Friday, June 27, 2014

petua tradisional halau nyamuk


Kat rumah sewa aku nyamuk memang tahap berbilion gamaknya. Memang banyak giler lepas tu jenis spesis yang kecik je tapi tahap kegatalan boleh tahan jugak. Maybe sebab kat belakang tu hutan kot. So kira siang hari dia duk lam hutan, malam hari datang tido rumah aku. Amboi amboii banyak cantik kan.

Aku sebenarnya kekadang lemas jugak dengan ridsek dan segala bau bau yang spray ni. Boleh bikin kepala aku pusing. Sebab tu sampai sekarang kete laki aku takde pewangi. Ngeh ngeh ngeh. Kekadang dengan perfume orang pun boleh buat aku tahan napas lima minit. Kat rumah aku stock ridsek, pebreze, downy ada. Tapi agak lama jugaklah nak habiskan. Dulu sembur jugak perbreze kat tilam, sekarang baru tahu pebreze tu busuk hihi. Downy lagi wangi. So, lepas kemas-kemas, kita semburlah sikit downy. Kasi keluar bau-bau yang tak menyenangkan.  Eh, nak cite menda lain, menda lain pulak yang aku tulis. Okey maafkan saya penunggu gua.

So, bila nyamuk dah tahap berbulu bulu ni, terpaksa lah jugok sembur ridsek. Laki siap beli ridsek yang paling besar lagi. Nampak sangat dia pun kemain berdendam ngan nyamuk tu haha. Kalau kat ruang tamu nyamuk jejarang je banyak tapi kat toilet lam bilik aku, fuhhhh memang tahap berdiri bulu roma lah. Ni kalau Puteri Gunung Ledang nak hati nyamuk boleh mai ambik stok kt sini gamaknya. 

Bila nak maghrib mula lah nyamuk datang. Time tu aku dah sembur ridsek, malam sebelum tido sembur lagi, bangun subuh esok sembur lagi. Aku tak paham kenapalah banyak sangat nyamuk lam toilet bilik aku. Toilet kat luar takde sangat pun. 

So kebetulan jumaat lepas, aku tengok cite yang KakTon jadi pengacara tu. Aku lupa dah tapi yang pastinya ada Kakton Kakton lah kat belakangnya.

Ada segmen-segmen. Sekali keluar segmen petua. Aku pun apa lagi. Tirulah weh. Hihi





Mudah je. Belah limau nipis kepada 2 bahagian. Lepas tu cucuk je bunga cengkih kat atas dia tu. Bau toilet pun jadi wangi. Aku letak lam toilet dekat maghrib dan memang betul-betul menjadik. Nak kata nyamuk takde sekor habuk tu tipulah kan. Nyamuk tetap ada tapi lam  2 3 ekor camtu je.Bangun pagi esok pun nyamuk takat tu jugak. Aku syak nyamuk tu selsema gamaknya -_-"


 Aku biarkan je limau tu duk kat sini lam 4hari jugak sampai berkulat limau tu, hihi. Tapi wangi cengkih tu tetap ada. Memang menjadi yer petua ni. Sesape yang suka camping tu, bolehlah cuba petua ni time duk lam hutan.

Nyamuk dah start banyak balik, harus keluar cari stock cengkih. Orang cari cengkih nak masak, aku nak wat halau nyamuk. Takpe janji hidup tenang. Hihi Okbai!

Thursday, June 26, 2014

banyak nak cerita sebenarnya


Dah lama tak mengarang kat sini. Nak kata sibuk takde lah sangat, sibuk yang masih lagi terkawal. Tapi tu lah, nak tulis blog ni pun kena ada dalam mood berblog jugak. Kat lam kepala ni memacam nak tulis sebenarnya tapi takde selera nak menulis tapi kalau bab makan memang berselera sokmo hihi. 





Memperkenalkan haiwan ternakan laki aku. Berekor ekor tapi takpe aku show off yang ni je dulu. Yang ni tahap berbulu yang melampau batas sampai terkatup mata sendiri. Perlu ke aku gunting sikit bulu dia biar kasi clear pemandangan? Ekceli ni bukan laki aku beli pun. Yang tu nanti aku story mory lenkali. 




Pagi tadi punya cerita. Bertingkek tingkek kek. Sebab sekali harung yang bulan july punya. Yelah july kan puasa. Tadi kekawan aku ada tapaukan sikit sorang tapi aku tak ambik pun.Sebab aku rasa macam takde orang nak makan. Nanti membazir pulok. Aku cuma ambik sejenis kek tu je. Kek jagung namanya. Sesuka hati aku je bagi nama kek jagung kihkih. Dah tu kek kaler kuning, lepas tu ditaburnya seladang jagung pulok kat atas. Sejuk sejuk pulok. Sumpah sedap!! Rasa macam makan eskrim jagung + kek jagung. Boleh bayangkan kesedapannya ittewww? 

Cer close up kat kek yang kaler kuning kat atas table pink. Itulah kek nya.





Goodies bag pun adalah jugak. Memacam pesen isi dalam tu. Cekedis pun ada, cekelat pun ada, pemadam pun ada. Bolehlah buat makan sambil-sambil takde keje. 

Okbai!

Friday, June 20, 2014

resepi ringkas

Aku tak tahu camne boleh terjebak dengan resepi ringkas ni. Rasanya ada pren pesbuk aku yang invite aku masuk group tu kot. Takpe kalau group yang berpekdah kita on. Yang tak berpekdah kita cut terus. Kalau dulu group tu open je tapi sekarang just untuk member je. Aku memang jenis mudah tertarik ngan segala jenis makanan, cite masak masak kalau sehari hadap pun takpe. 

So kalau dah nama pun resepi ringkas maka segala resepi memang ringkas. Antara rajin dengan malas je nak buat haha. Memalam kalau layan pesbuk memang aku scroll je tengok resepi yang dorang share. Ada yang share resepi apa untuk lunch, dinner, Eh memacam lah ada. Jangan ingat pompuan je, laki pun ada share resepi dalam ni. Curlasss uollsss. Ramai makcik ahkak yang mintak resepi ngan dia. Kagum aku tengok. Sejuk pewot mak dia ngandungkan dia :)

Nak cepat, aku print skrin je. Senang!







Apam mekar ni dah 2x aku buat. 2x buat, tak mekar mekar aku punya apam T__T
Aku pun tak tahu mana silapnya tapi aku rasa sebab aku guna blender kot. Sepatutnya kena guna mixer. Kat umah maa aku ade je mixer terperap lam lemari. Nanti balik aku nak paww lah. Hihi.

Walaupun tak mekar tapi rasa tu tetap sedap. Masa kukus tu kemain kembang, hati aku pun berkembang kembang time tuh. Bila dah angkat, kuncup lah pulok. Hati aku pun kuncup jugek.

So aku dah surrender nak buat apam mekar nih. Tapi aku suka tengok, comel je kan apam mekar nih.





Yang ni pun lam list aku jugak, eskrim. Buat eskrim ni yang penting kena blend lama, biar betul-betul kaw.
Bila kita kaup balik tu dia lambat jatuh. Insyaallah menjadiklah eskrim kita.




Yang ni pun lam list jugak. Kena kuar carik baking powder je. Aku suka jenis kek macam ni.
Mintak-mintak menjadiklah nanti. Kek minyak pun tengah pemes jugok sekarang. Sana sini kek minyak.
Dah cara nak buat pun sonangkan. Patutlah ramai orang duk buat.



Sama je  ngan resepi kat atas. Nanti boleh tiru nak buat kaler apa.


Ni pun resepi apam mekar jugak.

So sesape yang baru nak belajar masak, tak tahu nak masak apa, suka tengok jenis masakan, silap haribulan boleh tambahkan pendapatan hihi.

Search je resepi ringkas. Ini group ye.

Okbai!


Wednesday, June 4, 2014

mameee

Haritu ada jgk dapat email ni hah. Tapi tu lah, kemain jauhhh. Kalau dekat aku dah isi form, lepas tu belakang kira dapat ker tidok. Aku suka jugek event jenis camnih. Lagipun kita ni memang suka makan mamee. Ekeke




Ni aku cilok pics dari pesbuk. Bestnyaaa bestnyaaa.




okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...