Friday, January 2, 2015

2015. Peluang kedua dengan SPA

Entry tahun setelah sekian lama menyepi. Rindu blog sendiri. Namun apakan daya banyak menda nak kena setel, banyak menda nak kena pikir, banyak benda nak kena hadap. Tapi sampai bila??

Ini kali kedua SPA panggil. Yang 1st time boleh refer--->  ENTRY INI.
Entry yang tu pun separuh jalan je, pics ada tapi tak sompek nak menaip. Tapi kalau korang bertanya apa-apa, Insyaallah aku akan reply kat ruangan komen yer. Share yang mana patut, kongsi pengalaman yang secuit katakan.

Yang Imigresen KP27 aku fail ujian fizikal. Mata rabun. Berat tak cukup pejam mata je sebab berat biasalah ada turun naik. Tinggi 154 ok takde masalah. Tapi kalau tinggi tak cukup memang peluang tu tipis ye. Aku tengok ada orang jual ubat tinggi kat ig. Berkesan ke?? *garu kepala tak gatal*

Dan itu juga merupakan 1st pengalaman dengan SPA ni. Secara jujurnya aku baru je isi SPA dalam bulan 10, 2014. Tetiba rasa nyesal, nape aku tak isi dari dulu ye? Nape aku tak isi lepas grad, tahun 2010 dedulu? Nape 4 tahun kemudian baru isi, persaingan makin sengit baru nak isi, bravo cikji bravo -_-"

But issokay, even nasi dah menjadi bubur pun harus pikir positif. Ada hikmah di sebalik semua tu. So, aku isi bulan 10, bulan 11 SPA panggil. Aku macam sedikit terkejut sebab macam eh cepatnya dia panggil, gittewww.

Bila kali pertama attend ujian fizikal haruslah ada cacat celanya dari diri sendiri. Aku pergi dengan pakaian yang digariskan. Berkasut sukan, berstokin, berbaju sukan. Ok tang tu takde masalah tapi aku tak bawak pun surat tawaran tu, hahaha. Surat tu sampai kat kg aku, aku tak balik. Email pun aku tak print out tapi nasib baik bawak tepon. Aku buka email dengan tepon lah tunjuk kat pegawai tu hekhek. Tapi takpe. dia just nak make sure kita tak tersilap tarikh ngan tempat je. 

Learn from the mistake.
Take note!

Eh lupa nak cite, ahkak ngan abeng Imigresen semua bebaik je haritu :)

Siap bagi support lagi, jangan putus asa, nanti cuba lagi ye.
Lepas tu dorang siap cakap lagi kamu semua bertuah sebab kali ni ujian fizikal camni je. Yang sebelum ni kita terpaksa sewa stadium sebab kena berlari, tubi tak tubi semua ada. Sekali masuk dalam tu dalam 8 orang calon camtu. So nebes tu kureng lah sikit.


Yang timbang berat aku lagi lah.

Dah makan nasi belum ni?
- Belum.

Oh patutlah berat takat ni je.
- Kalau makan nasi pun berat takat ni jugak

Ooo kalau camtu makan sekali ngan pinggan terus jelah
-  Hahaha gelak berjemaah.





Lebih kurang lepas seminggu aku attend ujian fizikal ni, aku tengok SPA update yang dia cakap 'Melepasi syarat-syarat yang telah ditetapakan untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa'. Dekat sebulan baru dapat email yang kat atas tu.

Aku sebenarnya sedikit down. Rasa macam malas giler nak pergi. Sebab aku tahu aku akan fail kat mata. Kenapalah SPA panggil aku untuk jawatan yang ada ujian fizikal ni, kenapa, kenapaaaa tapi aku bermonolog dalam hati jelah, hihi. Tapi fikir punya fikir, support dari orang tu orang ni, aku kena pergi. Tak semua orang dapat peluang macam aku. Maybe ramai lagi orang kat luar sana yang ternanti-nanti, kenapa aku yang dapat ni tak nak pergi?

Peluang datang bukannya selalu, tanpa usaha sampai bila-bila kita takkan berjaya. Berjaya fail tu belakang kira. Janji kita usaha. Betul tak? Sekurang-sekurangnya untuk kali ke2 ni aku dah ada pengalaman, kena lebih bekerja kuat untuk mata terutamanya, lepas tu surat tawaran pun aku dah print out sesiap. Kata orang lebih bersedia mental fizikal compare yang haritu.

Sebenarnya bulan 10 haritu pun aku kena attend interview jugak tapi aku terlepas pandang, hadoi sedikit menyesal. Orang PTPTN siap kol lagi tapi terlepas pandang jugak, email walhal hehari duk kat tangan sebab via phone kan tapi tak bukak. Siap termimpi-mimpi lagi dapat peluang ke2 tapi mainan tido je semua tu. Malas nak pikir banyak, think positif jelah. Maybe orang diluar sana lebih memerlukan keje ni kot, yang menganggur, yang baru grad, aku sekurang-kurangnya dah ada keje. Gitteww jelah yang mampu walhal itu ayat pujuk diri sendiri namanya, hahaha.

Okbai.





1 comment:

  1. huaaaaa tahniah cikji dpt lg panggilan! kita tak dapat yg ni :'( kalau dapat pun tak lepas jugak ujian2 fizikal ni...

    pergi je, tuah tu kita tak tau, good luck tau!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...