Saturday, December 30, 2017

Penutup 2017


Assalamualaikum

Aku ni orangnya jenis bercita-cita tinggi. Kalau aku nak apa-apa, aku akan make sure aku akan dapat jugak walaupun lambat sekalipun.

One day, on the way nak keluar. Lalu depan rumah kawan laki aku. Laki aku pun cerita, kawan dia ni ada satu buku. Dalam buku tu dia akan tulis dia nak apa. Means dia pun wishlist lah. Aku pun cakap, saya pun ada lah. Boleh laki aku tak percaya ngan bini sendiri. Sabar jelah.

Ok awak tak percaya. Balik rumah nanti saya tunjuk buku kuning saya tu!
Then, balik rumah aku pun tunjuk apa yang aku tulis dalam buku tu. Apa yang aku nak. Bila dah dapat aku garis dan tulis tarikh aku dapat capai impian  tu. Laki aku macam percaya, mula lah puji. Bagusnya awak,bla bla bla..

Aku pernah terbaca, kita hidup kena ada impian, kena ada angan-angan. Tak salah pun berangan, benda tu free. Dari angan-angan tu yang menjadi diri kita bersemangat,  bekerja lebih kuat, positif dan macam-macam lagilah. Hidup kita kena ada target, takkan nak hidup di takuk sama kot. Means, umur 30, apa yang korang nak? Wishlist before 35?

Bila dia baca wishlist aku, dia tanya, kenapa awak tak tulis yang awak nak ada anak?
Aku jawab, itu semua kerja Allah. Wishlist aku tu semua pun kerja Allah tapi anak tu berkaitan dengan nyawa. Satu nyawa, dan aku tahu Allah itu punya aturan yang sangat indah. Aku tak nak kecewa dengan wishlist yang itu.


1 comment:

  1. Tak salah kalau salah satu dalam wish list kita adalah memiliki zuriat, Yani pun tak pernah ada wishlist setiap tahun. Impian nak anak tu kita hari2 masukkan dalam doa selepas solat...semoga CikJi dikurniakan zuriat dengan izinNya, yang penting teruskan berusaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...