Showing posts with label chef cikji. Show all posts
Showing posts with label chef cikji. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

Puding Karamel Beryogurt


Yuhuuu selamat malam, harini aku nak share simple resepi. Buat karamel tapi hari ni kita taruk yogurt yer untuk membangkitkan lagi rasa puding karamel ni agar lemak berkrimmmm, nyumsss!

Ni memang laki aku punya pebretlah. Nak nak lagi time bulan puasa, sokmo rikues suh aku buat. 

 Sebenarnya yogurt ni banyak diguna dalam masakan India terutamanya, dalam kari, dalam tandoori tapi aku macam biasalah, mana reti nak buat tu semua. Dessert jelah yang aku mampu, lets cikidauttt!



bahan-bahan:

8 biji telur
1/2 tin susu cair

1/2 tin susu pekat
2 sudu esen vanila
3 sudu besar Natural Set Yogurt
Air secawan.
(bahan diatas di blender sekaligus)



cara-cara:

1. cairkan 7sudu gula dlm loyang.kacau dengan api perlahan,bila nampak perang-perang, tutup api.
2. masukkan semua bahan yang diblender tadi ke dalam loyang
3. kukus dengan api sederhana lebih kurang 30minit.
4. bila dah masak, telengkupkan puding ni panas-panas ke dalam pinggan besar
5. letak lam peti ais kejap pastu boleh dimakan begitu saja.



 Kat atas ni adalah contoh Natural Set Yogurt. Untuk resepi ni aku just taruk 3 sudu besar untuk membangkitkan lagi rasa berkrim lagipun susu cair ngan susu pekat dah ada kan. Lagipun takleh taruk banyak sangat, nanti tak pepasal masam korang punya puding karamel. 


Btw, untuk info lanjut pasal Nestle, korang leh refer link INI, dalam tu ada pelbagai resepi yang berasakan yogurt. Esok korang cotiiii, nanti bolehlah masak untuk suami tercinta, auwwww.


okbai.


Sunday, April 14, 2013

Kekadang dapat suprise best jugak kan kan kan kan?

Assalamualaikum

Ni cerita tahun lepas lagi.
Godek-godek folder lama terjumpa lah pic ni



sape yang tak suka suprise?
habak mai habak mai.
bila dapat suprise tetiba rasa diri ini dihargai, disayangi, dikasihi, chewahhhh!

eh, weekend camnih blog sunyi je kan?

okbai

Saturday, April 13, 2013

resepi: pucuk paku goreng belacan


Assalamualaikum,
fuhhh lama giler aku tak publish resepi kat sini.
giteww lah kalau bangsa masak setahun sekali je,kihkhih

okey,simple resepi.
pucuk paku ni macam-macam cara kita boleh makan dia.
masak lemak boleh,celur buat ulam cicah budu pun boleh, kerabu pun sodap!


3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (suka pedas boleh tambah lagi)
belacan sebesar ibu jari (suka belacan boleh tambah lagi)

korang tumbuk je bahan kat atas tu, tumbuk lumat
tumiskan seketika sampai naik bau,pastu korang duk bersin-bersin
bagus. lepastu masukkan pucuk paku tadi. Garam secukup rasa. Gaul-gaul kejap je.

tadaa, siap.
sumpah sedap, makan nasi berlaukkan kembung goreng panas-panas pulak.
hoih, boleh kasi tambah.

okbai

Tuesday, April 9, 2013

Aku bangga menjadi surirumah separuh masa #2


Assalamualaikum

Aku bangga menjadi surirumah separuh masa #1

Okey sambungan dari part 1. Masa tu pukul 12 lebih. Hospital memang sedikit sunyi. Aku ambik keputusan nak tunggu dekat ward lah. Bilik OT tingkat 1, ward laki aku tingkat 2. Aku dah duk depan lif dah masa tu tapi aku rasa macam tak sedap hati, takut sebenarnya. Terus fikir bukan-bukan. Aku pun turun guna tangga ke ground floor. Hajat dihati nak ambik angin kat bawah tapi aku tengok jantans je semua. aku pun memberanikan diri naik lif ke tingkat 2 dan tunggu suami aku kat ward.

pukul 2.20 pagi macam tu laki aku siap operate, alhamdulillah.



Masa ni belum operate lg, geng doktor datang. Hamboooi doktor semua sempoi-sempoi., suka aku tengok, yang bawa beg tu pun doktor jugak.

to be continue...

# Nak bersiap nak gi ambik stock tudung dengan mertua,kihkih.
Nasib baik ada mertua yang baik hati kihkih.
Ntah bila laki aku boleh drive, cepat-cepatlah sembuh, aminnnn

Saturday, January 12, 2013

Menggiurkan


Assalamualaikum


dah lama buat sambal pauh ni. Pic tersimpan je lam hp. 
bila scroll down nampak,bila nampak menelan air liur
aihhh sedap sangat. makan nasi panas-panas dengan ikan goreng

okbai

Wednesday, December 19, 2012

Resepi : terung berlada


Assalamualaikum

Sape suka terung berlada?? Angkat kaki sambil tepuk tangan *lompat bintang lah tu*
Aku memang suka, hantu terung sangat, kari terung lagilah aku suka. Tapi aku ambik terung je, kuah kari tak berapa la nokss.

Marilah kita belajar memasak yang simple-simple saja.


Bahan-bahan :
- Terung *sukahati korang la nak potong camne*
- Lada besar 2 biji, cili api 5 biji *suka pedas boleh tambah lagi*- 3 ulas bawang merah
- Segenggam udang

Cara-cara :

- goreng terung dulu,sekejap je pastu angkat.
- guna minyak yang tadi, masukkan bawang dan lada yang telah ditumbuk
- nampak garing masukkan udang
- garam gula secukup rasa
- akhir sekali masukkan terung
- kacau rata lepas tu dah boleh angkat.
- terung tak boleh lama nanti makin lembik.



Selamat mencuba 
okbai


Tuesday, November 27, 2012

Rajin malas rajin malas


Assalamualaikum

Sebenarnya dari pagi tadi lagi nak update blog tapi line punya mendung semendung langit yang nampak gayanya macam banjir akan menjelma. Dah nak masuk bulan 12, tapi kampung aku tak banjir lagi, risaunyaaa takut banjir besar je nanti. huuuu takuit!

Isnin punya cerita. Aiolss sedikit rajin. Menu, sambal mangga/pauh.





Meleleh air liur kejap. 
Letak cili, ikan rebus 2 ekor, mangga 2 biji. garam gula.


Ohoiii sedap okeh! Makan dengan ulaman, sekali makan nasi 2 pinggan,wajib!



Tenghari tadi jadi malas, letak lappy atas perut pastu online. Okey, nak beli tudung murah-murah jom add Bawal Suzishop kat sidebar tu ye.Sekarang aku promosi free postage kalau beli bawal sulam 2 helai. Ada customer aku tanya, Sabah Sarawak pun free? Yes dear, free. Sekarang ni kan dah nak masuk bulan 12, kiranya Year End Sale terus lah.

Petang tu rasa lapar la plak, goreng telur dadar makan nasi dengan ulam dengan sambal pauh lagi. Kali ni tak tambah walaupun terasa nak tambah. Berhenti makan sebelum kenyang. Lepas tu laki aku balik,yeayyy! Aku pun goreng jemput letak ikan bilis dengan bawang besar hidang dengan milo panas *mithali sangat*
Okbai.

Friday, November 9, 2012

Ni je yang aku mampu

Assalamualaikum

Entry tengah malam namanya. Selamat bersengkang mata kepada yang tak tidur lagi. Untuk lunch tadi aku mampu masak ni je



Aku sebenarnya tak pandai sangat nak masak something yang letak santan tuh. Tapi aku selalu je tengok mak mertua aku buat kari ngan sayur lemak. Bila tengok, aku rasa aku mampu buat #EHEM.

Mungkin sebab utama aku bukan jenis tekak lemak tuh semua. So,aku jadi takde keinginan untuk memasak ke arah itu. Chewah!

Orang kalau tengok ketam mesti wahhh sedapnya wat masak lemak cili api. Tapi kalau aku "wah sedapnya wat ketam goreng sos!"

#eh rasa macam dah lama tak makan meggi ketam. Padahal last week baru makan. *Dasarmakanbanyak*

Okbai.

posted from Bloggeroid

Monday, November 5, 2012

1st time buat cornflakes bermadu

entry yang lepas aku ada cakap tentang nak buat cornflakes kan. Dah berapa hari baru nak buat, nak buat camne aku kan PERAJIN #Ehem.




Hai, nice to meet you :)






Ni kali ke 2 bakar, yang memula banyak sangat letak gula perang sampai nampak hangit la jugak. Yang kedua baru ok sikit.

Ok lah kan. Walaupun aku tak pandai tapi aku rajin mencuba-cuba ni. Okbaiiii

posted from Bloggeroid

Sunday, October 21, 2012

resepi : kangkung goreng belacan

Assalamualaikum

resepi paling simple di abad ini

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili api
1 sudu belacan


1. panaskan minyak dan tumbuk manja bahan dia atas.
2. nampak garing masukkan kangkung.
3. kacau sekejap dan masukkan sedikit udang kering.
4. kacau rata dan siap.

#tak perlu masukkan garam sebab udang kering tu dah masin.
tapi kalau korang jenis pemasin, boleh je tambah garam secubit.




tumbuk tumbuk manja je



rendam dulu kangkung, buang segala kekotoran

siap, makan dengan nasi berlaukkan ikan kembung goreng fanas fanas.
selera kampung sungguh, mesti tambah nasi punya

sori, aku lupa nak snap picturesnya yang dah siap masak. 



Sunday, October 14, 2012

resepi : sotong titik serai

Assalamualaikum

dah lama rasanya aku tak share resepi kat sini
bukan aku takde masa tapi aku jarang-jarang masak kuikui
aku rasa satu kepuasan bila aku share resepi kat sini
tiap hari ada je orang views resepi aku, walhal aku rasa resepi aku tu biasa-biasa je


agar-agar santan yang paling pemes sekali orang duk search kat sini
kat live traffic feed kat bawah tu pun memanjang orang duk search resepi je
tetiba rasa macam blog masakan la plak hahaha *hover ok!*

thankssss kepada mereka yang sering menjenguk + mencuba resepi aku ittewww
sama-samalah kita memajukan diri dalam bidang masakan #Eh



 
ok ini semalam punya air tangan

titik bermakna ketuk atau dalam bahasa kelate, katok
tapi dalam bahasa kelate jugak, katok bermaksud pukul
tapi dalam masakan kita panggil titik, terserlah kesopanan

kat entry pun aku tulis titik jugak sebab nanti senang nak cari
aku mesti share resepi senang-senang saja
sangat sesuai untuk orang yang perajin pemalas seperti aku
kuang kuang kuang



BAHAN-BAHAN

1/2 kg sotong
cuci bersih, ada orang yang tak buang dia punya dakwat tu,
kalau aku memang aku buang, nanti tak tertelan.

4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 batang serai
1 keping asam 
garam secukup rasa
lada besar
bawang besar


CARA-CARA

mudah saja caranya. kita campakkan ajer semua bahan tu

1. masukkan sotong ke dalam periuk bersama sedikit air
jangan bagi sotong tenggelam sebab nanti sotong akan keluarkan air jgk

2. tumbuk bawang merah + putih dan titikkan serai

3. masukkan semua bahan diatas bersama sekeping asam
hiris bersama lada besar dan sedikit bawang besar

4. panaskan api, bila nampak kuah mula gelegak, baru masukkan sedikit garam
tunggu gelegak sekejap, boleh tutup api
sotong tak boleh masak lama-lama nanti liat


#aku kalau masak memang tak letak pak aji
tudung bawal Kelantan..Jom cucimata di Suzi Shop





Monday, August 6, 2012

Resepi: Agar-agar Santan


Assalamualaikum
Salam Nuzul Quran

hari ni aku nak share resepi yang haruslah simple saja
kalau search resepi agar - agar kat tenet
kebanyakkan semua sukatan dalam gm dan ml
tak paham sungguh aku, kenapa tak tukar kepada cawan saja

bukan semua orang kat umah dia ada penimbang
dan bukan semua orang rajin pakai timbangan bagai ni
walaupun kat dalam lemari umah dia ada penimbang
akulah salah sorang daripadanya haha




dont worry, resepi aku ni  pakai cawan je 
sesape yang baru belajar nak buat dessert untuk berbuka 
bolehla mencuba

antara bahan yang digunakan



BAHAN-BAHAN

1 paket agar -agar bertali
5 cawan air
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula
6 helai daun pandan
1 biji telur
secubit garam
sedikit pewarna hijau



CARA-CARA

1. panaskan air hingga mengelegak kemudian masukkan agar-agar
2. masukkan gula kemudian kacau sehingga agar-agar hancur
3.blenderkan daun pandan kemudian tapis 
4. masukkan air tapisan daun pandan
5. satukan telur + santan  kemudian pukul dan masukkan dalam periuk 
6. letak beberapa titik pewarna hijau dan secubit garam
7. kacau hingga gelegak dan siap.

senang je kan?



hasil tadi aku dapat 2 loyang
nanti boleh bawa balik umah ma mertua sikit

memang puas hati sebab dapat banyak
lagipun nih memang pebret aku lah



sejuk sejuk keluar dari peti ais pastu terus masuk mulut
yummy!




Saturday, July 28, 2012

Resepi: Puding Roti Karamel

Hari ni aku nak share simple resepi je
dessert ni memang simple habis, aku kan seorang yang pemalas
so, of coz la aku akan bagi resepi yang mudah mudah je haha
resepi ni lebih kurang je dengan puding gula hangus tuh
campak campak blenderkan aje.
so,sangat sesuai nak buat berbuka puasa nanti



3 sudu besar gula 
(panaskan teruskan dalam loyang dengan api kecik dan masukkan 1sudu besar air,jangan terlalu lama nanti karamel ni jadi pahit)

4 keping roti 
4 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecik esen vanila

1. blenderkan saja bahan-bahan ni,sekejap saja tapi make sure hancur 
2. siap blender terus curah ke dalam loyang yang berisi karamel tadi
3. kukus selama 35minit dengan api sederhana besar tapi sebelum tu pastikan air betul betul gelegak
4. lepas siap terbalikkan letak dalam pinggan dan letak dalam peti ais, waktu berbuka terus boleh
    makan :)



Nak support ahli sukan Malaysia kat Olympics klik
SINI
Register your churpchurp HERE

 



Saturday, July 7, 2012

air tangan isteri dihujung minggu

assalamualaikum

happy Saturday peeps!
time ujung minggu jelah ada masa nak masak untuk laki
nak wat camner, harihari saya kerja ,weekend je cuti. so takde masa nak masak
*alasan orang femalas*





kek gula hangus masih fanas fanas lagi ni
mengebuuuu jer dia



ni lah hasilnya
berselera bersungguh laki aku makan
macam ni lah jadinya bila isteri jarang jarang masak kihkih

                                                               nak resepi?
                                                   boleh godek godek sini okey.
                                                          selamat mencuba.

Thursday, May 3, 2012

kek coklat kukus


yang ni buat utk di bawa ke tadika
celebrate beday ngan anak2 segera
budak2 mmg suka sgt ngn kek kek berbaur coklat nih
dah nama pun budak kan


yang ni plak wat untuk makan2 kat umah jer
lagipun bukannya sokmo balik kg
time balik la leh wat makan2 cenggini.
senang saja nak wat kek coklat nih

BAHAN-BAHAN:

*1 cawan serbuk coklat/koko (cikji mmg suka van hauten)
*1 cawan gula
*1 1/2 cawan tepung gandum
*1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
*1 1/2 sudu kecil baking powder (serbuk penaik)


2 biji telur (gred apa-apa pun tak pe)
1 tin susu cair
1 cawan minyak masak

CARA CARA:
1. didih air dulu untuk make sure kek dikukus dengan air yang betul mendidih
2. pukul telur hingga kembang
3. gaul sebati semua bahan yang bertanda *
4. susu cair + minyak masak dicampur kedalam telur yang telah dipukul
5. campurkan adunan yang bertanda * ke dalam langkah 4
6. kacau sebati semua adunan
7. masukkan ke dalam loyang yang disapu marjerin
8. kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
9. bila cukup masa,cucuk dengan lidi untuk pastikan kek betul-betul masak


TOPPING :
1/2 cawan van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu minyak masak (boleh jugak diganti dengan butter)
2 sudu susu segar coklat (kalau takde,air panas pun boleh)

*cikji xguna kaedah boiling sbb cikji rasa remeh.
letak semua bahan dalam periuk pastu baru buka api kecik jerrr

bila masak camnih menyebabkan topping mudah pekat,so bila nampak pekat tuh,tambahlah susu segar secukup rasa.lepas tuh,letaklah topping terus atas kek.sebab,bila sejuk topping menjadi semakin likat nt xbest.

selamat mencubaaaaa :)






Monday, January 23, 2012

kek gula hangus









Bahan-bahan:

 1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan gandum
2 sudu kecik soda bikarbonat


masak 1cawan gula dengan api sederhana

ingat, gula sahaja! jangan memandai nk campur dengan air.
langkah seterusnya baru campur ngn air.




bila nampak keperangan camnih,masukkan air panas 1cawan.
masukkan slowly sebab nanti memercikkk.

kacau rata sekejap dan tutup mati,
masukkan 2 sudu besar mentega dan kacau rata



sementara tunggu gula hangus sejuk,
pukul 4biji telur diselang seli  dengan susu pekat 1cawan
masukkan 1cawan gandum dan 2 sudu kecik soda bikarbonat
pukul sampai kembang kembang

bila gula hangus sejuk,suam-suam pun xpe,
masukkan dalam adunan ni
kacau rata

*sorry,xsempat nak snap pic yang semua adunan bersatu*
bila semua adunan bersatu,biasanya ada macam ketul2 gandum,
ambil sudu,penyek2 jer,but dont worry,bila masak ketul2 tuh akan hilang.

sapu marjerin pada loyang,
make sure panaskan air dulu sebelum kukus!!
biar air betul2 gelegakkk!!!

*ada orang kata,kena perap lama2 baru kek gula hangus banyak lubang
tapi cikji dah buat,result dia sama je.
tapi cikji kira perap la jugak kejap sebab sementara tunggu air betul2 menggelegakkk.



kukus dalam 40minit,api sederhana.
before tutup api,cucuk-cucuk dulu dengan garfu
lau ada something melekat kt garfu,maknanya kek tak masak lg
lau xde ape2,maknanya kek tuh dah masak.


yeayyy! dah boleh makan
dimulakan dengan Bismillah,
ngapppp!

dah berbiji-biji kek nih cikji buat,memang cikji guna resepi nih
cikji siap turunkan resepi ni dekat kak cikji kat kl,
hamboooiii siap dapat tempahan lagi,
masyukkk uolsss.

*kalau ada loyang ala-ala donut tuh lagi elok sebab kek 
dapat masak dengan cepat dan cantik berbanding dengan loyang circle.
pengaliran haba yang berbeza.

so,selamat mencubaaaaa :)



Saturday, January 21, 2012

menu simple

hari tul MIL pergi kl bersama adik adik ipar
so,cikji ngn my hero jelah kat umah




ayam goreng simple + sayur campur

amboiii sampai menambah nambah my hero makan
camni la jadinya bila bini jarang masak
hahahaha.
bukan tak nak masak tp takde masa
*ehem*

Tuesday, October 25, 2011

cikmek = kecil molek

assalamualaikum dan selamat malam,
waaa rindu tahap dewa kt blog sesawang nih
hari ni xnak cakap banyak,juast nak memperkenalkan kuih kelantan
1st time cikji buat,alhamdulillah menjadi :)


mempersembahkannnnnnnn




cikmek molek


ni yang baru siap dibentuk,belum digoreng lagi.
cikji buat siap2,goreng separuh and letak lam peti ais separuh
bila goreng keesokan paginya,air gula keluar sedikit,
kelazatan sedikit berkurangan berbanding dengan petang sebelumnya.
the moral of the story,bila siap2 bentuk,terus goreng.jangan simpan-simpan.

happy tuesday everyoneeee!

Wednesday, August 17, 2011

What We Call "Megi Campak-Campak"

satu untuk dia, satu untuk saya..sama tapi tak serupa.


Tuang minyak,tak leh campak,bahaya!
Campak bawang putih + bawang besar
Tuang air, tak leh campak bahaya!
Campak kari
Campak udang
Campak megi extra pedasss
Banyak sangat aktiviti campak disitu,
thats why digelar megi campak-campak :)

Oh! sungguh berasap pedas!


Thursday, August 11, 2011

dessert simple mimple

Sape kata orang laki tak pandai masak?Sape kata orang laki pandai makan je?Sape kata  lelaki yg monopoli bidang masakan?Ohhh itu saya yang kata sbb mostly chef adalah lelaki. Contoh: Datuk Chef Wan. Lau omputih punya Chef Jamie Oliver! Sesapa yang suka tgk channel 703 memang banyak chef laki je yg masak.



dadih perisa coklat vanilla hasil air tangan suamiku, itu pun setelah mendapat guide yang terbaik dari isterinya lau x, jadi air milo la jawabnya dadih tu.

bila keboringan melanda lebih-lebih lagi time jalan jem,apsal la muka aku pucat sangat,hukhuk


p/s: setakat ni rancangan peberet saya adalah ketuk-ketuk ramadhan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...