Saturday, May 28, 2011

sup kaki ayam

masa duk kat kg hari tu,datanglah pakcik jual ikan tapi ikan dia tak best.so, saya pun beli seplastik kaki ayam RM2 sahaja,dia timbang jugak kaki-kaki nih. makciks yang duk kat situ tanyalah saya,nak masak camne kaki ayam tuh?saya pun cakap "wat sup sedak kaki aye nih"


saya ni bukannya pandai sangat memasak ni*camne nak kawen?*
masak campak² camtuh pandaila..heee

jom tengok cara saya memasak sup kaki ayam.
lau ada apa² yang tidak kena,boleh tegur :)



bahan:
5 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
sedikit halia (tumbuk)
sup yang siap packing (brands cik siti)
carrot
kentang

cara:
masukkan kaki ayam dan tambah air
campur sekali bahan yang ditumbuk,sup packing,kentang
apabila mendidih,masukkkan carrot
tambah garam gula secukup rasa
siap! boleh hidang.
sedapkan rasa dengan tambah perahan limau nipis,cili,daun sup
 (haritu kehabisan daun sup)









p/s:lagi 4hari nk kawen..mode: dupdapdupdap

Tuesday, May 24, 2011

chim chum

sambungan entri lepas ~~
apa yang saya makan hari tu?
chim chum namanya.
jom terjah!


Food Village






soup n fried..yummy!


saya memang suka kuah-kuah,letak sayur banyak-banyak,yummy!


muka kenyang! yang fried tuh my hero punya.


di akhir kekenyangan,habiskan udang dulu..yummy!


p/s: bakal pengantin baru dapat balik laptop.so,saya mahu mulakan jelajah blogwalking dan bertegur sapa..jommmm!

Monday, May 16, 2011

Sunday, May 15, 2011

saya sihat tapi dapat cuti sakit.

sakit apa?

kenapa leh jadi macam tu?

macam pelik je sakit.




sakit apa kejadahnya tapi boleh post entry ni.
saya tak sakit mata tangan,thats why leh post entri,
tapi saya sakit lain.
sampai kene balik kampung,huwaaa T_T


sebenarnya saya dapat mc daripada menghadap laptop.






bakal pengantin haruslah pulang ke kampung tanpa laptop.
ini untuk mengelakkan mata bertukar menjadi MATA PANDA.
nanti bila bersanding takde lah muka macam hantu kak limah.




besok,saya akan memulangkan diri ke kampung.
waaaaa rindunya dengan blogs,
waaaaa rindunya nak bw,
waaaaa rindunya nak men komeng-komeng,



Insyaallah kita akan berjumpa nanti,
even status telah bertukar,
blogs tetap diteruskan.





muka bakal pengantin harus ditutup dengan trademark sebab
my hero xpuas hati ngan gambar pasport dia,hikss






                                                                             

Saturday, May 14, 2011

saya pun sakit hati jugak!

Assalamualaikum.

sempat lagi posing time cari bunga untuk buat gubahan.


semalam blogspot buat hal! ramai yang merungut post hilang, komen hilang. saya punya komens pun hilang.

takpe, yang patah tumbuh yang hilang post la entry baru yer kawan-kawan




kekadang busy tahap dewa kekadang free tahap dewi (70% preparation done!) harapan agar semuanya berjalan dengan lancar,amin.



Friday, May 13, 2011

beriadah di nasi ulam cikgu

assalamualaikum.
good morning..hari ni nak cerita pasal nasi ulam.biasalah,saya ni anak jati kelate.so,ulam dan budu memang tak boleh dipisahkan.what?kamu makan budu?ya,memang saya makan budu! masa saya belajar dulu,ramai kawan-kawan tanya saya pasal budu.dorang macam tak percaya yang saya ni makan budu!! mungkin dorang fikir yang budu ni hanya golongan makciks and pakciks jer yang makan.no no no salah tu!

ulam,budu,tempoyak,memang tak boleh dipisahkan seperti irama dan lagu.percayalah! tapi,saya tidaklah makan hari-hari.seminggu sekali macam tu jelah sebab nanti perut meragam *saya mempunyai sejenis urat perut yang sangat sensitif *


yang kat dalam tuh bilik aircond dan biasanya tempat tuh full booked.best duk dalam tuh,semua orang served,sejuk plak tuh.tapi saya ni orang biasa-biasa jer,duk kt luar pun kenyang jugak.tak gitu?




sekali tengok macam pasar pagi tapi 2x tengok,bukanlah! memang ulam dia banyak choice.siapa yang tak makan jenis pucuk-pucuk,boleh ambik yang jenis buah.yang jenis celur pun ada.



bergoreng,berasam pedas,berkari,bersinggang semua ada tapi fokus utama saya adalah ikan keli goreng.sangat sedap.kalau siapa yang tak makan ikan keli,cubalah rasa.daging dia seakan daging belut camtuh.yer,saya makan belut! *paprik belut yang nyum nyum*



 my bro + my sis makan dengan tekun sekali.




my lil sis and i.saya rasa macam muka saya bulat jer.


bulat ker? saya sokmo koya gemuks tapi sekeping gituh jugak,huwaaa


  • 4 orang makan tapi 5pinggan nasi,lebih kurang rm27. puas hati sebab kenyang!
  • budu tuh masin tapi bila campur lada burung,asam limau,tempoyak, jadi secukup rasa.

Wednesday, May 11, 2011

sukanya bila si dia ceria

assalamualaikum

selamat pagi semua.hari ni saya nak bercerita tentang saya sangat suka bila si dia ceria !! kalau dia nangis,saya pun rasa ceria jugak.siapakah gerangan orangnya?

                                               

                                               ...jeng

                                          





                                              ...jeng



                                         

nik naylidia qistina




dah buka mata pun




eh,dah nak meniarap ek?




eh,dah pandai senyum ek?



*budak comel ni baru saja berusia 9 hari
*anak buah-buahan saya yang ke6 tapi ini gegirl yang pertama
*anak sulung kepada abang saya.
*dah 3x pergi tengok dak comel ni tapi xpenah dukung dia sebab:  
   taim g dio sokmo tido!
*nanti dah besar sikit,jangan lupa pakai baju yang cikji and uncle  
   beli ek.



p/s: credit pic to my kak ipar fb  ^_^






Tuesday, May 10, 2011

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

masa duk godek-godek blog tertiba jumpa satu segmen khas yang bertujuan untuk para bloggers saling kenal dan membantu antara satu sama lain terutama bloggers yang masih baru macam saya.  Segmen Khas Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru dicetuskan oleh ar-rifke.com.jom join ramai-ramai !!!


1) Berapa lama dah blogging.
 ~ 32 hari


2) Kenapa suka blogging.
 ~ mengisi masa lapang seperti padang jarak padang terkukur.
 ~ minat menulis,dari kecik nak jadi wartawan tapi x kesampaian.
  

3) Blog kamu mengenai apa.
 ~ kisah hidup.

4) Harapan dalam dunia blogging
~ semoga jemari pantas menari seiringan dengan idea di minda.

Saturday, May 7, 2011

beriadah di kedai kuning pokok ceri


ini bukan main-main tapi inilah kenyataan.kedai tu memang bernama kedai kuning pokok ceri sebab kedai tu memang berwarna kuning dan terdapat sepohon ceri yang rendang dan tersangatlah cantik.masa pergi aritu lupa nak snap pic kdai dia,next time i'll ok.tujuan utama ke sana adalah untuk makan-makan dan tujuan kedua untuk balas budi baik budak 2 orang yang telah melipat-lipat kad kahwin kami. "buat baik dibalas baik,buat jahat biarlah Tuhan saja yang balas" siapalah kita nak menghukum sesama manusia,tak gitu nyah??


mukadimmah bersama penaja.
kami bakal pengantin yang malas nak hitung hari,
nanti makin hitung makin nervous la wei.
kalau tak percaya,cuba lah.





bila dah siap pilih seafood terus ambil ulam.terlupa nak snap pic bersama seafood sebab saya sangatlah leka memilih udang sebab dari hari tu lagi terbayang udang celup tepung nyum nyum..bersama my sis yang teruja memilih ulam dan yang my sis ambil itu adalah favourite my hero iaitu kacang yang berbotol-botol.*patutla dinamakan kedai kuning,kerusi pun kuning*



steambot yang sangat la sedap.cukup untuk 4 orang makan sekadar untuk alas perut jer untuk tunggu makanan lain sampai.tapi saya sokmo frust bila makan steambot kat sini sebab kangkung sokmo abih.maybe semua kangkung kena makan dengan kura-kura yang kelaparan di musim kepanasan kot.*patutlah dinamakan kedai kuning,semua pinggan pun kuning*




*patutlah diberikan nama kedai kuning,kucing yang terbuang pun berwarna kuning*
 ~meow meow ~



dimana-mana saja ada paparazzi
menci tau,nak makan pun xsenang T__T




mamarazzi bersama menu pada malam itu.
sotong + udang celup tepung, sotong berempah, ikan + sotong bakar
ulam-ulaman, tempoyak, sambal belacan dan lain-lain


orang area Kota Bharu pasti tahu lokasi kedai ni iaitu berdekatan dengan Wakaf Che Yeh (WCY).so, kalau nak pergi kena pandai memilih waktu sebab nanti jalan confirm jem dan tersangatlah jem sebab ramai yang nak pergi membeli dan membelah di WCY.hari tu kami pergi lepas magrib, jalan pun ok lagi dan yang pastinya lauk pauk juga masih banyak pilihan.ni kali berapa ntah kami makan ikan bakar kat sini, selesa kat sini sebab makanan dia tidaklah mahal sangat,standard hargalah dan yang pastiny sedap.service pun ok cuma haritu nasi lambat sampai jer.tapi tidak mengapa,janji sampai.


mo0d: bakal pengantin yang dalam kesibukan sikit-sikit sebab dalam proses bagi-bagi kad jemputan.persiapan yang lain so far, Alhamdulillah masih dalam keadaan terkawal.
          


 ~~bilalah berat badan aku nak naik ni,hukhuk :(



Tuesday, May 3, 2011

sehari di pulau perhentian

ingat tak zaman sekolah dulu cikgu selalu cakap,rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari..eh,apa kaitan pepatah tu dengan entri pulau ni?? selingan sikit supaya sel-sel otak kita selalu berfungsi,nanti duk berkarat kat situ,diri sendiri jugak yang susah.tu pasal mesej asyik duk pending jer kan..jom layan gambar dibawah ~




geng kapak ketika dalam perjalanan
mood: happy + sleepy *dah lama tak bangun kul 6pg*




geng kapak dah sampai kt jeti Kuala Besut




geng kapak dah bersedia nak belayar,jom!




peace no war




geng kapak mandi dengan riang gembira




terima kasih daun keladi, ada peluang nanti kami datang lagi.




snorkling *sian ikan,semua kebulur duk rebut-rebut roti*



  geng kapak la sangat

 *berjam duk berendam,bila naik ke darat,lapar tahap dewa semua
 *time balik semua lena dibuai mimpi
 *abis lenguh badan sebab asyik berenang.sila percaya kami pandai berenang!
 *berlakunya kehitaman,kegelupasan dan keletihan.
                                 



lagi beberapa hari lagi aku nak kawen tp sempat lagi pergi ambik angin.tak mengapa,sambil hilangkan stress yang bakal muncul nanti.so far,persiapan 50%.yang lain masih dalam proses.kekadang rasa berdebar,kekadang rasa macam tak percaya "eh,betul ker aku ni dah nak kawen"kekadang tak rasa apa-apa weii seperti aku dibius cinta,hihi.


tapi itu semua adalah perkara normal bagi bakal pengantin.setiap orang akan merasai semua itu,mungkin cara mereka berbeza.besok nak keluar pergi cari barang-barang untuk hiasan hantaran.separuh dah beli,tinggal separuh jer lagi.saya decided untuk buat hantaran sendiri even diri ini tidaklah kreatif pun.saya merajinkan diri tengok contoh hantaran kat buku,cari kat internet tp tidaklah copy paste.sekadar ambik inspirasi dan cara buat gubahan dengan betul.masa majlis tunang dulu pun saya buat sendiri jugak,saya bukan melakukannya sendirian tapi dibantu my sis.kalau sorang,comfirm saya dah tempah.gua tak berani der buat sorang nanti tak pasal-pasal hiasan hantaran jadi hiasan pulangan,hakhak.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...