Assalamualaikum
Salam jumaat semua. Hari ni pepagi lagi bangun, lepas subuh tak leh lelap mata dah. Tambah plak ngan hidung selsema soksek soksek. Ishh gangguan tidur je semua tu. So,bangun buat milo panas, sambung bilas kain yang semalam punya. Semalam tak sempat nak siapkan, terlelap Zzzzz. So, harini marilah kita mendobi 2round. Senang hati giler bila tengok bakul kain kosong kosong kosong. Tapi ada lagi saki baki harus yang harus dibasuh guna khidmat berus :(
Okey, semalam ada majlis raya kat tadika. Antara pic makanan yang sempat snap. Tahun ni biskut raya tak semeriah tahun lepas, walhal bebudak makin bertambah tapi kek punyalahhhh banyakkk. Aku rasa, maunya dekat 20bijik.
Kek coklat ni best giler! Antara bebanyak kek, yang ni lah yang paling sedap bagi aku, Moist sangat lepas tu tak manis. Hoiii masih terbayang-bayang lagi kesedapan ni hah. Bawak balik sikit, laki aku pun cakap sedap jugak.
Secara jujurnya aku excited nak makan pavlova buat pertama kalinya dalam hidup. Bila try, rasanya pavlova ni bukan taste aku. So, lepas ni bila tengok pavlova, aku tak perlulah nak terliur bagai, keh keh.
Muffin, snap saja tapi tak try pun. Tapi kengkawan kata sedap.
Ni apa benda ntah lupo tapi ada crackers2 gituh lah kat belakang. Pakej sekali ngan pencicah. Tak try jugak, sebab memang aku kureng jenis benda2 camni. Susah jugek kalau kampung sangat nih.
Hamboii kek coklat ni kemain meriah ngan coklat parut. Aku tak rasa jugek. Tak sempat nak merasa semua, makanan kemain melimpah.
Ni plak port teachers. Potluck lah kita yer. Memacam dorang ni bawak. Agar-agar milo, pandan, cocktail, spagetti Tecer Is aku tak sempat nak merasa. Perut full lagipun bihun goreng yang sememangnya jadi pebret aku pun ada jugak. Nasi himpit, laksa siam, satay. Air laici.
Aku sponser laksa siam, tempah kuah ngan kedai sebelah, laksa mitak tolong Tecer Is belikan. Kuah yang kaler kuning tu lah, kuahnya. Kemain pedas. Dorang cakap best, macam rasa rendang pun ada. Kat tadika, aku makan laksa 2 mangkuk, balik rumah aku makan lagi semangkuk, akak tuh bagi jugak kat mertua aku.
Giler, perut full ngan laksa je. Lepas jumaat pasnih nak g makan laksa jugak kat umah kawan aku, dah terbayang-bayang laksa penang dah ni. Muka pun dah macam laksa dah ni hah -_-"
Nanti kalau rajin aku up aktiviti bebudak ni, apa dorang buat, apa dorang makan. Yang paling best, baju raya sensorang kemain vogue divas, kalah teachers uollss.
Nanti kalau rajin aku up aktiviti bebudak ni, apa dorang buat, apa dorang makan. Yang paling best, baju raya sensorang kemain vogue divas, kalah teachers uollss.
okbai.
No comments:
Post a Comment