Friday, February 28, 2014

pupuk budaya membaca di kalangan anak-anak



Parenthood giler tajuk entry aku. Ala mak mak yang anak 10.
Takpe yang penting kita bercerita based on experiance.

Bagi aku cara yang paling mujarab adalah

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

So, as a parent korang kena pupuk budaya ni masa anak tu kecik lagi, masa dorang masih lam perut of kos korang selalu duk baca ayat-ayat suci Al Quran kan. Bila dorang dah keluar pun, korang kena biasakan anak-anak ni dengan al Quran jugak. Jangan time duk peknen je duk baca Quran, sebab nak anak cantiklah, cerdiklah, mudah bersalin lah. Jangan niatkan semata-mata sebab tu  T____T

Korang pernah tengok ada satu video kat pesbuk yang ada budak pempuan duk atas riba ayah dia, ayah dia mengaji, dia pun mengaji sekali. Nampak sangat memang time ayah dia duk baca Quran dia pun ada setepek kat situ jugak. Sampaikan dia boleh hafal dah, wlaupun bacaan dia tak berapa tepat tapi as a parent memang bersyukur habislah.




Cantiknya anak-anak dara aku duduk camtu T__T

Okey itu bab Quran. Sekarang bab membaca buku yang bermanfaat. Harus cakap bermanfaat, sebab tak semua sesuai budak-budak baca. Nanti tak pepasal korang lepas je anak korang baca buku kat rumah, 

Nah baca lah buku-buku yang ada atas table depan tu, ibu nak masak.

Tengok-tengok anak korang duk hadap katalog pakaian dalam wanita, matikkkkk. 

Students aku bila dah setel semua exercise, sementara nak tunggu waktu break,aku aku suruh dorang baca segala buku cerita yang ada. Everday, start from last year lagi. So macam dah jadi satu habit untuk dorang. Tapi still ada yang bertanya,

Teacher, baca book ke?
Yes of course T__T

Dah nama pun budak, tanya perkara yang sama adalah perkara biasa.

Bila dari kecik lagi korang dah biasakan budak-budak dengan buku, dah biasakan bacakan buku cerita untuk dorang, dah kenalkan stationery kat dorang sebenarnya kita dah memupuk satu budaya positif untuk anak-anak.

But depends pada umurlah. Anak setahun dah bagi pencil nanti tak pasal-pasal tercucuk hidung pulok. Tapi parents zaman sekarang memang ramai mengajar anak-anak tapi sayangnya mengajar guna gajet. Aku tak cakap gajet ni tak bagus, gajet ni bagus TAPI ada baik buruknya sendiri. Kita sebagai mak ayah yang kena control benda tu. Fix kan masa tertentu untuk gunakan gajet , make sure korang ada sekali, kena guide dorang tengok apa. 

Pastu mula lah datang sekolah menangis, tak focus, jadik ganas.
Pastu parents pun mula lah tanya 

kenapa anak saya camni ek?
kenapa anak saya camni ek?

Jenuh cikgu-cikgu nak menjawab, nak carik jawapan.


Pengaruh tab, laptop, phone semua tu bagi kesan sangat kat budak-budak. Percayalah. Bila aku masuk bidang kerja ni, banyak benda yang aku belajar. 

Pertama sekali, jangan jadi parents yang demand, terlalu cerewet. Yang cikgu buat serba tak kena, semua salah cikgu. Anak korang je yang betul. Kalau korang camni, anak korang pun gitu-gitu jelah.

Yang kedua kena once korang dah hantar anak kat sekolah, lepaskan dengan hati yang terbuka. Jangan main tarik tali. Lepas ngan tak nak lepas sama banyak. Memang berat hati nak tinggalkan anak kat orang weh, aku yang takde anak pun aku boleh rasai. Macam mana tak meresap ke hati aku sebab pepagi sokmo duk tengok parents duk kiss anak2 dorang dengan penuh kasih sayang, dengan penuh harapan. Kekadang mai jugok rasa tacing T___T


Lepas hantar anak, korang pergi kerja dan buatlah kerja dengan seikhlas hati. Insyaallah anak korang pun akan dapat ilmu dan jagaan yang ikhlas dari seorang cikgu. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab tak semua guru ikhlas dalam memberi ilmu. Dalam list fren  fb aku ramai  sangat yang jadik cikgu, tapi sayangnya yang sorang ni sokmo duk cakap benda yang negatif jer pasal anak murid dia, duk merungut itu ini, anak murid perangai macam tu lah, kekadang berdiri bulu roma aku baca status.Sekali dua takpe lagi, kalau dah berkali kali ai ai ai. Benda macam tu tak sepatutnya di post oleh seseorang yang bergelar CIKGU. Kalau rasa tak tahan giler ngan kerjaya tu, berhenti jelah. Last sekali aku pun unfriend. 

Membaca status yang berbaur sumpah seranah umpat keji ni sebenarnya mengganggu emosi kita. Secara tak langsung menambahkan dosa pun yer jugak T__T


So kalau korang ada list fren yang pesen camtu ala, unfriend je.Tak rugi pun.

Aku kalau nak di postkan status pasal peel anak murid sampai ke malam tak habis. Tak mengajar lah aku. Dah nama pun budak-budak. Peel perangai dorang memang akan macam-macam.

Last sekali manjakan anak biarlah kena pada tempatnya.

Apa yang penting parents ngan teachers harus sama-sama mainkan peranan.
Jangan duk menunding jari je.

Aku kekadang ada jugak mai mood malas, huwaaa malasnya nak gi kerja. Tapi sedaya upaya berfikirkan positif. Ikhlas kan hati dalam bekerja, dalam memberi ilmu. Moga-moga 1 hari nanti bila aku punya anak, anak aku akan mendapat ilmu dari seorang cikgu dan cikgu nya akan mengajar dia seperti mana aku mengajar anak-anak murid aku sekarang. Aku mengaku memang aku garang, aku tegas tapi kekadang aku yang kena sakat ngan anak murid, apa kes? Hihihi

Doa anak-anak yang soleh.
Dari mana datangnya soleh?
Dari mak ayah yang soleh.

Bukan aku yang cakap tapi telebisin yang cakap.



Okbai

TQ nuffnang!


Sponser post yang hari dah pun selamat di creditkan lam acc aku.
Kalau kira dah boleh cash out tapi sayang ler pulok.
hajat dihati nak biar bertambah tambah biar cukup 1k.

hahaha giler berangan!

Tapi sebenarnya angan-angan tu sangat penting kalau bagi aku la.
Bermula dari berangan lah kita boleh dapat apa yang kita nak.
Sebab dari situ sebenarnya kita berusaha berusaha jugak tanpa rasa jemu.

Aku sebenarnya nak join contest Nivea yang Nuffnang email tu 
tapi semalam lupo lah pulok nok beli Nivea tu T_T







Okbai!

Saturday, February 22, 2014

mekdi kok lanas


Sebenarnya tido semalam perut agar lapar tapi macam mengantuk, aku tehtap pilih tido lagi hikhokhikhok. Adik aku jugak bangun masak megi. Semalam ada event tadika, aku tak balik rumah, lepas siap program aku terus bermalam kat hostel ahkak ngan adik aku. Lagipun 5 minit jer dari tempat tu. Amboiii bermalam konon, bunyik macam hotel 5 star, haha.

Harini baru TUAmi kita jemput, hikhik.

Bangun hari ni on9 jap, lepas tu tengok iklan mekdi berlegar-legar kat blog.
Saje jer kan, macam tau tau je aku lapar


Haritu aku laki bini ke mekdi Kok Lanas, mekdi ni baru je bukak. Sebelum ni kalau ngidam kitorang ke Wakaf Che Yeh. Jauh sikitlah dari rumah tapi yang Kok Lanas ni dekat je, tak sampai suploh minit dah sampai.





Tak sepadat mekdi WCY. Orang tak ramai sangat.





Kaunter ada 3 bijik, tiga-tiga dia bukak, bagus! So kita takde lah sakit hati sangat kan.

 Kaunter berlambak tapi buka 2 je. Aku memang jenis geram sikit kalau bab bab kaunter tak bukak ni. Nak nak lagi kalau pergi pejabat pos, orang bederet tapi kaunter kosong jer banyakkkkk.




Sedapnya!





Mekdi peace yawwww.

Sekarang ni aku rasa hari jumaat sunyi tanpa Maharaja Lawak, kalau dulu tiap jumaat duk hadap tv lepas tu ketawa tak de limit dah. Aku jenis tak hadap tv sangat, bila takde MLM takde lah time aku ngan tv. Tapi kalau aku rasa boring giler, aku akan on tonton, layan cerekarama. Aku memang peminat cite cite melayu, dulu kini dah selamanya, hikhik *gelaktutupmulut*




okbai.

GLA



GLA merupakan gabungan minyak bunga matahari dengan Vitamin E. 

Bila letak kat lidah lelama sikit, akan rasa bijik kuaci. Ekeke, sedap!
 GLA ni jenis softgel, takdenya nak lekat-lekat lam tekak. Sekali gulp terus masuk perut.


Kelebihan GLA:

- merawat period pain
- melambatkan menopous
-- menghalang tekanan darah tinggi
- merawat rambut gugur dan kering
- tingkatkan stamina dan legakan kelesuan
- merawat masalah kerap kencing.





Aku sendiri consume GLA ni dah nak masuk botol ke 3, memang puas hati.



Yang kat bawah testimoni dari customer aku, Alhamdulillah ada perubahan untuk dia.
Yang ni kompem jenis piyed pain tahap guling-guling punya






Yang kat ni pun sama, testimoni dari customer aku sendiri jugak. 
Alhamdulillah sakit dia semakin berkurangan.


Berminat?
Wassap me dor details,

SPECIAL PRICE UOLSSSS ~~

Okbai!


Thursday, February 20, 2014

patutlah sampai celah kening


Sejak seminggu ni jerawat aku macam makin menjadik-jadik. Sebelum ni memang lah ada jerawat jugak tapi tidaklah aktif. Jejarang je tumbuh. Aku pun pelik, aku igtkan aku alergik ngan B-Complex ker apa? Tak mungkin, tak mungkin.. Fikir- fikir rupanya sebab aku bedal 


SAMBAL BELACAN

 kuat sangat!!

Gitulah jadinya bila selera makan melebihi segalanya, 
sampaikan makan apa pun boleh lupa -_-"
Selera semakin menjadik jadik uolsss.
ni semua gara-gara B COMPLEX, kihkih

Hari jumaat aritu bedal sambal belacan ngan budu kat ikan bakar pebret aku laki bini.

Sabtu tak makan sambal belacan.
Ahad tak makan sambal belacan,

Isnin makan sambal belacan, 
Selasa makan sambal belacan,
Rabu makan sambal belacan,
Khamis yakni hari ni pun aku bedal jugak, giler!

Patutlah, patutlah jerawat aku dah beranak 5





Balik keje semalam singgah makan dulu, aku laki bini suka nasi goreng kat sini, sedap.
Hari ni singgah lagi.





Bila ada nasi goreng, opkos ler ada SAMBAL BELACAN,
sumpah pedas.
soksek soksek hidung aku.

Maka dengan itu, tamatlah kisah sambal belacan untuk bulan ni. Bulan 3 kita makan pulok, hikhokhikhok.
Aku memang alergik ngan budu n sambal belacan. Kalau budu ni tak cepat sangat merebaknya. Gatal- gatal hidung lepas tu naik sebijik dua je. Sambal belacan memang cepat dan tangkas ar.

Dont worry, shaklee juga ada set resdung :)

Sebenarnya aku dari haritu lagi nak buat entry pasal shaklee, tapi tak sempat.
So, korang boleh ke pesbuk aku terus.


Kat dalam tu ada testimoni dari my customer, kebaikan setiap suplement and macam2 lg lah.
Anything else korang wassap je ek :)

Tuesday, February 18, 2014

Hai Hai Hai


Rindu giler nak berblog. Tapi tu lah, masa amat mencemburui kitewwww lah sangat.
Kije bertingkek tingkek. Its okey, tarik napas tarik napas hembus.

So, marilah kita ambik feel dengan berblog dulu.
Sebenarnya banyak benda nak tulis, melimpah ruah cite ni hah tapi tu lah kan.
Tak sempat. Pospong jelah.

Btw tenkiu pada yang sudi memfollow.
 Tak sempat lagi aku nak berblogwalking.

Hujung bulan ni rasa cam nak cashout nuffnang je, hikhik
Sponser post yang haritu masuk ujung bulan ni.
So, bila campur ngan yang tersedia ada, dah boleh tambah duit tabung dah tu.
Alhamdulillah rejeki :)



Hoih, minum air tebu jer. Tak payah nak feel sangat - _-"

Tapi ni sebenarnya yang terjadi bila jarang-jarang kemho.

okbai


Saturday, February 8, 2014

Keluar


Assalamualaikum

Kompen sensorang duk hadap nustan nih. Maklum lah Shah Rukh Khan kan. Aku cite ni kureng, just layan lagu je. Suam suam kuku orang cakap hihi.

Tengahari tadi keluar kejap. Hajat di hati nak ambik stock Shaklee. So, memula tu kita layan dulu Nasi Abe Mie. Sesape duk Kelate kompen tahu. Tapi yang ni bukan kat Bank Islam tu tapi kat branch dia yang baru, kat selekoh tu.

Rasa dia sama je, tapi kat situ orang tak berapa ramai, maybe susah parking lah kot. 

Nasi setinggi gununggg
Ayam sebesar lautanggg

Metafora giler ayat aku haha.




   



Lepas makan terus gi Shaklee. Sekali tutup ler. Huwaaa kesian kat kastemer aku, dorangnya dah mengelupur tak sabar nak consume Shaklee. Nasib baik my sifu sudu garfu Emi simpan stock menggunung. So, malam ni gi ambik stock ngan dia jelah :)

Siyeslah, aku rasa enjoy bisnes Shaklee ni. Sebabnya bila kastemer bagi feedback positif. Rasa 1 kepuasan dalam diri aku. Tak sama macam aku bisnes tudung bawal dulu. Dulu pun hepi jgk bila kastemer cakap kain best, senang bentuk tapi Shaklee ni lagi best ekekeke. 


Satu lagi sebab tak perlu keluarkan modal besar macam bisnes lain, just RM 65 untuk seumur hidup. Orang order baru gi ambik stock. Dalam 15hb merasalah dapat bonus. Biasalah, memula 2 angka, kalau rajin 3 angka kalau rajin lagi haaa korang kira sendirilah berapa angka. Berangka angka uolsss.

Kalau berminat nak usha-usha dulu boleh je wassap aku.
Insyaallah aku akan guide.
Jangan malu jangan segan okey :)

jom baca experiance aku ngan Shaklee





Friday, February 7, 2014

cerita pasal sedekah.

Assalamualaikum

Salam jumaat uolsss. Suka tak ngan hari jumaat, suka tak, suka tak? Aku suka tapi tak berapa nak suka sangat sebab laki den khoje. Aku kalau laki takde kat sebelah terus rasa kelam je dunia, huwaaa puitis giler ayat aku. Kalau dia baca entry ni kompem kembang kempis hidung lepas tu malam ni terus belanja aku makan ikan bakar haha.

 But its okey, time laki khoje manfaatkan masa yang ada dengan cara memonopoli pc sensorang hahaha. Time dia ada tak leh, asyik nak berebut je, aku nya malas nak on laptop kat atas.

Kekadang aku pun tak paham, apalah sangat duk layan game perang-perang dia tu. Dia pun kekadang tak paham gak ngan aku apalah sangat duk layan blog je. Gitulah hidup, dalam satu masa kita saling tidak memahami. Gittewwww.

--------------------------------------

Tetiba hari ni nak cakap pasal sedekah. Aku dari kecik lagi ayah aku ajar pasal sedekah ni. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu pernah ikut ayah aku gi pasar tani. Memang kecik lah, naik motor pun duk lam raga uolsss. So, kalau ada orang tua yang duk minta sedekah, ayah aku akan bagi duit kat aku, suh aku bagi kat dorang. 

Tu part ayah aku, kalau part ma aku pulok lagi rare. Time kecik dulu selalu gak merengek 

maaa nok duit 20sen nok beli cekedissss. 

Ma aku cakap, 

mama takdok duit, nanti mari fakir fakir miskin nok korek mano lah.

See? Alasan yang ma aku bagi tu tersangatlah menusuk kalbu. Masa kecik dulu tak berapa nak paham sangat. Bila dah tua bangka ni baru nak paham. Banyak pengajaran dalam tu. Tapi masa  kecik dulu memang ada orang-orang tua yang mai mintak sedekah kat umah, masuk lam kampung. Zaman dulu aku percaya dorang memang golongan fakir tapi zaman sekarang banyak yang menipu. Minta sedekah sebab malas kerja, berlambak-lambak yang pesen camtu. Sihat tubuh badan, umur pun bukan tahap atuk-atuk lagi, pakaian pun cantik je, bila offer kije taknak. Memilih!. Amboiiii banyak cantik. Ini bukan rekaan ek, ini realiti. 

Lepas tu belum lagi yang mintak sedekah pesen bawa fail ala ala letak resume tuh. Macam-macam pesen nak menipu. Bak kata laki aku,

 takpo itu urusan dio dengan Allah.

So, bila dari kecik lagi kita dah terbiasa dengan sedekah, insyaallah sampai ke tua pun kita akan jadikan benda tu sebagai habit. Jangan tunggu kita kaya raya baru nak hulurkan. Tak perlu, kalau pergi pasar malam, nampak yang takde tangan, takde kaki, hulur je kat dorang. Kalau ada balance 50sen, bagi je, ada singgit pun ok, lebih dari tu lagi tu Alhamdulillah, rezeki dia. Sebenarnya makin banyak kita memberi, makin banyak Allah bagi kat kita. Cuma mungkin kita yang terlepas pandang pemberian dari Nya.

Yang penting ikhlas. Jangan pulok korang mengharapkan duit datang berterbangan kat korang. Mentang-mentang tadi dah hulur pakcik tu 2hengget kan. Rezeki Allah kan luas, bukan dari segi wang ringgit je yer. So, lepas solat biasakan diri dengan sedekah al fatihah untuk ma ayah kita, yang masih ada atau yang telah tiada. Semoga Allah murahkan rezeki dorang. 

Yang paling penting, banyakkan senyum 

^___________________________^

So, bila terjumpa fakir tapi korang takde duit kecik, almaklumlah baru gaji, duit besar gedabakkk. Korang senyum jelah kat dorang, senyum senyum senyummmmmmmmm. 

Apabila mati seseorang anak Adam itu, maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu

1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang dimanfaatkn
3. Doa anak yang soleh

Sunday, February 2, 2014

Bulan februari dah



Assalamualaikum

Sihat ker korang? Fuh rindu giler nak berblog. Patutlah dah lama rasanya tak menaip kat sini. Last entry aku on January haritu, 18hb pulok tu. Dasyat dasyat. Aku sokmo je buko blog tapi view gitu je lepas tu chow. Time bebetul free baru aku menyinggah, membaca, mengkomen blog korang.

Nak carik time bebetul free tu lah yang susah sebenarnya. Alhamdulillah cuti 3hari sempena CNY. Oh heaven sangat rasanya kalau dapat cuti camtu hihi.

Tetiba aku rasa hebak malam ni sebab pukul 12 lebih ni aku mampu update blog lagi kihkih. Kalau hari bekerja jangan haraplah. Kompem aku dah tumbang.






With Adelia, aku tengok budak ni lebih kurang je ngan anak sedara aku.
Lebih lebih lagi tang mata.



Ni pic kakak masa kecik.
Sekarang dah besar, banyak cakap pulok tuh.Kihkih


okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...