Friday, November 30, 2012

Bila hilang kepercayaan


Assalamualaikum

Aku suka hari jumaat, boleh duk guling-guling kat umah. Walhal everyday aku berguling. Kekadang naik bosan pun ada. My demok kan busy sekarang ni, dah berabad rasanya aku tak keluar bercinta secara halal.*jika abang baca blog saya,silalah bawa saya keluar cari baju baru sekarang huksss* 

Eh, sadis tak tajuk entry aku? huhaha propa ke lebih tuh padahal kelaut sangat. Semalam aku post entry Sup Ayam. Ingatkan dah ok, malam tu kemain panas la plak. Aku tidur sebelah pun turut terasa wap wap panas tuh. Nasib baiklah aku ni jenis antibodi yang agak perkasa la jugak, orang sebelah demam takpe, orang sebelah batuk takpe, orang sebelah selsema pun takpe. Tapi kalau orang sebelah sakit mati, aiollsss takuit okey.





My demok request nak minum Tongkat Ali. Dia cakap nak balik Ketereh sebab kat sini takde Tongkat Ali.*very the ngada* Kalau kat Ketereh kedai aku kan diapit kedai makan, so asal ikut selera, men oder jelah.Aku pun cakap takpe jap ek saya buat. 

Sekali bila dah siap, dia tak percaya aku buat tongkat Ali.Sedih aiolls okey T____T. Dia ingat aku kacau air teh, deria rasa dah ilang akibat selsema kan. Aku pun gigih pergi dapur tunjuk paket tongkat ali.  Haaa sekarang baru dia percaya, licin dia minum. Maklumlah sebelum ni aku tak pernah pun buat air tongkat ali tuk laki aku, muahaha.


Sup ayam dan demam

Assalamualaikum

Sekarang ni kan dah start beralih ke musim tengkujuh, so ramaila yang soksek soksek selsema lagi demam lagi. Alhamdulillah aku sihat walafiat tapi laki den yang domam eh. Aku balik Machang hari ni, ayah aku pun demam jugak. Risau aku. Ajak p klinik taknak tapi hari ni nampak kebah dah sikit.

Laki aku kalau demam mula lah nak makan benda yang berkuah. 

Demok : Jom kito g tubik makey luar
Kuwus : Tubik makey gapo?
Demok : Makan sup ayam ko, tulang ko
Kuwus : Sup ayam jelah, sayo boleh masok okeyyyy

Malam tadi aku pun masaklah sup ayam. Aku jarang sebenarnya masak malam. Yelah, biasanya makan lauk yang tengahari je kan. Lagipun aku ni malam malam bukannya suka sangat hadap nasi. 

"Sedap ker bang saya masak?"
"Bolehla"

Okey, makan nasi sampai 2 pinggan pastu licin plak tu sup, bolehlaaaaa punya pasal kan. Yang demam pun terus kebah sihat walafiat.

Okbai






Thursday, November 29, 2012

Beli beg dengan Bvlgarigirl Arianna

Assalamualaikum

Sumpah boringnya aku. Buka blog, buka pesbuk, buka twitter. Ohoiii sangat. Eh, lambatnya anak buah-buahan aku nak balik kampung. Dorang ada terubat la sedikit kerinduaan aku walaupun kekadang dorang boleh buat aku stress la jugak muahahha. Haruslah stress, anak akak aku 5 orang semua jantans uolss

Hari tu aku ada beli beg baru, beg murah je, tak mampu aku nak beli beg mahal ni. Beg paling mahal aku penah beli dalam 3oo lebih macam tu je. Lepas tu pakai berapa kali je pun. Rugu rugi rugi. So, tak nak pisang berbuah 2x maka marilah kita beli beg ala kadar saja.



RM 39 sahaja. Ni 1st time aku beli beg online dan alhamdulillah tak mengecewakan aku. Aku puas hati walaupun colour ijau yang aku nak tu dah takde stock. Lepas aku beli baru ada stock. Agak tergugat jugak iman aku, takpe takpe pakai yang ni dulu, nanti kita beli yang kaler ijau pulak yer *pujuk hati sendiri*



Tang bulat kecik tu comel je, aku suka. Beg ni dah la besar, senang sikit aku nak sumbat segala benda kat dalam. Lebih-lebih lagi bila ada anak, boleh sumbat pampers, botol susu, sapu tangan *eh kuatnya aku verangan* Silap haribulan, laki aku pun aku boleh sumbat dalam tu bawak pergi holiday, muahaha.

Kalau berkenan, terjah la blog Bvgarigirl.

Okbai 


Wednesday, November 28, 2012

Terima Kasih


Assalamualaikum

Korang buat apa petang petang ni? makan cekodok? bestnya! Aku macam biasa, celik pejam celik pejam. Sumpah bosan kekadang la, kekadang tak walaupun T_______T. 

Aku nak say thanks to Blogger Ikapukpuk sebab aku terpilih untuk lucky draw yang dia buat haritu. Bertuah jugak aku ni rupanya, ingatkan tak. Heee. Gift tuh sampai on Monday lagi kot, aku pun dah lupa sebab masa tu aku kat Machang, gift tu aku letak alamat Ketereh. So, semalam baru aku bukak. Comel je dia punya calender, aku suka. Satu lagi bookmark, nanti leh letak dalam buku tiga lima.

 Aku kagum dengan blogger yang rajin macam dia, buat lucky draw bagai pastu yang terpilih berpuluh orang plak tu. Rajinnya dia taip alamat berpuluh, tampal setem berpuluh, tampal alamat pun berpuluh. Moga-moga Tuhan gandakan rezeki dia berpuluh puluh jugak :)

Kalau kita gembirakan hati orang, Insyallah Tuhan akan gembirakan hati kita balik. Aku pun teringin jugak nak buat menda camnih tapi tak tahu la bila kerajinan aku datang. Suka jugak eh kenal dengan rakan bloggers ni.



Semalam pergi makan ABC kat Suntwo Restaurant, huuuu tejuk bangat sampai tak habis aku makan. Gagah sungguh aku makan sampai terketar-ketar plak tu. 

Okbai.





Tuesday, November 27, 2012

Rajin malas rajin malas


Assalamualaikum

Sebenarnya dari pagi tadi lagi nak update blog tapi line punya mendung semendung langit yang nampak gayanya macam banjir akan menjelma. Dah nak masuk bulan 12, tapi kampung aku tak banjir lagi, risaunyaaa takut banjir besar je nanti. huuuu takuit!

Isnin punya cerita. Aiolss sedikit rajin. Menu, sambal mangga/pauh.





Meleleh air liur kejap. 
Letak cili, ikan rebus 2 ekor, mangga 2 biji. garam gula.


Ohoiii sedap okeh! Makan dengan ulaman, sekali makan nasi 2 pinggan,wajib!



Tenghari tadi jadi malas, letak lappy atas perut pastu online. Okey, nak beli tudung murah-murah jom add Bawal Suzishop kat sidebar tu ye.Sekarang aku promosi free postage kalau beli bawal sulam 2 helai. Ada customer aku tanya, Sabah Sarawak pun free? Yes dear, free. Sekarang ni kan dah nak masuk bulan 12, kiranya Year End Sale terus lah.

Petang tu rasa lapar la plak, goreng telur dadar makan nasi dengan ulam dengan sambal pauh lagi. Kali ni tak tambah walaupun terasa nak tambah. Berhenti makan sebelum kenyang. Lepas tu laki aku balik,yeayyy! Aku pun goreng jemput letak ikan bilis dengan bawang besar hidang dengan milo panas *mithali sangat*
Okbai.

Monday, November 26, 2012

Pucuk putat

Assalamualaikum


Today is monday.




Ni pucuk jenerih namanya. Sedak, lemak lemak je rasanya. Aku pun tak pernah tengok depan depan macam mana rupa pucuk putat, buah putat semua tuh. Bila tengok cerita yang si hanis berlakon tuh membuatkan aku sedikit jakun. Nanti aku nak gugel lah. Tapi kat tempat aku pucuk putak adalah. Tapi takde buah rasanya. Sedap dibuat ulam.
posted from Bloggeroid

Lapang sangat

Assalamualaikum

Tetiba rasa banyak masa terluang la plak sekarang ni. On friday cuti, sabtu cuti, tergolek tidur makan, tapi tak gemuk jugak. Sekarang aku balik Machang, akak aku ada sekali, nak abiskan cuti tahunan katanya. Bila balik kampung terus rasa heaven, walhal balik sokmo. Dah dekat, balik jelah sokmo, yer dok?


Lepas tu tidur lewat, bangun lewat, yeay! Hahaha..My demok tak tidur sini, tidur Ketereh. We ollss dah biasa camni, sorang kat sana, sorang kat sini. Sat lagi lepas tutup kedai ni, dia balik la Ketereh. Aku tak nak balik, aku nak tidur sini. Esok malam baru nak tidur sana sebab esok nak pergi merendek ke Pasar Isnin ngan kakak aku. Huihui.



picture petang tadi *sama tapi tak serupa*


Bila malam je terus tak leh tidur awal, aku pun merajinkan diri mengugel. Antara yang aku gugel

1. Petua cepat hamil
2. Punca tidak hamil
3. Blog best dibaca
    4. Blogger cantik #Eh!
                 5. Blogger hensem *okinitipu!*


Nampak tak, makin lama makin mengarut haha. Ini namanya fikiran makin kusut. Tapi tang nombor 1 dan 2 tu memang memberi aku info.

Aku ni macam mengharap la jugak, awal tahun depan aku peknen. Kalau belum berhasil, nampak gayanya aku laki bini kena bertindak. Bukan apa, risau takut penyakit bertandang je. Kalau dah disahkan sihat tubuh badan, kita berserahlah kerana rezeki tu kan di tangan Tuhan. Tapi usaha jugak penting, terutama sekali tang pemakanan. Yang ni la susah nak kawal tapi yang ni jugaklah punca penyakit. Huuu.

Okbai.



Friday, November 23, 2012

Elok jugak tinggalkan


Assalamualaikum

Boikot sana sini. Aku kalau buka pesbuk, dupdap je jantung ni. Siyes tak sanggup tengok bilangan mereka yang mati syahid. Darah sana sini, yang paling sedih kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Alhamdulillah syurga menanti mereka.

Aku pun duk gugel jugak kenapa mekdi menjadi sasaran utama untuk di boikot. Padahal kalau nak kira belambak lagi barangan yang boleh di boikot. Tapi elok jugak tinggalkan tabiat makan mekdi ni, lagipun boleh buncitkan perut je, pastu penyakit pun mai hinggap. Oh Nooo! 

Aku ni nak kata giler mekdi tak sangat, sedang-sedang jer. Rasanya kalau nak berpantang mekdi Insyaallah boleh kot. Lagipun, menjauhkan diri dengan fast food amat bagus untuk mereka yang masih menanti cahaya mata mata mata mata. *Kata nak anak ramai kennn*




Bulan lepas punya aktiviti.


Elok jugak, nanti pekerja mekdi boleh rehatkan otot-otot. Tak gitewww?

Nak tahu kisah takkan terpisah? terpisah dengan sape tuuuu? Korang baca sini Kisah Takkan Terpisah

okbai.

Wednesday, November 21, 2012

Batang penyapu

Assalamualaikum

Tetiba rasa macam surirumah 24jam la plak bila letak tajuk entry macam tu. Weee, sebenarnya haritu aku ada pergi kedai ceria 99 kat Machang. Niat nak beli penyapu. Nasib pergi hari tu adalah penyapunya. Murah je penyapu RM 3.99 je kot. Lagipun nak buat sapu dalam kedai je kan, so takde la lasak sangat gunanya. Sebelum tu aku dah beli satu.

Aku ambiklah penyapu je, tak sekali dengan batang tau. Nanti kita bayar baru dia bagi batangnya. Aku pun bayarlah. Cashier tu pun bagi balance ngan penyapu tu kat aku pastu dia pun dengan lenggang lenggang terus  ke belakang. Aku pun macam musykil lah jugak, "batang penyapu tu duk kat belakang kot"

Aku pun ikutla dia. Korang tahu dia buat apa?

 Ohoooiiii pergi cermin muka dia, duk betul betulkan tudung. Aku pun tanya "batang penyapu tak bagi sekali ke?" Aku dengan muka kerut kening kerut dah. Sabar sabar.

Eh, ada kak, tak ingat nak bagi, maaf ek" Dia pun terkedek kedek pergi ke depan ambik batang penyapu. Aku diam je, malas aku nak layan pekerja macam tu. Kalau dia pergi belakang nak terkencing tercirit  aku okey je. Tapi kalau sekadar nak bajet cantik betulkan tudung, jawapnya tak kemana la dik ko kerja. Takat situ sampai bila-bila la jawabnya.

Tak salah pun nak hadap cermin masa kerja, janji kerja TipTop bukan TingTong.

anda pengguna Digi seperti saya? Jom tengok ---> SINI



lama tak nampak

Assalamualaikum

Petang semalam punya cerita. "Besa palo palo buleh makey colek" Ohooii statment laki aku, padahal dia yang makan banyak dari bini T___T. Tapi siyes, dah lama giler aku tak makan colek pakcik ni. Bertahun jugaklah.





Pakcik ni berniaga dari aku sekolah rendah lagi. Sekarang aku dah berkawin pun dia still niaga lagi. Pakai motor tu lagi. Dan yang paling Ummphhh rasa colek dia tetap sedap, likat! Besarnya pergorbanan dia untuk sara family. Berhujan panas. Kita kalau blackout sikit dah hokhek membising. 



Budak kedai makan sebelah kedai aku lagi hover, siap ambik pinggan lagi. Takper takper kalau pakcik ni mai lagi hari ni, aku nak ambik mangkuk terus. *dasarmakan banyak*


.Lets pray for Gaza.


Tuesday, November 20, 2012

Entry pukul 3.33 pagi

Assalamualaikum

Mimpi apa blogging masa ni? Yes, inilah akibatnya kalau dah bermimpi di siang hari. Hari tu kan aku ada cite sal gatal2 tuh. Lepas telan ubat terus ok. Tapi aku tetap nak habiskan jugak ubat tuh. Setiap kali telan efeknya mengantuk. Ohoooi sebab ubat or mungkin juga sebab -----> INI

Lambatnya nak siang. Perut lapar pun ye jugak ni.

Okbai.
posted from Bloggeroid

Segmen Follow Sampai Pengsan

Assalamualaikum


Duk blogwalking, terjumpa segmen la plak.

Jom join segmen




Klik SINI untuk join.

syarat mudah je, just follow je blog dia 

*aku suka segmen yang camni, just 1 klik je, rimas seyhhh kalau yang kena klik situ, klik sini tu*


Expired date 22th nov 2012

Followers sekarang : 514


Sunday, November 18, 2012

Yang lama itu kenangan

Assalamualaikum




Dah masuk 7 tahun henpong ni. Beli masa f6. Ni henpong kedua. Yang pertama haruslah NOkia 3315 yang penuh dengan sejarah. Sanggup simpan duit semata - mata nak beli henpong. Ohoiii sungguh kan.

Aku sayang henpong ni. Bila beli duit sendiri baru tahu camne sayangnya. Tapi aku sangat kagum sebab dah berkali jatuh sampai pecah jugaklah luaran tapi tetap ok. Yang paling umpphh bateri tak pernah tukar!

# Penyakit gatal aku dah takde malam ni. Agaknya ubat tu berkesan jugak la gamaknya.hikhik. Harap2 gatal tu akan lenyap untuk selamanya. Amin.

posted from Bloggeroid

Gatal


Assalamualaikum

Ni bukan gatal gediks tapi gatal macam ruam, macam kena ulat bulu. Dah dekat seminggu macam ni. Memula tu asal malam je naik gatal-gatal lepas tu aku sapu ubat, lelama hilang. Tapi agak lama lah untuk hilang. Bangun esok pagi baru hilang. Ohoiii sabar jelah.

Tapi sekarang belum malam dah naik dah. Tak selesa sungguh aku. Gatal lepas tu pedih-pedih. Semalam aku pergi klinik, aku agak tak puas hati dengan jawapan doktor tu. Sebab aku ni bukan jenis alergi. Aku makan benda yang aku selalu makan. Aku sendiri pun tak berani nak try makanan yang aku tak pernah telan.

 Aku kalau alergi tang kacang pastu ngap makanan yang pedas non stop je. Tapi bukan alergi gatal-gatal tapi alergi cirit. Maka beralergi sepi lah aku dalam toilet. 

Semalam aku dah telan ubat tu, pagi tadi telan lagi. Nasib baik aku ni jenis mudah telan ubat. Ikutkan hati nak telan semua je, biar cepat hilang. Kuikui. Kejap lagi laki aku balik, nak try pergi klinik lain plak. Kena sejarum pun aku ok, asal gatal-gatal tu tak naik lagi.

Tapi masa kecik dulu aku dah pernah kena macam ni. Tapi takde la seminggu macam ni. Just sehari macam tu je. Kejap naik kat situ, kejap naik kat sini. Haritu peha dengan betis je, tapi sekarang sampai ke lengan. Tapi keadaan macam ni pun aku okey je, jalan sana sini, makan sana sini. Semua tu takde masalah, just tak berapa nak selesa je. Aku tak garu, biarkan kan je. Aku kan perempuan kebal. Hua hua hua.

Okbai.


Saturday, November 17, 2012

sakit la jugak, tapi mak okey jer

Assalamualaikum

Ni hari jumaat punya cerita. Hajat dihati nak publish cerita pasal aku badan aku naik bengkak merah pastu gatal- gatal. Tapi takpe, aku ketepi dulu entry tuh, aku up entry yang ni dulu.


Pagi jumaat tuh aku laki bini balik ke kampung sebelah laki aku jap sebab ada majlis cukur jambul baby girl kitorang punya sepupu. So, nak dijadikan cerita, lepas jumaat tuh datang la seorang makcik tu. Aku mention as a makcik jelah ek, kalau mention as a perempuan tua, nampak aku ni kurang ajar sangat. Makcik ni bidan kampung, dia datang nak sunatkan baby girl tu. Maka bersalam lah aku dengan dia. Maka bermulalah perbualan pendek antara aku dengan dia.


Makcik : Besarnyo budok ni, berapo bulan doh ni?

Aku: Dekat 2 bulan rasanya.

Makcik : Berapo kilo ni?

Aku: Mama dio oyak, 7kilo.

Makcik : Awoklah takdok anok lagi, rugi

Aku : ^____^  senyum jelah  *dalam hati, ohoiiii sedaknyo mulut dio*

Aku pun terus angkat punggung dari situ. Kalau aku duk situh lama lama nanti kang jadi menda lain pulok. Kalau diikutkan memang la aku kawin dulu dari dorang, 6 bulan bezanya. Dah nak buat macam mana, rezeki tu kan kat tangan Tuhan. Aku malas nak explain cakap takde rezeki lagi sebab cara dia tanya aku pun dah melulu ntah apa-apa. So, aku takde masa nak explain dekat segelintir manusia yang bersikap macam tu.

Aku dah lali sebenarnya dengan persoalan tentang anak, tapi sebelum ni cara pertanyaan semua sopan santun. "takde anak lagi kan?, merancang ke, ker takde rezeki?" Sabarlah, Tuhan akan bagi tapi belum masanya lagi" Kan sejuk hati aku kalau makcik tuh tanya aku macam tu jugak.

Bila sampai kat umah, aku cite la kat laki aku bla bla bla, "nasib baik dia tu orang kampung abg, kalau orang kampung saya, dah lama dah saya sembur depan muka" Laki aku memang, kalau dia tahu aku sakit hati duk potpet potpet, mesti dia senyum je. Kalau dia duk sokong apa yang aku cakap, dia tahu makin angin la bini dia ni, kuikui

Buat TTC semua, bersabarlah kita ya. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.


"Tuhan sengaja, menduga kita, dimana kesabaran manusia"


okbai.



Thursday, November 15, 2012

Rabu yang busybody

Assalamualaikum




Rasanya keluar rumah dah awal. 11am tapi punya sesak. Ohoii sabar jelah. Breakfast pun dalam kete je. Habis karipap 2 biji. Sardin roll 2 biji. Share ngan my demok,bukan ngap sensorang.


Memula tuju ke Rhb k'kerian. Lepas tu hokhek hokhek tak jadi masuk la plak padahal dah duk depan bank. Sabar jelah ngan my demok. Pergi KWSP dulu.



Otw terjumpa ini. Tapi tutup. Next time boleh try




KWSP




Lepas tu pekena kak mah nasi sup. Sedap!! Ke RHB Kubang kerian plak.



Setel semua singgah ambik nasi kukus abe mie. Untuk majlis tahlil arwah FIL. 40 hari. Memang penat sungguh. Lepas majlis smlm pun sempat terpejam kejap. Hewhew

Okbai.

Salam maal hijrah untuk semua. Moga lebih baik dari sebelumnya. Aminn.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 13, 2012

free postage, cepat !!

Assalamualaikum


Sekarang dah masuk bulan 11. So, aku mahu menghabiskan stok sebelum masukkan stok baru sempena tahun baru. Sesapa yang beli 2 helai tudung dari Bawal Suzishop akan dapat  FREE POSTAGE!!

 Cepat cepat cepat. Ada beberapa kaler lagi yang tinggal. Bawal 2 layer 2 tone tu pun ada dalam beberapa helai je lagi.




Boleh add mypesbuk di sidebar tuh.

Kerana ia begitu berharga

Assalamualaikum

Model tak berbayar namanya ni. Aku memang jatuh cinta habis dengan loysen ni. Dahla wangi, cepat kering dan tak melekit



Harus jadi teman setia




Semalam g lunch kat sini. Dah lama nak singgah. Orang ramai so mesti best. Memang best! Ikan keli berlado dengan sambal pauh,perghhh!

Nanti lunch aku nak ajak my demok makan sini lagi lah. Hewhewhew




Lepas makan sapu loysen lagi. Ofkos la bau segala melekat la jugak. Thats why aku letak loysen dalam kereta. Senang sikit kerja .Hewhew
posted from Bloggeroid

Sunday, November 11, 2012

3 serangkai



Assalamualaikum



Aku Adik Kakak

Ada orang cakap muka adik aku sama dengan muka aku. But, i dont think soooo. Aku rasa muka adik aku sama dengan muka kakak aku yang sorang lagi kot *tiada dalam gambar, takpe coming soon aku publish*

   

Berchim chum masa adanya ASK. Time makan sempat lagi tengok tv kat situh. Kat FB,TL, ramai sangat duk cakap ASK tahun ni tak best. Aku pun rasa camtuh jugak. Macam tengok teater pun ada. Tapi aku suka tengok pakaian fairytale tu semua, santek!


Eh, tetiba jadi 4 serangkai pulak??
Pagi tu aku kan dah kuar Merendek, malam tu keluar pulak. Terasa la jugak sedikit tingtong nya. Makan pun tak seberapa banyak seperti biasa.Kalau nak kira, aku ni hantu chim chum la jugak. Tapi my laki tetap cakap aku makan banyak. okey faingggg 




Air biru setenang air di lautan pasifik. 

Aku tengok air biru terus kennot go maaa. Aku kan very the kampung. Aku mengharapkan air sirap tapi rupanya  yang terhidang adalah air biru dengan oren. My laki dekat 4 gelas jugakla tambah air biru tuh, duk cakap sedap sedap try la. Aku, eiiiii tok say eh.

okbai.









Saturday, November 10, 2012

Bertemu rakan bloggers #2

Assalamualaikum

Kami ber4 sahaja. Janji pukul 10pagi kat food court Kbmall. Aku bersama my bff cik yla, lewat 30 minit. Cari parking sekejap. Lepas tu berdesup naik atas. 



Hye, my name is niksuzi a.k.a cikji

Aku makan nasi lemak je, nak makan prawn mee tapi makcik tu dah tak niaga gamaknya. Kempunan aku nak makan. Dari raya puasa hari tu lagi. Bernasi lemak la aku. Nak makan kuetiow goreng tapi tak bukak lagi.




Ni BFF aku sebenarnya. sek ren sekali, men sekali, U pun sekali. Aku macam segan jugak nak jumpa ngan dorang. So aku ajak la cik yla sekali.



Ni la tokey coklet tu. Aku rasa kat blog, dia tak penah tepek gambar dia. So, inilah chic na hihi. Umur dah 29 tapi mak aihhh very the awet muda. Lupa nak korek rahsia awet muda dia. 




Ini lah leader nya, jaa kechik la yang ajak kami semua bertemu mata. Sian anak teruna dia tertidur. Anak teruna dia pun macam paham-paham mak dia nak berborak, dia pun tersangatla baik hati. Tak merengek pun. Good boy.





Masa jumpa kami semua duk potpet macam dah lama kenal. Hihi. Tapi Jaa Kechik dah kenal ngan Cik Yla  sebab dorang sekolah sekali dulu. Tapi ni kali pertama la keluar bersama. Sebenarnya minggu lepas Jaa kechik dah jumpa dengan beberapa orang bloggers tapi aku tak sempat join. So, aku menjoinkan diri pada jumaat semalam.

Aku suka aktiviti macam ni *merendek memang suka* Sesapa yang nak jumpa  jumpa macam ni, ajak la aku sekali *tak malu* Tengkiu JAA KECHIK sebab sudi ajak kami semua untuk berjumpa. Dah la masa nak balik di hulurnya hadiah untuk kami *segan*. Aku dah la tak bagi apa-apa kat dia,hukhuk. Insyallah lepas ni kita bertemu lagi ye semua


okbai

Friday, November 9, 2012

Bertemu rakan blogger #1

Assalamualaikum





Ni aktiviti pagi tadi. Nanti aku publish full entry ek. Ni entry khas bersama siput sedut namanya. Kena pergi bayar 10 hengget baru laju gamaknya >.<

Salam jumaat penghulu segala hari.

Okbai

posted from Bloggeroid

Ni je yang aku mampu

Assalamualaikum

Entry tengah malam namanya. Selamat bersengkang mata kepada yang tak tidur lagi. Untuk lunch tadi aku mampu masak ni je



Aku sebenarnya tak pandai sangat nak masak something yang letak santan tuh. Tapi aku selalu je tengok mak mertua aku buat kari ngan sayur lemak. Bila tengok, aku rasa aku mampu buat #EHEM.

Mungkin sebab utama aku bukan jenis tekak lemak tuh semua. So,aku jadi takde keinginan untuk memasak ke arah itu. Chewah!

Orang kalau tengok ketam mesti wahhh sedapnya wat masak lemak cili api. Tapi kalau aku "wah sedapnya wat ketam goreng sos!"

#eh rasa macam dah lama tak makan meggi ketam. Padahal last week baru makan. *Dasarmakanbanyak*

Okbai.

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 7, 2012

Siput sedut yang amat

Assalamualaikum

Sangat menyakitkan hati, dikala keboringan tenet wat hal. Mak aihh line punya la slow. Very the siput sedut. Aku nk buka blog pun tak boleh. Yang kuar cuma header je. Yang lelain membeku je kat bawah. Nasib baik header aku tomey *verasannnn*



Aku nak membalas jejak komen korang pun tak boleh. Sori naaaa *versi Cik Ta*


Nasib baik ada lagu kat lappy. Dah berzaman aku tak dengar lagu kat sini wehhh. Tetiba feeling bujang sekejap sebab masa zaman bercinta kan suka feeling ntah apa apa tuh. Kuang kuang




Kalau tenet slow, duk guling guling boleh tertidur gamaknya.

Nasib baik boleh update guna fon tapi tak leh blogwalking jugak sebab line siput sedut kennn. Kira publish ikut sedap je. Okbaaiiii

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 6, 2012

adik kakak semua boleh

Assalamualaikum

Lately rajin la plak aku berblog. Dats mean aku banyak masa kosong kosong dan juga aku takde benda nak buat. Nak kata banyak idea tak jugak sebab berblog ni ikut mood jugak.

Petang semalam masa kat kedai masuk seorang akak ni.

"baru bukak ke dik?"

"erm erm *sambil senyum*

Perempuan itu pun berlalu begitu saja sambil usha-usha kedai aku. Maghrib semalam baru aku iklan tampal jawatan kosong,

tadi tepon aku berbunyi


DIA : hello kak, ada jawatan kosong ek?

AKU : erm erm

DIA : kak,kerja dia camne ek apa?gaji brapa? masuk jam berapa?

AKU: biasalah kedai henpon, blablalala...

DIA: petang tuh saya ada masuk kedai akak

AKU : ooo ye ker? tak perasan *aku pun duk pikir-pikir la yang mana satu*
umur berapa ek?

DIA : umur 29

AKU : oooo saya 25


Baru aku ingat, dats girl rupanya yang call aku. Lagipun petang tu takde sangat customer perempuan, kalau ada pun baya makciks jelah. Aku kalau boleh nak cari yang umurnya tidak melebihi umur aku, senang sikit kerja. Kalau pangkat kakak kakak ni nanti kang dia tak berapa nak dengar cakap kita la plak. Dia bajet dia kakak kennn. Pastu aku pun akan rasa sedikit kekok jugak kot. Itu based on pengalaman aku lah.

Nanti kalau aku tanya laki aku mesti jawapan dia "ikut sayang la" Tu yang aku malas tanya dia tapi sebagai isteri solehah # Ehem Ehem aku kena tanya dia walau dah tahu jawapan dia. Nanti la kena wat kira-kira dulu. 



orang selalu ingat aku ni macam budak lepas SPM.
Walhal dah 25 tahun, dah kawen, anak je takde lagi.


okbaiiiii

makanan di kala petang

Assalamualaikum


ingat durian crepe je ker yang wujud? jagung crepe pun ada jugak tapi bukan aku yang buat,  my BFF  CIK YLA yang buat pastu mai hantar kat kedai aku. sedap, lembut, lepas tu kat dalam tuh ada jagung yang dicampur dengan whipping cream ek?

kalau letak dalam peti ais rasa sejuk macam makan eskrim. begitu rupanya rasa dia, patutlah ramai orang duk mabuk dengan durian crepe sekarang, sedap rupanya.




jagung crepe





ubi goreng @ goreng ubi?





tapi sebenarnya kalau makan pisang better makan yang camni kot daripada goreng. kalau sesiapa yang ada masalah yang tak berapa nak lawas tuh boleh la mencuba yer. Insyaallah menjadi. banyak khasiat pisang ni. nanti korang mengoogle la sendiri yer. ada ker orang tak suka pisang? cer cite cer cite sikit.
okbai





Monday, November 5, 2012

1st time buat cornflakes bermadu

entry yang lepas aku ada cakap tentang nak buat cornflakes kan. Dah berapa hari baru nak buat, nak buat camne aku kan PERAJIN #Ehem.




Hai, nice to meet you :)






Ni kali ke 2 bakar, yang memula banyak sangat letak gula perang sampai nampak hangit la jugak. Yang kedua baru ok sikit.

Ok lah kan. Walaupun aku tak pandai tapi aku rajin mencuba-cuba ni. Okbaiiii

posted from Bloggeroid

Sunday, November 4, 2012

Mari bekerja

                                                Mari mulakan hari dengan senyuman.




Test test.sebab boring aku try tulis blog guna note plak. Tak tahu jadi ker tidak. Sama sama la kita tengok yer. Okbaiiii
posted from Bloggeroid

mache dihatiku

Assalamualaikum


marilah kita kembali ke pangkal jalan #Eh,
 marilah kita pulang ke kampung

famous sangat ker machang ni? takde la pemes sangat. tapi sejak ada kes tembak penjenayah sampai mati arituh terus pemes. dekat ngan kampung aku plak tu, kemuning yer bukan kemumim, kuar abis segala kat paper ngan berita, dedulu ingatkan kat bandar-bandar je ada kes camni. sekarang kat mana-mana pun boleh berlaku,mintak jauhla semua tu, takuitttt




makan mee dalam pasar mache kejap
pastu letak lada jeruk banyak-banyak, sedap!




sape yang duk area mache mesti kenal pak cik ni, lokceng lokceng tapi aku panggil satay. dia punya pencicah tersangatla sedap!



marilah kita kelik *balik*

kat belakang tuh adik ngan kakak aku. setakat ketereh mache hari-hari aku ulang
adik aku cuti 3hari, so aku pau dia sekejap suh jaga kedai ngan aku. susah benar nak cari budak kerja ni, tapi takpe, lagi seminggu ek sekolah? pasni ramaila yang mai mintak kerja. harap-harap camtu lah.

selamat menduduki SPM bagi yang exam tu, esok 1st paper ek?Good Luck. tingat kenangan masa jadik dak sekolah dulu. cepatnya masa berlalu kan?

okbai.

Saturday, November 3, 2012

sweet nyaaaa

Assalamualaikum

selamat bersabtu day semua.
 merendek kah korang? berdating kah korang? bertidur kah korang?

sekarang dah pukul 1.44am tapi mata membulat elok je. sejak bergelar surirumah separuh masa ni, aku rasa tidur aku tersangatla tingtong. kekadang terkurang kekadang terlebih toksah duk cerita la.


sweet ke?




sweetnya time duk tunggu makanan sampai, kucen terus melompat atas riba."ikhlas ker bang belai kucen tu?" ikhlas la.


ok fainggg





sweetnya dekat pukul 1pagi baru keluar supper meggi ketam, padahal laki dah pekena nasi sepinggan. cakap dah kenyang, sampai sana "meggi ketam dua"

ok fainggg


okbai





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...