Monday, August 15, 2011

Nananana Ganu Kite

Ni adalah entri sebelum puasa arituh lagi. Takde masa nk publish post yang ni sebab malas nak transfer gambo, ngeh ngeh ngeh. Hari tu pergi ikut my hero ke Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, lokasi berdekatan dengan Pulau Duyong rasanya. Biasalah tiap tahun Digi/Happy akan buat makan-makan untuk dealers dorang. Tahun lepas buat kat kuantan, hotel apa ntah lupa tapi tak ikut sebab masa tuh tak kawin lagi, nanti tak pasal-pasal kena ketuk pintu hotel dengan pakcik yang pakai kopiah putih! Tahun ni Digi just buat lunch sahaja sempena meraikan dealers dorang yang baru dapat tahap gold.. No check in, just makang-makang saja maaaa.


Dah kata event Digi, airnya pun mesti kuning. Tapi air dia tak sedaplah! Air kuning ni bukan air yang bersih tu yer. Saya tak minum pun, bek g ceduk air mata kucing, lagi sedappp. Makanan memang banyak giler. Kambing pun ado, tapi saya ceduk mee goreng saja sebab mee gorengnya sedap pastu buh lauk ayam lah, sotong, udang, ohh sedap! Dessert dia berlambak memacam jenis kuih tradisional moden pun ado. Gambo makanan takde dalam perkhidmatan sebab sebab sebab perut lapar sangat, tak sempat nak snap.





Stage dorang pun biasa-biasa saja. Ada la beberapa bijik hamper dengan sijil untuk yang baru capai tahap gold dealers, kitorang yang dah dapat gold dealer just tepuk-tepuk jelah sebagai tanda sokongan untuk dorang. Sebenarnya untuk pantai timur sahaja tapi just Kelantan and Ganu je, Pahang xda. Maybe dorang buat  event kat tempat dorang kot. Mostly dealers Digi adalah chinese, ciput saja orang melayu, dorang punya runner lagi la ramaiiii chinese. Runner melayu boleh bilang.

Sesiapa yang maintain gold dealer sebanyak 10x = 5tahun turut-turut akan dapat ikan emas sebanyak 8ekor. Bukan ikan emas dalam air tuh tapi replika ikan emas yang diperbuat daripada EMAS! So haritu ada dalam 3 orang yang dapat, 2chinese 1malay. sekor ikan tuh berharga 1k. So kira la, 8ekor ikan emas = 8k. Harap-harap my hero dapat maintan gold dealer untuk 4tahun lagi, dapatla merasa ikan emas duk lam frame tuh,aminnnn.


Habis jer event terus kuar snap pic. Ri-Yaz Heritage ni adalah tempat untuk Monsoon Cup. Memang besar jugakla tempat nih, banyak je kapal layar duk kat tepi air tuh walaupun aktiviti belayar dah lama abis.



Kitorang balik ikut pantai, masa pergi pun ikut laluan ni jugak. Malas nak lalu jem kat jalan atas. Pastu singgah tepi pantai jap, walau dah makan tetap nak makan lagi.  Sebelah kiri sotong, sebelah kanan udang. Best sebab colek dia best. Next time boleh singgah lagi.



16 Ramadhan
Lagu raya dah keriangan di radio.

6 comments:

  1. wah ikan emas bernilai RM1 ribu...masyuk tu...:)

    ReplyDelete
  2. memang masyukkk habis!

    ReplyDelete
  3. cantik nya tempat tu cik ji..byk kapal layar..kalau mlm2 mesti romantik..hehe

    ReplyDelete
  4. memang cantik sgt, angin sepoi-sepoi jer

    ReplyDelete
  5. @eida:

    haha mmg lalu dkt umh mu pun, lalu tepi airport ekpung,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...