Tuesday, January 8, 2013

Bukan tolak rezeki tapi...

Assalamualaikum

Masa kecik dulu, aku bercita-cita nak jadi wartawan. Nak sangat tapi kalau ada cikgu baru masuk, mesti akan ada sesi kenalan kan. Sorang-sorang kena bangun perkenalkan diri. Nama apa, duk kat mana,cita-cita apa. Tapi aku mesti cakap nak jadi cikgu. Tapi cikgu pun ada dalam list aku jugak,tapi yang kedua lah. Masa sekolah rendah dulu aku masuk Puteri Islam. Setiap orang kena beli buku log, muka surat depan sekali kena tulis biodata diri.

CITA-CITA : WARTAWAN

Hamboiii kemain kan aku. Nasib baik masa tuh aku tak kenal lagi Karam Singh Walia, kalau tak mesti akan ku jadikan dia sumber inspirasiku. Kampung terbakar nampak asap tapi hati terbakar siapa yang tahu *tangan bergerak-gerak jangan lupa yer*

 So, lepas keluar result STPM, aku apply U. Aku punyalah jatuh hati ngan course kewartawanan ni, kalau tak silap aku dekat USM. Tapi ma aku tak bagi. Mungkin ma aku duk bayang wartawan ni asyik kejar retisss je kot. So, aku redhooo dan cuba menjadi anak yang taat kepada kedua ibubapa *ehemmm*. Aku letak la UM 1st choice, tapi aku still jugak letak course idaman aku tuh,  tapi yang list bawah-bawah la. Tapi Tuhan dah tentukan nasib aku di UM. Maka belajarlah engkau disitu.

2010. Lepas habis belajar terus apply kerja. Aku pun apply kerja kat Karangkraf. Sebagai wartawan Sinar Harian area Kelantan. Kemain aku kejar cita-cita aku kan. Dari kecik sampai besar.*gigih tak aku, gigih tak?* So, aku dipanggil untuk interbiu. Hati punyalah lompat tinggi-tinggi. Hover sungguh padahal baru panggil intebiu je pongggg. Tapi keadaan tak mengizinkan, aku tak pergi. Intebiu tuh dekat pejabat Karangkraf kat Shah Alam. Kalau area Kota Bharu ni kompem aku pergi! Bukan sekali aku dipanggil tapi 2x, minggu depan tu dia panggil lagi !! Huuu sabar-sabar.

2013. Dalam minggu lepas aku ada apply beberapa jawatan kosong. Ada sama macam sebelum ni tapi ni untuk area utara. Aku isi borang, hantar resume lepas tu kena jawab beberapa soalan macam "Apakah bidang tugas wartawan", "Bagaimanakah cara anda menghadapi masalah dalam membuat liputan" Lebih kurang camtu lah gayanya. Masa aku apply dulu takde pun macam tu.


Aku pun sesaje lah gatal tangan apply kan, beberapa hari lepas tu dipanggil  interbiu lagi ditempat yang sama, hari khamis ni interbiunya. Aku tak pergi, walaupun aku tak pergi sekurang-kurangnya resume aku tu antara yang terpilih jugaklah. Aku ingatkan dah tak dipandang lagi. Yelah, umur dah semakin tua. Bila berumur, company pun dah tak nak ambik bekerja tau.

Setelah 3 bulan duk goyang kaki, duk berkepit ngan laki *tapi tak mengandung-ngandung jugak haha* Tahun baru, tanggungjawab baru. Insyaallah besok aku akan start bekerja dengan bidang tugas yang lain pulok. Kerja tadika lagi ker cikji?? Tak.

Esok aku di panggil untuk lapor diri dan terus mula bekerja. Alhamdulillah, aku suka bidang yang ke arah islamik nih walaupun aku takde la islamik sangat sangat pongggg. Tapi setiap orang mesti ada keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Aku pun macam tu jugak. Amin

okbai.

# panjangnya entry aku, sape yang baca sampai habis memang korang hebak ar!

5 comments:

  1. Kita berusaha untuk menjadi lebih baik kan cikji ;)

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya dlm apa jua yg dilakukan..

    ReplyDelete
  3. tak sangka cikji minat jd wartawan. aii anta resume mcm nk test market je ye. hehehe.. mungkin rezeki cikji dah kat tmpt yg cikji br nak mula keja esok.

    psstt.. kat ner tu cikji? ;)

    ReplyDelete
  4. all da best kak.. moga dikurniakan rezeki yang melimpah limpah... :) in shaa allah..

    ReplyDelete
  5. baca habis jugak..... he3...... selamat menempuh alam baru...... gud luck!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...