Thursday, July 5, 2018

Aidilfitri 2018




Raya kan sebulan. Tahun ni team raya kampung sendiri. Aku macam biasa tetiap tahun gilir walaupun jarak hanya 1jam gitu je perjalanan. Malam raya tu tidur around 4 am. Takde letrik pulok doh. Start pukul 8 lebih blackout. 12 lebih baru ada. Sabar jelah. 


Family potrait 2018.

Geng duduk semua anak-anak. Aku sorang je terpelanting ke belakang, Sobss. 
Geng berdiri di belakang abang kakak aku tu laki bini dorang.
Yang takde pasangan kat belakang tu maknanya single lagi ler krik krik
Berdiri tinggi lampai 2 ketul tu anak sedara aku.

Tak cukup ahli ni. Yang bongsu laki pompuan takde. Raya ke 2 baru sampai. Adik aku ngan bini dia team beraya kampung bini. Abang aku, bini dan anak2 dia takde jugak. Anak yang sulung je ada dalam ni. Total semua takde dalam gambar, 8 orang ahli.  Nak kata family aku besar, hmm biasa je. 9 beradik. Aku tengok family orang lain lagi ramaiiii. 


Baju melayu last minit cari. Nasib terjah kat kedai 1st terus jumpa.
Ni baju yang kedua, beli yang pertama haritu, kaler tak berapa nak matching.
Biasalah, bini jenis xpuas hati kan. 
Kena cari gak sampai matching.


Pagi raya dan jadik bibik. Lupa nak snap pic menu.
Pagi raya salam2, breakfast, terus pergi rumah nenek aku. Sebelah rumah je pun. Melayan tetamu beraya. Lepas zohor terus aku membuta weh. Mana taknya, malam tu pukul 4 baru tidur. Tetamu datang penuh rumah pun aku tak sedar. Masalahnya, laki aku yang cukup tidur pun tidur jugek. Sabar jelah, dah tu macam mana tak gems. Tidur aje huhu.


RAYA 2 SYAWAL

Pagi raya ke 2, sorang ke hulu, sorang ke hilir. Laki aku dah balik sebabnya raya ke 3 dia dah kerja. Dia nak pergi beraya rumah nenek dia. Aku tak ikut. Kalau turn raya kampung aku, memang camni. Lepas cuti raya baru aku pergi beraya rumah nenek-nenek  sebelah laki aku.



Pergi serbu rumah pak sedara kat Tanah Merah. Dekat saje. Plan asalnya nak pergi dalam 3 biji rumah lagi tapi ayah aku tak berapa sihat. Gout dia datang menyerang. So, sebijik rumah ni jelah kitorang pergi, terus balik. Singgah pasaraya jap, beli barang2. Kawan-kawan adik aku nak datang beraya. Masak spagehtti saje.



Adik - adik aku.
Yang ke 7,8,6,9



Dah bersardin dalam kereta ni. Yang tudung pink tu adik ipar aku. Sabar jelah dia dapat ipar duai yang ting tong cenggini ekeke.

Sekian cerita raya aku yang simple sangat. Pergi beraya 2 biji rumah je hehe. Tapi raya yang paling bermakna sebab aku cuti lama sangat berbanding dengan sebelum ni. 11 hari. Alhamdulillah. Moga-moga tahun depan boleh cuti lama lagi ekeke.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...