Saturday, November 29, 2014

Kek keju kukus


Mudah je wat kek ni. Sesape yang pengemar cis eloklah untuk korang hadap.
Aku makan 3 mulut je pastu rasa macam eh nape muak je ni?
Lupa kita letak cisss. Ayoyoy ingatan luput sudah.
Aku yang buat, aku yang lupa. 
Nampak sangat kan dah nyanyuk sebelum usia T____T






Nampak gebu kan? Memang gebu lembut.




Masa kat atas dapur. Bila dah masak jadi kaler kuning kuning pulok.

Ni cara aku kukus. Aku katup loyang tu ngan tudung periuk nasi untuk elakkan wap air jatuh. Lepas tu baru katup ngan tudung periuk kukusan ye.




RESEPI:

3 keping keju cheddar #
1/2 cawan susu segar.#


4 biji telur *
1 cawan gula *
1 sudu besar ovalette*
2 penutup esen vanila *

3/4 cawan minyak

1 1/2 cawan gandum
2sudu teh baking powder.

CARA-CARA:

                          1. Masakkan bahan bertanda # sehingga sebati. Sejukkan. 
                          2. Pukul bahan bertanda * sehingga kembang.
                          3. Masukkan minyak + bahan bertanda # yang telah siap dimasak tadi. 
                              Pukul sehingga sebati

                          4. Masukkan gandum + baking powder dengan bahan di atas.

                              Kacau sebati.

                            Sapu minyak pada loyang dan kukus selama 40minit.
                            Make sure air betul gelegak dulu baru kukus yer.
                            Selamat mencuba.

Okbai!






Tuesday, November 25, 2014

entry makan tertunggak

Malas nak buat kerja yang bertingkek-tingkek. Rindu blog saya, kihkih.So apelagi marilah update berblog. Macam biasa, cerita banyak tapi masa takde. Mood menulis pun takde. But issokay, kita kasi peram sama pics lepas tu kita publish lah yer.





Ni pics few weeks ago. Makan kat PK Corner, sesape yang duk kat Kelate mesti tahu. Alaaa yang depan CIMB lam bandar, kat cabang 4 tuh. Aku masa bercintan cintun suka gak makan sini. Demok aku kata sedap tomyam kat situh. Bagi aku biasa je. Boleh lah daripada takde, kihkih.



Akak aku and the geng tibai ciken cop. Aku trylah sikit, sedap tapi aku ala western ni kureng sikit. Kat situh aku tengok ramai gak yang makan ciken cop ni. 




Yang ni habuan masa ujan banjir. Hoih sedap. Ni 1st time makan kat sini. Asalnya nak gi makan kat Jalan Pekeliling tu tapi katup lah pulok. Aku merayap ke sini. Nasib bukak.




Togeh banyak, aku suka. Tapi udang dia biasa je. Tak sebeso udang Jln Pekeliling. Tapi sodap. Boleh repeat makan lagi. Ngeh ngeh ngeh.



Sedikit lesu muka aku sebabnya haritu ada event ihtifal bebudak. Sedikit semput huhu.
Yang ni pulok kat NM Sapuroh. Ni pun port zaman bercintan cintun jugok. Dulu kini dan selamanya memang aku hadap tomyam je kat situh. Tapi haritu kaler tomyam dia berbeza tapi rasa sama je. Sekarang ni penuh je kastemer dia sebabnya eskrim nyiur punya pasal.



Laki aku order yang ni. Aku try sikit. Bagi aku biasa je, tak sodap. Huhu. Kemain dorang selit bunga idup sekuntum kat buah nyiur tu. Patutlah aku tengok beterabur lantai dia ngan bunga-bunga. Tapi lain orang lain seleranya.

Okbai

Tuesday, November 18, 2014

Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27



Aku gugel memacam yg keluar. Sonok baca cerita dorang. Aku tinggi lepas tapiiii BMI tak cukup. Rabun pulok tuh T___T

Huwaaa sedihnyaaa.

Katanya cek ujian fizikal dulu. Cek BMI rabun semua. Kawad sikit. Lepas tu cek tgn bengkok ker tidak. Jalan betul ker tidak. Bila dah lepas semua baru dpt interview.

Lps tu klau interview dorang akn tnya pasal sempadan2. Nama menteri2. Logo imigresen. Memacam lagi lah. Huhu

Btw sape yg dpt tu gudluck eh! Sbb ada yg dh lepas. Psttt klau yg dh lps tu korang kena tnya apa? Boleh share share ngan geng seangkatan.

Rujukan dari pengalaman saya :Peluang interview ke 2 SPA : Pegawai Penguatkuasa Gred N41 KPDNKK

posted from Bloggeroid

Friday, November 7, 2014

Buli

Kes buli yang semakin menjadi-jadi. Ramai sangat duk share kat pesbuk. Aku baca tajuk je. Aku memang takde keberanian dan takkan tengok segala video tu. Takut.

Bebudak zaman sekarang ni pengaruh terlalu banyak. Lambakan media social ni kekadang banyak negatif lah pulak dari postifnya. Mak bapak pun dah tak terkawal rasanya.Ada jugak anak murid aku time nak solat sempat lagi duk yeh erk ehh sambil tangan ngan badan buat gaya ultraman duk melawan dengan raksasa tu 
 -_-"

Nak solat tu, duk atas sejadah, tunggu masa nak niat je. Macam mana tu? Sabar jelah kan.  Dorang tu membuli sebab nak tunjuk dorang tu hebat, hero, takpun bajet Lan Todak. Banyak lah Lan Todak, humban kat laut bagi todak todak korang baru tahu. Amboi tunjuk hero nampak kan. Lepas tu mak bapak jadik mangsa. Nangis mak mak kat tepi bucu dinding meratapi perangai anak yang macam tu. Bukan salah ibu mengandung yer tapi salah anak-anak yang cari pasal. 




Kes buli ni dah ada sejak zaman aku kecik lagi sebenarnya. See, Giant tak habis-habis nak buli Nobita. Dari zaman dulu lagi. Kesian Nobita asik jadi mangsa je. Nasib baik ada Doraemon. Tapi Nobita ni selalu je ambik kesempatan atas kebaikan Doraemon. Dosa tau!

Kehkeh boring punya pasal ni. Lepas sidai kain terus on Tv layan cite kartun pun boleh lah. Hujan pagi ni, tak berapa nak kering kain. Harap-harap tengahari nanti matahari bersinar dengan cantiknya. 




Bangun tadi nampak MIL aku dah siapkan sandwiches. Aku hadap segelas milo suam, 2keping sandwiches. Setel! Lepas tu laki aku ajak pi pekena nasik pagi lah pulok kat kedai depan. Malas aku nak kuar lagipun sepupu dia ada sekali. Biarlah dorang makan berdua, lagipun boring duk semeja dengan 2 orang lelaki. Topik sama je, gossip pun takde. Hahaha. Lagipun perut dah kenyang, lepas tu hujan pulak tu. Ngantuk  pun ada jugak ni, kehkeh.

Okbai!


Saturday, November 1, 2014

ABC DAN TOMYAM KUKUP

Ini semalam punya aktiviti. Bahagianya idup kalau tetiap malam boleh keluar camnih lepas tu belum sampai hujung bulan dah kena makan pasir, hahaha. Okey sebenarnya dah lama aku nak merasa ABC Kukup ni. Orang tu cakap sedap, orang ni cakap sedap. Okey okey kita try yer.

Dedulu aku dah pergi makan kat Restoren Kukup ni. Yang tempat dulu punya, lupa ntah orang panggil apa ntah kat situ. Yang dekat ngan kedai-kedai kete tu. Masa tu memang dia betul betul baru buka, baru bertapak. Kastemer pun tak ramai. Time tu makanan dia pun biasa-biasa je, takde lah sedap sangat pun. Masa nak bayar tu ahkak tu siap tanya lagi, 

Okey tak dik?

Aku jawab - sambal pedas sangat.

Takkan nak jawab, - hmm bolehlah kak. 
Nampak benar perangai spesis bertanduk kan?

So lepas tu aku tak pergi dah kat sini. Kalau terasa nak makan ikan bakar macam biasalah port aku laki bini --->  Ikan Bakar Wakaf CheYeh


Okey itu Kukup yang dulu, Kukup sekarang? Aku rasa dah cukup pemes, semua orang kenal. Retis pun ramai gi makan kat sana, Menteri pun ada, orang kiri kanan menteri pun join sekali. Geng JDT tak JDT pun ada jugak gi makan sana. Okey itu sumber yang aku tengok kat dia punya pesbuklah. Hihi

Sekarang dia beroperasi kat sini pulak, yang tempat dulu dah naik signboard restoren lain. Kat sini Jalan Dusun Muda eh nama dia? Parking dia, Ya Rabbi! Full bederettttt. Seberang jalan pun full. Kira nasib lah sapa dapat parking dekat-dekat nih.


Maafkan saya, pic tak berapa clear. Aku suka dia punya design, theme hitam putih. Simple. Asalnya rumah sebijik lepas tu dorang renovate, dalam tu dorang masak, buat air and cashier semua kat tepi rumah. 



Memang dah macam kenduri. Full!
Straight sebelah kanan tu pun full jugak.
Kitorang ambik port yang atas sikit, bawah bumbung.







Ada screen besar. Yeay tak payah pakai spec pun boleh nampak tapi gambar jelah. 
Tulisan tak nampak -_-"


Selfie jap, eheksss




Dorang punya menu. Rege stendek je. 




Okey ni ABCnya. Aku share ngan laki aku je. Yang 2 lagi tu adik ngan kakak aku punya. Kitorang ralit jer duk tengok dorang wat ABC. Cekap. Adik aku siap suh gi ambik video lagi. Tak nak lah gegirl, malu, hekhek. Lepas dah mesin ais tuh, dorang akan kikis ais ais kat tepi tu nak bagi nampak cun macam gunung. Cepat giler dorang wat keje. 

Tapi bagi aku ABC dia biasa je, aku suka yang aunty tu punya lagi. Ala aunty yang petang-petang sekali ngan nasi kukus kat Jalan Kebun Sultan tu. Tapi lain orang lain seleranya kan?



Aku order ktiow tomyan, adik aku pun sama. Kakak aku order tomyam campur ngan telo dadar. Laki tak makan, kenyang. Memula sampai ktiow tomyam dulu. Yang kakak aku punya boleh tahan lambat jugak. Kitorang dah makan separuh baru sampai lepas tu dia punya telo dadar sampai kesudah tak sampai-sampai. Migrain dibuatnya. Stress telo dadar tak sampai. Haha.

So, next time kalau datang situh lagi kena tanya awal-awal

Kalau order telo dadar agak2 sampai tak??

Tapi tu lah, dah terlalu ramai kastemer pun susah jugak. Walhal goreng telo dadar tu 5mins je pun. But issokey. Yang penting tomyam dia sedap! Pedas! Alamak tetiba kecur air liur pulak dah. Kuah aku memang banyak tak habis semalam sebab kaw sangat, pedas pulak tu, campur pulak ngan panas kan. Eiii dapnya. Memang rasa halia, serai. Perfecto!

Lepas ni kompem aku mai sini lagi, ngeh ngeh ngeh.




Kuetiow tomyam - 2
Nasi tomyam campur - 1
Teh o beng - 1
ABC eskrim - 2
ABC biasa - 1

Total RM34.


Okbai!

Merendek


Kekadang ada jugak rasa macam takde life je sekarang ni. Pukul 7.30pagi turun umah lepas tu dekat kul 10malam baru sampai umah. Kalah menteri menteri tau. Keje keje keje. Tido malam pun mimpi keje lagi, celik mata pun pikir pasal keje jugak. Hoi hoi sangat rasanya. Kalau ikutkan 5.30petang abis keje tapi aku balik sekali harung ngan laki aku, malam. So, aku abiskan masa yang ada tu dengan setelkan keje yang mana belum setel. Tapi kalau ikutkan keje ni sampai bebila pun tak pernah nak habis. Betul tak?

Tapi tulah, nak buat macam mana keadaan yang memaksa. Aku okey je cuma kekadang tu adalah jugak rasa macam 

Eh apsal hidup kita ni makin boring eh bang?

Tak boleh jadik ni, harus keluar menghirup udara luar jugak kadang-kadang.
Walhal nak menghirup teh o beng, hahaha.So, haritu tetiba rasa macam nak makan charkteow. Lama giler dah tak makan. Duk melintas-lintas je depan mata ni hah. Apa lagi, terus wasap laki. Masa tu aku duk tempat keje lagi, tapi kena book awal-awal sebelum dia di kidnap orang. 

Rs nk mkn char je,
Lets go bang.

Cara wasap macam laki ada kat depan mata je kan, walhal nun jauh di sana. Aku punya tanya kakak ngan adik aku kedai tu bukak tak malam ni. Dia cakap buka, dia pun nak pergi makan jugak. Ek eleh, tetiba sama taste lah pulok. So, sampai umah setel-setel semua. Pukul 10malam aku laki bini keluar merendek. Aku ajak dia merempit je tapi dia cakap nanti ujan camne. Fuh nasib baik naik kete, ujan weh masa on the way tuh.


Masa sampai tu dorang dah sampai, duk meja sebelah je tapi borak gittew gittew je haha. Walhal?





Dapnya dia punya teh o beng. Kaw kaw punya. Kedai dia takde neskepi milo dan yang sekutu denganya. Boikot. Bagus kedai ni tau. Ahkak suka.





Besor besor sangat dia punya udang. Aku ambik yang spesel punya RM8. Tapi tapi tapi macam tak berapa cukup je ngan ngan aku. Rasa nak tambah lagi, hihi.

Dulu aku penah up entry makan kat sini ---> Charkuetiow Cawangan Taman Bendahara
Jemput baca.

Okbai!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...