Showing posts with label anak buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label anak buah-buahan. Show all posts

Friday, January 17, 2014

Entry sensitip di pagi jumaat


Salam jumaat semua.




Aku ni sebenarnya bukannya jenis sensitip sangat kalau orang bercakap pasal anak ke, tanya pasal anak ke, jenis telan je. Malas nak pikir sangat. Tapi kekadang ada juga hati tercuit, terusik sikit. Walhal takde orang tanya pun tapi sebab duk online pesbuk. 

Yang sorang tu kawan aku bunting pelamin
Yang sorang lagi kawen tahun lepas, wife dia peknen, walhal dia PJJ.
 Laut memisahkan mereka.

Tapi aku still wish kat dorang, Alhamdulillah rezeki :)

Aku pun tumpang gembira jugak walaupun hati macam terusik sikit,sikit je huhu. 
Tapi aku tetap percaya yang rezeki Allah itu luas.
Ada hikmah disebalik semua tu.
Malas nak fikir apa-apa dah yang penting kita dah berusaha setakat yang mampu.

*Kat atas tu anak sedara aku, tetiba masuk bilik aku lepas tu tengok je gambar kawen aku, amboiii hakim, umur baru cukup setahun jagung dah gedik nak kawen ekkk?*

okbai!

Friday, June 14, 2013

dentist apakah ini


Assalamualaikum

Zaman sekarang memang zaman gadjet betullah. Anak akak aku 5orang semua lelaki. Balik kg haritu memasing duk kendong gadjet memasing, padahal masih sekolah rendah lagi, baru darjah-darjah je.


Yang 3 atas,kendong Ipad, yang 2orang lagi tu Psp je, ekekek gitulah kalau jadi adik kan. Lepas tu memasing duk berebut lah plak, nangis apalah, haru biru kejap.





Aku duk layan tivi sebelah anak buah aku yang kecik tu, nak masuk 3tahun. Aku tak perasan pun dia layan game apa. Tapi bunyik macam familir je. Rupanya duk main game dentist ni hah. Dah takde gigi mende lain ke ko nak repair, gigi beruk jugak yang jadi pilihan.haha


Tapi dia punya sound effect tu perghhh memang sama lah. Bunyik ala-ala gerudi tuh. Seriau mak kejap.


okbai.

*stock baju kurung baby still ada, tapi yang saiz XS (06month-1years) dah semakin berkurang. Cepat sementara stock masih ada*

Sunday, June 2, 2013

Kawan kita kawen


Assalamualaikum

Jumaat lepas aku attend wedding kawan aku.


Kitorang bertiga ni 1 class masa F6 dulu. Kitorang dah janji nak datang sekali. Kawan-kawan yang lain tak jumpa la plak sebab kitorang duk sekejap je sebab memasing banyak khoje khoonn. 


Pengantin lelaki la kawan kitorang. Dalam class, aku rasa dia adalah antara lelaki yang ke-2 terawal kawin. Biasalah, lelaki kan memang jenis kawen lambat. Kalau yang pempuan dalam class aku toksah cite lah, majoriti dah kawen n ada yang  beranak pinak dah pun. hikhik, jodoh sampai awal katakan.





Lepas makan gulai terus pergi jenguk anak sedara aku, sebab rumah dekat k'ipar aku dekat jer ngan majlis kawen tu. Geram sungguh aku ngan si hakim nih. Gelak memanjang grrrrr. 


Next week nak g kidnap dia pulok. Ibunya kerja kat Penang, so dia duk ngan nenek dia lah. Abang aku memang everyday la g jenguk anak dia. Lepas tu, kalau akak aku cuti memang kitorang pergi kidnap si hakim ni. Bermalam kat umah kitorang,hihik.


okbai.

Thursday, May 30, 2013

sekarang musim cuti sekolah


Assalamualaikum

Sekarang cuti sekolah kan. Lepas tu kenduri kendara sana sini. Aku suka makan pree ni hah, haha. Tapi rasanya 1 kenduri je kot yang aku akan pergi. Sibuk sikit, tu pun curi-curi masa je.


Cuti sekolah anak buah-buahan aku kat KL balik. Yang kat bawah ni anak buah kat Ganu, dia xbalik pun sebab aritu dah balik celebrate beday kat sini. Aku lupa nak buat entry tu. Huhu




PROJEK RAYA 2013 akan menyusul selepas ini!
Untuk gegirl sahaja!


Baju kurung baby ada lebih kurang 10 design yer. Nanti next week aku upload gambarnya. Sebab sekarang still dalam proses lagi. Comey comey belako,muroh pulok tu.


okbai



Tuesday, February 5, 2013

Baju baby memang homey-homey


Assalamualaikum

Semalam pergi shopping membeli baju baby untuk kami hadiahkan kepada anak sedara yang ke7. Yang ke7 ni boboi. Jawabnya nayli seorang lah anak sedara gegirl kami.

Semalam kitorang adik beradik pergi Anakku. Memula nak beli hamper yang dorang dah siap packing lepas tu pekerja dia cakap boleh je nak pilih barang-barang and diorang akan packing.

So, kitorang pilih barang sendiri. Lagi jimat, lagi puas hati :)
Rambang mata tengok baju baby gegirl grrrrr
sabar jelah ek.




Kemain kitorang 5 beradik semalam.
Lepas tu beli hamper share la 5 beradik, hahaha jimatttt
itulah keuntungan bila adik beradik ramai, jimattt sangat kihkih



Gewam hangat!

Ni anak sedara yang duduk paling dekat sekali, My akak ipar cuti 3bulan je. lepas tu kena kembali bertugas ke Penang. So, mak dia yang akan jaga. Dekat je ngan umah kitorang, nanti bolehla cikji gi culik hakim sokmo yer hikhik


Nik Muhammad Hakim.

OKbai
Suka boleh like :)

Thursday, January 24, 2013

Jujurlah padaku



Assalamualaikum

Haritu anak buah aku ada balik kampung kan. 
Aku main lah teka teka dengan anak sedara aku yang umur 2tahun lebih tuh.


KEJUJURAN 1:

Fareez Fareez, ni sape?

"ATUK"

ohoooii pulak plak laki aku dia cakap atuk hahaha
tapi bila sekali tengok memang macam ayah aku pun haha





KEJUJURAN KE 2:

Fareez fareez, ni apa?

"eggiiiii"

Meggi katanya walhal kuetiow tomyam.Mungkin mirip-mirip kepada meggi kari kot,hikhik

see,budak-budak memang jujurkan?
apa yang nampak, itulah yang dia cakap.




okbai.

Saturday, December 15, 2012

Lolipop sangat


Assalamualaikum









Ni lah anak sedara aku, Nayli
Sekarang anak sedara dah nak masuk 7,tapi yang lain semua jejaka uolss
yang sorang  ni je,bidadari. Amboiii Nayli, bidadari la sangat kan,hihi

Tadi dak comel Nayli ni dah balik teganu.
Esok sampai stock anak sedara dari KL plak, 5 jejaka uolsss
. Ahkak aku frust tertonggeng sebab takleh gegirl.
Katanya takmo beranak dah, dah pencen. Katanya laaaaaa.
*kejam giler,anak sedara leh stock stok jugak*

Sesape yang tak join lagi GA aku kat atas tu, jemput join.hikhik

okbai.


Monday, August 6, 2012

tak lama lagi


Assalamualaikum




yeay tak lama lagi aku dapat jumpa budak kepek/kemek ni
tahun ni cikji bagi duit raya singgit jelah ek?
dak kecik tak leh pegang duit bebanyak nanti tercicir
hahaha alasan sangatla dot dot dot kan?

eh,napa muka aku nampak cam bebudak lepas UPSR ek?
aku tersangat la awet muda kuikui *ferasan*

korang nak tahu apa rahsia awet muda aku? usha SINI ek
eh, korang dah ada SSPN tak? kalau belum, tengok SINI dulu
peminat setia Nokia? jom cuci cuci mata kat SINI, nak beli tak cukup duit lagi sobs

Friday, June 1, 2012

kisah ibu yang penyayang

assalamualaikum
morning..

setiap orang mesti mahu jadi ibu yang penyayang
cikji pun macam tu jugak tau tau



ibu yang penyayang haruslah sentiasa
membelai kepala anaknya
sambil berbisik

"duk dediam,nanti cikji cubit!" *kejam sungguh*


  
ibu yang penyayang juga haruslah peluk erat-erat
si kecik tuh
sambil berbisik manja

"jangan main jauh-jauh,nanti cikji cubit!" *kejam lagi*



ibu yang penyayang juga mesti
menasihati anaknya
 dengan berbisik 

"bila besar nanti jangan jadi batu api!"
"nanti cikji cubit!"

*kejam campur baik hati sket*


haruslah jugak paksa dia tenyum
dalam erti kata lain

sambil-sambil wat exercise muka
di pagi hari ^__^



ibu yang penyayang haruslah
bergambar bersama papanya jugak
kata isteri mithaliiii

papa - si kecik - ibu

auwww so shuwitttt
*pengsan berkali kali*

Sunday, July 24, 2011

bulat VS separuh bulat


3 orang separuh bulat bersama seorang yang bulat









separuh bulat sedang mendukung si bulat













separuh bulat sedang mahu mengkiss si bulat









Itu adalah anak saudara kami. Suka men men ngan baby, ne tahu next year boleh pegang anak sendiri plak :)

Friday, June 24, 2011

kecik + comel = geram !

 fareez.


sangat geram dengan ini punya budak,makin kita kiss dia,makin ketawa besar! lahir secara caeser sebab dia besar,4.7kg. punca kebesaran mungkin disebabkan masa pregnant,musim buah.so,my sis memang berselera habis makan segala jenis buah kat kampung.maklumlah,duk kl dan bila balik kg jadi angau la plak. full name muhammad aaron fareez..fareez tuh sempena nama sultan kelantan sebab dia lahir di kelantan,even ejaan tak sama,bunyik sama pun jadilah labu.



hobi: makan

dia memang suka sangat makan,tapi my sis tak suapkan nasi untuk dia. just bagi makanan sambil-sambil jer.lau makan nasi,my sis suapkan lah sikit untuk dia. sebabnya,bila kita makan,dia akan tengok jer sambil mulut ternganga dan air liur pun meleleh,heee kesian tgk dia terliur. favourite dia adalah aiskrim,ishh memang dia suka giler,secawan tak cukup. perangai dia sangat berbeza dengan abangya,dia sangat baik,tak menangis sangat,nak tido pun senang,selalu sedar tengah malam tapi dia diam jer,main sorang2.sangat senang nak jaga tapi sangat berat bila di dukung.



 danish

ini adalah abangya,namun perangai nya seakan adik sebab beza dorang hanyalah 2 tahun. so,danish ni macam tak cukup jadi bongsu. danish yang monopoli buai pagi petang siang malam manakala fareez tidur kat bawah jer. danish merupakan budak yang sangat suka menangis dan sangat lasak. tengok,lam almari pun dia leh masuk.huuu sabo jelah.tarikh lahir dia sangat cantik iaitu 08.08.08 dan sama tarikh dengan my dad = atuknya. mama nya pula 10.10..suka tarikh double yer.





muhammad irfan danish + lufnan azim (cousin)    

Wednesday, May 11, 2011

sukanya bila si dia ceria

assalamualaikum

selamat pagi semua.hari ni saya nak bercerita tentang saya sangat suka bila si dia ceria !! kalau dia nangis,saya pun rasa ceria jugak.siapakah gerangan orangnya?

                                               

                                               ...jeng

                                          





                                              ...jeng



                                         

nik naylidia qistina




dah buka mata pun




eh,dah nak meniarap ek?




eh,dah pandai senyum ek?



*budak comel ni baru saja berusia 9 hari
*anak buah-buahan saya yang ke6 tapi ini gegirl yang pertama
*anak sulung kepada abang saya.
*dah 3x pergi tengok dak comel ni tapi xpenah dukung dia sebab:  
   taim g dio sokmo tido!
*nanti dah besar sikit,jangan lupa pakai baju yang cikji and uncle  
   beli ek.



p/s: credit pic to my kak ipar fb  ^_^






Saturday, April 30, 2011

bila rindu



LAKONAN : Danish Si Hidung Kepek
LOKASI : Rumahku Syurgaku



boringla..nak buat apa ek?





ikut atuk pergi solat lah.






solat pakai pampers saja pun boleh ek?
^___^





Thursday, April 21, 2011

rindu dak dak dak dak dak gemok

kamu kena baca betul2 ok..dak5x,jangan bertukar jadi badak pulak tau..dak5x tuh merujuk pada anak-anak sedara yang nun jauh di kl..eh,jauh ker kl dr kelate??jauh ok,nek kete 8jam sbb campur dengan tol jem benti mkn smbahyang = 6hours

family saya 9beradik dan yang baru kawen 2 org sahaja..kakak pertama kawen dapat anak 5 orang anak dan  abang yang kedua bayi dia masih dakam proses penyempurnaan means masih dalam tummy mama dia lagi n insyallah bln5 nt kluar
la dia.

haaa yang kat bawah tuh 3budak kepala hitam,comel jer tgk tb ikut susunan camtuh..yang 2 orang lagi xreti tengok tv lam keadaan stabil,maklumlah masih bayi uwaa uwaaa uwaa


amboii sorok muka dengan cikji nampak...ohhh xmo publisiti? ok paham2 ^_^
tak payah nak berlagak artis okey !!! (cikji seorang yang amat garang dengan ank buah)*sila percaya*



taraaa ni lah budaks nya..semua gemuk2..cukup mkn nasi.
dari kiri: along angah alang..yang 2 orang lagi bukan ateh adik ok.
jap jap nk upload baby huwaaa huwaa 2 orang tuh.


haaa ni yang ke3 danish..even dh der adik pn still huwaa huwaa lagi.
geram rs nk cunit cubit sayang jer..mata tuh dengan linangan air mata
jer sehari-hari..maybe masa peknen dia,my sis sllu doakan agar girl yang
keluar.,sekali push..laki daaa..tuh yang manja kededek n putih melepak.


masa ni gemuk,,geram nk ciumcium!


haaa ni last farish..kata my sis,yg ni last tp ntah la labu..huuu


skg dh besa pn,,nah gelak gelak n niarap pun

kesimpulannya sekarang.........................................................................
..............................................................................................................
..............................................................................................................
................................................................5 org anak my sis hero belako
...............................................................................................................
to kak da n abg ramli: sila jgn kuciwa,next time try lagi,,heeeeeeee






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...