Bagi yang sedia maklum, UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) merupakan satu ujian wajib untuk para guru. Dalam tahun 2007 dulu aku pernah jawab ujian ni untuk mengetahui kelayakan bagi menjadi calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Keputusannya aku GAGAL! Terasa bodoh sangat. Tapi masa tu aku memang bodoh pun, jawab main hentam je. Takde sedikit info pun pasal UKCG. Kalau tahu serba sedikit, kita tak panggil bodoh, kita panggil takde rezeki, hehe. Sekarang sudah maju, taip saja UKCG berderet maklumat pasal ni kan.
Lebih kurang beberapa minggu aku apply, result kelayakan untuk menduduki UKCG keluar. Kitaorang ada group WA dan telegram. Dapat tahu pun dari FB. So, aku terus join. Berbaloi masuk group tu. Banyak info yang dapat sebab dalam tu jugak ada cikgu2 interim yang senior. Dorang banyak membantu dan juga memberi kata semangat.
Dalam bulan 10 aku menduduki ujian ni. Apa yang aku buat sebelum ujian? Aku jawab soalan yang ada kat FB. Jawab berulang kali. Sebab soalan lebih kurang sama je. Kita kena ligat. Disebabkan sakit mata tengok soalan yang tak berapa clear kat FB, aku pun google. Aku jumpa 1 laman web yang jual soalan UKCG. Kiranya kita buat payment, dia bagi password dan kita jawab secara on9. Jawablah berapa banyak yang korang nak.
Tapi jujur aku cakap, laman web tu memang banyak sangat membantu aku. Naik lenguh tangan aku menjawabnya. Balik kerja dah petang, masak siap2. Mandi solat semua. Lepas isyak terus start jawab. Tenkiu suamiku sebab tolong urut tangan i yang lenguh2 sebab tekan mouse, jasamu di kenang. Hekhek.
Aku memang jawab berulang kali ye. Soalan UKCG ni perihal untuk melambangkan diri kita. Haritu banyak sangat soalan berkaitan depression, bunuh diri, pernah nampak sesuatu tak, pernah rasa nak bersendirian. Macam-macam lagi lah. Sekarang ni kan ramai jugak cikgu-cikgu yang depression kerana bebanan kerja, hukhuk.
Orang cakap jawab UKCG ni kena jujur. Tapi korang tak boleh jugak terlalu jujur. Ada juga yang cakap, kalau soalan bahagian berapa ntah, lupa. Kena jawab tidak wajar je semua. Sorry, aku jenis yang tak dengar cakap-cakap sebegitu. Aku cuma pilih jawapan yang relevan sahaja. Erti kata lain, jangan ikut cakap-cakap orang. Percaya dengan jawapan kita sendiri.
Ada jugak soalan, anda pernah bercinta? Jangan fake sangat guys. Lumrah manusia ingin mencintai dan dicintai ok. Hehe. Lagi satu soalan yang aku ingat, anda tidak pernah berbohong? Lebih kurang gitulah. Yang ni pun sama, jangan acah malaikat. Takkan seumur hidup korang tak pernah menipu? Masa kecik-kecik dulu tak pernah? Sekali pun tak pernah? Jawapannya setuju atau tidak setuju. Aku pilih tidak setuju sebab aku pernah menipu.
So, pagi ujian UKCG tu aku dah terpajak kat IPG Sultan Mizan Besut Terengganu. Aku bertolak lepas subuh dari Kota Bharu. Malam tu aku memang tidur lewat, jawab soalan on9. Lepas tu rasa berdebar pun ada. Penentu masa depan kita kot.
Ramai sangat masa tu. Muda-muda semuanya. Nasib aku muka muda jugak walaupun realitinya umur sudah tua, haha! So, aku duk je dalam kereta. Suami ada sebelah. Aku takde kawan ok masa tu. Aku tengok gelagat-gelagat calon pada haritu. Yang geng lelaki sepuak duk bawah pokok, duk betul-betulkan tie. Aku rasa graduan IPG. Aku pun cakap kat laki aku, saya nak tengok geng IPG tu. Dorang just bawak sehelai kertas dan pencil box. Saya nak tiru macam dorang hehe. Laki aku pun cakap, turun-turunlah. Nanti jumpalah kawan. Ha, dia tu pun sorang. Lepas salam minta restu dan doa dari suami, aku pun turun kereta dengan bawak handbag kecik dalam tu tu ada pensel beberapa batang, pemadam dan sehelai kertas.
Pagi tu group 1 dulu register. Pakaian mesti etika seperti seorang guru. Tapi name tag tak perlu ye. Cuma make sure berkasut formal. Ada seorang calon tu pakai kasut sukan. Pegawai yang bertugas macam sedikit marahlah. Katanya tak kira lah awak sains sukan ke apa, mesti formal.
Aku group ke 3. Beratur, sign. Letak beg di belakang dan pilih tempat duduk masing2. Aku duduk kedua belakang, masuk lambat sebab pergi tandas. Hampir penuh dewan tu. Tapi tak sure berapa ratus orang. Aku ingat lagi pegawai tu cakap, Berpuluh ribu yang memohon, awak semua antara yang terpilih. Berbelas ribu orang calon yang menduduki UKCG.
So, aku jawab ujian dengan sedikit doa. Masa hampir tamat, ada beberapa lagi soalan yang aku belum siap. Tapi aku yakin, aku sempat siap sebab dah selalu practise kan. Sampai pegawai tu ketuk meja aku "cepat sikit".
Beberapa minggu kemudian, result keluar. Alhamdulillah, aku berjaya untuk ke peringkat seterusnya. IV dan mock teaching. Next aku cerita pengalaman tu pulak ya.