Friday, November 13, 2015

Majlis doa selamat sempena Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama mencutikan diri dari blogging akhirnya aku munculkan diri. Memang betul orang cakap, blogging ni jugak memerlukan mood. Bukan main hentam keromo je taip entry. Ni cerita 3 weeks ago rasanya. Rumah kat kampung ada buat majlis kesyukuran sikit. Kali ni special sebab ada gulai kambing mbekkkk.

Sorry aku tak makan kambing. Alkisahnya masa tu aku kecik lagi dalam darjah berapa ntah. Darjah 3 camtu lah kot. Rumah nenek aku buat majlis makan-makan. Sembelih kambing lepas tu bila gulai semua tu masak, aku makanlah. Tapi aku takleh telan sebab dia punya bau tu Ya Allah punyala haiiii.

So, sampai sekarang aku takleh makan. Kekadang daging lembu import pun berbau ala-ala kambing jugak. Memang aku takleh telan. Nenek aku pun sama jugak. Aku ni menurun dia lah kot gamaknya. Haritu masa majlis kesyukuran ni buat 2 jenis. Kambing ngan lembu. Dorang masak kambing dulu lepas tu terus gulai  daging lembu. Means dorang tak basuh bekas tu.

Masa gulai lembu tu hampir masak dorang suh nenek aku try. Nenek aku cakap bau kambing ni. Bakpo? Geng suka kambing duk cakap takde bau pun.

Aku pun  kata, 

Takpo mek, mari ore try pulok.

Erm erm lah bau kambing, huhu. 

Tapi takde lah kuat  sangat. Lite lite gitu je baunya.







Gulai daging embekkk




Ayam kicap.




Acar timun rapuh kruk krak




Dessert
1. Pulut panggang
2. Tepung bungkus
3. Watermelon
4. Papaya


Satu lagi tertinggal nak snap, sambal belacan ma aku.
Ya Allah punyalah sedap!





Layan diri. Buat macam buah sendiri.Tetamu kenyang, kita sebagai tuan rumah pun happy.


Okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...