Sunday, April 7, 2013

Aku bangga menjadi surirumah separuh masa #1


Assalamualaikum

Masa berhenti kerja dulu, terasa jugak boringnya duk kat rumah. Lepas tu terus aktif berniaga kat pesbuk. Alhamdulillah, hilang boringnya, pendapatan pun masyuk sikit. Tak perlu tadah tangan hari-hari ngan laki semata-mata nak beli eskrim solero, haha.

Okey, sebenarnya haritu kitorang berkampung selama 4hari kat hospital. Laki aku tak berapa nak sihat and kena operate. Bila dia sakit, baru aku tahu tanggungjawab kita sebagai isteri. Masa laki sihat tanggungjawab bini tak nampak sangat, bila laki sakit, hah hambik kau. Baru terkapai-kapai. Ketawa bersama, menangis bersama. Yup,laki aku nangis sebab sakit tak tertahan, dan aku jugak nangis sekali T__T


Masa ni nak g operate and masa ni pukul 11.20 malam. Lepas dapat tahu Dr dah panggil, Alhamdulillah perkataan pertama yang kami ungkapkan sebab tak mampu lagi menahan kesakitan.  Masa ni aku sorang je, lepas laki aku masuk je, dia punya sepupu sepupu pun sampai. Tapi dorang duk kejap je, lepas tu blah sbb dorang esoknya bekerja, takkan nak stay sampai pukul 2pg kan.

So, korang leh bayangkan aku duk sorang-sorang depan OT, dalam pukul 12 lebih. Sebelah OT tu ICU, depan tu tempat menunggu, aku intai, ramai sangat duk berkampung dalam tu. Siap bawak toto bagai lah. Aku pun ambik keputusan untuk tunggu kat ward je. Aku takut sebenarnya. Takut dengan manusia betul dengan manusia jadian huhu.

to be continue.....

Rahsia awet muda 

3 comments:

  1. dah sihat ke sekarang cikji?

    ReplyDelete
  2. en.demok sakit apa ni cikji.. haishh wat saspen jer...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...