Saturday, September 20, 2014

Nasi kenduri

Memusim cuti sekolah ni kenduri kendara segenap alam. Yang mana dapat pergi kita pergi je. Yang tak dapat tu, kita doakan dari jauh, gittewww. Aku suka gak makan nasi kenduri ni, bukan apa, aku suka tengok makanan kat tempat orang. Kalau orang kat situ, makanannya jenis camtuh, lauknya camtuh, kat sini camnih camnih. Kalau kenduri kat kampung sendiri dah boleh agak tuan rumah hidang apa. Huhu

Aku jenis suka yang style kampung, pure punya kampung. Ada ulam, budu, sambal tempoyak, sambal belacan. Yang ni kompem terangkat pinggan pergi tambah nasi. Dapnyaaaa. Lepas tu kat lam gulai tu pulok ada buah ara (sila google).

Kalau ada buah ara, memang aku cedok buah ara je. Takde daging pun takpe. Janji ada ikan kering. Very the kampung.






Ni juadah kenduri hari 1 Malaysia. Aku suka yang sambal bilis tu, sedap sangat. Lepas tu dia guna ikan bilis kecik. Lagi bertambah sedap sedap tuh. Nyumsss. Lepas tu yang paling sedap ada macam colek nenas. Aku tak tahu lah nama dia apa, ker memang colek nenas? Aku sedikit jakun sebab kat tempat aku takde menu camni. Masa aku sampai tu, aku tengok sorang makcik tu bedal semangkuk colek nenas ni. Amboiii makcik, ngidam ke apa?? Ekekeke.

Tapi memang sedap! Rasa berselera sikit ada masam masam ni. Tapi yang paling sedap ofcos air sirap. 3 gelas kompem. Panas punya pasal, huhu. 

Okbai!


Thursday, September 18, 2014

button follower hilang

Sebenarnya dah lama button follower aku hilang. Memula lenyap lepas tu timbul balik lepas tu lenyap timbul lastly tenggelam tak timbul-timbul dah. Aku ada baca hilang tu sebab google upgrade pemende ntah. Malas aku nak ambik tahu, huhu.

Takpe, yang penting aku ada tempat nak meneruskan hobi, mengisi masa lapang, even tulis pasal menda yang ntah pape ntah, dah lah banyak syok sendiri huahua.

#sayasukablogsaya
#awaksukablogawak
#gittewww


Okbai!

Monday, September 15, 2014

Sama

Ni pic a few weeks ago. Masa pi pekena nasi ulam cikgu. Bila tengok pic ni tetiba aku rasa muka aku ni macam kopipes ayah aku sangat. Ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasik sendiri. Dalam 9 beradik aku sorang je yang mewarisi kekidalan ayah. Tapi ayah aku terror kira-kira. Aku ngek sikit bab kekira ni tapi kalau kira duit aku suka, huahahaha.



Sian ma aku macam tak rela je bergambar je, tapi memang dia tak rela pun. Kehkeh. Kena paksa ngan anak-anak. Kihkih. Ma aku memang susah sikit kalau di ajak bergambar. Agaknya masa jaman muda mudi dulu jenis kaki selfie ni, so macam dah boring ngan aktiviti camtu. T___T

Ayah pulok mata tengok ke lain, nak wat camne panas ceng ceng weh masa ni. Aku ngan adik aku gak yang menten sengeh. Haha.

Demok aku selalu duk cakap,
sebijik macam ayah, serupa ayah tapi muka jelah. Kuat membebel ikut ma. Hahaha.
Well, dah nama pun pempuan. Kalau tak membebel bukan pempuan namanya tapi perempuan dan dot dot  dot. Alaaa aku membebel bukannya banyak pun, 2 3 kerat ayat je, wat habiskan air liur je kalau potpetpotpet bebanyak ni. Air liur pun habis, penat pun dapat.So, kita ambik jalan penyelesaian dengan mengeluarkan ayat wajib iaitu,

eiii sokmo gituh.


So, 3 perkataan hikmat tu mengandungi 1001 maksud tersirat. Masa pun jimat, hahaha.
Sekian sedikit tips rumahtangga dari ahkak Bunga Kantan.

Okbai!

Sunday, September 14, 2014

cashout nuffnang kali-1

Sebenarnya macam sayang je nak cashout tapiiii tangan ni gatal hah. Nak jugek cashout Huhu. Takpe takpe nanti dapat duit tu kita taruk dalam tabung ayam ek. Kihkih. 

So, back to zero lah yer. Kita tunggu aje CPUV kita beranak pinak. Nanti ujung tahun depan nun pulak kita cashout. Giteww kemain punya impian sekali angan-angan je semua tu hahaha.




Btw tenkiu Nuffnang, ekekeke.

Okbai!

Saturday, September 13, 2014

Bihun goreng

Pagi tadi punya bekpes. Tapi rasa macam rugi sebab makan tak licin pun. Maafkan saya, sebab perut tak berapa nak okey sangat. Nasib baik air aku my laki yang tolong habiskan. Tadi kemain pekena teh ais lepas tu bolehlah rasa tang angin duk erk erk sendawa yer. Gitulah kalau umur dah semakin senja ni.



Okbai!

Thursday, September 11, 2014

Kerja

Minggu depan cuti sekolah. Hari selasa cuti 1Malaysia. Aku rasa dulu aku bertunang tarikh 1Malaysia tu lah. Gila ar, tarikh tunang pun tak ingat. Aku memang camtu. Malas nak ingat + aku jenis tak berapa nak cerdik sikit untuk hafal bab numbers ni. Fail terus haha. Kekadang tarikh kawen pun blur lagi, eh 2011 ker 2012 ek? Nasiblah laki aku pun jenis camtu jugak. Aniversary tetiap tahun pun ujung-ujung je ingatnya. Orang lain tepat pukul 12.00malam terus wish, weolsss tepat 12malam nak masuk tarikh baru dah baru tergedik-gedik nak wish each others. 

Aku tak tahu lah bila dah beranak pinak nanti camne. Agaknya wish wish semua ni dah kelaut semua kot, hahaha. Takpe, yang penting we still love each others, gittewww

Eh, walaupun cuti sekolah pun aku kena kerja jugak. Hajat dihati nak apply cuti tapi bila pikir pikir kensel lah cuti. Kita siapkan kerja yang tak pernah habis tu ye :)

Okbai!

Tuesday, September 9, 2014

Nasi dagang

Sambungan entri hari tu.
Misi mencari roti canai kosong tidak kesampaian lagi. Sabtu hari tu lepas drop MIL kat tempat keje kitorang singgah bekpes kejap. Dah ajak MIL tapi dia tak mau, katanya nak beli kuih sebelah ofis dia. MIL aku memang tak makan sangat pun, ngan aku banyak aku kalau makan nasi. Dasar menantu hantu makan banyak sangat hahaha.

Location : Belakang BILAL Kubang Kerian.
Kedai tepi jalan je, area perumahan/flat.



Banyak gak menu dia, aku terliur nasi lemak tapi memikirkan hari bekerja hari-hari aku duk hadap nasi lemak. Tang berlemak tak risau sangat tapi risau memuda saluran jantung dah tersumbat gara-gara nasi lemak. OMG!! So aku abaikan nasi lemak tu. Bihun goreng pun ada jugak. Pebret tu! Tapi makan bihun goreng nanti cepat lapar. T__T

Weolls pun order nasi dagang.

Rm4 sebungkus.
Nasi banyak tapi manisssss. Tak kena dengan selera aku.
Tak habis pun, ayam tu aku share ngan kucing jalanan tapi takde kurap, hikhek



Melimpah ruah kuah. Lupa nak cakap kuah sikit.

Okbai.

Monday, September 8, 2014

Resepi agar-agar sumi lintang pukang


Tajuk entri pun dah haru biru. Apatah lagi resultnya kehkeh. Btw bawa bertenang, keep calm and lets read my entry, chewah! Omputih lah pulok.

Bahan-bahan simple saje.


Agar-agar tali 30gram
1 tin susu cair.
Sepeket sumi.
1 1/2 cawan gula.
10 cawan air.




Perasa laici ngan rose.
Perisa papepun takpe. Hentam saja yang mana ada.




Memula susun sumi macam pic kat atas tu yer.
Nak susun camne pun takpe, ikut kreativiti korang. Lepas tu masukkan lam freezer biar sumi tu keras.



Then panaskan air ikut sukatan, bila gelegak masukkan agar-agar ngan gula.
Gelegak then masukkan susu cair. Kasi kacau.




Agar-agar ni jenis berlapis. So aku masukkan dalam jug terus baru masukkan sirap secukup kaler.
Tapis dan tuang dalam loyang. Kena tuang slow-slow biar make sure sumi korang tu tak terapung. Make sure sumi tadi betul-betul beku baru lah cun melecun!

Lepas tu masukkan lam freezer, yang lebihan agar-agar tadi biarkan di atas dapur dengan api yang kecik. Agak-agak yang lam loyang tadi dah keras, tuangkan lebihan agar-agar tadi. Slow-slow yer. 
Aku punya out, habis lintang pukang aku punya sumi sebabnya tak cukup keras.




Amboiii kemain sumi aku berenang merata tempat. Its okey. Practise make perfect. Len kali kalau nak buat, aku nak bekukan sumi tu semalaman, pagi esok baru buat. Biar kejung sumi kat lam loyang tu. Huhu



Taraaa ini hasilnya.
 Dengan 30gram agar-agar tu aku dapat 2 bekas.
1 loyang bulat, 1 bekas tuppeware. Banyak! 

Okbai!

Sekian dari cikji yang moodnya sekarang pun lintang pukang jugek.

Saturday, September 6, 2014

Resepi kek sunquick kukus



Dah lama tak share resepi kat sini. Walau bagaimanapun harus share jugak sebab nanti bila nak buat balik, aku mengagau cari resepi kat dalam blog sendiri jugek. Kek sunquick ni sedap, masam-masam  sudah tentu. Bagi sesape yang dah boring dengan kek yang manis-manis boleh lah try buat yang ni pulak.




Lupa nak save, main print screen lam ig jer. #cikjimasak
Ni 1st time buat tak berapa nak kick sangat sebab sunquick tak cukup.
MIL aku cakap tak berapa masam sangat. Telus sangat, aku suka hihi.
Laki aku tak berapa kek yang cenggini. Huhu
Yang 2nd time buat baru kick, kemain masam, sodap!


Buat yang kali ke2 memang betul-betul ikut sukatan. Rasa pun sodap lah. Aku bukannya makan sangat pun. Suka buat je, hihi. Lepas tu wat balik mache sikit, letak kat rumah sikit. MIL aku je yang habiskan, semalam baru habis. Dah seminggu aku buat tapi kek tu still elok lagi. Terkezut jugak aku kan. Lagipun letak kat luar camtu je.

Bagi sesape yang nak mencuba, follow je resepi kat bawah yer. Ringkas je, sebab tu nama group tu resepi ringkas.Tapi aku buat versi kukus. Dalam 45 minit camtu. Mekaseh tuan empunya resepi, moga murah rejeki awak :)




Lepas tu cara senang nak kukus, bila kukus biasanya wap air akan mentitik-nitik masuk lam loyang kita kan. Tak payah sesusah nak balut tudung ngan kain, tak payah sesusah balut loyang ngan aluminium, wat penat je tau. Ambik tudung periuk, tutup je loyang kita ngan tudung periuk tu, setel!

Itu akak-akak lam group Resepi Ringkas tu yang ajar. Memang menjadi. Aku suka masuk group tu, memacam ilmu baru yang dapat, cuma malas ngan rajin je. Ekekeke.

Okbai!

Friday, September 5, 2014

hari jumaat


Hari jumaat means hari tergolek-golek lepas setel segala kerja rumah. Tadi aku sempat tergolek jap je, tak berapa nak lena sangat pejam mata petang-petang ni. MIL ngan demok aku dah lama duk kroih kroih.

Elok je 3 beranak berbaris depan telebisen, telebisen tengok weollsss.
Aku pun bangun, makan nasi. Agak lewat sikit makan harini,
maklumlah tadi dah bedal mee goreng 2pinggan.
Huhu




Ni pic minggu lepas punya. Balik mache, aku pergi ngap mee kari. Yumssss masih terasa kelazatannya. Tapi haritu tukar selera, tak ambik mee tapi kuetiow kecik. Dapnyaaa weh!



Datang sini mesti oder pakej air kopi terus. Haritu ada jer snap pic semangkuk kuetiow kari tu tapi tak save ker apa. T__T.

Takpe next time snap bebanyak lepas tu abadikan kesedapan tu kat lam blog.





As rikues, mee goreng. Asalnya aku rikues teh tarik ngan roti canai kosong tapi tak dapek lah. Opkos tido tu lagi penting bagi diaaaa. Takpe besok kita rikues lagi. Sambil-sambil hantar MIL gi kerja pagi esok kita singgah cari  teh tarik ngan roti canai kosong. 

Sejak pindah rumah baru ni tak penah lagi kuar bekpes kat luar. Wiken je dapat kuar bekpes. Kalau hari bekerja memang tak dapek lah. Nanti kang tercekik nak kejar masa. Kita tengok besok dapek ker tidok. Kalau tak dapek, boikot tak nak masak mee goreng selama sebulan! Huahuhaua.

Okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...