Tuesday, June 26, 2012

REJAB sya'ban RAMADHAN


Aisyah r.a berkata: 

Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan
Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

kelebihan berpuasa di bulan sya'ban



Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. didalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. 


Jika dia sempurnakan puasanya sebulan dibulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan didalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutupkan Allah keaibannya dihari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal dan akhir khamis pada bulan Syaaban  dimasukkan dia kedalam syurga.


 

Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.

Nabi bersabda, 

"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban) 


DILARANG berpuasa sunat selepas pertengahan (nisfu) bulan Sya'ban.



Dari Abu Hurairah r.a. 
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (HR Abu Daud)



Berkata Siti Aisyah r.a, 
bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.



1 comment:

  1. Malam nisfu Sya'ban yg best... moga Allah melihat kita sebagai hambanya ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...