Friday, November 13, 2015

Majlis doa selamat sempena Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama mencutikan diri dari blogging akhirnya aku munculkan diri. Memang betul orang cakap, blogging ni jugak memerlukan mood. Bukan main hentam keromo je taip entry. Ni cerita 3 weeks ago rasanya. Rumah kat kampung ada buat majlis kesyukuran sikit. Kali ni special sebab ada gulai kambing mbekkkk.

Sorry aku tak makan kambing. Alkisahnya masa tu aku kecik lagi dalam darjah berapa ntah. Darjah 3 camtu lah kot. Rumah nenek aku buat majlis makan-makan. Sembelih kambing lepas tu bila gulai semua tu masak, aku makanlah. Tapi aku takleh telan sebab dia punya bau tu Ya Allah punyala haiiii.

So, sampai sekarang aku takleh makan. Kekadang daging lembu import pun berbau ala-ala kambing jugak. Memang aku takleh telan. Nenek aku pun sama jugak. Aku ni menurun dia lah kot gamaknya. Haritu masa majlis kesyukuran ni buat 2 jenis. Kambing ngan lembu. Dorang masak kambing dulu lepas tu terus gulai  daging lembu. Means dorang tak basuh bekas tu.

Masa gulai lembu tu hampir masak dorang suh nenek aku try. Nenek aku cakap bau kambing ni. Bakpo? Geng suka kambing duk cakap takde bau pun.

Aku pun  kata, 

Takpo mek, mari ore try pulok.

Erm erm lah bau kambing, huhu. 

Tapi takde lah kuat  sangat. Lite lite gitu je baunya.







Gulai daging embekkk




Ayam kicap.




Acar timun rapuh kruk krak




Dessert
1. Pulut panggang
2. Tepung bungkus
3. Watermelon
4. Papaya


Satu lagi tertinggal nak snap, sambal belacan ma aku.
Ya Allah punyalah sedap!





Layan diri. Buat macam buah sendiri.Tetamu kenyang, kita sebagai tuan rumah pun happy.


Okbai!

Saturday, August 22, 2015

Agar-agar Jelly Berkastard.


Sumpah sedap giler. Rasa lemak susu cair lepas tu wangi kastard lagi. Bau esen vanilla lagi.
Perghhh sodap bang ang!



BAHAN-BAHAN:

agar-agar 20g
3 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1/3 cawan susu pekat
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu kecik esen vanilla
sumi/jelly

CARA-CARA:
1. Panaskan air hingga gelegak, masukkan agar-agar hingga hancur dan masukkan
 gula + susu cair + susu pekat.
2. Bancuhkan tepung kastard dengan air hingga adunan menjadi cair.
3. Bila gelegak masukkan kastard + esen vanilla.
4. Kacau adunan dan masukkan dalam bekas acuan.
4. last sekali baru masukkan sumi/jelly.



Selamat mencuba.
Okbai!

Friday, August 21, 2015

Agar-agar santan gula melaka


Kalau pergi bazar Ramadhan selalu je aku tengok agar-agar ni. Kekadang MIL aku ada beli. Boleh tahan jugak sedapnya. So haritu try lah buat. Tu pun sebab ada lebihan santan dari makan pulut durian. Hihi. 



BAHAN-BAHAN:

agar-agar 25g
5 1/2 cawan air
1 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan gula
sekeping gula melaka
1 biji telur

CARA-CARA:
1. Panaskan air hingga gelegak dan masukkan agar-agar hingga hancur.
2. Santan dipukul bersama dengan telur.
3. Masukkan adunan santan + gula + gula melaka dan kacau hingga mendidih.
4. Tuangkan dalam aduanan. Siap!

Selamat mencuba.
Okbai!


Meroti canai.


Rutin hari Jumaat macam biasa. Bangun pagi mendobi jelah. Biasanya 1 bukit jer tapi minggu ni 2 bukit baju kotor. Lepas tu ajak laki den pi makan rati canai kosonggggg. 


Pebret dulu kini dan selamanya.
Teh ais satuuuu.

Kalau overdose minum mula rasa macam tak sedap badan.
Hangin je rasa. Hangin dalam pewot yer.
Bukan hangin makin hamun orang. Huhu

Sebab tu kekadang skip jugak sehari. Tahan napsu. Esok minum lagi. Lusa minum lagi. Tulat tu skip. Lepas tu minum lagi. I kennot tahan. 




Jemput minum ^___^


Yang kuah campur den punya.
Kuah dal laki den punya.



Abe Mat Kedai Kopi. 
Port ujung minggu aku laki bini. Dekat je ngan umah aku. Merempit 5mins je.



Total : RM5

Roti canai kosong - 2
Teh o ais - 1
Teh ais - 1

Okbai. Happy Friday !

Tuesday, August 11, 2015

Raya kan sebulan

Assalamualaikum.

Setelah 2bulan menyepi im back! Lama giler aku tak blogging. Nak buek camno keadaan tak mengizinkan. Bulan puasa haritu lagilah takde masa. Aku sebenarnya tak puas lagi beraya. Raya haritu macam sekejap je. Tak tahu sebab kita raya hari jumaat ker. Masa jadi singkat kan. Tahun ni kita #teamrayakampungsuami.

Tahun ni aku macam lebih cool down je. Takde nak rushing balik kampung aku. Relaks je. Faktor usia gamaknya haha. Pagi tu balik kampung laki aku. Beraya dalam 2 buah rumah. Lepas jumaat dah sampai Machang. Gitulah kalau dekat kan. 



Tahun ni theme grey. Sebenarnya ada cerita sedih disebalik baju raya aku. Tapi malaslah nak cerita kat sini. Aku pakai je pagi raya tu. Nasib baik sedap pakai. Baju tu pun dapat 2hari sebelum raya.



6 jenis je biskut raya kat umah ma aku. Yang kalerful tu semua berisi dengan kudapan. Kekacang, popia, kerepek dan sewaktu dengannya. Coco crunch pun ada tau, hihi. Walhal banyak lagi jenis balang tapi aku sengaja ambik yang ma aku baru beli kihkih. Lagipun tu bekas plastik. Kalau terjatuh dek bebudak pun takpe.



Uniform raya ke 2. Aku laki bini sarung baju tahun 2012 rasanya.
Sedang elok je muatnya. Aku jarang baju raya berpasang2. Biasanya 2 pasang je. Tahun ni sepasang je. Busy punya pasal. Selipar raya pun pergi cari sehari sebelum raya. Nasib ada yang berkenan tapi yang tinggal pun sample punya. Aku rembat gak sebab bekenan punya pasalkan. Huhu.


Moh ler kita pergi beraya. Aku adik beradiks. Aku terlindung di sebalik watermark. Muka macam mak lampir. Kasi katup jelah haha.



Rumah pertama. Mache - Tanah Merah hampir sejam. Kebulur sensorang. Mengadap nasi dagang.
Rumah ke2 katup. Mak sedara aku pergi rumah anaknya.
Rumah ke3 lupa nak snap gambar. Rakus makan satey haha.



Tahun ni busy carik duit lebih. Macam tahun lepas aku jual biskut. Alhamdulillah tahun ni capai target yang aku nak. Aku bukan buat sendiri tapi aku jadi agent je yer.  



Lepas tu tahun ni up satu produk baru. Popia nestum hihi. Tahun lepas buat untuk makan je. Tahun ni adik aku pun tak kije. Aku pun ajak dia mengulung popia. Alhamdulillah sampai sekarang pun ada lagi yang order. 

Btw selamat hari raya.
Maaf zahir batin.

Okbai!

Friday, May 8, 2015

Membahang

Cuaca sekarang ya ampun. Panassss. Pagi petang siang malam tengah malam memang panas. Tidur pun tak berapa nak lena sangat huhu. Kalau hari cuti memang pulun mandi. Hari bekerja sabar jelah. Duk lam aircond pun boleh berpeluh. Nak wat camne aku kije bukan duk statik je tapi fleksibel. Pepaham jelah. Kejap sana kejap sini. Kejap bangun kejap duduk.

Aku ni memang spesis kurus cekeding tapi aku jenis yang cepat berpeluh. Tapi alah kepada sejuk. Kalau aku cakap aku sejuk, maknanya memang sejuk aku tu sampai ke tulang sumsum lah.

So sekarang ni gi keje pakai baju pilih2 fabrik lah jugak. Biar tak cantik asal selesa menyerap peluh. Pakai tudung pun pin depan sebab senang nak kipas-kipas tudung bagi angin masuk, kahkah. Dah macam makcik jual goreng pisang pun ado -_-"

Okbai!


Saturday, March 28, 2015

blog ku semakin usang di mamah usia

Kalau blog ni sejenis rumah confirm penuh ngan anai-anai. Lepas tu mereput lepas tu roboh. Nasib baik blog aku masih berdiri dengan betul tanpa sengetnya walaupun kekadang owner dia senget benget haha.

Hadoii lama giler tak update. Kalah orang berpantang. Maklumlah usia makin tua. 5 MAC aritu genap 28 tahun. But issokay, umur hanya sekadar angka. Yang penting jiwa masih muda remaja, gittewww. Kekadang orang tak caya aku dah 28 tahun, tapi aku sendiri pun kekadang tak caya jugak haha.

Life sekarang lebih kurang je ngan sebelumnya. Masih lagi berdua. Bulan 6 nanti genap ulangtahun ke 4. Alah bisa tegal biasa. Lepas tu masih lagi bizi ngan kerja yang tak pernah habis. Cuma sekarang lebih terkawal. Sedaya upaya siapkan kerja kat tempat kerja. Adalah jejarang kena bawak balik umah terutama time hujung bulan.

Sebab konsep aku sekarang, rumah adalah tempat untuk aku berehat dan siapkan kerja kat rumah yang bertimbun likes mendobi, kemas rumah, masak lepas tu golek-golek depan tv.. Jumaat sabtu pun sama. Tapi wiken more to family activity. Balik umah ma ayah  aku lepas tu merendek bersama suami, pergi makan mee celup, minum coconut shake, goreng pisang, keropok lekor. Shopping barang dapur :)

Enjoy your wiken. Esok dah keje.

Okbai!






Monday, February 9, 2015

28 tahun dan kisah penjagaan muka


Tahun ni dah 28 tahun. Kulit muka pun dah ke arah tua tua. Kusam pulak tu T__T
Aku perasan semua tu. Zaman belajar adalah zaman paling cun aku *matiklah* 
Hujung rambut sampai hujung kaki. Memang aku jaga bebetul. Sebabnya zaman belajar adalah zaman yang banyak relaks but at the same time zaman yang paling biziii. *Time assemen bertimbun ngan time exam je* Kihkih.

Masa belajar dulu, aku stay kolej. Fac aku pulok belakang tu jer. 7mins jalan kaki dah sampai. So habis je kelas, masuk bilik. Belek2 muka. Memalam sambil layan tenet, belek muka. Sebelum tido tepek tu tepek ni kat muka. Sapu loysen sana sini. See rajin giler. Tapi itu dulu. Sekarang dah takde semua tu. Cuci muka pun kekadang je. Sapu bedak pun kekadang je. Dah bertahun aku beli bedak tu. Tak luak luak. Agaknya dah expired kot.

Aku dari dulu lagi pencinta Safi. Jaman sekolah lagi. Try gak pencuci muka lain tapi rasa macam tak rasi je. Back to Safi jugak.


See, macam dah bekerak aku punya pencuci muka. Nampak sangat. Tapi bila aku perasan muka aku makin kusam, sedikit rajin untuk aku cuci muka. Yang besar tu pelembap, yang kecik tu krim.

Bila orang tanya aku, pakai pencuci muka apa?
Aku jawab Safi.

Mesti dorang akan tanya, tak kering ke kulit muka?
Beberapa orang jugaklah yang tanya. Kalau dulu tak, tapi sekarang yes. Dats y aku beli pelembap.Huhu.
Tapi tu lah, kekadang tepek kekadang tak. Lepas tu bau dia wangi sangat. Kalau terdesak boleh buat loysen nih.



Taraaaa ni alat mekap aku. Bedak ngan liptik je nyah. Kahkah.
Aritu aku ada jugak eyeliner tapi aku dah buang. Dah 4tahun gamaknya tapi tak habis-habis jugak.
Ke tong sampah lah jawabnya.



Ini pulak isinya. Dah tahap nazak dah aku punya span tu. Bedak tu pulak rasanya dah berumur lebih kurang 2tahun lebih. Perlu ke aku buang bedak tu?? Rasanya macam perlu je -_-"

Liptik tu pulak adik aku bagi. Aku suka pakai sebab dia lebih kepada lipbalm. Nampak tak putih putih kat tengah liptik tu? Itu lam pelembapnya. merahnya tidok seberapa. Lite lite sajer. Aku suka.

Sebenarnya rasa macam nak beralih kepada set penjagaan muka yang lain. Rasa macam nak try Safi Rania Gold je, kehkeh. Bukan sebab terpengaruh ngan Nora Danish yer tapi sebab rasa diri ini semakin tua, 
uhuk uhuk. Tengoklah dulu caner, kita fikir-fikirkan.

Okbai

Saturday, February 7, 2015

Resepi apam gula hangus


Apam gula hangus setinggi gunung.
Boleh buat stock untuk seminggu ni.
Dah lama save resepi ni. Tak sesia aku join group resepi ringkas. Hihi.
Nak nak lagi bila aku jumpa acuan idaman yang kaler biru.
Lagilah membuak-buak nak buat kek.
Now lam kepala nak buat apam susu pastu topping ngan coklat, kompen laki aku suka.
Dia rikues nak kek coklat, aku malas nak buat,hihi.
Takpe nanti aku buat apam susu, aku siram je apam susu dengan topping bia jadi rupa kek coklat.





Kek ni memang naik tinggi giler, Terkezut gak aku. Tu aku guna acuan biru yang besar yer.
Tapi kalau compare dengan kek gula hangus, aku lagi suka kek gula hangus sebab lembab, manis manis susu, rasa marjerin sikit. Yang apam ni dia gebu kering. Geng makcik makcik kompen suka. Pekena dengan Teh O sedap ni. Hihi.

Tapi bila dah siap dia punya adunan, bau sebijik macam Kek gula hangus, adunan pun cair camtu gak.
Kat bawah ni dia punya resepi ye. Aku malas nak salin.
Aku screen shot je yang dalam pesbuk punya.





Cuma bezanya, aku guna mixer. Fobia nak buat kek guna blender - takut bantat. 
Tepung pun aku tuang camtu je, tak ayak. - Pengayak takde.



Ni contoh periuk kukusan yang aku guna, bertingkek -tingkek.
Aku guna setingkat je. Takde keberanian nak guna 2 tingkat sekaligus.
Kecuali wat puding gula hangus. Kalau wat kek memang aku guna setingkat je.

Kat bawah tu mixer, Lepas guna simpan lam kotak balik, kihkih.
Bukan apa, takde tempat nak letak.
Next target nak beli oven plak, senang nak wat pizza.
Amboi kemain angan-angan. Pepagi sikit lagi kita makan pizza lah yer.

Okbai


Resepi puding coktail berkastard



Resepi mudah lagi senang lenang.
Kat bawah ni antara bahan-bahannya yer.

Agar-agar tali 25g
6 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sudu tepung castard.
coktail (ikut suka nak letak banyak mana)


* details step ada dekat pic paling bawah ye.


Coktail tu aku beli setin tapi ada dalam 4kali boleh buat.
Naik muak jadinya nak perabiskan coktail tu.
Nasib laki aku suka makan, Huhu.






Panaskan air dulu.
Sebab tu dulu aku pernah cerita yang aku suka beli senduk kayu.
Salah satu sebab untuk mende2 camni lah :)



Make sure kepuk telur dulu biar betul2 berbuih lepas tu baru masukkan kastard.


Hasil tu aku dapat 2 acuan. Puas makan.
Yang acuan biru tu ayang acuan kecik punya.

Kat bawah ni details.
Selamat mencuba :)



posted from Bloggeroid

Friday, January 16, 2015

Tahun baru Umur baru.

Bagi aku kalau dah masuk tahun baru, umur pun bertambahlah 1 angka krikk krikkk. Bila dah sedar diri ni makin tua, secara tak langsung akan ada target yang harus dicapai. Tutup buku lama, buka buku baru sebab umur baru, gitewww.

Dah masuk tahun ke 5 aku berblogging. Tanpa aku sedar sebenarnya tu. Apa yang aku merepek selama bertahun-tahun tu aku pun tak tahu  -_-"

Bila dah masuk umur 28 ni, ada perkara yang aku kena kurangkan, ada perkara yang aku mesti tambah. Ikut kewajaran yang selaras dengan umur. Kita mula yang positif dulu ye.

+  Bangun awal pagi
+  Ikhlas dalam segala hal


- Kurangkan pekena teh susu (angin weh)
- Kurangkan bercakap tapi banyakkan menulis.

Mampukah aku?
Lebih-lebih lagi tang kurangkan bercakap.
Kahkhak.

Okbai!




Friday, January 2, 2015

Peluang interview ke 2 SPA : Pegawai Penguatkuasa Gred N41 KPDNKK

Entry tahun setelah sekian lama menyepi. Rindu blog sendiri. Namun apakan daya banyak menda nak kena setel, banyak menda nak kena pikir, banyak benda nak kena hadap. Tapi sampai bila??

Ini kali kedua SPA panggil. Yang 1st time boleh refer--->  ENTRY INI.
Entry yang tu pun separuh jalan je, pics ada tapi tak sompek nak menaip. Tapi kalau korang bertanya apa-apa, Insyaallah aku akan reply kat ruangan komen yer. Share yang mana patut, kongsi pengalaman yang secuit katakan.

Yang Imigresen KP27 aku fail ujian fizikal. Mata rabun. Berat tak cukup pejam mata je sebab berat biasalah ada turun naik. Tinggi 154 ok takde masalah. Tapi kalau tinggi tak cukup memang peluang tu tipis ye. Aku tengok ada orang jual ubat tinggi kat ig. Berkesan ke?? *garu kepala tak gatal*

Dan itu juga merupakan 1st pengalaman dengan SPA ni. Secara jujurnya aku baru je isi SPA dalam bulan 10, 2014. Tetiba rasa nyesal, nape aku tak isi dari dulu ye? Nape aku tak isi lepas grad, tahun 2010 dedulu? Nape 4 tahun kemudian baru isi, persaingan makin sengit baru nak isi, bravo cikji bravo -_-"

But issokay, even nasi dah menjadi bubur pun harus pikir positif. Ada hikmah di sebalik semua tu. So, aku isi bulan 10, bulan 11 SPA panggil. Aku macam sedikit terkejut sebab macam eh cepatnya dia panggil, gittewww.

Bila kali pertama attend ujian fizikal haruslah ada cacat celanya dari diri sendiri. Aku pergi dengan pakaian yang digariskan. Berkasut sukan, berstokin, berbaju sukan. Ok tang tu takde masalah tapi aku tak bawak pun surat tawaran tu, hahaha. Surat tu sampai kat kg aku, aku tak balik. Email pun aku tak print out tapi nasib baik bawak tepon. Aku buka email dengan tepon lah tunjuk kat pegawai tu hekhek. Tapi takpe. dia just nak make sure kita tak tersilap tarikh ngan tempat je. 

Learn from the mistake.
Take note!

Eh lupa nak cite, ahkak ngan abeng Imigresen semua bebaik je haritu :)

Siap bagi support lagi, jangan putus asa, nanti cuba lagi ye.
Lepas tu dorang siap cakap lagi kamu semua bertuah sebab kali ni ujian fizikal camni je. Yang sebelum ni kita terpaksa sewa stadium sebab kena berlari, tubi tak tubi semua ada. Sekali masuk dalam tu dalam 8 orang calon camtu. So nebes tu kureng lah sikit.


Yang timbang berat aku lagi lah.

Dah makan nasi belum ni?
- Belum.

Oh patutlah berat takat ni je.
- Kalau makan nasi pun berat takat ni jugak

Ooo kalau camtu makan sekali ngan pinggan terus jelah
-  Hahaha gelak berjemaah.





Lebih kurang lepas seminggu aku attend ujian fizikal ni, aku tengok SPA update yang dia cakap 'Melepasi syarat-syarat yang telah ditetapakan untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa'. Dekat sebulan baru dapat email yang kat atas tu.

Aku sebenarnya sedikit down. Rasa macam malas giler nak pergi. Sebab aku tahu aku akan fail kat mata. Kenapalah SPA panggil aku untuk jawatan yang ada ujian fizikal ni, kenapa, kenapaaaa tapi aku bermonolog dalam hati jelah, hihi. Tapi fikir punya fikir, support dari orang tu orang ni, aku kena pergi. Tak semua orang dapat peluang macam aku. Maybe ramai lagi orang kat luar sana yang ternanti-nanti, kenapa aku yang dapat ni tak nak pergi?

Peluang datang bukannya selalu, tanpa usaha sampai bila-bila kita takkan berjaya. Berjaya fail tu belakang kira. Janji kita usaha. Betul tak? Sekurang-sekurangnya untuk kali ke2 ni aku dah ada pengalaman, kena lebih bekerja kuat untuk mata terutamanya, lepas tu surat tawaran pun aku dah print out sesiap. Kata orang lebih bersedia mental fizikal compare yang haritu.

Sebenarnya bulan 10 haritu pun aku kena attend interview jugak tapi aku terlepas pandang, hadoi sedikit menyesal. Orang PTPTN siap kol lagi tapi terlepas pandang jugak, email walhal hehari duk kat tangan sebab via phone kan tapi tak bukak. Siap termimpi-mimpi lagi dapat peluang ke2 tapi mainan tido je semua tu. Malas nak pikir banyak, think positif jelah. Maybe orang diluar sana lebih memerlukan keje ni kot, yang menganggur, yang baru grad, aku sekurang-kurangnya dah ada keje. Gitteww jelah yang mampu walhal itu ayat pujuk diri sendiri namanya, hahaha.

Okbai.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...