Tuesday, November 28, 2017

Jamuan Perpisahan 2017

Minggu ni memang tema makanan kot. Harini lunch nasi ayam by Chef Ha kita. Aku pulak buat puding gula hangus. Macam biasalah, pagi datang kerja, punch card terus senseng lengan baju. Siap bawak  loyang dari rumah lagi. Boleh dikatakan sebagai jamuan akhir tahun lah jugak. Ada 2 orang staff yang akan berhenti. Last day dorang hari khamis ni tapi esok lusa aku cuti. Kiranya last day lah aku jumpa ngan dorang.


Memasing kebulur. Bagi bebudak makan kekenyang dulu. Lepas bagi dorang tengok cerita doraemon sekejap. Harini 10 orang je datang. Lepas tu siap pesan lagi, awak tengok cerita diam-diam, teacher nak makan jap. Lepas ni kita mandi. Alhamdulillah, semua behave. Sambil makan pun, mata tetap kena tengok anak-anak murid yer.



Puding gula hangus by me ^___^
Resepi ada kat tepi. Boleh klik kalau nak try yer.
Insyaallah sedap. Aku buat je, tapi tak makan, tak suka.

That's all for today.
Thank you for reading !

Monday, November 27, 2017

Puding laici





Harini saja buat makan suka-suka. Semalam ada beli barang and pagi td datang kerja kebetulan takde student datang lagi. So, senseng lengan baju, terus buat ni. Sekejap jer pun.

Resepi
10gm agar-agar serbuk
1 tin laici
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
6 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan 6 cawan air.
2. Masukkan agar-agar berserta dengan sukatan gula.
3. Kacau hingga mendidih kemudian tutupkan api.
4. Masukkan air laici dan separuh buahnya. Sebab separuh lagi nak hias dekat atas.
5. Masukkan susu cair.
6. Kacau rata dan masukkan dalam bekas.

Senang bak hang!
Laici tu gunting2 kasi kecik sikit.
Makan sejuk2 perghhh sedap!

penghujung 2017.

ya Allah lamanya xbukak blog. maklumlah sekarang ni banyak cabang media sosial yang lain. yang pastinya hobi berblogging sentiasa tersemat dalam hati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...