Friday, July 29, 2011

bersama anak anak hayam

bersama anak anak hayam yang bulat



peace peace anak hayam. kalau dia tergolek,
dia xleh bangun sendiri akibat kebulatan yang melampau.






Reban ayam ini adalah kepunyaan kawan kepada my hero. Aritu kitorang pergi melawat tempat dia sebagai sokongan moral kepada beliau. Asyik dia mai kedai kitorang, kitorang pun pergilah jugak melawat tempat dia. Orang berbudi, kita berbahasa, tak gituh?

Ni adalah ternakan ayam pertama beliau, semoga beliau dapat jadi tokey ayam yang berjaya. Banyak wooo untung wat ternakan ayam ni, janji rajin berusaha + tawakal. Sememangya 9/10 rezeki itu datang dari berniaga tapi harus berniaga di jalan yang betul  :)


Wednesday, July 27, 2011

kedai moksu katanya


Sekarang dalam proses menghabiskan hari hari di bulan Julai. Lepas ni Ogos maka berpuasalah kita semua. Keluar ngedate dengan my hero and dia cakap nak bawa pergi kedai Moksu. Hari tu kitorang pernah pergi tapi tutup. Tapi kali ni pergi, buka weiiii.
Oh saya sangat hepi sebab dia selalu cakap coconut shake situh best, mee celup pun ada!! Bila terbayangkan coconut shake + mee celup + nama kedai tu Moksu, terus saya bayangkan kedai dia kecik jer, owner dia pun mesti seorang perempuan yang sudah tua hukhuk. Sekali pergi, beso jugak kedainya, menu macam macam ada, western pun ada, orang ramaiiii.




coconut shake memang tidak mengecewakan, yummy!




encik suami bersama gelas besarnya






puan isteri bersama gelas keciknya.






mereka memang pasangan yang ideal.



Kedai ni owner dia lelaki dan nama kedai ni adalah Warung Kurnia Ibu. Tapi camne ntah leh panggil kedai Moksu, maybe pekerja dia kot ada name Moksu. Lokasi Pasir Mas depan rail keretapi :)


Sunday, July 24, 2011

bulat VS separuh bulat


3 orang separuh bulat bersama seorang yang bulat









separuh bulat sedang mendukung si bulat













separuh bulat sedang mahu mengkiss si bulat









Itu adalah anak saudara kami. Suka men men ngan baby, ne tahu next year boleh pegang anak sendiri plak :)

Thursday, July 21, 2011

:: Jom Join Bloglist Cikji ::



klik banner diatas  untuk join.



1. Mesti menjadi follower Cikji
2. Buat entri khas :: Jom Join Bloglist Cikji ::
3. Letakkan banner diatas dalam entri tersebut.
4. Dalam entri tu kena bagi 2 sebab kenapa suka blog cikji?
5. Balas penyertaan anda di ruangan komen
6. Nyatakan bloglist bahagian  anda : 

 --->  Hey Ladies
 ---> Jejaki  Jejaka
 ---> Come To Mama (dh kawin tapi xda anak lg, masuk sini gak)


*even header ku senget,ku tetap brsemangat buat entri sebegini *

*1st time wat bloglist,tak tahulah ada sambutan ke tidak,huhu
 
  





Wednesday, July 20, 2011

char kuew tiow besaq sepinggan

menu nih memang my pebret,boleh dikatakan every week makan dan kekadang everyday seyh. yup, betul everyday. lagipun dia punya charkuetiow tuh sedap,udang besaq, kerang banyak, lada jeruk sedap. ehhh semua sedap lah. kedai ni ekat jer ngan kedai kitorang,jalan kaki dalam 5minit jer sampai. tuh yang boleh makan hari-hari.




 teh tarik-tarik. sedang berusaha untuk megelakkan diri dari ais tapi kekadang tak tahan tengok ais, telan jugak akhirnya.





 dah sampai, panas-panas lagi tuh.






yuhuuu kita makan dulu.



ada 2 jenis samada pinggan kecik or pinggan besaq. owner dia tuh penang mai tapi bukan mamak, putih melepak gituh,sume laki uols. so bila datang order dia akan tnya besaq kecik.saya memang slalu besaq tapi kekadang my hero ambik yang kecik,hihi my hero sangat bertuah sebab mendapat isteri yng kuat makan seperti saya.ngeeee

Monday, July 18, 2011

puding gula hangus-hangus manja

pada suatu malam yang dingin, my mum sedang masak nasi manis (lau sebelah luar lupa la dorang panggil apa) yang dibuat dengan pulut pastuh campur santan dan gula melaka kacau rata rata tuh.ala yang gitu gitu tuh.

so rasa macam nak masak jugaklah. saya duduk dengan MIL,rasa segan sikit nak masak pastuh kadang kadang rasa kekok pun ada. yelah,bertukar dapur katakan.lau duk umah ma ayah kita bedegung bedegang kat dapur pun tak pe. tapi kat umah MIL, kena sopan sopan sikit tau,bukan hipokrit tapi hormat  :)

tetiba datang idea nak masak jugak, terliur tengok my mum duk pegang senduk,kita pun nak pegang senduk jugak. selongkar peti pastu dengan rasminya boleh buat puding gula hangus sebab semua bahan cukup lagipun my hero pun suka, favourite dia tuh.



bahan-bahan:

8 biji telur
1/2 tin susu cair

1/2 tin susu pekat
2 sudu esen vanila
Air secawan.
(bahan diatas di blender sekaligus)



cara-cara:

1. cairkan 7sudu gula dlm loyang.kacau dengan api perlahan,bila nampak perang-perang, tutup api.
2. masukkan semua bahan yang diblender tadi ke dalam loyang
3. kukus dengan api sederhana lebih kurang 30minit.
4. bila dah masak, telengkupkan puding ni panas-panas ke dalam pinggan besar
5. letak lam peti ais kejap pastu boleh dimakan begitu saja.





senang saja. malam tuh my hero balik terus dia makan, sedap katanya,hihi..bangun pagi esok tengok-tengok tinggal 2 slice jer lagi lam peti ais. huh laku sungguh.


p/s: my mum selalu pesan, kalau nak bagi masakan kita sedap, jangan kedekut ketika memasak. means biar ikut acuan yang betul. orang lain buat sup sayur letak 3 ulas bawang putih tapi kita letak 1 ulas jer, camne nak sedap?? cer jawab cer jawab ~~

Saturday, July 16, 2011

Aku blogger Negeri Kelate

 
kalau nak join,klik saje banner kat atas tuh.

1. Mache

2. Wakaf Che Yeh

3. Nasi Ule Cikgu

4. Universiti Malaya '07

masa duk bw terjupa sal entri ni kat blog cik ross. disebabkan masa terbuang banyak, saya pun join jugak. sapa nak join, jommmm



marilah tabung tabung

jom tabung jom..bukan tabung bayi tapi tabung menabung. eh,dah kawen pun masih ada tabung ker? eh,mestilah lagipun menabung tak kira usia, tak kira tempat, tak kira nilai, tapi yang di kira hanyalah nilai $$..hamboiii mata duitan sungguh.

saya nak cerita sikit, masa kecik-kecik saya ni bukannya jenis menabung. kalau ayah bagi duit seringgit untuk sekolah. memang habislah duit tuh.nasi lemak 30sen,keropok 20sen,air 10sen, baki lagi 40sen. balik jer sekolah,20sen wat beli aiskrim yang dan 20sen lagi cekedis.memang habis.tapi bila dah besar ni,keinginan untuk menabung nih datang dengan sendiri, masa belajar dekat um dulu. mungkin juga sebab duit syiling banyak sgt sampai wallet jadi berat dah.

so,guna kreativiti sendiri. ambik botol mineral pastu buat lubang kecik simpan dalam loker. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.bila dah penuh terus kira-kira dan tukar dengan kedai pakcik kedai runcit kat bawah tuh.biasanya dekat seratus camtuh jugak saya dapat. bila dah kawen pun saya masih menabung tau.



just guna botol mineral jer untuk menabung tapi botol mineral tuh dah byk berjasa kat saya tau. ni tabungan untuk kali ke3 guna botol mineral tuh. masa mula-mula tuh menabung syiling saja,kali ke2 pun syiling jgk tapi kali ke3 ni rasa macam nak menjana pendapatan secara berhemah,heeee kita tabung RM5 plak. lagipun RM5 nih kita jarang dapat lepas tahan lasak means kalau duk dalam tu lama-lama pun xpe kalau nak compare dengan duit kertas RM1.


Korang plak camner? ada tabung jugak ker? hah ada tabung buluh?? cecite cecite ~~



Friday, July 15, 2011

1 bulan lebih lebih

pejam celik pejam celik,pejam jangan celik celik lagi...

dah sebulan lebih rupanya saya bergelar seorang isteri.cepat sangat masa berlalu.

masa berlalu,
tanpaku menyedari,lalala~~

ramai yang tanya saya,camner kawen?best?
jawapanyaaa mestilah,terasa hidup ni lengkap sedikit.

tapi dalam perkahwinan kita kena banyakkan bertolak ansur,hormat menghormati, dan yang paling penting sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. tapi gaduh-gaduh manja tuh biasalah, dah adat.walau apapun yang terjadi,jika hati kita saling kukuh,Insyallah semuanya akan berbahagia.

ramai jugak yang dah start tanya, dah ada isi ke? dah ada tanda-tanda ke? ada,isi perut,heeee tu lah sapa suruh tanya sangat kan. baru saja sebulan, setakat ni masih seperti sedia kala.saya dan suami selalu berkata, rezeki jangan ditolak. kami juga dah bersedia andai kata mendapat cahaya mata di awal perkahwinan. namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.




 encik suami dan puan isteri mahu keluar berdating,ngeeee ~~



Wednesday, July 6, 2011

mari mari marimar

yuhuu sape kat sini peminat marimar?? amboiii ramai jugak ek,tapi bagi sapa yang bekerja tu,mesti tak dapat tengok sangat sebab siarannya isnin hingga khamis sahaja. sekarang, cerita tu dah nak habis pun,dah sampai kemuncak pun, just tunggu endingnya saja.

angelika?? fuhhh ini pompuan memang sangat jahat dan memang benci habislah tengok dia, rasa meluat menyampah tahap max. tapi, bila itu terjadi bermaksud dia memainkan watak dengan baik sekali.



 katrina halili @ angelika
muka macam mix camtuh.name dia pun ala-ala melayu pun ada,lili hihi
kulit muka dia,huuu sangat cantik!
jeles 14x kali sungguh dengan dia.



dingdong + marian rivera
sangat sepadan,dengar kata kat luar dorang memang kapel,
tapi tak pasti setakat mana kesahihannya.
dinding  dindong sangat romantik okey,huu i like =)



mungkin lagi beberapa episod lagi jer ada,ending dah nak tiba. so,sama-sama kita tengok penamatnya camner.hah,tak sabar?? sabo sabo sabo yerrr


p/s: agak-agak korang camner ek ending nya? ce teka ce teka

Tuesday, July 5, 2011

aku rindu sayang kamu

yuhuuu cikji in the blog

lame beno dah rasa xtulis blog ni, dalam kepala ni punyalah banyak benda nak tulis,
nak tulis itulah,inilah tapi tapi tapi..

masa tak mengizinkan,ehhh tak,saya punyalah banyak masa
sibuk jaga anak,ehhh tak, mana ada anak lagi,inai dijari pun belum habis
tapi line internet yang tak berapa nak lari 100meter,dia lari 50meter saja.
oh kasihan bukan..

thanks pada yang masih sudi jenguk blogs cikji yang tak sebeberapa ni,
Insyallah lepas ni saya akan mula menulis dan terus menulis lagi !



mo0d: terasa seperti mahu memetik buah strawbery = )





thanks google for the beautifull reds ~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...