air tebu yang best tu yer. Kemain lagi dorang perli aku, air tebu paling best atas doniaaaa wkakakaka.

Eh,haritu aku berangan nak raya ngan retis ensem ni tapi hari ni aku nak beraya ngan retis pojaan aku yang ni plak. Kekadang laki aku selalu jeles sebab aku minat giler kot ngan dia. ekekeke

okbai

Tuesday, July 16, 2013

time ramadhan memang ramai


Assalamualaikum

Yuhuuu semua. Camne pose, okey ker tidak? Aku tadi hampir pengsan sebab minum air tebu pokcik tu manis giler! Masa dulu time balik kerja mesti singgah beli air tebu ikat tepi pokcik tu. Memang siyes sedap, murah dan yang pastinya original. Lagipun pokcik tu memang ada  kebun tebu agaknya.

 Aku suka beli air tebu ngan penjual kampung camtu kalau nak beza dengan bazar sebab bazar mentang-mentang orang ramai, terus jual mahal lepas tu sikit. Nanti aku snap pic pokcik tu lepas tu aku story kat sini ek,kikiki


Sebenarnya aku nak cite pasal peminta sedekah tapi melalut sampai air tebu pulok, haha! Sebab tadi aku baca blog Mazidul Akmal Sidek, dia cerita pasal peminta sedekah. Aku ingat lagi puasa tahun lepas, sorang tokcha or toksami yang kepala botak dan melilit kain oren kat badan datang mintak sedekah kat kedai aku. Perghhh gilo apo bulan pose datang mintak sedekah kat kedai islam. Yang pastinya aku memang tak bagi, jangan harap. Aku bukan takde keperikemanusiaan tapi sifat tu terletak di situasi lain.

Okey, lepas tu, petangnya aku pergi bazar ramadhan. Tengok tokcha tu ada duk mintak sedekah kat situ ler pulok tp malangnya nasib beliau sebab orang kat kat bazar tu pun hambat dia. Yelah, dah badan sihat walafiat, nampak cukup sifat. Kerja jelah. Jangan sekadar tadah tangan je.


Aku lebih kesian kat golongan yang tak cukup sempurna. Tangan aku lebih ringan ke situ. Wateverlah, yang penting hati kita mesti ikhlasssss.





Adik aku duk cakap spek ni sesuai ngan aku. Walhal suh aku beli yang baru. Takmo lah sebab rayban aku tak lut pun lagi pakai. Bekenan jugak tapi tak mo eh membazir amalan syaitonnnn.

Korang yang pangkat mak mak budak tu dah beli pampers ker? Kalau belum boleh tengok kat iklan pampers ni yer.

okbai

Saturday, July 13, 2013

Random bulan pose


Assalamualaikum
Memula sekali tenkiu kat CIKPUAN kita ni hah, sesusah jer tau terbangkan dari negeri seberang laut sana,ekeke. Maka bertambahlah koleksi brooch ai, hihi. Katanya ai ni antara pengomen tegar. Gitulah, time datang mood rajin komenlah. btw, tenkiuh eh :)




Marilah masuk ke tajuk berbuka dengan apa tu??




Ni rasanya berbuka hari ke-2. Sup tulang tu jiran sebelah bagi. Murtabak dah beli tapi ada orang bagi jugak. Alhamdulillah murah rejeki bulan pose ni.



Ni menu berbuka hari pertama. Beli ayam golek sebelah je rm10. Lepas tu mertua goreng sutun kunyit. Sup pun beli jgk rm5. Hari pertama ngan kedua takde selera sangat berbuka, makan nasi sikit je, ni penangan air tebu bergelas-gelas lah ni.

Tapi masuk hari ke-3 baru berselera sikit. Sahur aku goreng ayam je untuk laki. Aku plak makan ikan kering panas-panas sedap weh. Aku kalau sahur memang suka kering-kering camtuh. Kuah memang takde selera. Tapi telur mata letak kicap dap jugak. Sahur karang nak goreng telur mata jelah. Lepas tu milo cereal segelas, kurma 2bijik. Itulah menu sahur wajib aku. Nasi senduk je. Itu pun kemain lagi nak habiskan.

Tahun ni aku rasa nak beraya ngan retis ler, ekekeke. Kalau korang pun tingin jugak, bolek klik SINI yer


OKBAI

Saturday, July 6, 2013

Jauh perjalanan luas pengalaman ekeke


segala onak duri lautan badai kami rempuh, akhirnya sampai aku laki bini ke ordinat itewwww.
Level 305

jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi ni.hewhew



Sumpah, game ni agak ketagih. Sesape yang belum terjebak tu aku sarankan agar jangan nak install lah yer. Sekarang adik ngan akak aku pun dah mabuk sekali. Lepas tu sanggup wassap

nyawoooooo

unlockkkkkk

Fuh, hebak-hebak.

okbai.

Friday, July 5, 2013

Kikiki tertukar lah pulok


Assalamualaikum

Lama giler aku tak tepek pic makanan kt sinih. Marilah kita bercerita tentang lauk yer. Ni kisah minggu lepas punya, sebelum final bola. Family sebelah laki aku pergi 2bijik kete, mertua aku, neneknya semua pergi. Tapi yang pompuan tak masuk stadiumlah. Dorang stay kat umah paksdara laki aku kat sana. Sesambil neneknya pergi melihat cucu.

So, aku tak join sekali. Tak koser aku nak duk berjamjam lam kete. Aku kalau hal tak memudaratkan takdenya nak jenjalan jauh-jauh. *untung laki aku dapat binik camni tp kuat mkn la pulok*

Disebabkan nak tinggal rumah dalam 4hari jugak, aku menghabiskan lauk kat lam peti ais. Udang dan sutun kalau lelama busuk. Kalau ayam takpe. Mertua aku masa tu dah standy kat kg. Aku laki bini je kat umah. 



"sayo nok masok lauk, abang nok makey ns x?"

"toksay, abang kenye lagi"

Jawabnya laki aku. Aku pun planning lah nak makan ns lepas tu lauk balance tu nak tapau bagi kat adik ngan kak aku sbb aku nak g tumpang tidur umah dorang selama 3malam tanpa bintang suami. Aku pun masaklah, nasi kosong main order kedai makan sebelah je. Nasik punyalah banyok, aku makan separuh je. Aku pun naik atas, nak kemas-kemas pakaian laki.

"Nok makey lagi ko nasik ni?, kalau toksay abang nok perabih"

"toksay dohhhhhh,makey lahhhh"

Aku pun turun kebawah.

AKU- sedap ko?

LAKI- sedap

LICIN

AKU - sebenarnya tadi sayo terbubuh serbuk kari sikit sebab sayo ingatkan serbuk kunyik. Plastik kuning serupo dekpung. Nasib baik tokjadi udang sutun goreng kari.

gitu ler kalau jarang masuk dapur,hihihi. Moh ler kita ke dapur masakkkkkkkk air.



EH, petang nanti kita nak keluar pergi SINI, sebab ada saler giler giler. moh ler kita.
oktipu.

Tuesday, July 2, 2013

Ramadhan ya Ramadhan


Assalamualaikum
Lagi beberapa hari je lagi nak puasa weh. Aura bazar ramadhan dan terbayang dah. Astagfirullah al azim, orang lain merasai aura terawikh, aura lailatuqadar lah cikji oii. Insyaallah, azam tahun ni nak perbanyakkan terawikh berbanding tahun lepas.
Tahun lepas toksah duk cerita la, terawikh boleh bilang ngan jari je kot  T________T

Untuk tahun ni, kita buka buku baru yer kengkawan semua.



Anak buah aku si Nayli, hoihh mentang-menang nak dapat adik, semakin melasak dia sekarang. Dah tak boleh nak gomol macam dulu dah. Asik nak larikkkk je. Masa nak balik, aku suruh dia kiss aku

CIKJI: Nayli, kiss cikji dulu

NAYLI: Muahhhhhh Muahhh

Pakej siap ngan bunyi lagi, hahaha.


okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...