Thursday, August 18, 2011

Oh,kidal rupanya!

2011 baru aku tahu rupanya 13 0gos merupakan Hari Kidal Sedunia. Aku tak pasti sama ada hari kidal ini baru wujud atau dah lama wujud atau mungkin juga aku yang tak menyedari kewujudan hari tersebut.

Secara kasar 15% penduduk dunia adalah orang kidal. Kelemahan orang kidal adalah cenderung berasa malu dan rendah diri terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukan dan diperkatakan oleh mereka.
Mengikut kajian, mereka yang kidal hidup kurang 7-9 tahun dari manusia biasa. Apapun, ajal maut ditangan Tuhan. Info ni aku ceduk dari Pesbuk Orang-Orang Kidal. 

Kat situ dia tulis yang orang kidal ni hidup kurang 7-9 tahun dari manusia biasa. Kiranya orang kidal ni manusia luar biasa la ek? hmm camne tuh, cer jawab cer jawab.

Dalam 9 orang adik beradik, kiranya aku seorang sahaja yang mewarisi kekidalan daripada ayah aku. Best ker jadi kidal? Bagi aku, biasa saja tapi pada pandangan mata orang mungkin kidal ni pelik. Time zaman sekolah dulu, bila duduk dalam kelas, mesti aku duduk di sebelah kiri, yelah masa sekolah dulu, meja dua biji dua biji macam tuh. Kalau aku duduk sebelah kanan, kompen siku aku kena kawan kat sebelah. Tapi meja kat unibesiti lagilah..meja memang khas untuk orang menulis tangan kanan jer. Memang aku akui sedikit tidak selesa tapi lama kelamaan dah jadi terbiasa dah.


Tengok, ada seorang gadis kidal yang terpaksa menyerongkan badannya lebih daripada orang lain. Tapi gadis itu bukan aku, Inilah adalah gambar perhiasan semata-mata. Credit to google.



Tapi, best jugak jadi kidal ni. Aku ingat lagi masa kat sekolah rendah, time waktu rehat, tangan kiri duk menulis, tangan kanan pegang keropok lekor. Duk bertungkus lumus siapkan homework yang tak siap,hihi.. Lau tak siap tak pasal kena berdiri dalam kelas. Oh sungguh memalukan. Masa kat dewan kuliah plak, tangan kanan duk makan biskut,tangan kiri duk ligat salin nota kat depan,  kelas pagi tak sempat nak breakfast. Ada jugak kawan-kawan aku yang tengok aku kidal, dorang akan kata,

Oh, kidal rupanya.
Boleh tulis guna tangan kanan?
Try tulis.

Aku pun tulis, dorang pun tulis jugak tapi pakai tangan kiri. Pastu kitorang pun compare pastu gelak-gelak sebab tulis buruk sangat, hehe. Tapi kidal aku tidaklah teruk sangat sebab aku just guna tangan kiri untuk menulis dan sewaktu denganya sahaja. Yang lain semua guna tangan kanan, pakai jam,bawa beg,dukung baby,pegang senduk, pakai cincin, pakai gelang kaki, sepak bola, boleh dikatakan 90% guna tangan kanan kot. Sekarang pun dah habis belajar, ada jugak orang aku kidal. Bila customer mai topup, aku akan tulis balance kat buku, pastu mesti aku akan sengetkan buku tuh, ramai jer customer dari golongan pakciks akan cakap oh ngiri ruponyo. Kat Kelantan kidal digelar ngiri maybe singkatan dari perkataan kiri. Ramai orang akan cakap orang kidal ni pelik tapi bagi aku, kitorang ni normal saja, tapi ada jugak tabiat pelik aku iaitu suka baca paper dari belakang, aku akan jumpa info sukan dulu berbanding berita utama padahal aku bukannya minat sukan pun.


Kalau ada bloggers kat sini yang kidal jugak, jom pakat like Pesbuk Orang-Orang Kidal nih. Pakat berkumpul kat sana memeriahkan wall left-handed :).


Kidal ke,kanan ke,kita tetap orang Malaysia~

14 comments:

  1. hahaha
    baru taw ni ada hari kidal sedunia!

    untung kot kidal..orang lain punya la susah nak tulis sambil makan..nak kena lap tangan lagi..
    takkan nak sumbat makanan dengan tangan kiri ye dak??

    ramai orang cakap geng2 kidal selalunya kreatif

    cikji kreatif tak? ^^
    hehe..tunjuk la skit lukisan ke ape ke..hehehehe :))

    ReplyDelete
  2. bab lukisan tak kreatif lngsung even ambik major seni.

    tapi utk hntrn tunang n kawen dulu,wat sdri,hihi..nt la lau de ms cikji post entry sal tu plak :)

    ReplyDelete
  3. kawan saya kidal..tapi dia sangat.. sangat.. berani..dan dia slalu bagi idea bernas dalam bab2 skip klas prep dgn menyediakan pelbagai alasan supaya kami berempat dapat kuar..

    ReplyDelete
  4. orang yang kidal ni unik sebenarnya..sebab kat dunia ni tak ramai yang kidal..kebanyakannya kanan kan..hee~

    ReplyDelete
  5. @puteri:

    hahaha camtuh pn ada ek?

    ReplyDelete
  6. baru tau ni , kidal ade fan club dan dorang nyer sambut pd 13 ogos...new info to my wife also..dia mmg kidal orgnya.

    ReplyDelete
  7. @ezad skytech:

    unik ke? hmm ye kot,heee :)

    ReplyDelete
  8. wah..
    tak sabar nak tengok nih!

    untung2 boleh tempah kt cikji.. :PP
    hehe

    tapi lagi 6 taon laa... XD

    ReplyDelete
  9. rupanya ada hari kidal ye.. tak perasan plak sblm ni :)

    ReplyDelete
  10. orang kidal ni selalunya pandai..betul tak..?

    ReplyDelete
  11. @lyndaz:

    haha 6 taun lagi,adehhh lambatnya hehe

    ReplyDelete
  12. @syiela:

    saya pun baru tahu kak :)

    ReplyDelete
  13. @bui junaidi:

    hmm xde lah kak,biasa jer.tp pndai maths maybe but not me lah :)

    ReplyDelete
  14. saya pun kidal jugak :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...