Tuesday, November 28, 2017

Jamuan Perpisahan 2017

Minggu ni memang tema makanan kot. Harini lunch nasi ayam by Chef Ha kita. Aku pulak buat puding gula hangus. Macam biasalah, pagi datang kerja, punch card terus senseng lengan baju. Siap bawak  loyang dari rumah lagi. Boleh dikatakan sebagai jamuan akhir tahun lah jugak. Ada 2 orang staff yang akan berhenti. Last day dorang hari khamis ni tapi esok lusa aku cuti. Kiranya last day lah aku jumpa ngan dorang.


Memasing kebulur. Bagi bebudak makan kekenyang dulu. Lepas bagi dorang tengok cerita doraemon sekejap. Harini 10 orang je datang. Lepas tu siap pesan lagi, awak tengok cerita diam-diam, teacher nak makan jap. Lepas ni kita mandi. Alhamdulillah, semua behave. Sambil makan pun, mata tetap kena tengok anak-anak murid yer.



Puding gula hangus by me ^___^
Resepi ada kat tepi. Boleh klik kalau nak try yer.
Insyaallah sedap. Aku buat je, tapi tak makan, tak suka.

That's all for today.
Thank you for reading !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...