Monday, December 30, 2013

Cung melecung

Aku rasa minggu ni aku makan banyak giler kot. Lagipun lately time bekpes aku asik bedal roti canai je
So, pepeham jelah roti canai kan ciput jer. Sekadar alas perut je uolsss. Lagipun still dalam orientation week lagi. Penat jugak ahkak rasa time orientation week ni. Yeay! esok dah last day. On wednesday back to basic.


So, hari rabu nanti semua teachers akan bersama students dorang lah. Cehhh bunyik macam jejak kaseh lah pulok. Nasib baik aku dapat student lama, so kerenah dorang pun takde sangatlah. Semua cerdik pandai dah, ehem ehem. Sekali aku sound nama je, terus dengar. Bukan garang tapi tegas hikhokhikhok.




*harus guna botol besar sebab takde bekas shake yang kocik*


Okey, aku nak cakap yang sekarang aku dah start minum ESP Shaklee. Pepagi sebelum bekpes.  Sebab utama nak bagi energy lebih, korang pepaham jelah jadik cikgu tadika ni bukan senang. Sorang budak tu beribu kerenah. Baru je nak duduk, teacher itu teacher ini. Kekadang makan pun tersekat-sekat kehkeh.


Sebab kedua aku telan ESP untuk baiki kulit lah. Muka aku kalau tengok dari jauh nampak tulus mulus ler, tapiiiiii kalau dekat-dekat akan nampak ada sedikit tone tak sekata. White head memang banyak! Lepas tu kulit aku jenis kering, kekadang ada macam gelupas gituh :(

Ada jugak yang suggest alaaaa pakailah foundation, nanti cung lah muka tu. Aku ni sebenarnya jenis spesis pompuan yang tak mekap + laki aku pun tak suka jugak kalau aku jangok-jangok. Katanya yek yek means euwwwww hahaha.

 Krim safi yang botol ijau aku pakai dari tahun 2008 pun ada lagi. Bedak miyami dari tahun 2012 pun tak luak luak lagi. So, aku pun ambik keputusan untuk consume ESP Shaklee. Nanti sampai masanya aku akan ceritakan perubahan selepas consume ESP yer :)

Boleh baca pengalaman aku sendiri dengan GLA Shaklee.
Klik bawah. Untuk pertanyaan pasal shaklee boleh wassap aku terus 019 986 4684.


Okbai


Friday, December 27, 2013

Cerita training Al-Baghdadi


Harini jumaat. Cepat betul masa berlalu kan?. Harini kitorang ada training al-baghdadi. Kalau cakap al-baghdadi ni maybe orang cam hah? hah? hah? Tapi kalau cakap alaaa yang baca quran sambil ketuk ketuk tuh.Haaa barulah korang paham sikit.

So, pepagi lagi dah cakap ngan my demok yang nak bekpes nasi kerabu #suwarungnasikerabu.


Dah berkurun dah kempunan nak makan ayam bakar tapi asal pergi je habis sokmo. Daging bakar pun kita telan jelah, janji sedap.




Sedap giler akok ni. Petang tadi pun boleh makan lagi, masih elok-elok.
Patutlah kemain laku.




Sedap




Laki ai punya, lauk lebih.


Aku pun kompius, nak cerita pasal al baghdadi ker pasal makan ni? Hahaha


Okey,marilah kita bercerita pasal kursus yer. 



Kursus tadi start kul 10am. 





Teacher is dah bersiap sedia nak bernasyid. Takde lah, sebenarnya nak berzikir :)
 Supaya hati tenang, rasa selesa, takde gangguan untuk meneruskan training yang bermanfaat ni.





Ilmu dunia ilmu akhirat






Siyesly, memula belajar rasa macam kekok sangat. Ketuk pun  tak reti. Tangan keras macam putung kayu. Ketuk terlebih terkurang. Pastu dah banyak kali prektis makin okey. 
Practise make perfect :)

Al-baghdadi ni bacaan lebih kurang macam iqra' je tapi menggunakan teknik ketuk ketuk. Jadi cara bacaan tu lebih tepat, harakat pun betul, fokus pun lebih. Bacaan pun lebih sedap didengar. 
Haaa gitewwww.




Thats all for today.
okbai!




Tuesday, December 24, 2013

Day 2


Hari ke- 2 diperantauan tapi 1st day kusus. Ni kusus yang kedua bagi aku sebab masa ujung tahun 2011 aku dah attend kusus Little Caliphs ni. Untuk minggu yang memula ni adalah untuk senior teachers sahaja, yang dah mengajar 2 years and above. Bak kata En Hamka, otai otai hahahaha..
Otai lah sangat. Poyos lah sangat




Cun file dia kali ni. File tu bukan pakej sekali ngan pen yer, 
pen tu aku punya. Sponser by UMobile kihkih





Comel je baby ni. Time lunch kitorang jadik babysitter jap sebab mak nya mau makan.





Bila join kusus senior teacher ni, aura dia terasa macam lain sikit.
Susah nak huraikan camne, tapi yang pasti lain lah dari yang sebelum ni.
Alhamdulillah, banyak perkara baru yang dipelajari.
Semangat baru, niat baru dan kalau boleh segalanya baru sebab 
dapat pun kelas baru kihkih tapi students still yang lama.

Students aku kemain excited dapat class baru, aku pun excited jugok tapi sedikit penatlah nak penuhkan ruang yang kosong, take time lah jugokkan. Tapi takpe, buat sikit-sikit nanti siaplah.





Habis kusus tu masa nak balik boleh pulok dorang ni ajak masuk gegaran dinosaur nih. Duk kat luar dah terasa gegaran ngan bunyik grrrrr aummmmm aummmm. Hoih dengar bunyik tu pun aku dah takde selera nak masuk. Kalau bunyik meowww meowww aku masuklah jugok kot. Lastly dorang pun tak masuk. Kalau masuk mau nya ngigau aku malam tu. Sooo scaryyyyy.







Otw balik guest house tu singgah cari makan jap.
Night Circle, not bad dia punya makanan.
menepati selera.





Pening tak tahu nak makan gapo





Masa ni hujan lebat sangat.
Orang kemain ramai.
Tapi kitorang tapau je.
Okbai




ADS
jom sihat bersama shaklee
berminat untuk join member shaklee?
hanya Rm65, member seumur hidup!

Sunday, December 22, 2013

JUS APPLE BERYOGURT NYUMSSS!

* 48 HOURS SPONSORED POST*


Haritu keluar jenjalan ngan laki aku, ujung minggulah baru ada masa nak keluar beli segala barang keperluan. So tangan ambik tu ambik nih terus terpandang Nestle Natural Set Yogurt ni hah. Amboiii sedapnya uollsss. Menjejes jejes air liur kejap. 



Apalagi terus rembat seketul.  Pastu terus fikir kalau dibuat jus pun jalan jugak ni. Nak-nak lagi musim kejap panas kejap sejuk ni, perut lapar sokmo. So, kita guna bahan simple sajo janji murah, cepat, dan sedap! 



Sejuk-sejuk keluar dari peti ais.

Nestle Natural Set Yogurt ni banyak kelebihannya, antaranya adalah

- Low in Fat
- No Sugar Added
- Contains Calcium
-No Colouring





Kat belakang tu dia dah mention maklumat pemakanan.
Pelbagai khasiat yang kita boleh dapat dengan Nestle Natural Set Yogurt ni.

Jom kita mulakan proses membuat JUS APPLE BERYOGURT NYUMSSS!



2. Susu segar
3. Apple 

*kalau korang nak ganti dengan banana, kurma, pear or bebuah lain pun okey jugak*


Memula potong dadu 2 biji apple, make sure kupas kulit dulu yer.




Masukkan 2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt

 Masukkan setengah kotak susu segar. Blend sehingga betul-betul kawww.




Taraaaa! Siap dah!
Yang berbuih tu lah yang sedapnyaaa, lemak lemak masam-masam rasanya. 
Cepatkan? Perghhh yang berbuih tu yang sedapnyaaa.


Nanti memacam resepi yang korang boleh jumpa dengan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt. Untuk keterangan yang lebih lanjut korang boleh klik link di bawah yer




Okbai!

BE ke - 8



Rejeki. BE ke 8 datang menebeng. 
Aku ingatkan ni yang ke 6 rupanya dah yang ke 8
Yang 2 INTI kat bawah tu dah credited. 
Lepas tu datang pulok INTI yang baru. 

Amboi Nuffnang ni macam tetau je aku ada niat nak sambung study.
Tapi tak tahu bila lah, kihkih.


Inti merupakan tempat pengajian swasta, memacam kos ada kat situh.
Sape yang rasa nak sambung study kat situh boleh lah klik picture INTI tuh.
Nanti dia akan keluar memacam lah, korang nak tanya apa boleh tanya kat dorang.
okbai


Saturday, December 21, 2013

Do i look alike?


Cerita masa gi kursus haritu.
Duk tunggu pak sedara aku kat stesen train.
Ada chinese lady, borak-borak kejap pasal touch and go dia ada probs.
Dia tanya aku biasanya pekerja kaunter KTM akan bertugas jam berapa pulak?
Aku cakaplah maybe lepas solat maghrib, lepas pukul 7.15 ker.

Amboiii jawapan kemain kompiden, walhal last datang situ lebih kurang 2 tahun lepas kot hahaha
Tapi aku cakap based on experiance lah.
Sebab dedulu time belajar memang aku sokmo datang umah pak sedara aku nih
memang susah sangat nak tengok orang jaga kaunter tu ada

Okey, pas tu aku berborak lah ngan si amoi ni hah.
Bla bla bla bla






So, dia tanya aku, are u teacher?
aku pun jawablah, how do u know?
Look alike.

Lepas tu pak sedara aku pun datang. Tak nyempat aku nak tanya nama dia, keje apa.
Aku pun mula lah pikir sensorang, aku ni ada mirip rupa cikgu ke?
Macam betul je, macam tak je,

Tapi kira okeylah dia tanya aku soklan macam tu.
Nasib baik dia tak tanya aku,

 baru abis SPM ke?????



ADS
jom sihat bersama shaklee
berminat untuk join member shaklee?
hanya Rm65, member seumur hidup!










Wednesday, December 18, 2013

Day -1


Marilah kita bercerita pasal travel hari tu ek. Travel lah sangat hahaha. Kitorang pergi hari ahad sebab kursus hari senin. Nak dijadikan cerita, time bersiap-siap tu dapat email yang flight delay. Lebih kurang sejam macam tu lah. Dah alang-alang bersiap go on jelah.

Nanti boleh bekpes dulu takdelah kabut sangat. Aku laki bini bekpes kat kepsi airport je. Malas nak pergi jejauh. 


Dah siap bekpes bagai, turun bawah. Laki aku boleh layan kerusi urut, dekat setengah jam lah jugok. Aku malas nak masuk dalam awal-awal. Boring kot, duk luar boleh borak-borak dulu ngan laki ai, 8hari kot berjauhan, haruslah bermanjewww manjewww dulu, auwww sila muntah sekarang!

Sekali dah masuk kat dalam, flight delay lagi sekali. Dekat sejam jugak lah we ollsss keboringan di dalam. Sabar jelah. Lepas tu aku mula lah nyesal tak makan nasi pagi tadi. Grrrr perut laparlah jugek. 



Akhirnya, sepatutnya kitorang ber 6 tapi tecer baiyah dah dapat keje lain, maka berlima lah we ollsss. Rindulah pulok kat gelak tawa tecer baiyah, sobsss sobsss.




Sampai je memasing kebulur, Memula nak masuk mekdi tapi time lunch pepaham jelah. Cam sadin dah orangnya, kitorang makan je kat Taste of Asia. Perut melayu haruslah carik nasik tapi aku tehtap ngan ktiow sup.




Kompius, nak mee kari ker nak ktiow sup. Lastly aku ambik ktiow sup, licin weh, kebulur punya pasal. Boleh tahan gak makanan kat sini, sedap lah jugak.

Siap je makan, terus naik Skybus ke KL Central. Dalam bus terlelap sekejap. Lepas tu terus ambik train ke Shah Alam. Sampai sana terus ke Guest House. Fuh nasib baik abang aku ada, kalau tak pening gak nak mencari.




Taraaa, nilah guest house nyaaaa.

okbai!


Ingin sihat bersama shaklee?
Ingin menjadi member shaklee?
RM65 seumur hidup.
wassap me for details 019 986 4684.

Tuesday, December 17, 2013

I'M BACK !

Fuh rindu giler ngan blog. Banyak menda nak cite, 
gambar pun berkepuk-kepuk 
tapi take time sikit nak watermark ngan resize.

Cite pasal kursus bagai nanti kita story mory ek :)
Btw, sape nak sihat dengan shaklee. just wassap me.
untuk berminat jadi ahli pulak hanya RM65 seumur hidup.

#sayajual #sayamakan #sayasihat #Insyaallah.



okbai!

Thursday, December 5, 2013

Anak itik


Ekceli malas sebenarnya. Malas belaka. Dalam kepala yang ada just terasa nak gi jenjalan lepas tu nak keluar beli itu ini. Hamboiii verangan tak hengat dunia kan, ekekeke.

Takpe takpe, sabtu ni kita keluar jenjalan pepuas ye.

Next week dah kena berangkat pergi kusus.
Hari ahad pergi, ahad depan baru kembali ke pangkuan suami, hukhuk
Sian laki ai kena tidur sensorang hikhik. Ok, lupakan pasal tu.


Anok itik tokwi berkeliaran.
100 ekor semuanya. Feeling peternak itik berjaya kejap.





Disebabkan next week nak pegi kusus, 
so aku humban segala menda ni dalam plastik sampah je.
Cari kotak kosong takde, terlupa nak ambik kat kedai tadi.
Kena bungkus sesiap simpan lam stor.
Nanti tak pepasal kena selongkar ngan students aku.



Ni pun tak siap sepenuhnya lagi. Ginilah jadinya bila dapat class baru.
Class pun tak siap lagi.
Banyak mende nak kena ni buat huhu.

Okbai!

Wednesday, December 4, 2013

Pinky



Rasa gegirl sangat bila berpinky pinky nih. Sebenarnya dari hari tu lagi aku nak cari Quran tafsir. Memula tengok rainbow Quran macam somel je, macam somel je. 

Tapi masa tu sengkek lah pulok, konon nak save bajet. Aku pun install lah apps dekat tepon. Godek -godek tapi yang aku install tu semua tak memuaskan hati.

Tafsir dah cun tapi huruf hijaiyah tu macam terputus-putus. Sepatutnya bersambung tapi tidak bersambung. Macam susah je aku nak baca. Yang tu pulok hijaiyah dah cun tapi tafsir omputih lah. Mana aku reti. Huhu.

So, hari tu pergi jenguk-jenguk kedai buku kat bawah ni. Lepas tu terus bekenan ngan Quran tafsir ni. Alang-alang dah lama cari terus aku rembat. Aku suka Quran kecik camni. Kat umah dah ada satu, tapi kaler koko.





RM 44 hengget sahaja.

 Masa muda mudi ni bolehlah hadap Quran kecik camni, seksok bila dah tua baru kita cari Quran yang sedepa pulok yer.





Bila baca Quran sambil baca tafsir terus rasa sejuk hati kejap ekekeke. 


Tapi seeloknya bacalah Quran yang  bertafsir. Baca ilmu yang kita akan dapat dari dalam tu. Satu halaman sehari pun dah cukup. Nanti lelama khatam lah :)


Okbai

Monday, December 2, 2013

kawan kawen



Seperti biasalah, asal penghujung tahun, cuti sekolah, berderet deret jemputan kawen sana sini.
Ni sabtu lepas punya cerita. Kawan setempat kerja yang kawen.




We ollss bersama pengantin baru dan our big boss.
Hari tu aku just bawak henpon cap ayam je, tak dapek lah nak snap pic.
Ni pun pic ehsan dari tab Tecer Is, hihi.

Okbai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...