Saturday, September 28, 2013

sambal belacan




Fuh lama giler aku tak hapdate blog. Few weeks ni mak buzy lah noks. Keje bertimbun-timbun lah jugak
 -_-"

Gitulah lumrah kehidupan dihujung bulan. Lepas tu ngan bebudak nak exam lagi, ngan ihtifal lagi. Banyak banyak banyak tapi takpe, jangan duk fikir sangat. Buat satu-satu nanti siaplah. Bak kata laki aku. Nasib baik terubat jugak hati sebab bila akhir bulan, gaji pun masyuklahhh. Hikhik.

Maka marilah kita mencuci mata dengan hidangan yang menyelerakan.




Ni makan petang tapi dah nak malam lah jugak, 2hari lepas. Ni memang tomyam peberet aku. Memalam buta kekadang aku laki bini keluar lagi semata-mata nak ratah tomyam jer. Laki aku pulak makan sup jer. Bukan kitorang diet tapi tetengah malam tu macam tak berapa lah pulok nak telan nasik.



Sambal belacan dia memang sedap! Aku kekadang macam nak nak jer cakap 

' NAK BELI SAMBAL BELACAN SAJE BOLEH?'

Tapi niat aku sokmo terbantut kerana suami. Hukhuk. Walhal tokey kedai tu kawan dia kot. Jangan-jangan aku mintak beli, dia bagi free 1 balang hahaha. Laki aku cakap tak pernah di buat orang nak beli sambal belacan sajo. Okey, baiklah.

T___T




Lately aku kalau makan kat luar selalu je order air suam, terus feeling jaga badan hahahaha. Taklah, sebenarnya kat tempat kerja aku dah teguk air batu. Pepagi sebelum mai kerja, aku bungkus teh o ais ngan bihun goreng cmpur ayam bakar.


Lepas tu, sampai kat tempat keje, aku makan bihun, air tu aku simpan lam petiais dulu. Walaupun napsu duk bisik bisik je kat tinge aku, minumlah minumlah minumlahhhhh...


Tapi aku kawal jugak! Siap makan teguk air mineral sambil telan 2bijik GLA Shaklee
Dalam pukul 10 lebih baru aku teguk teh o ais aku, huhu





Lokceng tapi aku paggil satay
Kemain lagi laki aku snap pic. 
Gitulah kalau tinggal tepon kat umah, balik keje ada je folder picture bertambah
Aku gi keje bawak tepon cap hayam je, sebab nanti tak pepasal aku layan candy crush pulok, ekekeke




Yang ni tak perlu diperkenalkan lagi, sedap!

okbai

Thursday, September 19, 2013

Emo sampai ke malam



Senin hari tu cuti. Takde buat apa, just habiskan masa tengok tv je. Pagi layan cite Seefood, best gak animasi tu. Aku kekadang layan gak kartun animasi ni, make sure sekali harung. Kalau berepisod tak kosser aku nak tunggu.

Tengahari tu pulok layan Titanic. Untuk kali ke berapa aku pun tak tahu. Tiap kali tengok kali tu jugak banjir. Menjiwai watak sungguh!



U jump I jump

Sampai ke malam aku still tak puas hati, kenapa lah Jack mati, kenapa? kenapa? kenapa?
Keadaan sedih menyelubungiku, huwaaaa :(

Lastly terlelap ngan gitu je. Doa sebelum tidur pun tak sempat baca.
Hoih! Sabar jelah.

okbai

Tuesday, September 17, 2013

Hujung minggu yang haru biru


Last week punya cerita,kemain padat aktiviti aku hari sabetu lepas. Hari jemahat aku dendiam je. Bangun pagi mesin baju. Hari sabtu tak bukak kedai,tutup jap sebab nak keluar. Tak berani nak biarkan mak mertua aku jaga kedai sensorang. Zaman sekarang manusia dengan jin sama jahat.

Mari kita melayan gambar yang tunggang langgang



Petang tu siap pujuk laki aku makan ktiow celup pebret aku, kihkih






Tenghari tu gi spot kaler baju melayu bebudak nak buat nasyid. 
Biru = Kedamaian.




Lepas tu gi ambik stock tudung. Yang ni sulam kunyit punya. Aku jual borong je. 10pcs rm250 sekali poslaju. Retails aku tengok dalam 40 hengget jugak sebab dia punya sulam memang cun, aku pun bekenan gak nak rembat pakai . 

Tapi bila pikir, koleksi tudung aku bertimbun dah. Lemari aku dah sendat. 

Tu pun aku dah punggah bawa balik kampung seplastik. Lepas tu adik ngan akak aku ambik kalau dorang rasa bekenan, lepas tu dorang pun akan punggah bawa balik tudung yang dorang tak nak pakai, aku pulak akan rembat yang dorang, wakakaka gitulah kalau adik beradik pempuan sepeseng je, tapi aku rembat yang instant punyalah sebab dorang suka yang instant. Aku pulak banyak bawal. Okeylah tu,kikiki. Time kalut-kalut tudung instant amat diperlukan. #jimatmasa #takperluiron




Ni tudung bawal yang ala-ala peseng zaman dulu, yang kerawang. Tapi yang sekarang punya dorang guna bawal pelangi. Kalau dedulu plain je. Sumpah, cun giler dia punya kerawang. Kemas! Yang ni pun borong jugak. 10pcs Rm260 sekali poslaju. Kain miyuki yang tersangatlah sedap dipakai. Sesape peminat bawal kompem tahu kain miyuki ni camne #senangbentuk #berkualiti

Otw balik tu aku singgah klinik jap, nak scan pewotttt. Yang tu next entry aku cite yer. Banyak nak cite tapi tu lah, masa amat mencemburui kitewwww tau, amboi!


okbai


Friday, September 13, 2013

last week




Minggu lepas punya cerita. Tapi tak ter update jugak. Tak lupa. Tapi banyak keje. Tapi aku suka keje banyak bertimbun. Itu bermakna aku sedar bahawa hidup ini tak semudah melepaskan batuk di tangga. 

Dalam banyak-banyak keje everyday aku bukak blog. Baca blog orang. Ekekeke

Minggu lepas balik kampung. Dah lama aku tak balik, yelah wiken asik ada keje. Jemahat takde keje sangat  tapi stock baju kotor bertimbun pulok. Sabetu keluar pergi ambik stock tudung pulok. Ahad khamis keje. Balik minggu lepas ayoh aku siap perli lagi

'0ooo suzi ado cuti ruponyo'

T_____T




Rambutan tu orang bagi. Manggis tu tak tahu dari mana. Tak sure dari kebun or orang bagi Sedap belako. Manis leting!




Yang ni abang aku beli. Ada yang ok ada yang k.o. Tapi aku tak layan makan duyan camnih. Ambik sulas letak dalam budu. Tambah nasi 2 pinggan sudah menjadi kemestian.





Pagi tu rasa macam housewife sangat sebab aku gorengkan jepuk (bahasa kay el cekodok ye kengkawan) untuk laki aku,ekeke. Siap goreng tu terus kejutkan suami 

'Bang bangunlah, sayo goreng jepuk ko abg'

Hahaha goreng jepuk je pung tapi hati aku berbunga-bunga macam buat nasi lemak je untuk laki aku. 





Ni jepuk nangka campur doyan. Ma aku yang buatkan.Aku tolong goreng je mihmihmih. Tapi yang pastinya rasa duyan lah yang berkepuk-kepuk. Sedap!


okbai.

Saturday, September 7, 2013

Kegilaan yang membawa hasil


Assalamualaikum

Fuhhh sekarang ni aku memang duk clearkan kotak-kotak lemari dengan jual preluv. Ni gara-gara berjangkit ngan kawan aku TECER IS. Nasib baik berjangkit dengan penyakit yang membawa hasik,kihkih. Orang lain dah lama clear lemari ngan cara nih tapi aku baru jumpa group tuh,huhu.

Baru join  group tu dalam sebulan. Alhamdulillah dah banyak barang yang terjual, yang paling banyak seluar levis original punya, dalam 5helai. Itu akak ngan adik aku punya. Aku banyak jual baju-baju, fuhh pasni gobok-gobok yang kosong tu boleh ganti letak baju baru pulok ^___^. Dan yang paling best bila ada repeat customer. Pastu siap ada yang rikues lagi, 'akak kalau ada lagi baju kurung size 34 gtau saya ek'

Okey,baiklah dik :)

Nanti aku akan up entry link group yang aku join yer.
Kat bawah ni ada a few items untuk di letgo. Byk lagi sebenarnya tapi untuk hari ni aku upload ni je ek.




1pcs rm20 skli poslaju. 
rembat 3pcs rm45 skli poslaju SM.
free size.
material: cotton kecuali yg C jenis kain licin.
condition: 9/10. yg coklat xpenah pakai. yg lain pakai dlm 3x shja.


brand: PEACE
material chiffon tp beralas.

pakai dlm 3x 

beli dalam rm100.

labuh baju 38"
bahu 14"
ukur lilit pinggang 26"
labuh kain 38.5"

condition 9.5/10.
nak letgo rm50 free poslaju SM



A. material: cotton jenis stracth
size: S-M
labuh: 44 inci

condition: 10/10 sbb xpernah pakai

price letgo: Rm25 skli poslaju

B. material lycra.
size: S-M
condition: 9/10. pakai dlm 3x
labuh: 48inci
price letgo: Rm20 skali poslaju SM

rembat 2pcs ni dapat RM35 skli poslaju SM



A. brand SOFIA
B. brand DIESEL EXCHANGE

C. takde brand

D. brand VOICE JEANS
MATERIAL: semua material cotton kecuali yg C jenis kain berbulu dan panas. Yg C bahagian blkg jenis design berlubang bwh pd leher.
SIZE: semuanya bersaiz S
CONDITION: 8/10
PRICE: nak letgo 4pcs ni RM30 sekali poslaju SM


okey kalau ada yg berminat boleh wassap or sms aku yer 019 986 4684

Seperti biasa


Assalamualaikum

Ini ka ha mis punya cerita. Haritu balik lewat sikit. Mesej my demok sesiap, 'balik nanti kita makan char yer.' Aku kena mesej sesiap takut nanti dia potong aku punya hasrat. Tak lain tak bukan dia punya hasrat 'jom kita makan mee Kg Pek'. Aku asik meneman je, lagipun mee dia dah tak best cam dulu. Terputus selera ai.





Harini udangnya cinonet saja tapi stock kerang dia macam biasa, besar gedabak! Aku macam biasa, punggah punggah letak lam pinggang orang sebelah ^___^.





Macam biasa, stock lada jeruk harus ada. Kalau takde ibarat makan tak kenyang, mandi tak basahh #Eh!






Huwaaa kemain lesu mesu muka aku, macam orang tak cukup zat je. Tapi aku hehari memang tak cukup zat pung. Lebih-lebih lagi hari ka ha mis, lesuuuu. Takpe, jemahat sabetu cuti. Kompem zat aku full,kihkih.

Bawal plain yang aku pakai tu kaler dark pepel. Cun kaler tu, ada beberapa helai je lagi, sesape nak boleh wassap or sms yer, percayalah, 5hengget je selai. Opkos tak termasuk pos. 019 986 4684.
okbai!

Thursday, September 5, 2013

Rasa macam nak balik


Assalamualaikum

Selamat hari khamis. Yeay esok jumaat, lusa sabetuuuu!



Aku ni dari minggu lepas lagi duk planning nak balik Mache tapi tak kelik-kelik jugok. Walhal minggu lepas cuti 3 hari. Lepas habis cuti baru tersedar, rugi lah pulok tak balik -__-

Hari jumaat tu aku tepon maa aku tapi ayah aku yang jawab. Hari ahad tu tepon lagi, maa aku yang jawab. Sekarang parents ai dilanda kebizian sebab menjaga cucu untuk sementara waktu

'Maa duk wat gapo tuh?'
"Duk jago hakim lah. Baru lepah isap susu duk sengeh-sengeh lah tu"

Kihkih, kalau sebelum jaga hakim, asal aku tepong je,

"Maa duk wat gapo tuh?"
"takdok wat gapo, duk gulim-gulim tengok tibi"

Harap-harap malam ni aku tak ghaib awal, kalau tak rosak planning ai. Rasanya malam ni aku tumpang adik aku jelah kot, rasanya laki aku malas nak ikut. Tapi okey jugek dia tak nak balik, aku boleh duk umah maa aku lelama sikit. Hari sabetu baru balik ke pangkuan suami. Kihkih

okbai.


Wednesday, September 4, 2013

Blogger pebret ai dah selamat bekawen.


Assalamualaikum

Salam merdeka semua, rasanya belum terlambat nak ucap salam kemerdekaan. ekekeke. Aku nak ucapkan selamat pengantin baru kat sepet88. Bestkan sepet jadi pengantin baru? Haha. Tapi jadik pengantin lama lagi best, best kuasa dua, hikhik.

Okey, sebenarnya aku start baca blog dia sebelum aku aktif berblog lagi, perghhh dah bertahun rupanyaa, start dari 2011. Sign in sign out, sign in lepas tu tak out out dah. Seingat aku, blog dia merupakan antara blog yang terawal aku follow, blog dia dengan blog nurulain8888. Apekes kat belakang asik nombor 8 jer yang jadi blog memula aku follow?? 

Aku ingat lagi header lame dia ada terpampang mata dia yang sepet tu,kihkih. Lepas tu ada pic yang dia bersanding dan hati keciku berbisik 'untung dia mudamuda dah kawen'. Lor jadi model pengantin rupanya masa tu.hikhik. Dari dia bergelar pekerja sampai skrg dah jadi bisneswomen berjaya. Alhamdulillah. 




Sebelum dia kawen tu sempat jugak ber insta, hamboi kemain berinai,sebatu dah nampak merahnya makngah, meriah!. Tapi dia relax je, macam tak nebes, aku dulu malam sebelum akad nikah tido tak lena. Bangun esoknya okey lagi, duk mekap okey lagi. Bila laki aku berjabat tangan dengan tok kadi, aku start nebes, apekes? Macam aku pulok yang  kena cakap 'aku terima nikahnya..' dengan tokkadi haha, over!

Btw, selamat pegantin baru Sepet. Moga bahagia till jannah. Selamat megharungi alam rumahtangga yang kalerful :)

okbai.



Tuesday, September 3, 2013

saya juga berusaha untuk peknen


Assalamualaikum

Usaha tangga kejayaan. Nak ada baby pun kena berusaha jugak yer kengkawan. Korang ingat senang senang ker nak dapat baby? susahhhhh eh, tengoklah aku dah 2 tahun lebih tapi belum berhasil :(

  Aku setakat 2tahun lebih, yang aku pernah try adalah asic folid, mengurut, minum air rebusan buah zuriat. Dan yang terbaru aku nak try produk shaklee. Alkisahnya aku ada like 1 page kat pesbuk, page berkaitan ngan orang pompuanlah. So, admin tu post status pasal dah lama kawen tapi takde anak lagi, sesape yang ada ilmu nak share, nak bagi pendapat,bolehlah komen. Aku pun komenlah jugak, ayat aku lebih kurang macam ni,

"saya pun dah 2tahun lebih kawen tapi still takde zuriat jugak, sabar menanti"

Sekali lepas tu bertalu talu orang PM aku suh ambik produk shaklee. Terkezut dennn. Apsal semua shaklee? produk lain takde ke??





Dengan rasminya hari ni aku pun mencuba supliment dari shaklee. Secara jujurnya aku bukannya jenis suka supliment bagai, aku tak berapa percaya tapi dengan shaklee aku macam tertariklah pulok. Alang-alang macam tu aku pun jadi ahli terus, just bayar Rm65 seumur hidup untuk jadi ahli. Terus jimat sebab nanti aku boleh beli dengan harga ahli,hikhik

Kawan aku ada resdung tahap teruklah jugak mencuba jugak produk shaklee, budu takleh makan, nanti habis muka penuh jerawat gatal-gatal. Alhamdulillah lepas mencuba shaklee, resdung berkurang, budu pun dah boleh makan. orang kelate dengan budu tak boleh dipisahkan. :)


Tujuan aku adalah untuk perbetulkan period aku yang tunggang langgang terbalik habis -_-"

So, aku hanya mencuba GLA sahaja dulu, nanti bila period aku tersusun cantik, barulah aku nak beli yang untuk kesuburan pulok.




Dengan rasminya aku dah menjadi ahli.
No id: 998302.
So, bagi sesape yang mempunyai masalah seperti aku, bolehlah try GLA macam aku dulu, sekurang-kurangnya kita berusaha. Okey, sesape yang rasa berminat boleh sms/wassap aku terus, 019 986 4684.

 Jangan malu segan yer, kita sesama berusaha. Aku paham perasaan korang, kita serupaaaa.
okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...