Saturday, May 18, 2013

Mee kari paling mabeless di abad ini


ASSALAMUALAIKUM

Aku sekarang dah start meroyan post pasal makanan balik dah.
Matikla sekali ni. Kat lam henpong berlambak lagi pic makanan, cuma tak sompek je nak upload. Takpe, take ur time cikji, hihi

Aku nak ceritakan kisah mee kari ni.
Kalau dikira kau ni bukan pencinta kari segala ni, santan-santan memang kurengg,
patutlah aku ni sekeping je kan, lemak yillek

Tapi tapi tapi mee kari auntie ni memang mebeles
sebenarnya ni kedai cina, tapi pekerja dia melayu, ramai je orang melayu duk makan.
Kat table belakang tu pun selonggok orang melayu jugak.



Aku berpeluang makan ni bila aku keluar dengan kakak ngan adik aku je. Laki aku haremmm sebab dia cakap ni kedai cina, dia tak bagi masuk. Padahal halal je :( Tapi takpe, pasni aku nak try pujuk dia lagi. Mana tahu lepas ni dia lembut hati pulak khennn.hihi. Padahal before ni elok je kitorang makan kat kedai yang owner cina, tapi tang ni dia tak berapa berkenan sebab dia tak suka mee kari sebenarnya. Macamlah ai tak tahu.


Korang tengok aku makan, ada macam orang pelarian tak? Dah tu memang kempunan lama kan.
Dia punya fishball memang sedap sebab fresh-fresh. Tokey akak aku selalu pesan fishball tu, aku pun pernah tengok makcik-makcik duk gentel fishball tuh. Dorang siap tunjuk lagi ikan apa yang guna. Memang dijamin fresh dan halal! Yang duk gentel fishball tu pun melayu jugak yer kawan-kawan.


Kat situ jugak ada wantan mee, tingin jugak nak try tapi next time la kot sebab mee kari dia masih menduduki carta teratas.

okbai

Friday, May 17, 2013

Tak boleh nak lelap,helpppp!

Assalamualaikum



Sumpah sedap makanan kat atas ni. Our pebret.
Jam menunjukkan 1.31 pagi. Tetapi mata bundar ini masih segar berkedipan.
Mulut ini juga sempat melahap segugus anggur yang dibeli di pasar malam tadi.

okey,marilah kita kembali ke alam yang lebih waras sikit.

Tak berapa nak lena pulok doh.
Bila tengok dekat side bar tu, dah nak dekat 2 tahun aku kawen.

Korang ingat 2 tahun tu sekejap je ker?
Lama weiiii!

Lebih-lebih lagi bila keinginan yang belum tercapai,sobssss T_T

Bila difikir balik, hmmmm salah diri sendiri lagi banyak lah kot.
Huwaaa sedihhhh!

Tapi tapi tapi takpe, tadah tangan mintak ngan Tuhan yer.
Berusaha banyak-banyak.

 Tuhan tu maha mendengar.
Lambat dengan cepat je.

okbai.

Thursday, May 16, 2013

Bawal sulam murah


Assalamualaikum

Aku baru je masukkan stock bawal plain tapi bersulam, sumpah cantik!


Yang ni bidang 45' semuanya.
RM26 exc post.

Boleh klik dekat side bar tu untuk terjah ke my pesbuk yer.

okbai.

Mencari Ramli 2

Siapakah Ramli yang orang duk kecoh-kecoh tu?
Sana sini asyik cari Ramli je, beruntung si Ramli tu,hihi.

Adakah Ramli seorang yang gemuk?
Yang tinggi?
Yang hitam manis?
Itu tidak penting,yang penting beliau pandai beraksi di padang bola!

Mencari Ramli 2 sudah memasuki musim yang ke-2. Pencarian bakat remaja yang berumur 13-16 tahun diseluruh Malaysia. Dua remaja yang paling berbakat tu akan diberi peluang ke Sekolah Bola Sepak Machester dan sudah semestinya mendapat peluang keemasan untuk menjalani latihan dengan pemain handalan dunia! Selama 2 minggu pulak tu. Akan dapat biasiswa lagi, perghhh memang berbaloilah.


Aku pernah tonton rancangan ni, memang yang datang ujibakat tu hebat-hebat belaka. Tengok muka pun dah tahu. Hebak hebak!

Bagi sesiapa yang ada anak jantan, adik kandung, adik ipar, adik tiri atau sesiapa saja yang berminat, bolehlah hadir ke ujibakat yang berdekatan dengan tempat korang.



Jitra: Stadium Mini Jitra 1st– 3rd Feb

Taiping: Padang Majlis Perbandaran Taiping16th - 18th Feb 

Manjung: Stadium Mini Manjung   23rd - 25th Feb

P.Pinang: Padang Kelab Kilat TNB 2nd - 4th March

Pahang:  Kompleks Belia & Sukan Kuantan9th - 11 March

Terengganu: Kompleks Sukan Gong Badak15th - 17th March

Kelantan: Stadium Sultan Muhammad ke IV5th – 7th April    

Kuala Lumpur: Padang Victoria Institution20th  – 22nd April 
Sabah: Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah27th - 29th April  
Melaka :  Stadium Hang Tuah 11th - 13th May 
Sarawak:  Padang B Petrajaya Kuching18th -20th May

Untuk maklumat lanjut boleh ke 
http://www.tm.com/teammalaysia

Tuesday, May 14, 2013

Banyak nak cerita sebenarnya...

Assalamualaikum

Hamboiii kemain tajuknya,kihkih. Tapi sebenarnya memang banyak aku nak stori namun apakan daya, gambar tak masukkan lagi thru bloggeroid. Kater pakai tepon canggih, so cara transfer gambar haruslah canggih walaupun aku ni agak ketinggalan sebenarnya hahaha!


Kalau dedulu, ambik gambar transfer kat lappy dulu lepas tu letak watermark lepas tu letak kat draft dulu baru karang cerita, tu pun kalau rajinlah kan.


Sekarang tidak lagi, ambik gambar. Rasa bekenan nak letak kat blog baru letak watermark lepas tu terus masukkan thru bloggeroid. Draf lah kat situ sehingga kerajinan menjelma,


Nanti-nanti la ek aku cerita, yang pastinya story pasal makan makan berlambakkkk.

okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...