Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, January 17, 2014

Entry sensitip di pagi jumaat


Salam jumaat semua.




Aku ni sebenarnya bukannya jenis sensitip sangat kalau orang bercakap pasal anak ke, tanya pasal anak ke, jenis telan je. Malas nak pikir sangat. Tapi kekadang ada juga hati tercuit, terusik sikit. Walhal takde orang tanya pun tapi sebab duk online pesbuk. 

Yang sorang tu kawan aku bunting pelamin
Yang sorang lagi kawen tahun lepas, wife dia peknen, walhal dia PJJ.
 Laut memisahkan mereka.

Tapi aku still wish kat dorang, Alhamdulillah rezeki :)

Aku pun tumpang gembira jugak walaupun hati macam terusik sikit,sikit je huhu. 
Tapi aku tetap percaya yang rezeki Allah itu luas.
Ada hikmah disebalik semua tu.
Malas nak fikir apa-apa dah yang penting kita dah berusaha setakat yang mampu.

*Kat atas tu anak sedara aku, tetiba masuk bilik aku lepas tu tengok je gambar kawen aku, amboiii hakim, umur baru cukup setahun jagung dah gedik nak kawen ekkk?*

okbai!

Friday, November 29, 2013

Ringankan tangan



Kalau korang buka acc NUFFNANG kalau akan nampak seketul iklan untuk Typhoon Haiyan Relief. Kalau korang rasa terdetik hati nak derma untuk mangsa taufan Haiyan tu, korang boleh klik situ. Seketul yang bulat tu ker, yang patsegi ker, memana pun boleh.

 Orang cakap, kalau kita terlintas nak buat perkara baik, kita kena buat terus, jangan tangguh-tangguh. Aku lebih percaya kalau derma direct dari Nuffnang camnih dari bapak indon, bakap pakistan, tak pun bapak melayu yang berserban yang berkopiah bagai. 

Aku jenis susah sikit nak percaya, bukan kedekut tapi sebab kebanyakkan tipu je. Kalau yang jenis tak cukup sifat tu lain lah, dah terang-terang dorang tak sempurna seperti kita, haruslah kita tolong setakat mana yang mampu. Kekadang sebak jugak hati ni tengok penderitaan dorang T___T





Just isikan nama dengan amount korang.

 Kalau dalam acc Nuffnang ada secoet, dermalah secoet, kalau ada  2 3 4 coet, dermalah 2 3 4 coet. 

Lepas klik donate, nanti akan terpampang Thank you... yang tulisan paling atas sekali, yang berwarna hijau tu. Haaa, mudahkan?
Kalau macam aku, duit tu ditolak dari duit sponser post. Kalau masa tu korang dah cashout duit dari sponser post, dorang akan tolak duit dari CPUV. .

Okbai, selamat menderma.

Thursday, June 27, 2013

bila berPJJ kena tabah,jgn terlalu lemah

Assalamualaikum

Harini tetiba terdetik nak cakap pasal perkahwinan jarak jauh, almaklumlah semalam kan dah kuar result pertukaran para guru. Kebanyakkan kawan aku kat pesbuk ramai jugoklah jd cikgu. Ada yang frust, ada yang lompat kegembiraan. Well, hidup camtuh lah.


Honestly aku tak pernah merasai PJJ tapi aku dapat memahami bagaimana seorang isteri rindukan suaminya.  Macam ni lah, bila korang nak kawen, korang kena mind set bebetul yang lepas kawen kena berjauhan, kena berdikari, kena tabah hadapi segala kemungkinan.


Ramai yang meluahkan perasaan rindunya kat suami, sampai menangis, tidur tak lena, bila sakit demam kena hadapi sensorang.

 Tapi sebenarnya korang kena bersyukur sebab ada lagi orang lain yang lagi teruk PJJnya, laki nun kat tengah lautan, jejarang pulok tu boleh contact. Korang kena bersyukur, sesama duk atas darat, sebulan sekali boleh jgk jumpa.

Korang jugak kena bersyukur, orang lain PJJ  dengan keadaan perut membuncit, mabuk sesorang, pergi checkup sensorang, beranak pun sensorang.

Korang jugak kena bersyukur, orang lain PJJ kena jaga anak sendiri. Balik kerja nak uruskan anak lagi. Orang lain yang ada laki kat sebelah pun tak menang tangan nak uruskan anak sorang. Apatah lagi bila beseorangan tanpa suami disisi.


Tapi aku sangat terharu dengan bila membaca kata-kata seorang kawan aku yang jugak PJJ. Dia post ayat tuh kat pesbuk.

"Ya Allah, rindunya nak berjemaah lagi dengan suami"

So, buat kengkawan yang suaminya sentiasa disisi seperti aku ni, kita sepatutnya kena lagi BERSYUKUR *Alhamdulillah* dengan apa yang Allah kurniakan. Marilah kita merebut peluang ni. Insyallah dunia dan akhirat kita akan terjamin. Rumahtangga jugak akan bahagia. Walau terpisah lautan gunung sekalipun, insyallah doa akan jadi pengiring.


okbai







Tuesday, June 25, 2013

ajal maut tak kenal siapa

Assalamualaikum

Hmm, agak sedih jugak cerita nih. Sebenarnya minggu lepas kawan kepada laki aku meninggal (Al fatihah untuk arwah). Laki aku pun tahu agak lewat 2hari gitu rasanya. Kami laki bini agak terkejut, laki aku lagilah. Berkawan dari sekolah lagi sampai sekarang.

Dengar cerita meninggal sebab terbabas masa nak pergi kerja, arwah merupakan seorang polis. Masa dorang kawen aku laki bini pergi. Kitorang pergi dah lewat masa tu, hujan pulak tu. Sempatlah kami berborak dengan dorang. Dorang  sebenarnya PJJ,rasanya baru sebulan lebih kot duduk bersama.

Ya Allah tabahnya hati arwah menghadapi semua tu. Aku stalk bini arwah punya fb, berderai airmata aku jatuh bila baca status dia. Dahla dorang jenis sweet2 gituh, jenis suka tulis2 nota, lepas tu letak dekat coklat lah. Kekadang arwah buat suprise, balik dah siap terhidang makanan. Ya Allah, itu semua kenangan.

Tempoh 4bulan berkahwin tu masih baru, inai pun ada lagi sipi2. Kalau aku tak pergi kenduri kawen dorang takpe, bila aku pergi aku kenal, secara tak langsung terus meresap kesedihan tu. Beliau adalah insan terpilih yang diuji olehNya. Subhanallah.


*sebelum aku cakap bini arwah peknen, yup mmg peknen tp keguguran sebelum arwah meninggal lagi,
TQ Jaakechik for info tentang keguguran tu*

Tuesday, January 29, 2013

Pesbuk bukan medan hamparan hal rumahtangga


Assalamualaikum

Lately aku macam jarang je blogwalking huhu. Kalau dah bw,malas tinggal komen pulak tu. Bukan sombong bukan malas tapi banyak benda duk main lari lari dalam kepala ni hah. So,bila baca, baca je, bila tengok gambar, tengok je. Tak konsisten sungguh

Dalam blog aku jarang bercakap pasal perkara yang berkaitan dengan rumahtangga laki bini nih. Kalau pasal makan bercuti merendek dengan suami memang aku la aku cerita, maksud aku kat sini macam asam garam dalam berumahtangga. Walaupun muka aku nampak macam budak belasan tahun tapi jiwa aku, jiwa bini orang beb, jiwa mak budak beb, budak je yang takde lagi -_-'

Entry ni aku tulis untuk peringatan diri aku jugak, sesape yang tak kawin pun boleh je nak baca, persiapan mental fizikal tu penting sebelum kahwin. Semua orang yang dah kawin kena lalui asam garam berumahtangga, aku sebelum kawen dulu pun dah set dalam kepala siap-siap. Nanti lepas kahwin mesti macam tu macam ni. Bukan berfikiran negatif tapi nak kuatkan semangat dalam mengharungi alam rumahtangga. Korang ingat kawen ni senang je ke? Korang kenalah kawen dulu, baru boleh tahu. Perkahwinan ni tersangatlah indah, teramat indah sangat-sangat *wink wink*

Aku cuma nak cakap pasal status pesbuk orang yang dah kahwin. Biasanya bini lah, laki jarang update status, layan game kat pesbuk rajin *laki aku lah tu* Kalau tengok frens kat pesbuk personal aku tak ramai pun, dalam 400 lebih je,aku tak berani nak accept request yang orang aku tak kenal.

Okey, lets go to our topic ek. Aku cuma nak cakap, buat sang isteri jagalah patah patah perkataan korang kat pesbuk. Kat pesbuk tuh beribu mata melihat, beribu fikiran mentafsir. Bila isteri post something yang bukan-bukan, mesti ada yang duk cakap bukan-bukan jugak.

Contoh 1
"Bodoh giler orang jual sayur nih, aku mintak sayur lain tapi bagi sayur lain"

Fikiran 1 - Kesian kat orang jual sayur tu, no body perfect lah!
Fikiran 2 - Eh, mesti ngan laki ngan anak dia pun guna bahasa camni jugak
Fikiran 3 - Pasal salah bagi sayur pun nak update kat pesbuk, macam budak-budak je
Fikiran 4 - Laki dia tak marah ke guna bahasa camtuh?

Contoh 2
"Aku tak suka pempuan yang kacau laki orang"

Fikiran 1 - Bajet laki dia hot letteww
Fikiran 2 - Diskus jelah ngan laki ko, kecoh kat pesbuk pehal??
Fikiran 3 - Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi
Fikiran 4 - Ntah ntah laki ko yang kacau pempuan tu

Jagalah tutur kata kita sebagai seorang isteri, seorang perempuan. Terlajah perahu boleh diundur, tersilap post status di pesbuk boleh delete, hewhew.



si kuwus dan si demok




okbai.

Friday, November 23, 2012

Elok jugak tinggalkan


Assalamualaikum

Boikot sana sini. Aku kalau buka pesbuk, dupdap je jantung ni. Siyes tak sanggup tengok bilangan mereka yang mati syahid. Darah sana sini, yang paling sedih kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Alhamdulillah syurga menanti mereka.

Aku pun duk gugel jugak kenapa mekdi menjadi sasaran utama untuk di boikot. Padahal kalau nak kira belambak lagi barangan yang boleh di boikot. Tapi elok jugak tinggalkan tabiat makan mekdi ni, lagipun boleh buncitkan perut je, pastu penyakit pun mai hinggap. Oh Nooo! 

Aku ni nak kata giler mekdi tak sangat, sedang-sedang jer. Rasanya kalau nak berpantang mekdi Insyaallah boleh kot. Lagipun, menjauhkan diri dengan fast food amat bagus untuk mereka yang masih menanti cahaya mata mata mata mata. *Kata nak anak ramai kennn*




Bulan lepas punya aktiviti.


Elok jugak, nanti pekerja mekdi boleh rehatkan otot-otot. Tak gitewww?

Nak tahu kisah takkan terpisah? terpisah dengan sape tuuuu? Korang baca sini Kisah Takkan Terpisah

okbai.

Saturday, November 17, 2012

sakit la jugak, tapi mak okey jer

Assalamualaikum

Ni hari jumaat punya cerita. Hajat dihati nak publish cerita pasal aku badan aku naik bengkak merah pastu gatal- gatal. Tapi takpe, aku ketepi dulu entry tuh, aku up entry yang ni dulu.


Pagi jumaat tuh aku laki bini balik ke kampung sebelah laki aku jap sebab ada majlis cukur jambul baby girl kitorang punya sepupu. So, nak dijadikan cerita, lepas jumaat tuh datang la seorang makcik tu. Aku mention as a makcik jelah ek, kalau mention as a perempuan tua, nampak aku ni kurang ajar sangat. Makcik ni bidan kampung, dia datang nak sunatkan baby girl tu. Maka bersalam lah aku dengan dia. Maka bermulalah perbualan pendek antara aku dengan dia.


Makcik : Besarnyo budok ni, berapo bulan doh ni?

Aku: Dekat 2 bulan rasanya.

Makcik : Berapo kilo ni?

Aku: Mama dio oyak, 7kilo.

Makcik : Awoklah takdok anok lagi, rugi

Aku : ^____^  senyum jelah  *dalam hati, ohoiiii sedaknyo mulut dio*

Aku pun terus angkat punggung dari situ. Kalau aku duk situh lama lama nanti kang jadi menda lain pulok. Kalau diikutkan memang la aku kawin dulu dari dorang, 6 bulan bezanya. Dah nak buat macam mana, rezeki tu kan kat tangan Tuhan. Aku malas nak explain cakap takde rezeki lagi sebab cara dia tanya aku pun dah melulu ntah apa-apa. So, aku takde masa nak explain dekat segelintir manusia yang bersikap macam tu.

Aku dah lali sebenarnya dengan persoalan tentang anak, tapi sebelum ni cara pertanyaan semua sopan santun. "takde anak lagi kan?, merancang ke, ker takde rezeki?" Sabarlah, Tuhan akan bagi tapi belum masanya lagi" Kan sejuk hati aku kalau makcik tuh tanya aku macam tu jugak.

Bila sampai kat umah, aku cite la kat laki aku bla bla bla, "nasib baik dia tu orang kampung abg, kalau orang kampung saya, dah lama dah saya sembur depan muka" Laki aku memang, kalau dia tahu aku sakit hati duk potpet potpet, mesti dia senyum je. Kalau dia duk sokong apa yang aku cakap, dia tahu makin angin la bini dia ni, kuikui

Buat TTC semua, bersabarlah kita ya. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.


"Tuhan sengaja, menduga kita, dimana kesabaran manusia"


okbai.



Wednesday, October 24, 2012

padan muka

Assalamualaikum

ini entry sebab tak tahu nak berblog pasal apa. lepas tu macam entry yang tengah malam tapi tak lena nak tidur. nasib ada belog yang kudus ini. boleh jugak aku taip-taip kat sini. kalau jaman muda mudi dulu asal tak lena tidur terus text boipren "tak leh tidur la :("  padahal cari helah nak suh boipren call. kuang kuang kuang.

tapi sekarang ni kalau tak lena nak tidur, kena manfaatkan diri dengan gadjet yang ada ni. Masa memula buka kedai kat Machang tu, aku tak balik sangat Ketereh sebab aku penat. so, aku tidurlah kat umah ma ayah aku kat Machang ni. Maka tidur la kami laki bini asing-asing. aku tidur di sini, dia tidur di sana *rentak muzik Ainan Tasneem sikit* 

bangun pagi tu takde suami kat sebelah nak ngadu. So, aku ngadu la kat Simsimi nih. haha tergelak sensorang aku kejap. poyo gils, cakap nasi lemak mak dia lagi sedap.



lastly kena jugak ngan aku. haha. Kartun dalam ni pun reti ngata-ngata orang kan. apatah lagi manusia yang kat luar ni. So marilah kita sama-sama jaga mulut masing-masing. sebelum nak cakap apa-apa kita berfikir la dulu. biar apa yang kita cakap tu rasional, betul dan yang penting tak sakitkan hati orang. aku jugak turut berpesan kat diri sendiri.

okbai



Tuesday, October 9, 2012

isteri jangan merajuk

Assalamualaikum

aku selalu je tengok jenis sikap segelintar manusia yang mudah tersentap. semua orang tahu hati fempuan ni hati tisu tapi jangalah terlampau tisu. kalau dengan kata lain, over manja takpun over gedik pun boleh huahua. aku sebagai fempuan pun kekadang rasa menyampah, sikit-sikit nak terasa hati lah, menitis airmata la, tak lena nak tidur lah, tak nak makan lah.

tabiat tu semua merugikan masa je pastu macam mendera diri sendiri. yelah, kesian perut yang tak bersalah duk kelaparan. boleh je nak merajuk tapi janganlah lama, merajuk suam-suam kuku jelah ek. yang isteri tu, suami nak pergi kerja pun duk merajuk, sediakan breakfast *fine,bagus* tapi tak bercakap tak bersalam pun dengan suami, andai kata masa suami otw g kerja Tuhan ambik nyawa dia, tak ker menyesal seumur hidup, mengalir airmata darah sekalipun, tak takde guna. Nauzubillah, mintak jauh semua tuh.


aku kekadang time meroyan, 
boring bila laki takde kat kedai adalah jugak message buat merajuk huahua



ISTERI : lambat lagi ke nak balik? boring la :(
             *emoticon sedih itu penting, saiko suami sikit kikiki*

SUAMI : baru sampai Rantau Panjang, kejap ek

ISTERI : hmm redho jelah *ghedho itu pasghah*

SUAMI : hehe,muah *eleh muahmuah tu nak pujuk kita lettewww*

ISTERI : esok nak balik Machang dah,baibai
              *berlagak bajet nak balik kg padahal suami jgk kena hantar nanti*

SUAMI : olohh majuk majuk pulak

pastu aku tak reply message sang suami bukan sebab aku MAJUK tapi malas ganggu dia tengah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Masyallah, besar sungguh ganjaran untuk isteri-isteri diluar sana. sama-samalah kita rebut peluang yang Tuhan dah bagi ni.






bersalam dengan suami  dosa gugur
kalau salam dengan boipren dosa menggunung



marilah kita praktikan bersama.

dah alang-alang mylaki ada keje kat Machang hari ni, aku pun suruh la dia tinggal aku kat umah ma aku je.petang nanti dia datangla ambik aku plak. ohhh..so heaven bila duk kat kampung sendiri kan?. 
Oh i likeeeeeeee!



#pictures credited to google.

Saturday, August 4, 2012

kenapa comel sangat ni?

Assalamualaikum



kanak-kanak itu suci
boleh menghiburkan hati
tak reti nak tipu diri sendiri
tengok dorang berkali kali
mampu membuatkan hati ini tenang sekali



Tuesday, July 3, 2012

1tahun 1bulan 1hari

assalamualaikum
                                                                   



untuk amalan kita semua



kalau lagu  panjang berjela leh hafal
takkan doa sekerat ni tak leh hafal?
tefuk dada tanya selera.


my demok is my soul

1tahun 1bulan 1hari

refer kepada LOVE IS CINTA " aku terima nikahnya"
di sebelah kanan sidebar blog tuh
masehhhh :)

Tuesday, June 26, 2012

REJAB sya'ban RAMADHAN


Aisyah r.a berkata: 

Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan
Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

kelebihan berpuasa di bulan sya'ban



Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. didalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. 


Jika dia sempurnakan puasanya sebulan dibulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan didalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutupkan Allah keaibannya dihari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal dan akhir khamis pada bulan Syaaban  dimasukkan dia kedalam syurga.


 

Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.

Nabi bersabda, 

"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban) 


DILARANG berpuasa sunat selepas pertengahan (nisfu) bulan Sya'ban.



Dari Abu Hurairah r.a. 
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (HR Abu Daud)



Berkata Siti Aisyah r.a, 
bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...