Thursday, June 27, 2013

bila berPJJ kena tabah,jgn terlalu lemah

Assalamualaikum

Harini tetiba terdetik nak cakap pasal perkahwinan jarak jauh, almaklumlah semalam kan dah kuar result pertukaran para guru. Kebanyakkan kawan aku kat pesbuk ramai jugoklah jd cikgu. Ada yang frust, ada yang lompat kegembiraan. Well, hidup camtuh lah.


Honestly aku tak pernah merasai PJJ tapi aku dapat memahami bagaimana seorang isteri rindukan suaminya.  Macam ni lah, bila korang nak kawen, korang kena mind set bebetul yang lepas kawen kena berjauhan, kena berdikari, kena tabah hadapi segala kemungkinan.


Ramai yang meluahkan perasaan rindunya kat suami, sampai menangis, tidur tak lena, bila sakit demam kena hadapi sensorang.

 Tapi sebenarnya korang kena bersyukur sebab ada lagi orang lain yang lagi teruk PJJnya, laki nun kat tengah lautan, jejarang pulok tu boleh contact. Korang kena bersyukur, sesama duk atas darat, sebulan sekali boleh jgk jumpa.

Korang jugak kena bersyukur, orang lain PJJ  dengan keadaan perut membuncit, mabuk sesorang, pergi checkup sensorang, beranak pun sensorang.

Korang jugak kena bersyukur, orang lain PJJ kena jaga anak sendiri. Balik kerja nak uruskan anak lagi. Orang lain yang ada laki kat sebelah pun tak menang tangan nak uruskan anak sorang. Apatah lagi bila beseorangan tanpa suami disisi.


Tapi aku sangat terharu dengan bila membaca kata-kata seorang kawan aku yang jugak PJJ. Dia post ayat tuh kat pesbuk.

"Ya Allah, rindunya nak berjemaah lagi dengan suami"

So, buat kengkawan yang suaminya sentiasa disisi seperti aku ni, kita sepatutnya kena lagi BERSYUKUR *Alhamdulillah* dengan apa yang Allah kurniakan. Marilah kita merebut peluang ni. Insyallah dunia dan akhirat kita akan terjamin. Rumahtangga jugak akan bahagia. Walau terpisah lautan gunung sekalipun, insyallah doa akan jadi pengiring.


okbai







Tuesday, June 25, 2013

ajal maut tak kenal siapa

Assalamualaikum

Hmm, agak sedih jugak cerita nih. Sebenarnya minggu lepas kawan kepada laki aku meninggal (Al fatihah untuk arwah). Laki aku pun tahu agak lewat 2hari gitu rasanya. Kami laki bini agak terkejut, laki aku lagilah. Berkawan dari sekolah lagi sampai sekarang.

Dengar cerita meninggal sebab terbabas masa nak pergi kerja, arwah merupakan seorang polis. Masa dorang kawen aku laki bini pergi. Kitorang pergi dah lewat masa tu, hujan pulak tu. Sempatlah kami berborak dengan dorang. Dorang  sebenarnya PJJ,rasanya baru sebulan lebih kot duduk bersama.

Ya Allah tabahnya hati arwah menghadapi semua tu. Aku stalk bini arwah punya fb, berderai airmata aku jatuh bila baca status dia. Dahla dorang jenis sweet2 gituh, jenis suka tulis2 nota, lepas tu letak dekat coklat lah. Kekadang arwah buat suprise, balik dah siap terhidang makanan. Ya Allah, itu semua kenangan.

Tempoh 4bulan berkahwin tu masih baru, inai pun ada lagi sipi2. Kalau aku tak pergi kenduri kawen dorang takpe, bila aku pergi aku kenal, secara tak langsung terus meresap kesedihan tu. Beliau adalah insan terpilih yang diuji olehNya. Subhanallah.


*sebelum aku cakap bini arwah peknen, yup mmg peknen tp keguguran sebelum arwah meninggal lagi,
TQ Jaakechik for info tentang keguguran tu*

Selamat hari ayoh, biar lambat asal publish


Assalamualaikum

Ni entry yang pekasam, father's day haritu. Aku xbalik masa tu, xdapatlah nak join semulut makan kek. Dorang beli kek, main potong-potong ke je,hihi. Masa mother's day pun camtuh jugak. Tapi xjumpa la plok ke mana pic mother's day haritu. Masa kek ma aku haritu, kek buah. Sedap! Yang ayoh aku punya xtau la pulok dorang beli kek apa.




Sebenarnya even sambut  simple camnih pun, parents akan rasa hepi. Terang-terang nampak anak-anak hargai dorang. Sebelum ni pun dorang nampak tapi samar-samar je,hikhik


Walaupun balik umah rumah jarang, korang just beli biskut kering camni pun dorang hargai, Apatah lagi kalau beli benda alah ni, fuyoooo!
Curlas ko Jah!


okbai.

Monday, June 24, 2013

dia dah datang

Assalamualaikum
Aku mula perasan jerebu ni petang semalam, aku ingatkan rumah belakang ni bakar sampah. Rupa-rupanya jerebu dah merebak sampai sini. Tengah malam pun jerebu tu still nampak. Lepas tu jerebu ni macam berbau asap.

Jerebu juga merupakan salah satu kemurkaan yang Tuhan turunkan kepada manusia kerana sikap kerakusan manusia tu sendiri. Tapi sayangnya kita yang tak terlibat ni pun kena jugak. Apa pun sama2 kita tadah tangan berdoa kepada Yang Esa agar segala bencana alam ini diredakan. Doa adalah senjata umat islam.


Nak petua kulit muka agar kelihatan comey seperti Kak Ton x? Jom baca kat SINI
okbai

Thursday, June 20, 2013

baru hari ke-4

Assalamualaikum
Hari ni baru hari ke 4 aku ganti puasa
Fuhhh..nasib baik period tak mai lagi.
Aku kalau bercakap pasal period nih, sakit hati pun ada.
Tunggang langgang lari habis.
kalau dulu lewat seminggu macam tu je, sekarang
lewat sebulan habissss.
Haritu dah camtuh, aku rasa bulan nih pun macam ni jugok.
Time bulan puasa nanti xtahu lah.


sakit hati kan?

okbai.

Wednesday, June 19, 2013

mengejar bayanganmu


mengejar bayanganmu
mengejar bayanganmu
mengejar bayanganmu
mengejar bayanganmu
mengejar bayanganmu
mengejar bayanganmu
itu adalah antara bait lirik cite teduhan kasih.
hoih, memang berhantu sungguh cite tuh.
aku jamin ramai antara korang juga merupakan penggemar cite tuh kan?
sama-samalah kita bertapa depan tv pukul 7 nanti. hihi

okbai.

Friday, June 14, 2013

dentist apakah ini


Assalamualaikum

Zaman sekarang memang zaman gadjet betullah. Anak akak aku 5orang semua lelaki. Balik kg haritu memasing duk kendong gadjet memasing, padahal masih sekolah rendah lagi, baru darjah-darjah je.


Yang 3 atas,kendong Ipad, yang 2orang lagi tu Psp je, ekekek gitulah kalau jadi adik kan. Lepas tu memasing duk berebut lah plak, nangis apalah, haru biru kejap.





Aku duk layan tivi sebelah anak buah aku yang kecik tu, nak masuk 3tahun. Aku tak perasan pun dia layan game apa. Tapi bunyik macam familir je. Rupanya duk main game dentist ni hah. Dah takde gigi mende lain ke ko nak repair, gigi beruk jugak yang jadi pilihan.haha


Tapi dia punya sound effect tu perghhh memang sama lah. Bunyik ala-ala gerudi tuh. Seriau mak kejap.


okbai.

*stock baju kurung baby still ada, tapi yang saiz XS (06month-1years) dah semakin berkurang. Cepat sementara stock masih ada*

Wednesday, June 12, 2013

Juadah berbuka day - 1


Assalamualaikum

Semalam tingin nak berbuka dengan pulut pauh, orang kay ell panggil pulut mangga. Dah alang-alang my demok keluar, mintak tolong dia belikan. Dah pesan awal-awal, pauh tu jangan dihiris, bagi sebijik. Takut lebam nak tunggu berbuka sebab pernah jugak tapau. Bila nak makan jadi lebam, tak fresh, tak best.


Alhamdulillah rezeki, mak cik tu bagi plok 2butir pauh free, ekeke. Sebab dia tanya, nak makan bila, laki ai cakaplah nak buat berbuka. Katanya risau kalau pauh tu buruk ker apa, dats y dia bagi lebih. Padahal masa tu laki ai dah nak masuk lam kete dah. Rezeki.


Time berbuka, laki ai la pulok yang macam orang puasa. Aku manalah nak habis makan pulut pauh tu, muak weh.So, aku ngap 1sudu, laki aku dah 2sudu aku suapkan. Lastly dia yang tersandar kekenyangan,haha.


Harini tatau la berbuka dengan apa plak, rasa macam nak makan nasi je.

okbai.

Tuesday, June 11, 2013

Juadah bersahur


Assalamualaikum
Syabaan dah menjelma. Aku ni kan, tetiap tahun camni, sipi-sipi nak bertemu Ramadhan baru terhegeh nak ganti puasa. Astagfirullah al azim, astagfirullah astagfirullah. *berzikir jap untuk hambat setan yang ada dalam diri nih*

Orang lain dah berjaman abis, aku baru nak start. Seminggu weh, pengsan ler marathon ganti lepas ni. Tapi takpe, 1st day je rasa lemau. Seterusnya akan okey. Alah bisa tegal biasa, hikhik


Semalam dekat pukul 1pagi keluar mencari nasi. Aku sebenarnya dah 2hari tak makan nasi. Takde selera, duk hadap mee ngan kuatiow je. Tapi bila nak puasa ni, kena telan jugaklah walaupun separuh.


Semalam tak berapa bestlah plok tomyam campur kat sini. Biasanya licin aku kerjakan tapi semalam half je. Kempunan i. Okey,stoplah bercakap sal makanan, nanti makruh puasa aku. haha.
okbai

Monday, June 10, 2013

Ani berseri seri yang ke-2


Assalamualaikum
Aku rasa macam tak banyak je pic kawen yang aku share kat blog kan. Means pic dari OP lah. Bukannya apa, malas nak transfer dari cd ke sini,kihkih.


Pic kat bawah ni aku snap dari album kawen. Bila balik kampung, kemas situ sini. Membelek album kawen, pappp datang kenangan masa jadi ratu sehari haritu. Sebab tu aku malas belek album lama, nanti aku feeling jadik pegantin baru plak, haha.


Sekali tengok kat jari, inai dah takde, maka marilah kita kembali ke dunia realiti.


Best weh jadi pengantin ni, kalau ikutkan hati nak jadi pengantin lagi. hikhik



Sebenarnya dah lepas beberapa hari, tapi hari ni baru rajin nak hapdate.
Well, kalau kemalasan menjelma camnih lah jadinya.

okbai

Thursday, June 6, 2013

Stock baju kurung

Assakamualaikum





stock baju kurung baby dh sampai. Nt aku ambik pic leklok baru aku publish yer. Yg ni pic sebelah mata. Hihi. Sesape yg sedang mencari baju kurung baby for raya nanti blh la usha2 sbb stock xbyk yer.

Sunday, June 2, 2013

Kawan kita kawen


Assalamualaikum

Jumaat lepas aku attend wedding kawan aku.


Kitorang bertiga ni 1 class masa F6 dulu. Kitorang dah janji nak datang sekali. Kawan-kawan yang lain tak jumpa la plak sebab kitorang duk sekejap je sebab memasing banyak khoje khoonn. 


Pengantin lelaki la kawan kitorang. Dalam class, aku rasa dia adalah antara lelaki yang ke-2 terawal kawin. Biasalah, lelaki kan memang jenis kawen lambat. Kalau yang pempuan dalam class aku toksah cite lah, majoriti dah kawen n ada yang  beranak pinak dah pun. hikhik, jodoh sampai awal katakan.





Lepas makan gulai terus pergi jenguk anak sedara aku, sebab rumah dekat k'ipar aku dekat jer ngan majlis kawen tu. Geram sungguh aku ngan si hakim nih. Gelak memanjang grrrrr. 


Next week nak g kidnap dia pulok. Ibunya kerja kat Penang, so dia duk ngan nenek dia lah. Abang aku memang everyday la g jenguk anak dia. Lepas tu, kalau akak aku cuti memang kitorang pergi kidnap si hakim ni. Bermalam kat umah kitorang,hihik.


okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...