Friday, August 30, 2013

rezeki semalam


Assalamualaikum




nasi kukus Zaeman tapi aku aku makan sikit, lupa nak gtau nak kuah nak sikit.
nasib baik ada laki sebagai penyelamat, tolong habiskan.

Demok aku cakap sedap tapi bagi aku ayam goreng dia biasa2 je, tak leh lawan nasi kukus Abe Mie Lundang lagi.
yap tu memang gred AAAAA lah!



neskepi beng kawkaw





Malam tu plok, akak kedai sebelah bagi nasi kerabu. Hah, camne? perut dah kenyang tapi sebab semalam tido lewat, memasing duk ngadap laptop, aku pun tibai makan nasi kerabu ni kul 12 lebih. Lepas tu barulah boleh tido dengan lena :)

Boleh klik sini ---> untuk tahu lebih lanjut pasal digi internet. Aku pun bodband digi jugekkk.

Thursday, August 29, 2013

Edisi pulut durian


Assalamualaikum
Ni semalam punya cerita, picture dah masukkan dalam draft via bloggeroid tapi hari ni baru ada kerajinan menaip. Hari hari seperti biasa, pagi sebelum pergi kerja siapkan anak dulu, oktipu. 

Petang semalam pergi makan charktiow lagi. Sebelum tu round-round beli duyan dulu sebab MIL dah siap masak pulut.



Lelong lelong lelong, 3 suploh 3 suploh



Dap dap, aku beli buah duku sekilo




Ni pun dap jugak tapi tak beli.




Yang ni lagi sedap. Tabur pulok lado burung jeruk, huk aloh!





Buah duku sekilo tak nyempat sampai umah, macam biasa aku laki bini makan dalam kete je.ekeke
Gambar pulut duyan next time kita up yer.
okbai




Wednesday, August 28, 2013

Sambung majlis raya hari tu


Assalamualaikum

Sambungan kisah majlis hari raya harituh. Entry lepas sempat upload pic makanan saje. Aktiviti my students masa haritu, pepagi tu dengar takbir raya. Solat sunat hari raya. Lepas tu masuk playroom, do art and craft. Yang KG1 tak sure la pulok dorang wat apa sebab dorang kat playroom sebelah sana. We ollss yang KGII buat pelita hidup.




Dak dak kelas ai yang kekadang baik hati bak nenek kebayan puteri gunung ledang. Kekadang tidak mendengar kata bak pengawal istana puteri gunung ledang. Ekeke




Lepas siap buat pelita, marilah kita makan. Dorang makan satey, roti cicah kuah kacang, kek, biskut raya. Kenyang.

Lepas tu ada snap pic by class tapi lupolah pulok nak ambik ngan tecer is -_-"



Anak-anak teruna kelas ai. Sebenarnya 4orang je, 2 yang tengah tu class petang. Tapi ajak masuk class sekali sebab duk berasak dalam playroom tu reramai padat, aircond pun dah kemana sejuknya, marilah ke masuk ke class. Sejuk bak air batu sikit :)






Phewittt anak-anak dara ai. 7orang je, selebihnya 5years class petang. Bila masuk tenghari, tudung ntah ke mana dah memasing. Disebabkan ada yang pakai baju sama kaler, marilah kita bertema-tema.




Geng merah-merah delima



Yang ni putih-putih melati.



Pepel pepel si buah manggis



Pinkmu biruku birumu


Tuesday, August 27, 2013

Panas dari dapur


Assalamualaikum

Balik keje tadi terus ajak laki pekena charktiow. Tengahari tadi makan ktiow sup jer tapi kurenggg. Haruslah perut aku mengelegak lapar balik. So, marilah kita menjamu selera.


Ni charktiow kat Peringat, biasanya aku makan kat Angah Charktiow kat ngan kedai aku tapi hari ni bertukar selera jap. Tapi sebenarnya tukang mengoreng tuh merupakan pekerja asal kat Angah Charktiow. Dia benti, bukak kedai sendiri. Lagi masyukkkk.





Udang kecik je tapi kerang besar gilerr. Aku makan 2ketul je, risau takut perut beronak duri. 




Yang paling best sebab kali ni ada lada burung jerukkk, biasanya lada besar tuh je. Dap hangattt.
Lada burung = Cili api.




Balik tuh ternampak ala-ala pesta buah lah pulok. Benti beli rambutan 3kilo 10hengget. 




Tak nyempat sampai umah, atas kete aku laki bini dah makan. Manis giler rambutan kuning nih. Okey, besok boleh beli lagi.


okbai.

Friday, August 23, 2013

Majlis raya


Assalamualaikum

Salam jumaat semua. Hari ni pepagi lagi bangun, lepas subuh tak leh lelap mata dah. Tambah plak ngan hidung selsema soksek soksek. Ishh gangguan tidur je semua tu. So,bangun buat milo panas, sambung bilas kain yang semalam punya. Semalam tak sempat nak siapkan, terlelap Zzzzz. So, harini marilah kita mendobi 2round. Senang hati giler bila tengok bakul kain kosong kosong kosong. Tapi ada lagi saki baki harus yang harus dibasuh guna khidmat berus :(




Okey, semalam ada majlis raya kat tadika. Antara pic makanan yang sempat snap. Tahun ni biskut raya tak semeriah tahun lepas, walhal bebudak makin bertambah tapi kek punyalahhhh banyakkk. Aku rasa, maunya dekat 20bijik.





Kek coklat ni best giler! Antara bebanyak kek, yang ni lah yang paling sedap bagi aku, Moist sangat lepas tu tak manis. Hoiii masih terbayang-bayang lagi kesedapan ni hah. Bawak balik sikit, laki aku pun cakap sedap jugak.





Secara jujurnya aku excited nak makan pavlova buat pertama kalinya dalam hidup. Bila try, rasanya pavlova ni bukan taste aku. So, lepas ni bila tengok pavlova, aku tak perlulah nak terliur bagai, keh keh.





Muffin, snap saja tapi tak try pun. Tapi kengkawan kata sedap.





Ni apa benda ntah lupo tapi ada crackers2 gituh lah kat belakang. Pakej sekali ngan pencicah. Tak try jugak, sebab memang aku kureng jenis benda2 camni. Susah jugek kalau kampung sangat nih.






Hamboii kek coklat ni kemain meriah ngan coklat parut. Aku tak rasa jugek. Tak sempat nak merasa semua, makanan kemain melimpah.






Ni plak port teachers. Potluck lah kita yer. Memacam dorang ni bawak. Agar-agar milo, pandan, cocktail, spagetti Tecer Is aku tak sempat nak merasa. Perut full lagipun bihun goreng yang sememangnya jadi pebret aku pun ada jugak. Nasi himpit, laksa siam, satay. Air laici.





Aku sponser laksa siam, tempah kuah ngan kedai sebelah, laksa mitak tolong Tecer Is belikan. Kuah yang kaler kuning tu lah, kuahnya. Kemain pedas. Dorang cakap best, macam rasa rendang pun ada. Kat tadika, aku makan laksa 2 mangkuk, balik rumah aku makan lagi semangkuk, akak tuh bagi jugak kat mertua aku. 

Giler, perut full ngan laksa je. Lepas jumaat pasnih nak g makan laksa jugak kat umah kawan aku, dah terbayang-bayang laksa penang dah ni. Muka pun dah macam laksa dah ni hah -_-"

Nanti kalau rajin aku up aktiviti bebudak ni, apa dorang buat, apa dorang makan. Yang paling best, baju raya sensorang kemain vogue divas, kalah teachers uollss.

okbai. 


Tuesday, August 20, 2013

Kakak


Assalamualaikum
Harini nak cerita pasal satu-satunya anak sedara pompuan aku nih. Anak sedara aku semuanya ada 7. Tapi dia je yang pompuannya. Insyallah coming soon ada lagi lah yer pompuannya.

Sekarang ni ibu dia peknen,awal tahun depan due. Abang ngan kak ipar aku kalau boleh nak boy lah pulok. Tapi kita tengok pada rejeki lah yer.





Full name dia Nik naylidia qistina tapi kitorang panggil dia nayli. Since ibu dia peknen, tukar jadi kakak lah pulok. So, we olls pun panggil lah dia kakak jugek.


Ibu ngan papa dia suka sangat panggil dia kakakpowww, aku pun tak tahu nape,hahaha. Haritu aku dengan abang aku panggil dia marumaru gituh ada kat belakang. Aku pun cakap, 'Haa, mu panggil anok mu Hagemaru?' Aku dah terbayang muka kucen yang duk hangguk-hangguk tu.

Abang aku cakap, 'Aku panggil dio kakakmaru' Singkatan kepada perkataan saru maru, orang kelate kompem tahu, its mean macam serabut gitulah, haha. Si kakak ni suka sangat buat-buat sibuk, kejap-kejap bukak lemari, buat-buat makan lah. Kalau papa dia makan megi, dia kemain lagi konker megi tuh. Haha




Disebabkan dia ada gelaran Kakakpoww dengan Kakakmaru, dia pun selamber je panggil ibu dia Ibutiiii, papa dia pulok Papatiii. Hahahha sabar jelah.

Baru 2tahun lebih tapi macam budok 3tahun lebih.

Saturday, August 17, 2013

Aidilfitri, hari bahgia #2


Assalamualaikum
Continue entry semalam lah yer. Raya kedua aku adik beradik keluar beraya. Ma ayoh angkut sekali anak dia 7 orang. Lagi 2 orang tak balik lagi time tuh. Dah tu ada sedara yang komplen katanya dah lama adik beradik aku tak datang umah dorang. Okey, moh ler kita serbu yer.



Yer, aku tahu aku makin kurus dan laki aku jugak sedar yang dia makin gemok -_-"


Antara yang masih membujeng, hamboi sesorang tinggi macam galah. Time darurat boleh pinjam wat kait kelapa ni.


Nak jugak


Bersama Hakim comel


Rumah pertama yang dituju adalah umah pak sedara aku kat Tanah Merah. Nasib baiklah dekat je ngan umah aku. Kalau jauh-jauh maybe aku pikir 10x kot nak pergi ker tak, redah jemss.

Ayoh aku kemain bersungguh makan, lontong adalah pebret dia. Lagipun tu rumah adik dia, gasak sajelah. Ker dia menambah haritu, aku pun tak pasan.hihi



Hakim dah memboring duk dalam rumah. Laki aku ambik duk buat ala-ala Superman kemain suka. Well, budak camtu lah.


Rumah ke2, ke3, ke4 langsung tak snap pic. Tapi rumah ke2 nasi ulam budu, rumah ke3 makan satey, rumah ke4 menu paling sedap. Hoih rugi tak snap pic. Bihun sup, lontong, mee goreng, Aku memula bedal mee goreng lepas tu continue makan bihun sup pulak. Terbayang-bayang lagi kesedapan tuh, slurpsss!

Tenkiu kepada mak-mak sedaraku atas jemputan hari raya itu. Moga murah rezeki korang. Next year invite lah kami lagi. Kami suka, hihi

okbai.





Friday, August 16, 2013

Aidilfitri,hari bahagia #1


Assalamualaikum
Rindunya kat blog tapi lagi rindu kat mee kari sedap kt Mache,ekeke. Okey, berbalik kepada cite raya, raya tahun ni rasanya macam kurang je berbanding tahun lepas sebab sebab sebab sebab turn raya tahun ni kat kampung laki aku dulu,kihkih. *ampun bang*

Aktiviti raya tahun ni, dalam  pukul 10 macam tu aku dah start gerak balik. Malam tu aku laki bini macam biasalah tidur kat kedai. Sebelum gerak tu, owner kedai sebelah ajak beraya kat kedai dia dulu. Dia orang Joho, bini dia orang siam, aku dah terbayang laksa siam dia dah, superb! rupanya dia hidang lontong. Laki aku je makan, siap tambah lagi, hover tau! aku memang takleh telan.

Lepas salam raya semua, kitorang terus ke kubur. Melawat kubur arwah FIL aku. Dekat pukul 11. Agak panas jugaklah tapi orang tak putus-putus. 




Kalau aku datang ziarah kubur, aku suka sangat snap pic kubur sebelah ni. Pokok ni bunganya macam burung kaler pink duk bertenggek je,comel. 


Lepas ke kubur terus ke rumah Tokmek Salor. Nenek sebelah my hubs.


Tahun ni tema pepel lah kito yer



Hamboi bang, mat bunga-bunga cinta nampak. Lepas tu beraya ke rumah arwah moyang dia and then ke rumah nenek sebelah laki aku plak.

Dalam pukul 5 baru aku sampai Mache *kampungku syurgaku* Salam ciumcium pipi ngan ma ayoh adik beradik lepas tu pergi umah mek aku plak. Sebelah umah je pun, umah mak sedara aku, sebelah umah jugak *save giler minyak kete* haha.

Lepas tu kita kita santai santai la adik beradik kat umah.


Anak buah-buahan aku yang ke-7


Hakim, jangan nak comel sangat boleh x?
sumpah gggggeram!


Okbai.
Selamat hari raya semua.

Friday, August 2, 2013

balik kampung


Assalamualaikum
Hello korang, dalam mood raya kah semua? Aku tak berapa lagi sebab still mood bekerja. Nanti cuti baru mood raya tu mai. ekeke. Minggu lepas balik kampung. Dalam bulan pose, tu baru aku balik berbuka kat umah. Walhal nak balik hari-hari pun boleh, 30mins jer pun. Tapi tulah, malas. Pukul 9malam aku dah tumbang, camne tu?

Semalam kemain lagi planning.
'Abang,maley ni sy nk makey charkuetiow, maley kakre gerok ek'

kul 11.30, laki pun naiklah kejut

'Bangunlah, kato nok tubik makey"

jawapan aku, erm erm geleng-geleng kepala.

Tapi best, bangun sahur memang aku fresh from oven sungguhlah.



Balik minggu lepas boleh jumpa ngan anak sedara aku yang comel ni. Next year nak dapat adik dah dia. Mulut boleh tahan cerdik. Kalau ibu dia buat pengsan, terus nanges esak-esak sambil panggil ibu ibu. Hahaha drama sangat



Tahun ni beraya ngan rumah sedikit renovate. Ma ngan ayoh aku punya projek raya lah ni. Dengan rasminya jugak bertambah 2bijik lagi bilik kat umah, kesemuanya 9bijik bilik, Dah anak 9 orang. Katanya ma aku biar cukup sorang satu. Ma aku dari dulu lagi sangat pantang kalau anak-anak tidur berterabur kat ruang tamu, aku pun tak tahu nape?? Katanya serabut ngelih. hihi. Ayoh aku bulan-bulan pose bekoje lagi. Tapi time pagi jelah, fresh-fresh lagi.



Balik aritu aku beli air tebu super manis ni. Ma aku pun cakap sedap. Macam letak gula. Manis gilers. Tapi yang pasti ini original punya, dia mesin tebu depan mata ai. 

Jap lagi nak keluar. Yang ni kompem jadi sebab kalau siang hari aku tak tidur dah ekeke.

Dah beli perabot raya ker? Kalau belum boleh intai-intai kat sini yer uolsss.
okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...